30 May 2013

Ole2 Dari Utara

Salam

Semalam murah rezeki dapat ole2 dari Utara ni =)

Jeruk mangga Pak Ali, kerepek pisang manis dan juga si Harum Manis. Tq Kak Izan =)

Saya cuma bergurau mintak dia belikan jeruk mangga Pak Ali, mana tahu dia betul2 belikan. Plus harum manis giant lagi. Terima kasih ye kak sudi layan tekak orang mengidam ni. hehe


Dulu masa harum manis ni tak seglamour sekarang, senang je nak dapat bila musim. Harga pun tak le melambung tinggi macam sekarang. Sampaikan tiap musim harum manis, ayah pasti kirim beli sekotak harum manis dari offismate di Perlis. Sekarang ni offismate tu pun dah berhenti, harga harum manis pun menggila naik. Jadi yang ada ni buat rasa2 jelah. Still rezeki kan =)


p/s : To Kak Yong, congrates. Kena struggle sikit ye =)

23 May 2013

Baby Baru

Salam

Semalam sekali lagi en. Abg outstation ke Yong Peng. Ada meeting katanya. Awal pagi lepas Subuh dah keluar rumah. Malam lepas Magrib baru sampai rumah.

Sekali bila en. Abg balik malam tadi, saya tengok tangan beliau penuh dengan 2 beg plastik besar. Dalam hati tertanya2 apa benda eh tu.....? 


Sekali tengok...buah tangan untuk Airis rupanya =)

Hai Upin. Hai Ipin. Welcome home ^_^

Thanks ayah.. Nampaknya Airis dah ada baby baru la selain Aamina. hehe

Aamina ni pun Airis panggil baby jugak sebelum ni. Pic dari fb seller Aamina


Satu plastik lagi dua bungkus besar kerepek pisang untuk mak ayah. en. Abg tahu fav bapa mertuanya kerepek pisang. Pandai ambil hati nampak. hehe


p/s : Balik ni nak berkemas. Nak bercuti panjang. Yey!!!

Makan2 @ Hari Jadi Ayah

Salam

Ini entri ringkas di malam birthday en. Abg. Saya pendekkan cerita melalui gambar2 yang dikongsi ni ye =)

Destinasi pertama ke JJ Maluri. en. Abg mahu beli sesuatu

Saya dan Airis port di suatu tempat sementara en. Abg mencari apa yang dikehendaki. Sebenarnya malas berjalan pun ye. hehe



Masa ni Airis sibuk usha orang di seat belakang. Kepochi betul la. haha

Sambil isi masa terluang menanti

Tapi anak dara ni mana boleh jumpa cermin. Dia pun nak join sama ^_^

Kemudian singgah di SR Tesco Ampang



Sambil tunggu menu sampai bercamwhore dulu dengan anak dara ni =)




Budak manja =)

Happy birthday abg =)

American brownies menggantikan kek. Tapi brownies ni tak sedap macam di SR Jalan Pahang

Menu saya

Menu en. Abg yang ala kadar. SR sini macam tak best je?


Muka tak sabar nak makan brownies

Sejak dah pandai makan sendiri ni, memang takmo orang suapkan da. Pandai lak tu makan. Airis oh Airis, serba serbi tahu. hehe


Sedap sangatlah tu sampai tertutup mata


p/s : en. Abg teringin makan kat Chili's. Tapi tak sempat lagi nak ke sana. Kena cari masa jugak ni sebab saya dah terbayang2 mashed potato dia yang marvellous tu. Yummy!!! ^_^ 

21 May 2013

Adegan Sebabak

Salam

Pertengahan bulan depan akan berlangsung sukan company. Jadi, saya adalah daftarkan nama untuk 2 game. Bola jaring dan juga bola tampar. Sekadar suka2, bakar sikit lemak2 degil kat badan ni. heh!

Pagi Ahad lepas ada pemilihan untuk player bola tampar. Memandangkan en. Abg pun bz handle sukan company di Bangi, jadi saya minta emak tolong jagakan Airis sementara ketiadaan saya. Sekejap je pun, dari jam 8pg sehingga 12tghri.

*Tapi pemilihan hanya bermula jam 10pg sedangkan saya dan Dalila sudah terpacak di sana jam 8.45pg. Bukan terlebih excited tapi jenisnya saya tak suka berlambat-lambat*

Sebelum pemilihan bermula saya call emak, nak tahu keadaan di rumah. Sedang buat apakah si kecil tu. Sedang buat hal atau baik2 sajakah?

Bila mak jawab je call tu, tangisan Airis sudah kedengaran. Aduhai, dia sudah merengek2 mencari saya. Tengok jam, baru pukul 10. Ikutkan seharusnya saya balik jam 11am tapi disebabkan pemilihan yang bermula lambat, saya terpaksa balik sedikit lewat dari rancangan asal. Boleh saja saya nak balik awal, tapi kesian pada teman2 yang kekurangan orang ketika itu *terpaksa menerima hakikat orang kita susah nak tepati janji*

Akhirnya pemilihan habis jam 11.45am. Jangan tanya saya terpilih atau tidak. Kalau hanya 6 orang sahaja yang hadir dari berpuluh orang yang ada ni, wajib la nama saya dah masuk dalam list kan =p

Airis turut ikut ketika ayah dan adik menjemput saya pulang. Sesampainya di rumah, mak buka cerita. Katanya masa Airis menangis tadi, dia ketuk2 pintu rumah kami sambil memanggil "ummi...umii..." Alahai Airis, sorry ye ummi terpaksa tinggalkan Airis sekejap. But ummi promise, next time kalau keadaan tidak mendesak, ummi takkan sesekali tinggalkan anak ummi yang manja ni =)


p/s : Hati tersentuh mendengar cerita emak

20 May 2013

Terharu + Gembira

Salam

Melihatkan aksi Airis ni, cukup buat saya terharu + gembira. Airis dah pandai makan sendiri tanpa bantuan saya. Dan setiap suapan tu berjaya masuk ke mulut walaupun tidak banyak mana. Belajar sedikit demi sedikit ye sayang...







Besar dah baby ummi ni...


p/s : Sekarang ni Airis bahasakan diri dia "adik". Memang anak manja ^_^

17 May 2013

Cuti - Cuti Keluarga - Part III

Salam

Lately, saya rasa mood menaip semakin menurun dan menurun. Banyak cerita saya nak kongsi tapi selalunya bila mula menaip, diakhiri dengan draft. Sebab baru menaip sepatah dua, mula rasa malas. Saya berblogging mengikut mood. Kalau rajin saya update, kalau tak saya duduk diam2. Tapi kadang2 saya paksa mood datang. Macam sekarang ni la ^_^

Jadi, kembali menyambung cerita Cuti - Cuti Keluarga Part III yang masih dalam mode draft. Untuk part I dan II boleh intai2 di sini dan di sini

Dari Kuala Sepetang, lepas dah menjamu selera, kami terus bergerak balik ke Perak. Waktu bergerak dari Kuala Sepetang dah hampir jam 10 mlm, jadi sampai di rumah Perak lebih kurang pukul 12.30mlm. Malam tu redha je tidur dalam kepanasan sebab hanya menggunakan kipas meja. Takpela, janjinya Airis boleh tidur. Kami mak paknya ni dah besar panjang, tak payah nak mengada sangat =p

Pagi Isnin saya, en. Abg dan Airis ke Tesco membeli barang. Sambil tu beli kek sempena birthday  BIL

Pengantin baru

Potong kek sekali sebab birthday pun dekat2 je tapi sorry la Long lupa letak nama u sekali. hehe

Lepas breakfast pagi dan berehat sekejap, terus kemas2 barang

Barang kat rumah ni pun dah tak banyak. Separuh akan diangkat ke KL dalam  masa terdekat dan separuh lagi diberikan kepada rumah anak2 yatim berdekatan

Orang berkemas dia duk turun naik tangga

Proses menyimpan barang



Rumah yang menyimpan seribu kenangan

Kenangan terakhir 



Lepas habis berkemas, sebelum bergerak balik ada sesi bergambar. Macam nak raya pulak. hehe. Gambar tiada dalam simpanan saya sebab menggunakan camera BIL

Sebelum balik ke kampung kami singgah makan di sini. Kami panggil Ikan Bakar Tepi Sawah je sebab restoran ni betul2 tepi sawah. Kalau balik Perak wajib singgah kedai ni. Ikan bakarnya sedap dan pelbagai. Orang kedai pun dah kenal kami sekeluarga nak2 mak saya yang ramah tamah tu. hehe


Baru bangun tidur







Lepas kenyang perut, singgah menjenguk rumah peninggalan arwah atok dan opah yang sekarang ni dijaga oleh bapa saudara




Untung en. Abg besar dari saya, bolehla sembunyikan keadaan diri yang sebenar.

Rasanya ini kali pertama Airis sampai ke sini, tempat atoknya dilahir dan dibesarkan. Rumah yang menyimpan  seibu kenangan

Aktiviti kait kelapa. Deme teringin minum air kelapa fresh katanya


Chit chat di pangkin bawah rumah, teringat kenangan zaman kanak2 dulu =)





Amani pun minat Cik Merah Jambu Mak Ngah ke ^_^

Lagak anak jati kampung. haha





Lepas singgah di rumah pusaka, kami singgah di rumah arwah Pak Lang sebentar. Usai solat dan rehat, terus gerak balik ke KL.


p/s : Kata pun paksa mood datang, cerita pun ala kadar sahaja. Yang penting, saya enjoy dengan family trip ni. Next year Bandung jom?