30 May 2011

Direnjis-renjis Dipilis

Salam

Wa... 2minggu blogku ini dibiarkan sepi tanpa sebarang crite. Usahkan panjang, pendek pun langsung xde. huhu. Bukan apa, semenjak kebelakangan ni rasa teramatlah malas utk mengupdate sebarang citer walaupun rasa banyak benda yang nak diciterkan.

Tiap kali bila sign in je terus upload gambar tapi bila nak menaip terus kemalasan melanda. Jadinya terus tekan button save, terperuklah jadi draft berminggu2 =(

Takpelah, yang tertinggal tu akan dicover perlahan-lahan. Harus diupdate jugak utk kenangan akan datang...

Ok, Sabtu Ahad sudah saya n family balik ke Perak utk attend wedding sepupu di belah ayah. Sabtu kenduri di pihak perempuan, Ahad pulak di belah lelaki yang hanya makan masa setengah jam perjalanan. Tema kali ni warna merah tapi akak xdelah mengikut tema kan. Pakai sarung je baju apa yang ada. Nasib ada lagi baju yang muat dengan keadaan perut yang sedikit membuncit ni =)


Belum bergerak lagi baju si budak ni da comot. Nenek muka excited tapi Waiz muka xpuas hati ^_^




Jumaat sehari sebelum majlis saya n Along terkocoh-kocoh ke JJ Maluri cari hadiah utk pengantin baru ni. Keje last mnt, standard lah tu kan. Hadiah tu pun dah boleh agak apa kan. hehe




Sudah 18w. Sekarang ni kalau dukung Waiz lama2 dah mula rasa mengah.




Jom drift Uteh!






Khas utk tatapan suamiku. haha




Sebelum tu singgah kedai breakfast dulu. Isi perut kenyang2 baru leh wat keje ngan mantap ^_^






Pelamin




Disebabkan baru saja sihat dan keadaan yang tak membenarkan utk buat kerja berat, maka segala bebanan kerja saya telah dipindahkan kpd Izan. Kenalah dia buat kerja utk 2org. hehe




My sisters sgt comel & rajin =p




Esoknya di kenduri pihak lelaki. Kitorang tak tunggu sampai habis pun sebab kena gerak cepat nak balik KL.




Aksi yang melebihi pengantin yang pemalu. hehe. Apa2pun congrates tu cousin kitorang yang sorang ni. Welcome 2 da club Nor! =)



12 May 2011

P : Week 16

Salam

Sudah masuk minggu ke -16. Sekejap je rasa masa berlalu. Perut pun sudah membuncit sedikit =)



Sekarang ni rasa keadaan diri better than before masa awal2 2nd trimester dulu. So, da sampai masa utk fikir bila nak ganti posa yang tinggal dulu. Inilah padahnya bertangguh-tangguh. huhu

Takpelah, ganti pelan2. Doa banyak2 agar diberi kekuatan =)

09 May 2011

en. Abg dah nak balik

Salam


Masa utk bermanja-manja dgn en. Abg sudah ke penghujung. Petang nanti sesi melambai di KLIA pun bermula la. huhu


Harapnya ni kali terakhir menghantar beliau ke sana. Lepas tu boleh la hidup bersama2 di teratak kami ni. Kalau betol2 jadi, saya anggap ni rezeki si kecil dalam perut. Tapi kalau tak menjadi kenyataan, saya ambil sbg cabaran positif. Tapi kalau boleh nak lah idup bersama kan? =)


Dan macam biasa, bukan en. Abg sorang je yang sibuk packing baju, i pun sama gak. Bukan personal things je, dengan rumah2 skali. Make sure ditinggalkan sementara dalam keadaan bersih. Mana yang tak tahan lama dalam peti ais tu kena kosongkan. Kalau tak, bau apalah yang datang nanti.


Oklah, nak relax2 santai dulu. Perut dah kenyang, silap2 tertido ni. hehe... Da...

04 May 2011

P : 1st Scan @ Pusrawi

Salam


Sekarang ni masih dalam mood honeymoon dari berblogging. Tersangatlah malas utk mengupdate apa2 story. Baru taip skit delete balik. Terkena angin apalah aku ni. huhu

Btw, masa nak flight hari tu (21apr) saya dan en. Abg decide utk buat 1st check up di Pusrawi Jalan Tun Razak. Sebelum ni saya buat check up di Klinik Ibu & Anak Kg. Pandan. Memang saja pilih utk buat double check up, sebab kata orang klinik G ni check lebih detail.

Of cuz akan jadi rumit skit sebab dalam sebulan kena pi 2 tempat. Tu belum campur additional check up lagi. Tapi tak kisah la, saya yang pilih cara ni, hadap jelah. Tq to ayah sebab hantar saya ke sana ke mari =)

Ok, back 2 da topic. Pagi2 Khamis tu dalam 7.40am saya dah tercegat kat Pusrawi. Of coz la dapat turn yang terawal kan. Setle isi form pi makan2 dulu kat cafe. Pendek citer, lepas dah menunggu berjam2, pukul 10.40 dapat gak jumpa doc. Kematu punggung aku ni tau. huhu

Masuk bilik doc macam biasalah saya bentang story. Terus doc suh baring & buat scan. en. Abg dah standby siap2 kat tepi katil mengadap skrin. Dalam hati rasa nervous je...

End up dengan satu senyuman kesyukuran bila melihat kejadian Allah yang menakjubkan ni. Alhamdulillah, semuanya baik2 saja. Tubuh baby da mula terbentuk dengan jelas and we can see tangan baby waving to us. Comel sgt =)


Mrs. Azam a.k.a bakal ummi =)




Mr. Azam a.k.a bakal ayah =)




And this... our buah hati =)



Sepanjang en. Abg ada ni, hari2 beliau usap perut n communicate dgn baby walaupun sekejap. Harus la sbb lepas ni tak jumpa dekat 4 bulan. Balik2 nanti je i da memboyot. hehe


p/s : Ya Allah, lindungilah kami dari sebarang malapetaka. Amin...