15 August 2012

Memborong Kerepek Dan Kueh Raya

Salam

Kalau ada yang baca post saya yang ini, mesti tahu kepulangan saya ke rumah MIL di Kluang selain menyambut Ramadhan, pasti tahu tujuan saya yang satu lagi tu. Tujuan apa ye.....?


Mahu memborong kerepek2 di Rengit ^_^


Hajat memborong tu sudah tercapai. Tapi bukan di Rengit. Di lokasi2 lain yang tidak kurang hotnya. Well, Johor kan champion kerepek. hehe


Ini dia hasil borongan tahun ini. Tahun depan kita borong lagi ye bang ^_^


Saya memborong di Parit Raja sahaja. Memang banyak kedai yang jual kerepek. Tapi saya pergi satu kedai ni yang memanglah pelbagai jenis kerepek dijual. Cakap je nak apa, mesti ada. Tapi, yang kurang bestnya, kerepek pisang tak ada. Bukan kat sini je tak dijual, saya survey di kilang kerepek di Parit Lapis Laman pun takde jual. Katanya susah nak dapat pisang sekarang.

Otw pulang ke Kinrara, saya terpandang satu kedai kerepek ni. Bila parking tepi, nampak ada jual kerepek pisang. Terus berhenti dan sambar 2 paket.

Saya teringat Kak Lyn berhajatkan kerepek pisang ni. Walaupun tak dapat yang sama macam dikehendaki, tapi rasanya yang dibeli tu boleh mengganti. Macam tak best pulang dengan tangan kosong. Kalau untuk Jeff saya boleh carikan, mengapa pula tidak Kak Lyn. Mana tau mengidam kan =p


p/s : Kerepek2 tu sudah dibahagi2kan kepada plastik2 tertentu untuk diberikan kepada insan2 tertentu. Bukan takat saya je yang buat keje, anak dara sorang tu pun turut membantu. Rajin anak ummi. Boleh diharap dah :)

No comments:

Post a Comment