24 December 2009

Azam n AZAM =)

Just came back from Pusat Islam, meeting Sewa utk kali terakhir thn ni. One hour cover 9 agenda..Sangat lega meeting abis awal n end up dgn senyuman tanpa diberi sedikit tekanan pun. X seperti last year yang rasa kelam kelibut semacam.hoho..

7 hari lagi utk menghabiskan sisa2 2009. Azam baru, tekad baru utk bekerja lebih rajin n efektif utk mencapai target bertukar jawatan dalam masa 2 thn lagi. InsyaAllah klu ada pluang afta paper re-org approved by JPA. Amin...

p/s : Azam utk selamanya, menjadi isteri yang mithali n solehah*wink2* =)

20 December 2009

Selamat Tahun Baru =)

Cuti tahun baru ni aku xduduk kat rumah sesaja. Lebih sekurang sebulan je lagi utk sampai Big Day, masa yang ada ni sangat2 la berharga. Xboleh lagi goyang kaki, at least ada je bnda yang diusik setiap hari walaupun xbanyak.

Sometimes rasa banyak yang da siap, tapi bila telek2 ada benda lagi yang harus/wajib buat. Banyak benda remeh temeh sebenarnya yang terlepas dari kotak fikiran aku. Kena adaorang yang ingatkan. Yang itu dah buat? Yang ini dah buat? Dan yang sekian2 dah setle? Erkk....Blum lagi...huhu..Alhamdulillah ada pihak2 esp.Izan tolong ingatkan. Tq, ko mmg assistant yg sgt bagush! =D

Cuti Tahun Baru ni sekali lagi terpaksa turun ke Jalan TAR untuk cari material gubahan hantaran together2 dgn Kak Ayu n Izan. Tak pi banyak tempat pun,cuma mencari di Semua House n SSF coz Kak Ayu prefer Sayang You n SSF. Lagipun kitorang rushing memandangkan Kak Ayu ada new born baby kat umah.

Proses mencari xmakan masa yang lama, dalam 3 jam je. Mula2 kitorang cari barang kat Sayang You n usha gubahan hantaran yang ada but xde yang menarik hati.. Just beli main flowers je kat Sayang You. Selebihnya kitorang beli di SSF coz kat sana jumpa banyak barang yang menepati konsep gubahan yang mau dibuat.

Xsempat pun nak amik gambar brg2 yang dibeli cuz brg2 tu semua dah letak kat umah Kak Ayu yang volunteer nak siapkan hantaran tu. Aku xkisah cmne hasilnya nanti sbb sudah pasti hasilnya amat memuaskan=)

So, sama2lah kita nantikan hasilnya ye.26 hari je lagi, xlama manapun =)

16 December 2009

Kalau Kahwin Mesti Pakai Inai Bukan?

Sudah lama aku terintai2 mencari mana boleh aku dapatkan inai. Nak cari pokok inai kat kawasan KL ni teramatlah payah. Pokok inai ni cam da pupus lak rasanya. Nak dapat inai serbuk Mekah tu plak, kat sapa nak aku tanya. Kalau inai henna, rasanya tentu ramai da sedia maklum keburukan benda tu yang xtahan lama. Masuk 3 4 hari jari yg patutnya masih merah menyala da bertukar jadi oren. Padahal kenduri belah suami berlangsung pun belum. Kemerahan jari disaluti inai sangat penting ok.

Ada aku ternampak satu pokok inai kat tepi blok**** Tapi aku xtau sapa tuan empunyanye..Kalau xbertuan gagah lagi la nak petik** Sesuaikah perkataan petik???**Tapi kalau bertuan xpakai pakai harung je kan..Xpasal2 xmenjadi inai aku, xke naya.. Pakai inai berjam2 sampai kecut2 cari, tapi hasil tarak bagus. Naya2..Tapi cmne nak tau dia bertuan ke x ye???

Tapi pagi ni xlagi risau bila Kak Siti menghulurkan sebungkus inai serbuk. Fuh...Lega2..Kak Siti ni cam tau2 je benda alah ni yang saya cari2. Tq very very very much Kak Siti. Satu bebanan di kepala saya telah ilang.

Hepy kembali datang. Senyum saya tidak plastik lagi =)

01 December 2009

List Saya Sudah Pendek

Yippy!!!Sudah banyak yang dipotong dalam wedding list. Manyak hepi wooo..

Aku, Izan n Ayoy spend masa yang agak agak panjang di Jalan TAR Ahad lepas, hunting for many many things. Me mencari baju utk our pengapit, langsir, cadar, bunga pahar for Azam, bunga telur utk marhaban, bunga manggar n etc. Izan n Ayoy lak mencari baju boria mrk n baju bertandang ke Johor. But at d end, hanya aku mencapai matlamat 100% sedangkan mrk tidak. But today, the hunting is over. Tinggal mau hantar ke tailor je..Cantek2. Saya suka =)

Kitorang sampai Jalan TAR around kul 11 n park kat Semua House. Parking yang mudah, murah n dekat utk ke semua tempat. Terus ke Sin Yin mencari bunga pahar utk bawak ke Johor. Disebabkan stok terhad, jadi kena order dulu n akan siap dalam ms 2 mggu. Bunga tanda penanggah pun aku order sana skali, senang citer. Then pi ke Sayang You utk cari barang2 lain yang kurang. Setle!

Abis part mencari barang2 keperluan wedding, kitorang gerak lak ke Nagoya. Mencari n menempah kain langsir. 1st time pi tanpa emak agak nervous sbb kurang pandai. Alhamdulillah ada my sis yg sangat2 membantu cuz slalu dorang yang teman emak pi tempah langsir. Aku beli kain n upah jahit di situ gak. Senang citer, xpayah berangkut bagai kain tu bawak balik ke rumah naik LRT. Satu anak bawak, satu lagi emak bawak. Xcukup lagi, bawak adik utk jadi tukang angkut. Kalu naik kete ok lagi. Leceh2...

Abis bab langsir, kitorang pi Harison utk cari kain baju. Tengah ada sale, so banyak penjimatan. Save budget.hehe. For members, less lagiiiiiiilah banyak. Untung wooo..So sapa yg lum jadi member, cepat2 la buat kad. Promote! =p

Afta ronda2 kat Harison, kitorang menuju lak ke Sogo, tumpang solat. Kebetulan mau survey cadar. Sudah terbeli pun. Free 2bijik bantal lagi. Besh2.. Sogo mana penah xde sale. Yang ni end of year punya sale. Jadi aku tumpang sekaki jugak la. Jimat lagi. hehehe.. Aku cakap ngan Izan, kahwin la awal thun. Hujung tahun banyak wat sale, untung cuz brg banyak less price =p

Bila semuanya sudah ditangkap, pinggang naik lenguh, kaki jadi kematu, tibe masanya utk pulang..Kitorang sampai umah around 6..Time to relax =)

30 November 2009

Memori Aidildha

Jumaat lepas aku n family plan nk ke Melaka, saja amik angin. Memandangkan hari tu hari raya Aidiladha, mud beraya tu tetap ada. Plan asal selepas balik dr Melaka kitorang nak pi ke rumah PakLong. Mau beraya n at da same time nak mntak PakLong sign borang nikah (tinggal sebulan setengah je lagi. aku masih xsubmit borang nikah!!!)

Pagi2 lagi (kul 10 pagi, xle awal sgt) aku telah mengharu birukan keadaan bila aku telah keciciran borang nikah di jalanan. Paling teruk bila aku langsung xsedar keadaan tu n hanya tau bila dapat call dr seorang Hamba Allah (tqvm pakcik) mengatakan all da documents tersadai di tepi jalan (kena golek ngan motor n kete).huhuhu...Aku sangat careless!!!

Baru teringat mcmmana benda tu boleh terjadi..Dek sbb sibuk nak bergambar pagi raya, aku letak fail tu atas kereta jap. Tapi aku lupa nak amik balik fail tu n ia tetap berada disitu sehinggalah kitorang memulakan perjalanan. Apalagi, berteraburlah bnda alah tu atas jalan. Sedangkan aku dok bergumbira, bergelak tawa dia atas kete..Salahkan saya!!!huhuhu

Mulanya ingat nak teruskan perjalanan but then decide nak berpatah balik utk amik documents itu sbb aku sgtla risau. Takut ada dokumen part Azam ilang. Kalu ilang bagaimana mau kawen???Aish....

Alhamdulillah rezki berpihak pada aku bila cek fail tu everything complete. Semuanya ada*wink2* Lega sangat..Pakcik (merangkap kwn ayah yg dikenali di surau) tu pesan next time hati2, bnda2 camni sangat penting. Iye pakcik, saya akan ingat pesan pakcik. Trima kasih sgt sbb tolong kutipkan borang saya. Kahwin nanti pasti saya jemput pakcik =)

Memandangkan keadaan itu telah berlaku n jam telah menunjukkan hampir pukul 12, jadi plan utk ke Melaka terpaksa di tunda ke lain hari n destinasi pilihan yelah ke rumah PakLong. Of coz citer itu akan diulangcerita oleh emak.hehehe

Malamnya bila ym dengan Azam, aku sempat bercerita dgn Azam. Dia xmarah tapi cam biasa kena ceramah skit..Xkisahla, janji aku dapat kahwin. Happy7 =)

p/s : Bila nak kahwen, macam2 boleh jadi. Fikiran melayang tah ke mana =p

20 November 2009

Wedding Gift

Aku sangat berkenan dengan baldi mini di bawah ini walaupun aku sudah beli wedding gift.Tapi xpe, yang telah dibeli itu tetap di hati =)




18 November 2009

Tepuk Dada Tanya selera

Bila hujung2 bulan gaji xmasuk lagi ramai yang merungut poket kering. Bila poket da kering, makan pun dicatu. Bagi si single, antara menu pilihan sudah semestinya megi. Sehari dua boleh la nak telan megi, tapi kalu berhari2 kan memudaratkan badan.

Alhamdulillah setakat ni aku belum lagi ketandusan uwang cuz masih boleh manage sumber kewangan yang ada. Belum lagi skip breakfast or lunch. Kalau skip pun sebab want 2 loose sum weight, not bcoz of money.

Utk mengelakkan tergolong dalam golongan yang kekeringan uwang ini, aku ada cara utk mengurus duit sendiri. Dah lama aku amalkan benda ni, sejak tahun 2007 lagi but masa tu agak kurang berjaya cuz masa tu kerja temporary je. So gaji yg diterima amatlah kecil. Tolak ni tolak tu, cukup2 la utk bagi emak ayah skit, wat makan, tambang g opis, bayar ptptn dan sedikit saving.

Bila da keje tetap ni alhamdulillah saving pun meningkat. Lagi2 bila da plan nak kawen. Duit kena la ada. Parents mang la boleh bantu tapi setakat manalah. Kita yang nak bina masjid, kita usaha keras la sendiri. Xkira la dengan apa cara pun, asalkan halal. So nafsu bershopping tu terpaksa dikurangkan. Bukanlah xmembeli langsung, tapi membeli bila hanya perlu dan ada lebihan uwang. Bagi mereka yang xleh sekat nafsu yang satu ni, cari la jalan lain to earn more money. Ada yang wat part time keje, ada gak yang wat bisnes esp. MLM bisnes. Semuanya hanya satu tujuan, utk mencari rezki yang halal bagi menampung kehidupan. Kite pun dah sedia maklum, berniaga tu 9/10 sumber rezki.

Ok back to da topic. Harus diingat saving kena ada walaupun sedikit. Utk lebih senang, buat ur own budget every month. Then dari situ baru kita dapat tau brapa banyak kite dapat saving sebulan. Jgn sesekali lupa item contingency cuz kadang2 maybe ada unexpected expenses. So boleh la back up ngan duit yang kita da spend utk contigency tu. Kalau masih xmencukupi, top up dgn saving. See!!Setle problem kan!

To make it more effective, aku divide all da expenses by category guna angpau (ala, angpau lama2 korang yg xpakai tu). 1 for daily expenses (makan, tambang LRT), 1 for PTPTN loan, 1 for contingency, 1 for monthly expenses (prepaid, duit kutu) n lastly utk saving. Utk mak n ayah aku da ketepikan awal2. Me untung skit cuz most of da time pi n balik keje dgn ayah. Bila ayah outstation or ada hal je aku naik LRT. Ni bukan sellfish ok tapi menggunanakan kemudahan yang ada. Jadi slalunya budget utk tambang tu ada lebih n akan difowardkan utk da next month..

Dulu mak sering gelak bila tengok aku divide smua duit gaji but then she realized memang berbaloi2. Boleh beza mana satu blanja dapur, mana satu duit bil, mana satu blanja pasar n etc. Xdelah pakai belanja n at the end xcukup duit. Semuanya jadi teratur n lebih selamat.

Benda ni memang praktikal tapi dengan syarat ada disiplin. Xsusah, nak xnak je. Tepuk dada tanya selera.

p/s : Maybe akan diterapkan pada anak2. InsyaAllah =)

17 November 2009

Rojak

Bila kenyang nak keje pun malas. Bila kenyang mata pun mengantuk je. Bila kenyang perut pun senak je. Pokok pangkalnya bila terlalu kenyang semuanya xmenjadi. Tapi xbaik menyalahkan makanan, tu kan rezeki. Alhamdulillah..

Disebabkan semalam balik dalam keadaan ujan yang sedang2 lebat, dan yg memburukkan keadaan xpakai baju ujan, maka hari ni badan aku rasa seram sejuk je. Ditambah lak aircond ofis yang sejuk tahap maksima. Bila badan da seram sejuk n minum pulak sprite McD, lagila rasa nak sakit.huhu

Otw lik umah semalam, ada nampak accident kat depan IPB. Kete Toyota Vios black kaler langgar divider jalan n terlajak langgar kaki jejantas. Xpasti keadaan driver dia cmne cuz tengok2 kete tu kosong. Tapi teruk gak la keadaan kete tu. Cermin pemandu n depan kete,pecah, bumper depan jatuh n of cuz la depan kete tu remuk seribu.

Sah2 kes bwk laju cuz aku rasa kalau bwk slow xakan jadi cmtu. Tambah lak keadaan ujan, jalan pun licin skit. Mujur xlanggar sesapa. Kalau x, kan berat da jadi kes polis. Tu la orang Malaysia ni, susah sgt nak jumpa pemandu berhemah. Jalan kecik, dekat ngan area perumahan bawakla slow2 bukannya dekat F1. Agaknya hengat kete dia da cukup hebat.Susahkan orang jlain e wat jem jalan.

Jom cuci otak!

Teka teki hari ni : David is the son of Jane's. Jane's is the _____ of David's mother.


Gud Luck!!! =)


p/s : Rasa agak gedik hari ni bile tibe2 rindukan dia =p

16 November 2009

Kahwin Kahwin Kahwin

Semalam aku sempat ke Melaka menghadiri kenduri kahwin seorang ofismate. Act kawan aku ni lelaki n majlisnya akan diadakan pada 02 Januari 2010 nanti. Tapi memandangkan ofis aku akan mengadakan Family Day pd tarikh tu, so aku decide utk pergi kenduri di sebelah perempuan je.

3 minggu berturut2 aku menerima undangan perkahwinan. Undangan terakhir 05 Dis 2009 kat Senawang, member matriks dulu. 5 Dis xleh jauh mana. Pejam celik pejam celik tibelah harinya. Dan selepas pejam celik tulah, aku hanya ada 42 hari je lagi utk bergelar Cik Siti Nur Hafnidah Aani..What shud i feel rite now =p

Time aku sibuk nak menyiapkan apa yang patut disiapkan, Along Izan n Ayoy lak sibuk memikirkan baju apa yang nak digayakan masa majlis aku nanti. Including emak n Ayah. Abg Shamin follow je Along asalkan kain cotton katanya. Dorang pilih pink. Purple n Pink?Perfect!!!Aku sangat suka n xsabar untuk lihat mereka berboria sama2.hehehe

Kalau ikutkan ayah, pakai je mana ada. Ish!Mana boleh!!!Sekali seumur hidup aku kahwin (InsyaAllah). Nak gak la ada family theme. Baru nampak sekata je. N org boleh cam family tuan rumah yang mana (wedding aku kat dewan, so tuan dewan la kan.hehehe). Sekali sekala Along nak sedekah duit tolong sponsor wat baju boria, sangat2 dialukan la*wink*

Mang sejak dr dulu aku mengangankan wedding ala2 tradisional. Tapi utk fully tradisional teramatlah memerlukan uwang yang berlebih2. So aku hanya request yg ala kadar utk mencapai angan2 aku tu. Cara mana nak deco hall 2 utk mendapatkan mud tradisional tu, aku serahkan bulat2 pada Aunt. Yelah, kite da hire dia kenalah bagi kepercayaan n commitment dgn dia. Dia lebih tau, jangan nak menyibuk nak amik tau every single thing. Baik ko je jadi wedding planner kan.

Bila aku wat majlis kat dewan n nikah kat masjid maksudnya rumah aku langsung tidak berusik. Semua barang2 keperluan n goodies kitorang letak kat rumah lama Along. So aku plan just nak hias ala kadar rumah tu. Lagipun lepas kahwin aku masih duduk kat rumah emak cuz bakal suami terchinta working abroad. Aku xkisah pun klu org nak kata apa aku still duk bawah ketiak emak. Kalau ada kemudahan, gunakanlah. Buat apa kalau duk asing tapi dekat, still masih terhegeh2 ke rumah parent dgn alasan mengisi perut. Mengabiskan beras aje.

Banyak sebenarnya yang aku plan tuk wedding ni tapi xtau lagi akan tercapai atau tidak. Kite tunggu ajelah ye. Kalau cakap gah2 sekarang tapi xjadi kang orang kondem lak. Cakap mengalahkan angan2 Mat Jenin tapi hasil tarak. Padahal kite merancang dan cuba merealisasikannya. Tapi mulut orang mana boleh tutup, sibuk mencanang. Kesian si bakal pengantin!!!

13 November 2009

Tiada Nama

Lately ramai yang bertanya (lebih dr 4 org tu ramai la kan?) apa perasaan bile wedding da semakin hampir.huhuhu..Maka jawapan yg aku berikan yelah "2 bulan lambat lagi. Buat masa ni xrasa apa2 lagi.hehehe". Automatik setiap kali aku menjawab pertanyaan tersebut, aku akan akhiri dengan tawa yang saja dibuat2.

To be honest, jawapan tu hanya sekadar utk menjawab soalan mrk n menyedapkan hati aku sendiri. Semestinya la pada masa2 ni macam2 perasaan melanda. Rasa cuak, xsedap hati, nervous, gabra, gembira etc..Bermacam2 benda aku fikir. Majlis ok ke? Ramai ke org datang?Makanan cukup ke? Goodies ok ke?

Harap2 smuanya berjalan lancar spt apa yg dirancang. So far, my part almost 75% da setle.Tinggal yang kecik2 je cam bunga pahar, edar kad kahwin n benda2 remeh2 lain. Part mak ayah lak tinggal booking catering. Act, kitorang da pilih caterer but masih dalam proses pengiraan tetamu. By hook or by crook next week kena setle down jgak..

Just want 2 recall what i've done 4 my wedding...

09 Julai 2009 - Booked Mak Andam. Aku masih lagi menggunakan khidmat mak andam yang sama since aku mang sangat berpuas hati dgn service yg diberikan. Klu citer bab harga mang telan air liur skit tapi klu service yg diberikan berbaloi2 tutp mata jela..Mangla klu boleh kite nak saving tapi klu at the end hari yang patut menjadi sejarah manis bertukar jadi mimpi ngeri, apa macam?.Kos:RM3+++

13 Ogos 2009 - Booked photographer sec official. Masa dapat album tunang dl mang aku da bagi hint kat dia utk hire dia tapi cakap mulut mana boleh pakai. Kena la ada hitam putih..Disebabkan ex-customer, so dapat skit diskaun.*wink2*.Kos:RM2+++

Ogos 2009 - Beli goodies. Kos:RM1+++

09 Sept 2009 - Beli bahan2 utk wat bunga pahar. Xbanyak, just 100pcs je utk letak kat pelamin. Ada yang tanya napa xbeli je. Jawab aku "Wedding ni bermakna buat aku. So klu bole, aku nak ada air tangan sndiri. Xdapat banyak, skit pun jadila". Lagi pun aku rasa agak murah wat sendiri berbanding beli. Mangla boleh beli yg murah tapi standardnya cmne. Nak beli yang cantik skit, mahal plak. So bila wat design sendiri ni, murah skit la kos dia. Lagipun boleh wat design apa yg kite nak. Kos:RM3++

19 Okt 2009 - Tempah kad kahwin. Masa Izan wat utk Along dulu, designer tu cuma amik masa xsampai seminggu utk siapkan draf kahwin. Tapi aku punya ni nak masuk 2 minggu baru siap. Tu pun after beberapa kali aku call. Masa order tu aku siap cakap very7 urgent lagi. Then after cek draf kad, 3 hari pastu aku dapat kad. Tu pun pas Azam push suh cepat. At da same day, aku order paperbox goodies. Kos:RM1+++

30 Okt 2009 - Tempah baju nikah kat my Mak Andam. Last mnt terpaksa tukar lining dia cuz agak jarang. Kos:RM3++

Total utk di atas saja sudah cukup wat aku telan air liur sambil urut dada =p

Ni semua aku wat sekadar yang mampu. Mungkin ada yang kata terlalu mahal n mungkin jugak ada yang kata murah aja. Dalam 100, mungkin sorang je yang bersetuju ngan cara aku. Bagi aku, terpulang..Aku cuma usahakan yang terbaik dan selebihnya aku berserah. Niat aku hanya wat benda baik tapi klu org salah tafsir nak wat cmne.

So target aku skrg nak siapkan:

- Bunga pahar

- Cari kain utk wat langsir n trus tempah kat kedai aku beli tu je. Dulu masa Along kawen, dia tempah kat Jakel. Kualiti jahitan n design cantik membuatkan sorang jiran berminat utk dijadikan ilham wedding anaknya nanti. Tapi katanya nak ubah design langsir skit cuz jahitan langsir Jakel tu kurang lawa. N katanya lagi kain langsir tu material dia murah. Mana dia tau aku pun xtau. Dia anak beranak pi selongkar kain berjam2 kat Jakel tu agaknya =p

- Order catering

- Collect address kengkawan

- Beli sedikit perabot n keperluan utk rumah baru. Sedangkan rumah sewa orang beriye berhias, xkan rumah sendiri kosong cam rumah tinggal

Setakat ni, tu sajalah yang mampu aku fikirkan. Yang lain, akan cube difikirkan..

09 November 2009

Kahwin Muda

Disebabkan Rabu minggu lepas sudah termissed turn utk wat HIV test, so tengahari tadi aku n Izan pi balik Klinik Kg. Pandan utk tujuan yang sama. Kul 1.00 sudah berada di kawasan klinik dan menjadi penunggu yang setia. Dan pukul 1.25 sudah start quee utk make sure dapat setle hari ni gak n menjadi orang pertama yg wat test tu. Terpaksa tahan lenguh cuz xnk tragedi berulang.Sangat menyampah.huhu

Berbaloi sangatlah penantian tu cuz aku org yg pertama masuk klinik seusai je pintu dibuka. Ingatkan dan amik no, boleh la trus amik darah. Budget dalam kul 2.30 setle n aku boleh balik ofis lik (baik kan aku.huhuhu). Tapi teramatlah malang, setelah ditunggu2 sehingga pukul 3 barulah no aku dipanggil.

Cam biasa, akan ada briefing skit. Aku ingatkan briefing tu wat by group,so jimatla masa. Rupa2nya x,wat sorang2. Alhamdulillah aku orang pertama, so xpayahla tunggu lama2. Xtau napa, tapi still rasa nervous padahal sangat confirm yang aku bebas HIV or AIDS. Sebabnya, sendiri mau ingatla..

Masa menunggu turn aku dipanggil, aku terpandang couple muda sebelah aku n anak pompuan dorang yg sangat cumel. Kalu diikutkan pengamatan aku, rasanya couple tu muda gi, maybe paling lewat pun 22 or 23thn. Tapi anak pompuan dia aku rasa 3 or 4 thn. So klu dicongak2, couple tu mybe get married masa dorang belasan thn..

Bile tengok dorang, otak aku berfikir. Bestnya kahwin muda, bila kite tua nanti anak da besar. Xpayah la di hujung2 usia masih bersusah payah membesarkan anak yg semestinya memerlukan kos yg sangat tinggi. Jadi masa tua tu dapat beristirehat n memperbanyakkan amal ibadat dan amalan. Dan maybe jugak menjaga cucu utk ilangkan sunyi.

Tapi bila difikir2 dgn mendalam, kebahagiaan perkahwinan tu bukan sekadar mendapat zuriat di usia yang awal. Perkahwinan tu bak kata sesetengah orang ibarat perjudian hidup. Kalu kena gaya, untung la. Tapi kalu xkena gaya, maka rugila.Jadi pikirlah masak2 sblum berkahwin lagi2 pada usia yg sangat setahun jagung.

Perkahwinan xleh hanya disandarkan kpd cinta. I love U. U love Me.Lets get married!!!huhuhu..Tindakan yang sangat gile n bahaya. Cinta boleh hilang dalam sekelip mata oleh sbb yang xmunasabah.

"Badan u ni gemuk la. Dress u xkena ngan badan u.Malu la i jalan ngan u"

"I da bosan ngan u. Hidup i xpenah senang dgn u. Dr dulu sampai skrg moto kapcai je. Bosan!!!"

"U ni b4 kawen ngan i cantik je i tengok.Skrg ni xmake up mcm hantu i tengok"

Percayalah, ayat2 di atas ni sering diungkapkan bila cinta yang dulu gah tlh melayang ntah ke mana. Yang tinggal hanya rungutan dan kesalan. Mulalah menyalahkan takdir sbb jalan yang dipilih.Nauzubillah...

Klu nak berkahwin tu pikirlah masak2. Bersedia dr segi mental n fizikal. Kahwin memerlukan kekuatan dr semua segi. Ye, pokok pangkalnya cinta. Cinta dan sayang mesti ada. Duit pun kena ada. Kalu takat cinta je tapi duit xde pikir2kan lah semula hajat menggunung tu.

Aku bukan bercakap tentang hantaran yg tinggi, majlis kahwin yg gah n goodies hebat yang xpenah org wat utk dibawa pulang tetamu. Juga bukan bercakap tentang menandingi majlis kahwin kawan2,jiran2 n org sekeliling. Sbb akan ada riak di situ. Aku cume bercakap kalu xde duit, cinta pun boleh melayang. Family pun bole kucar kacir.

Yelah, bayangkan klu tiap2 ari ikat perut minum air suam, makan nasi kosong tanpa berulam apa2. Klu ada pun telur mata. Jangan xtau telur skrg pun da mahal tau!Silap2 xterbeli. Baru bab makan, belum masuk bab pakai anak bini, pendidikan anak2. Tau2 jela kos hidup sekarang makin meningkat, bukan macam thn 60an duit 5osen da boleh buat kenyang sehari. Jadi pikir2kan la..Mampukah kahwin pd usia yang muda???

p/s: Duit n kahwin mang xboleh dipisahkan. Ibarat irama dan lagu

29 October 2009

Untuk Mereka Yang Tersayang

Hepy belated besday Ayoy yang ke-19...Smoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, diberkati hidup n sentiasa memperolehi kejayaan =)

Hepy belated besday Emak yang ke-60...Umur semakin lanjut..Semoga diberikan kesihatan yang baik, kehidupan yang tenang, umur yang panjang, dimurahkan rezki n cucu2 yang sihat =)

Congrates to Izan...Hope akan attend convo LLB lak pasni..Sure happening =)

Welcome back Sayang =)

p/s : Semakin hari berlalu, semakin usia berganjak, semakin aku menghargai kehidupan ini..Ayah, Emak, Along, Abg Shamin, Izan, Ayoy, Mr. Kluang...SAYA SAYANG KALIAN SEMUA!!!


28 October 2009

Masa Bergumbira

Akan berjumpa si dia...Sangat7 happy =)

14 October 2009

Our Home

Lawyer call, kata da boleh ambil kunci rumah. So kena deal sndiri ngan ex-owner utk set masa jumpa ambil kunci. Alhamdulillah, berakhir penantian. Tak sabar rasanya nak masuk rumah baru. Saya sangat happy =)

13 October 2009

Kakak Ke Adik???

Izan merungut lapar malam td. Aku hanya mampu cakap "Ko makan la apa yg ada. Aku xreti nak masak"

Akhirnya Izan menuju ke dapur melayan kehendak perotnya. Setengah jam kemudian aku nampak nasi+sambal cili ikan kering+sayur campur+telur dadar atas meja makan. Izan da abis masak!!!

Sekarang sapa patut jadi akak, siapa patut jadi adik???

p/s: Pagi td masak nasi goreng pedas. Half tapau nak breakfast kat opis, half lagi tinggalkan utk Izan. Itu je akak mampu wat utk adik =p

12 October 2009

Cuci Sekali Jer

Mak ikut ayah pi Sungai Petani.Mungkin sampai Jumaat ni.Mungkin juga sampai Sabtu atau Ahad.

Mak pesan :

Kalau nak masak apa2, mak da siap siang ikan2 tu.Udang n sotong pun sama.Mak da siap cuci.Ti kalau nak nak masak, cuci sekali je..

Ntah2 sampai mak balik ti benda2 tu masih dalam keadaan yang sama =p

07 October 2009

Rindu

Rindu zaman kanak2
Rindu teman2 sepermainan
Rindu main batu seremban
Rindu main tutup botol
Rindu main congkak
Rindu main galah panjang
Rindu kawan2 sekolah
Rindu shopping baju sekolah
Rindu kawan2 sepengajian
Rindu pd mereka yang telah pergi
Rindu pada gelak tawa indah
Rindu saat2 yang berlalu


Mencecah usia 60tahun aku bisa jadi seperti emak, mengimbau semula detik2 kehidupan yang berlalu.. Saat itu mungkin banyak ingatan pahit manis yg tercicir dr fikiran kerna usia yg x membenarkan...


05 October 2009

Bosan

Hari ni trasa sangat malas dan bosan nak keje..Nak bangun cari fail malas. Nak bangun amik paper kat printer malas.Nak pi toilet malas. Nak refill air malas. Nak turun tingkat 1 update fail pun malas. Sebolehnya sangat malas utk buat apa2 kerja yg perlu bangkit dari kerusi. Disebabkan tu boleh kire keje apa je yg aku da siapkan hari ni =(

On ym dgn harapan si dia pun on sama. Puas menunggu tapi jugak xmuncul. Lagila makin menggunung kebosanan. So, hadapla facebook sambil wat keje yg xseberapa...

Bila turun cari makan 4 lunch lak, terpaksa fikir berpuluh2 kali nak makan apa. Otak ligat fikir tapi pilihan yang ada sangatlah terhad. Lebih kurang 5 kedai makan kecil yang sangat terhad pilihan lauknya, manalah mampu menampung ofis2 yg ada disekitar opis ni.. Akhirnya aku hanya amik lauk ayam masak merah dgn nasi putih. Trasa nak order teh ais skali tapi bila ingat keburukan ais ni terbantut keinginan =(

Pagi td cakap ngan Kak Izan xjadi nak join beli Jus Mate 5. Sbb bila aku surf kat internet sal produk diet ni, banyak sangat pantangnya. Kalu sehari dua xamik nasi boleh tahan lagi. Tapi kalau bermalam2 mang aku xboleh. Rasa lapar sgt n perut cepat masuk angin..

Tapi baru td pas balik dari bank Kak Izan tunjuk brochure Jus Mate 5 tu. And of cuz la gambar2 dalam tu membuatkan sesape saja terpegun dgn hasil benda tu termasuklah aku. Dalam brochure tu ada guide utk dapatkan hasil yg berkesan. Still boleh makan nasi tapi dalam kuantiti yg sedikit. Kalau biasa makan sepinggan nasi kurangkanlah kpd separuh pinggan. And utk berat badan spt aku hanya perlu ambil sehari sekali. Maknanya satu kotak tu tahan la dalam 2o hari. Kalau 2bulan kenala 3kotak which is cost bout RM450. RM450 hanya utk kuruskan badan???Berbaloi ke?Patot ke aku cuba?

Disebabkan semalam penat sbb tolong Along pindah rumah, jadi hanya sempat siapkan 5batang je bunga pahar. Bila di kire2, kena siapkan dalam 50btg lagi. Klu dihitung secara logik dengan perangai malas aku yg begini, 2 3 hari dekat majlis ti baru siap kot. Tu pun dalam keadaan kelam kabut. Tu lum masuk kekalutan nak siapkan hantaran lagi.Ish3...

p/s : 3 bulan je lagi..Harap masa lambat berlalu cuz aku xpuas duk bawah ketiak mak ayah lagi =p


04 October 2009

Congrates

Congrates to FIza n Sanusi yg baru saja bertunanng tadi..Hope wedding bulan 3 ti xakan ditangguhkan..Yang penting jgn diawalkan hujung tahun ni..hehehe..And congrates to Alin yg baru disahkan pregnant.Ti anak pun mata kecik gak kot =)

p/s: Xsabar nak tengok citer Pisau Cukur.Tengok iklan cam best je???

02 October 2009

Duit Raya

Beberapa hari lepas aku ada terpandang satu artikel dalam Utusan Malaysia tentang duit raya. Xberapa ingat tajuknya tapi lebih kurang Mesti Ke Bagi Duit Raya?

Bagi aku terpulang..Tapi kalau ada duit apa salahnya kite bersedekah..Xdapat banyak kite bagi skit.Janji niat kite ikhlas. Dalam Islam pun cakap, bersedekah ni xkan wat kite miskin. InsyaAllah makin murah rezki adalah.So wat apa nak kedekut2.

Ingat dulu masa kecik2 zaman lebat dapat duit raya. Aku,along,Izan sibuk ikut cousin pusing kampung beraya. Xkenal tuan rumah pun xpe. Ikut je janji dapat duit raya. 50sen pun jadila. Bila sampai umah opah masing2 sibuk keluarkan beg masing2 kire brapa duit raya yg ada. Kadang2 xde pertambahan pun, tapi sbb tengok org lain kire aku pun sibuk nak mengira. Nasib matematik ok =p

Bila raya gak bakat menyanyi terpaksa diasah sbb one of my uncle, Pakcik Hassan akan bagi extra money kpd sape2 yang menyanyi depan dia. Nyanyilah lagu apa yg kite nak, asalkan menyanyi. Pastu dapatla 50sen lagi. Nyanyi lagi dapat duit lagi. Seronoknye kalau skrg pun masih camtu gak. Mesti aku xbagi pluang kat orang lain punya..hehehe
Kalu dulu, budak2 xkisah dapat brapa duit raya. Kadang2 tuan rumah bagi xguna sampul pun, bagi camtu je. Tapi kalau dapat dalam sampul tu, berdebar la hati.hehe.Penah dulu masa duk kat Jalan Ikan Emas, makcik jiran tu bagi duit xmenentu. Untung2 kalau dapat sampul RM5 best la. Tapi kalau yang dapat 50 sen tu, gigit jari jela tengok member2 sengih tayang duit.huhuhu...
Bila ingat citer raya camni, rasa rindu sgt kat zaman dulu. Hidup happy, xde masalah..Ingat main n tengok tv je..Kalau la masa boleh diulang kembali...

30 September 2009

Sebab Aku Perlu Kurangkan Makan Dan Tido

Semakin hari semakin kuat aku cube mengelakkan mengambil gambar dr jarak dekat. Sbb semakin dekat gambar diambil, semakin kuat double chin aku ini menunjukkan diri. Mungkin sampai satu tahap aku terpaksa melupakan perkataan senyum. Ataupun sentiasa mengelakkan diri dari menjadi buruan paparazzi =p

Saat semakin ketara bila tiap kali aku view gmbr selepas gambar diambil, peratusan utk mengekalkan gambar2 tersebut amat rendah. Klu gambar tu aku sorang sah2 aku da delete.Tapi klu melibatkn aksi insan lain terutamanya Izan n Ayoy yang dirasakan cukup fotogedik n meletop, jgn harapla. Kena tebalkan hati n kuatkan semangat lagi2 bila salah satunya terpilih utk diletakkan di facebook dorang =(

Jadi cara terakhir adalah mengurangkan peratusan lemak terkumpul di bawah dagu ini selain beriadah adalah dengan mengurangkan kuantiti makan dan tido.Bab makan tu mungkin xde masalah besar walaupun pahit dan payah utk dibuat tapi masih lagi xmustahil. Tapi utk mengurangkan kuantiti tido 2 cam teramatlah susah sbb bagi aku kualiti tido bergantung kepada kepanjangan tempoh aku tido =p

Tapi utk mengembalikan keyakinan aku berhadapan dgn kamera, apa slhnya melakukan pengorbanan. Dan utk memuatkan balik badan aku ke dalam baju2 lama tapi glamor yang tersadai dalam gerobok 2 membuatkan aku lebih semangat. Paling utama kritikan pedas Kak Niza tu.huhu

So lemak2 degil, minggir kamu dari aku. Selamat Jalan Romeo!!!

Informasi Buat Umat Islam

Senarai E-Code yang mengandungi lemak BABI:

E100,E110,E120,E140,E141,E153,E210,E213,E214,E216,E234,

E252,E270,E280,E325,E326, E327,E334,E335,E336,E337,E422

E430,E431,E432,E433,E434,E435,E436,E440,E470,E471,E472

E473,E474,E475,E476,E477,E478,E481,E482,E483,E491,E492,

E493,E494,E495,E542,E570,E572,E631,E635,E904

Cara semakan adalah seperti melihat pada senarai kandungan pada makanan kita yang dibungkus/dikotakkan/dibekaskan dalam tin atau apa cara sekalipun.

29 September 2009

Syawal

Setiap yg hidup akan pergi jua akhirnya...
Aku baru sahaja kehilangan opah petang semalam pada usia 88 tahun setelah lebih sebulan sakit biasa sehinggalah stroke. Walaupun kemesraan antara kami masih terbatas, kehilangan dia masih terasa...

Al-Fatihah...

Semoga opah ditempatkan bersama2 golongan beriman..Amin...

17 September 2009

Esok Hari Raya???

Hari ni opis da mula kosong, ramai yang da start cuti.Ada gak yg half day harini.Macamkan sok raya.hehehe.Me?Sok baru cuti.Tu pun last mnt punya plan cuz ayah nak lik kg sok afta Smayang Jumaat.Aku apply cuti sampai Khamis depan, sgt berharap x akan lebih dari itu..Mau jaga cuti wooo =p

Raya lagi 2 hari tapi ada lagi yg xcomplete..Aku masih xde tudung raya lagi n Izan still mencari2 kasut raya beliau.Act, aku da ada tudung raya, saja try beli online..But kaler xbrapa kena la, so kena la cari tudung baru.Yang itu, tlh dipadankan dgn baju lain..

So utk menghappeningkan raya bujang aku yg terakhir ni (InsyaAllah), ktorang akan turun padang sok utk wat last preparation. Takat Time Square n Jalan TAR jela. Last mnt punya hal, jgn nak banyak songeh Ida.huhu

Raya kat Perak thn ni maybe lama skit cuz kena tunggu Along abis giliran di rumah mertuanya..So, maybe ktorang stay kat perak sampai Rabu or Khamis. Tapi Izan sgt mengharapkan ia berhenti pd hari Rabu cuz dia da plan nak round da world =P

Raya ni aku n Izan sgt rajin wat kueh.4 jenis je but still ok apa cuz la ni org banyak makan kueh TUNJUK je termasuklah aku..hehe..Maybe tradisi ini akan cube dikekalkan thn2 akan datang cuz banyak rumah mau ditapaukan..huhuhu...

Apa2 pun, smuanya ni menjadikan sambutan Aidilfitri itu indah. Harap2 berpeluang utk menyambut Aidilfitri seterusnya bersama2 insan kesayangan..Amin..

So kpd kengkawan ku yang terchinta, Selamat Menyambut Hari Lebaran!!! =)


p/s : Maybe thn ni thn terakhir Izan dapat duit raya..hehe.Kesian Azam, hanya dapat pulang beraya hujung Syawal.Slamat Hari Raya awak =)


16 September 2009

Pentingnya Sahur

Aku sgt kelaparan sekarang...Rasa nyesal xsahur tol2 pagi tadi!!!
=(

08 September 2009

Rama2 dan Cuti

Hurray!!!Sok aku me'reward'kan diri dgn bercuti sehari.Tapi skrg xmrasa sgt ke'excited'tan 2 cuz banyak rama2 berterbangan dalam perut. Sangat nervous utk menghadap esok pagi..InsyaAllah aku cube wat yg terbaik n mudah2an terbuka lagi satu pintu rezki utk aku n keluarga..Bak kata orang rezki datang bila nak buat perkara baik (mendirikan masjid).hehe

Banyak sgt plan sok.Banyak tempat nak dituju seusai tamat ke'nervous'an..Fikir mula2 nak pi ke Semua House mencari stok utk bunga pahar..Memandangkan aku teramat ada mud utk menyiapkan bunga pahar ni, so aku nak readykan stok siap2.Malas tengah2 jalan barang abis,wat mud down je..Yg paling penting mau mengejar masa cuz aku menyiapkannya seorang diri. Along n Izan stil menolong tapi aku pun faham dorang pun sibuk dgn hal masing2..Along dah berpindah ke Kuala Pilah n Izan lak sibuk ngan LLB dia..Emak?Hmm..Xmolah, xsampai hati nak suh mak wat benda remeh temeh ni..Selagi boleh,aku xnak libatkan mak..

Then maybe nak ronda2 cari kain pasang 3 4 helai..Memandangkan aku ni keje semi-G yg memerlukan aku memakai baju kurung hari2, trasa koleksi baju kurung aku teramatlah sedikit..Boringnya asik pakai baju yang sama..So kenala cari baju baru,rasa segar la skit..

Abis smua rasanya nak ke Jusco Maluri, nak cari heels keje..Sgt2 best dapat pi masa weekdays cuz kalau pi weekend teramatlah panjang sgt org yang beratur kat kaunter cashier..So bila hari keje ni dapatlah cari barang dgn tenang skit, bayar pun kejap je..Xperlu tunggu lama. Dan klu ada brg yg terkenan pas bayar tu xdelah sakit jiwa bila kena beratur lik =)

p/s : Agak2nya si dia ingat x hari rama2 saya esok???

07 September 2009

Apakah Maksud Ini???

Tiada lagi Selamat Bersahur
Tiada lagi Selamat Berpuasa
Tiada lagi Selamat Berbuka
Tiada lagi Apa Khabar?
Tiada lagi Jaga Diri
Tiada lagi Selamat Pagi
Tiada Lagi Selamat Malam
Tiada lagi Saling Bertukar Cerita
Tiada lagi TEGURAN bila TER"ONN" ym same2
Tiada lagi Email
Tiada lagi Kata2 Penyejuk Hati
Tiada lagi Kata2 Indah

Wajarkah saya berasa hati???

06 September 2009

Orang Di Sisi Anda

Siapa mau jadi pengapit aku????

p/s: Cik Fiza, buat masa ni saya menempah kamu ye...Tapi saya jugak sedang menimbangkan utk mencari pengganti kamu memandangkan majlis kamu dan saya tidak jauh bedanya...Kire xmau kamu ilang seri la =p

29 August 2009

KafLamYaNga Budus!!!

Aku sangat2 menyampah dgn kaum xberapa cerah di sekeliling flat aku ni...Perangai cam bagus..Nak dekat kul 1 masih memekak mcm animal2 liar kat utan...Ko ingat ni tempat asal keturunan ko ke nak wat sesuka hati nenek moyang segala keturunan ko tu???Perangai x mcm orang menumpang tol.Meluat aku tengok..

Nampak mcm aku ni anti KafLamYaNga ni...Mang pun..Dah tu perangai xkena gaya, huduh bebenor kat pandangan mata aku...Bukan la smua tapi ada sesetengah yg macam tu.Meluat tol.huh!!!

Bertambah sakit lagi bila line internet yang cam hampeh kat umah aku ni...Jap2 off.Apa kes tah.Napalah time2 gini gak ko nak wat hal...Time aku ym ngan Azam???Adush!!!

p/s: 1 Malaysia?Realistik ke???

23 August 2009

Masa BerGeografi

Kali terakhir aku amik berat sal Geografi ialah 10 thn yg lepas di mana ketika tu aku berusia 15 tahun..Seusai tamat tingkatan 3, perkataan Geografi jarang aku sebut kecuali ketika bertanyakan result PMR Izan n Ayoy..Tu pun 4 tahun yg sudah ketika Ayoy sibuk dgn result PMR dia..

Petang ni,tetibe aku rasa nak teramik berat sal Geografi.Sejak Azam berhijrah dr Qatar ke Abu Dhabi, itu pun 5 hari yg lepas..Sbnrnya aku xtau pun jauhmana Qatar ngan Abu Dhabi tu. Cuma dimaklumkan lebih kurang sejam perjalanan.So, utk nampak lebih clear aku pun mencari map utk gambaran yg lebih jelas.Jadi, inilah gambarannya...



p/s : Cinta saya antara Malaysia dan Abu Dhabi???hehehe

22 August 2009

Ramadhan Al-Mubarak

Kepada semua, Selamat Berpuasa dan Selamat Berterawih =)

Roti bakar n teh tarik, nasi lemak milah, mee goreng basah abg din n roti canai barakah...Slamat tinggal smua...Aku akan merinduimu buat sementara waktu =)

p/s : Kpd yg yg cuti puasa, jgn makan depan org yg berpuasa =p

20 August 2009

Baju Raya vs. Kueh Raya

Semalam petang aku n Ayoy ke Medan Mara, nak amik baju raya yang ditempah Jun lepas...Alhamdulillah, x ujan so plan berjalan lancar...Mula2 risau gak, takut ujan di tengah jalan...Yela, skrg kan musim ujan time petang...

Dalam kul 6 aku n ayoy da terpacak depan kedai Kak Azie...So after try baju2 tu, ada sdikit pembaikan..Baju ayoy agak besar,sama gak ngan baju aku..Jadi kitorang mintak Kak Azie kecikkan mana yang patot..Akhirnya, kami berpuas hati..Barulah duit bertukar tangan...

Bukan nak cerewet, tapi sbg customer kite kenalah tau hak kite..Make sure RM yang kite bayar tu berbaloi dgn apa yang kite patut dapat...Klu kebaya, haruslah dapat cutting kebaya.Kalau kurung moden, haruslah dapat cutting kurung moden..Dan kalau baju kurung biasa, haruslah sebegitu gak...

Ada orang cakap tempah baju kat Medan Mara agak mahal..Napa x pi cari tempat lain je..Sama je pun hasilnya..Napa nak bazirkan duit bayar yg mahal?Senang je jawapnya..Tempah di tempat yang kite selesa dgn hasilnya.Biar bayar lebih asal puas hati.Jangan tangkap muat je, asal murah.Pastu hasil dia cam hampeh..Dah la rugi kos kain n upah.Dapat lak sakit hati cuz xde hati nak pakai baju tu.Terpaksa pulak beli baju baru utk digantikan dgn baju yg rosak td.Paling menyampah bila tiap kali tengok baju rosak td bersantai rilex dalam gerobok.Aduuuhai...!!!

Bukan aku cakap kosong, tpi bnda tu mang terjadi kat aku dulu..Ingat nak save duit, tapi akhirnya duit n baju melayang..Kalu tiap kali mcm tu rugi la kan???

Tapi ada kes gak bila aku da biasa wat baju satu tempat, keadaan berubah sebaliknya...Dari sedap pakai, jadi nyampah nak pakai.Dari elok2 size baju, jadi besar gedabak semacam.Ni kire kes tailor wat tangkap muat je la..Amik banyak tempahan then bila rasa da xsempat kocoh2 wat ntah macam apa..Faham2 la skit, orang beli pakai duit, bukan pakai air liur..Nyampah!!!

Nak dekat puasa, timbullah bab order mengorder kueh raya.Sapa yang jual kueh raya mulalah bwk sample kueh masing2.Yg pembeli pun sibuk la merasa, termasuklah aku..Kueh yg sama dgn thn lepas aku beli..Aku mengharapkan hasil yang sm spt yg aku rasa n spt yg aku dapat thn lepas..

Aku penah gak dapat kueh raya yang hasilnya xsama ngan sample yg aku rasa..Sample kueh nampak cantik n sedap.Tapi bila buka2 nak makan pagi raya,cam hampeh je.Ngan hangit, mentah, terlebih manis n ntah ter"apa" lagi lah..Trus la menyumpah dalam hati..Lepas tu tobat thn depan xnak beli..

Aku rasa kes kueh raya yg xserupa kueh raya ni jadi sbb si penjual sibuk nak amik order bertimbun2..3 4 hari nak raya lagipun bz nak amik order padahal da tau awk tu xmampu nak trima.Mula la pakai tangkap muat amik org bekerja ngan awk nak siapkan tempahan tu..Ada plak yg paling teruk kerah suami n anak turut sama mengsiapkan tempahan...Klu si anak da besar xpe jugak..Tapi kalu yg kecik2 tu...Sendiri mau ingatlah..huhuhu

p/s : Baju raya aku utk thn ni da siap..2 pasang je cuz thn ni rasa cam banyak wat baju.So boleh la rotate2 je..Kueh raya lak aku dah order dgn org yg aku yakin tahap kebersihannya..Selebihnya akan aku buat sndiri..Kalau baju raya,mangla aku xdapat buat.Bakat n kebolehan menjahit xde pada aku n emak..

Hepy Besday Ayah

Happy birthday to you..Happy birthday to you..Happy birthday to ayah..Happy birthday to you..Hari ni, 20 Ogos 2009 genap umur ayah 54 tahun =)

Semoga Ayah

Dipanjangkan umur...
Dimurahkan rezeki...
Diberi kesihatan yang baik...
Dipermudahkan kehidupan...
Dijauhkan kesulitan...
Dikurniakan segala kebaikan dan kejayaan...
Dikurniakan cucu2 yang soleh n solehah =)
Sentiasa awet muda =)

19 August 2009

Nasihat Mencari Sahabat oleh Al-Qamah

Pertama : Pilih la sahabat yang suka melindungi sahabatnya. Dia adalah hiasan diri kita dan jika berada dalam kekurangan nafkah dia suka mencukupi keperluan...

Kedua : Pilih la seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuan, dia suka menerima dengan rasa terharu. Jikalau dia melihat kebaikan yang ada pada dirimu, dia suka menyebut2nya...

Ketiga : Pilih la seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik @ bantuan, dia suka menerima dengan rasa terharu dan dianggap sangat berguna dan jika dia mengetahui keburukan dirimu, dia suka menutupinya...

Keempat : Pilih la sahabat yang jikalau engkau meminta sesuatu darinya, pasti dia memberi. Jikalau engaku diam, dia mula menyapamu dahulu dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yg menimpa dirimu, dia suka membantu meringankannya serta menghiburkanmu...

Kelima : Pilih la sahabat yg jikalau engkau berkata, dia suka membenarkan ucapan dan bukan selalu mempercayainya sahaja. Jikalau engkau mengemukakan sesuatu persoalan yang berat, dia suka mengusahakannya dan jika engkau berselisih dgnnya, dia suka mengalah utk kepentinganmu...

Bukan senang mencari sahabat spt yang dicoretkan di atas..Untunglah mrk yg bertemu sahabat2 sebegini...Mgkin satu ketika kite menyangka kite sudah menemui sahabat yg dicari, tapi hakikatnya tidak sebegitu..Jadi berhati2lah dalam memilih sahabat..Ingatlah luaran yang tulus tidak menjamin hati hati yg telus...



Kita Ini Tempayan Retak

Seorang pengangkut air memiliki dua tempayan besar di mana kedua-duanya tergantung pada hujung pengandar di bahunya. Satu daripada tempayan itu retak, sedangkan yang satu lagi tidak. Jika tempayan yang tidak retak itu selalu dapat membawa air penuh setelah perjalanan panjang dari mata air ke rumah majikannya, tempayan yang retak itu hanya dapat membawa air setengah sahaja.

Selama 2 tahun, hal ini terjadi setiap hari. Si pengangkut air hanya dapat membawa satu setengah tempayan air ke rumah majikannya. Tentu sahaja tempayan yang tidak retak merasa bangga di atas prestasinya kerana dapat menunaikan tugasnya dengan sempurna. Namun si tempayan retak yang malang itu merasa malu sekali di atas ketidaksempurnaannya dan merasa sedih sebab ia hanya dapat memberikan setengah dari kemampuan yang ia miliki.

Setelah 2 tahun tertekan oleh kegagalan pahit ini, si tempayan retak itu berkata kepada si pengangkut air;

" Saya sungguh malu pada diri saya sendiri dan ingin memohon maaf. "
" Kenapa? " tanya si pengangkut air.
" Kenapa kamu berasa malu? "

" Selama 2 tahun ini saya hanya mampu membawa setengah air daripada yang seharusnya dapat saya bawa kerana adanya retakan pada sisi badan saya. Ini membuatkan air yang saya bawa bocor sepanjang perjalanan ke rumah majikan. Kerana kecacatan itu saya telah membuatmu rugi " , kata tempayan retak itu.

Si pengangkut air berasa kasihan kepada tempayan retak, dan dalam belas kasihannya, dia berkata ;

" Jika kita kembali ke rumah majikan esok, aku ingin kamu memperhatikan bunga-bunga indah di sepanjang jalan. "

Benar, ketika mereka naik ke bukit, si tempayan retak memerhatikan dan baru menyedari bahawa ada bunga-bunga indah di sepanjang jalan dan itu membuatkannya sedikit terhibur. Namun pada akhir perjalanan ia kembali sedih kerana separuh air yang dibawanya telah bocor. Tempayan retak itu kembali meminta maaf kepada si pengangkut air atas kegagalannya.

Si pengangkut air berkata kepada tempayan itu;

" Apakah kamu memperhatikan adanya bunga-bunga indah di sepanjang jalan di sisimu tapi tiada bunga di sepanjang jalan di sisi tempayan yang tidak retak itu? Itu kerana aku telah menyedari akan kecacatanmu itu dan aku manfaatkannya. Aku telah menanam benih-benih bunga di sepanjang jalan di sisimu dan setiap hari jika kita berjalan pulang dari mata air, bahagian kamu yang retak akan mengairi benih-benih itu. Selama 2 tahun ini aku telah memetik bunga-bunga indah itu untuk menghias meja majikan kita. Sesungguhnya tanpa kamu, majikan kita tidak akan dapat menghias rumahnya seindah ini. "

Kesimpulannya, setiap daripada kita memiliki kekurangan dan kecacatan tersendiri. Kita semua adalah tempayan retak. Di mata Allah yang Maha Bijaksana, tidak ada yang terbuang atau dibazirkan secara percuma. Jangan takut akan kekurangan kita tetapi kenalilah kelemahan kita. Ketahuilah, di dalam kelemahan setiap orang, terselit kekuatan yang kita belum temui.

17 August 2009

Mini Bowling Tounament @ Brem Mall

Semalam aku, Hanan, Fiza, Kak Izan n hubby dijemput oleh Ameen ke Brem Mall utk join budak Maintenance main bowling..Just a small game 4 suka2..We used 4 lanes..2 utk boys, Ameen, Hadi, Khairul, Hadri, Kak Izan hubby n adik Hadi. 2 utk gurls, aku, Fiza, Hanan, Kak Izan, Zai n Wawa...

Game start@ 11 n abis around 1.45..Cash money diberikan kpd winner...So, based on result yg kuar ikut kategori, Khairul n Kak Izan pemenangnya..Follow by Ameen n Wawa then Hadri n Zai..Others hanya memeriahkan majlis tapi score tetap power eh unless me...huhu..Yela,sy budak baru blaja =p

Bagi org yg tersgt amatur cam aku ni, 3 games pun da rs sgt7 penat..Mula la injured (kononnya la).. Jari rasa luka la, sendi rasa sakit la, pinggang rasa letih la...Yg paling teruk mata rasa mengantuk..huhuhu..Akhirnya,sampai rumah kul 2.30..Tq Anancuz antar i lik =)

p/s:Izan balik rumah cuz takut tido sorang2 kat SA...

14 August 2009

Minggu Berkumpul...

Semua ahli keluarga saya ada di rumah minggu ni..Emak,ayah,along,abg shamin,saya,izan n ayoy...

MASA INI SANGAT INDAH...SAYA PASTI AKAN MENIKMATINYA DENGAN GUMBIRA =)

11 August 2009

Promote Time

Sudah hire En. Khalid sbg tukang merakam gambar hari bersejarah aku nanti...Sbg x-customer of cuz la dapat sedikit diskaun kan..hehehe..Bagi membalas diskaun yg diberikan, aku akan mempromote dia kpd yang berminat..Kpd mrk yang masih tercari2 org yg sesuai utk menangkap gambar Hari Indah anda, jenguk2la website dia ni...Mana la tau dari mata jatuh ke hati...Sy boleh introduce kan anda kpd beliau...Hepy viewing =)

http://mkhalidibrahim.wordpress.com/

10 August 2009

Tasik Permaisuri

Sekitar Majlis Meletak Kerja Sekolah Menengah Agama Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan..As AJK Cenderahati terpaksa juga turut serta turun padang berpanas terik...


09 August 2009

IKEA - Midvalley

Ke IKEA menemani along n Abg Shamin mencari sedikit perabot keperluan rumah dorang...Hanya meninjau2,mungkin boleh dijadikan idea utk deco rumah nanti...Xbeli apa2 pun tapi yang teramat sure aku bekenan sgt kat lampu tido comel tu...Harap2 bila aku datang lagi nanti mencari apa yang patut, ia tetap ada disitu menanti aku membawanya pulang =)

Ke Midvalley atas 2 tujuan..Satu, meninjau sekitar wedding exhibition...Kedua, menemani Along mencari sandle santai ke mana2...Orang kat exhibiton xbegitu ramai macam last year aku pi walaupun agak sesak..Maybe da hari last kot...Xmencari apa, tapi sekadar mencuci mata kecuali meninjau2 kedai yg menjual paper beg n handmade chocolate...Love it so much..Rasa yang sgt sweet n yang penting proses pembuatannya..Kite org Islam kalu boleh sokonglah produk org Islam kan di samping mencari yg halal...Jumpa jugak booth Abg Is, photographer wedding Along dl..Chit chat skit then gerak lik...Dalam kete makan muffin Kenny Rogers...Nyummy =)

06 August 2009

Kueh Raya

Menjelang nak pose ni telah terpikir oleh aku utk membuat beberapa jenis kueh raya...Ingat cam nak wat lebih sket utk diletakkan di opis utk jadi kudap2an...Aku bercadang nak wat kueh2 ni...

Cornflakes


Cornflakes Madu



Sarang Semut


Chocolate Chip

Harap2 menjadi kenyataan =)

03 August 2009

Isnin

Kenapa bila hari Isnin je aku rasa malas sesangat nak keje..Rasa cam mud bekerja tu menjunam ke tahap -0%.Kenapa, kenapa dan kenapa...Mybe sbb Isnin ni pembuka hari bekerja kot..Yelah, da puas bersantai x hengat Sabtu Ahad, tetibe bila melangkah masuk je pintu opis otak serabut memikirkan kerja yang bakal tibe n kerja yg sedang ada utk dibereskan...Paling xbest lagi bila pagi2 bos da sibuk memanggil nama xkirela corok mana kite menyorok =P

Tapi sakit hari Isnin aku ni lain sket dr orang lain...Sakit aku berpunca apabila aku memikirkan aku harus bekerja utk tempoh 30 thn akan datang..Sapa ada pikir mcm aku sila angkat tgn!!!

29 July 2009

Aku Memikirkan....

BIG DAY

Banyak sgt bnda yg menyibukkan diri berlari2 dalam otak xberapa besar aku ni..Sat fikir sal ni, sat fikir sal tuh..Tapi paling banyak fikir skrg sal Mr. Photographer yg skrg ni bertukar jadi Chipsmore...Aiyak!Mr. Khaled yg cumel!Ke manakah kamu menghilangkan diri...Muncullah dikau segera...Sesungguhnya dirimu amat diperlukan skrg...hehehe...Tapi aku cuba mempositifkan diri dgn mengatakan bahawa beliau perlukan sedikit masa utk bertapa mengeksprimentasikan hasil kerja...Ataupun bertapa mengupgrade skill..Apa2 pun teramat berharap agar pertapaan ghaib beliau segera berakhir spt mana penderitaan aku ni T__T

Otak berfikir utk mencari back up kpd beliau..Yela, kot2 last mnt beliau ada komitmen lain terhadap lautan, sekurang2nya xdela aku gelabah tahap gaban yg boleh menjejaskan kosentrasi aku menyempurnakan hari2 indah aku...Tapi dalam cubaan mencari back up photographer melalui enjin pencarian Mozilla Firefoz di kala masa senggang, aku sering musykil utk melangkah setapak ke depan kerna bimbang dgn hasil yg bakal diterima..Takut xseindah apa yang sering dipaparkan...Yola, da mang keje dorang utk promote diri kan...Kite le sbg customer amik langkah berhati2 kat jerangkap samar invisbile ni...

Bis risau part Mr. Khaled, aku turut memaksa diri merisaukan hal dewan...Cmne caranya utk memastikan ia berlangsung di situ..Adakah dgn cara memacakkan diri seawal jam 6 pagi?Ataupun mewakilkan ayah utk menggantikan diri aku sbg pak pacak kat sana...huhuhu..Teramatlah berharap agar impian perkahwinan aku dapat direalisasikan di sana (cam ayat Majalah Pengantin) =P

Aku turut memikirkan apa persiapan yang belum disentuh...Tapi yang ni aku xrisau...Cuma mengingatkan diri utk melakukan semua spt yang dirancangkan dalam Wedding List...Tapi sedikit tersengih bila melihat amaun yang bakal dibelanjakan...Sengih utk maksud apa aku xtau...Tapi yg pasti reaksi cmne pun yang aku wat, xkan mengubah keadaan cuz itulah yg kena aku hadap...Harap2 bila tengok buku saving, keadaan ini dapat dineutralkan dan membuatkan aku tersenyum walaupun ketika tido =P


RUMAH

Bagi kamu utk org yang baru saja berkahwin, apa yg harus pada umah yg bakal didiami...TV, Freeze, Washing Machine, Meja Makan, Sofa, Aircond...Ni jawapan yg akan keluar dr mulut org terlebih duit..Utk org yg terkurang duit (macam aku ler) memadai TV, Freeze dan dapur gas sbg permulaan..Ruangan bilik tido adalah terkecuali...Sbg pengantin baru, xkanlah kamu nak bermalam di atas lantai kan..Jgn menyimpang ke arah lain, ini adalah fakta...Dan mereka yg menyimpang ke hala lain,suka hati kamulah...

Bukanlah selamanya keadaan rumah aku akan sebegitu...Mungkin perlu berdikit2 mengumpul barang...Contohya dua bulan pertama, beli set sofa..Dua bulan kemudian beli meja makan...Seterusnya washing machine..Tapi bagi kamu yg merasakan tgn adalah aset terpenting yg harus dijaga teramat sgt, maka dahulukanlah washing machine tersebut di kedudukan teratas...Benda ni sgt2 mudah, hanya pakai otak..Fikir apa yg kite perlukan dalam peratusan tertinggi, then jadikan ia keutamaan...Atau dgn cara bijaknya, mainlah kutu..Kamu xakan terasa wang kamu mengalir bagaikan air...Dan untuk menjadi bijak,cara ini yg akan aku amalkan =)

HUBUNGAN JARAK JAUH

Aku menerima berita baru dari Azam petang td bahwa dia akan ditransferkan ke Abu Dhabi next week...Bila ditanya selama mana pertukaran tersebut digunapakai, jawapan yg diterima adalah selagi diperlukan..Mungkin 2 thn..Mungkin 3 thn..Ataupun mungkin setelah kami dikurniakan zuriat yg ke-3...hahaha..Menyampah!

Aku sgt xsuka dengan brita ni...Lain yg diharap, lain yg dtg..Aku rindu nak dating, tengok wayang sama2,makan sama2...Mungkin agak memalukan utk diakui, tapi itulah hakikatnya...Klu kamu tidak merindui seseorang yg dekat di hati kamu, xke pelik...Kalau ada cinta mesti ada rindu...Macam makan nasi ngan kicap la..Complete gitu =P


PERKARA AKHIR YG AKU FIKIRKAN YELAH...KG. PUAH PALA TU TERLETAK DI PENANG...JADI MENGAPA MESTI PERHIMPUNAN BODOH TD DIADAKAN DI KL???

21 July 2009

Kerna Kau Adalah Tulang Rusukku...

Artikel yang dipetik dr website iLuvislam utk dikongsi bersama...

Dara : Siapa yang paling kamu cintai di dunia ini?

Raka : Kamu dong!

Dara : Menurut kamu, aku ini siapa?

Raka : (Berpikir sejenak, lalu menatap Dara dengan pasti) Kamu tulang rusukku! Ada tertulis, Allah s.w.t melihat bahawa Adam kesepian. Saat Adam tidur, Allah mengambil rusuk dari Adam dan menciptakan Hawa. Semua pria mencari tulang rusuknya yang hilang dan saat menemukan wanita untuknya, tidak lagi merasakan sakit di hati."

Setelah menikah, Dara dan Raka mengalami masa yang indah dan manis untuk sesaat. Setelah itu, pasangan muda ini mulai tenggelam dalam kesibukan masing-masing dan kepenatan hidup yang kian mendera. Hidup mereka menjadi membosankan. Kenyataan hidup yang kejam membuat mereka mulai menyisihkan impian dan cinta satu sama lain. Mereka mulai bertengkar dan pertengkaran itu mulai menjadi semakin panas. Pada suatu hari, pada akhir sebuah pertengkaran, Dara lari keluar rumah. Saat tiba di seberang jalan, dia berteriak, "Kamu nggak cinta lagi sama aku!"

Raka sangat membenci ketidakdewasaan Dara dan secara spontan balik berteriak, "Aku menyesal kita menikah! Kamu ternyata bukan tulang rusukku!"

Tiba-tiba Dara menjadi terdiam, berdiri terpaku untuk beberapa saat. Matanya basah. Ia menatap Raka, seakan tak percaya pada apa yang telah dia dengar.
Raka menyesal akan apa yang sudah dia ucapkan. Tetapi seperti air yang telah tertumpah, ucapan itu tidak mungkin untuk diambil kembali. Dengan berlinang air mata, Dara kembali ke rumah dan mengambil barang-barangnya, bertekad untuk berpisah. "Kalau aku bukan tulang rusukmu, biarkan aku pergi. Biarkan kita berpisah dan mencari pasangan sejati masing-masing."

Lima tahun berlalu...

Raka tidak menikah lagi, tetapi berusaha mencari tahu akan kehidupan Dara. Dara pernah ke luar negeri, menikah dengan orang asing, bercerai, dan kini kembali ke kota semula. Dan Raka yang tahu semua informasi tentang Dara, merasa kecewa, karena dia tak pernah diberi kesempatan untuk kembali, Dara tak menunggunya. Dan di tengah malam yang sunyi, saat Raka meminum kopinya, ia merasakan ada yang sakit di dadanya. Tapi dia tidak sanggup mengakui bahwa dia merindukan Dara.

Suatu hari, mereka akhirnya kembali bertemu. Di airport, di tempat ketika banyak terjadi pertemuan dan perpisahan, mereka dipisahkan hanya oleh sebuah dinding pembatas, mata mereka tak saling mau lepas.

Raka : Apa kabar?

Dara : Baik... ngg.., apakah kamu sudah menemukan rusukmu yang hilang?

Raka : Belum.

Dara : Aku terbang ke New York dengan penerbangan berikut.

Raka : Aku akan kembali 2 minggu lagi. Telpon aku kalau kamu sempat. Kamu tahu nomor telepon kita, belum ada yang berubah. Tidak akan ada yang berubah.

Dara tersenyum manis, lalu berlalu. "Good bye...."

Seminggu kemudian, Raka mendengar bahwa Dara mengalami kecelakaan, mati. Malam itu, sekali lagi, Raka mereguk kopinya dan kembali merasakan sakit di dadanya. Akhirnya dia sadar bahwa sakit itu adalah karena Dara, tulang rusuknya sendiri, yang telah dengan bodohnya dia patahkan...

20 July 2009

Si Nakhoda...

RENUNG-RENUNGKANLAH WAHAI KAMU LELAKI BERGELAR SUAMI

KALAU Suami


Kalau suami mula berahsia...ITU TANDANYA DIA TAK SETIA
Kalau suami meninggi suara...ITU TANDANYA DIA DAH ADA MAKWE
Kalau suami mengaku bujang tua...ITU TANDANYA DIA NAK NGURAT ANAK DARA
Kalau suami selera tak ada...ITU TANDANYA DIA NAK PASANG DUA
Kalau suami lambat balik aja...ITU TANDANYA DIA DAH SYOK KAT SETIAUSAHA
Kalau suami tidur di ruang tamu...ITU TANDANYA DIA DAH JEMU
Kalau suami malam Jumaat buat tak tahu...ITU TANDANYA X LAMA LAGI HIDUP BERMADU
Kalau suami garang macam singa...ITU TANDANYA HATI DAH TAK CINTA
Kalau suami asik komplen aja...ITU TANDANYA DIA DAH TAK SUKA
Kalau suami mula sepak terajang ke muka...ITU TANDANYA DIA NAK MEMBERIMU TITLE JANDA


JIKA Suami

Jika suami sayangkan isteri...DAPAT GAJI SEMUA DIBERI
Jika suami sayangkan isteri...KERJA RUMAH RELA DIKONGSI
Jika suami sayangkan isteri...KERETA DIBERI SUAMI NAIK LRT
Jika suami sayangkan isteri...DUIT POKET DIBERI SETIAP HARI
Jika suami sayangkan isteri...SMS DIKIRIM TANDA RINDU DI HATI
Jika suami sayangkan isteri...KONGSI MASALAH NASIHAT DIBERI
Jika suami sayangkan isteri...DIBERI CIUMAN SETIAP PAGI
Jika suami sayangkan isteri...I LOVE U, I MISS U KATANYA SETIAP HARI
Jika suami sayangkan isteri...ISTERI GEMUK DIKATAKAN SEKSI
Jika suami sayangkan isteri...SAKIT SIKIT SELONGKAR LACI UBAT DICARI
Jika suami sayangkan isteri...KE MANA SAJA DIBAWA PERGI
Jika suami sayangkan isteri...SENTIASA JUJUR PERIHAL DIRI
Jika suami sayangkan isteri...STATUS BERKAHWIN BANGGA SEKALI
Jika suami sayangkan isteri...CINTANYA SUCI HINGGA KE MATI



PERINGATAN KEPADA SUAMI-SUAMI :
Bukankah lebih baik jadikan rumahtangga itu SYURGA dari menjadikan ia NERAKA ?????
JANGAN ANDA MERASA MENYESAL KERANA MENCINTAI ISTERI...KERANA DIALAH BIDADARIMU DI DUNIA INI...

19 July 2009

Volleyball Owh Volleyball...

Berakhir sudah pertandingan bola tampar MAIWP...Tangan aku mengalami sindrom (perkataan ni kah yg patot aku gunakan?) sekatan darah yang keterlaluan di pergelangan darah hingga membentuk kesan lebam..Mak kata inilah namanya xde penyakit cari penyakit..Aku amat bersetuju 100% =P

Hari Sabtu trasa sgt panas..Perlawanan diadakan secara LIGA, maksudnya nak x nak ko kena tunggu gak sampai ke akhirnya menjadi penunggu yg setia menanti kekalahan..Tapi harap2 xle kalah kan...Muka bersorak x hingat tepi padang hingga tahap hampir ilang suara, xkan la nak balik bawak telur ayam...

Disebabkan kitorang (yg digelar DIGI girl) cukup korum utk memulakan game, maka kitorang lah yang merasmikan gelanggang..Terasa amat cuak...Berbekalkan pengalaman serve bola x sampai 3x secara serius, mampukan aku menggalas tanggungjawab yang diamanahkan???Mampukah aku menghalang keaiban berlaku terhadap diri aku???Mampukah aku menjawab soalan emak n ayah bila jejak je muka pintu???Terlupa lak mak ayah lik kampung T__T

Persoalan2 inilah yang berlegar2 dalam otak aku...hahaha...Gile menyampah...Macamkan nak lawan peringkat negara...Padahal xsedar yang ko tu main sbb bidang terjun je...Camnelah leh terfikir soalan2 merapu tu...Bangkit Nini!Bangkit!!!

Jadi cam biasa...B4 bersukan kite kena la stretching dulu kan..Ini adalah utk mengelakkan anda dr mengalami kekejangan melampau..Tapi ada gak yang terover stretching..Cam Kak Niza..Ibu beranak dua yang kelihatan seperti bujang sekiranya berada dalam keadaan duduk diam =P

Walaupun kitorang x teror dari segi skill main, tapi kitorang teramat teror dr segi men"psiko" orang...Tak percaya boleh cuba...Korang akan trasa cam nak bukak kasut ketika berjalan menuju keluar padang utk membelasah our cheerleader team esp. Kak Niza..Kalu korang x psiko dgn jeritan gila dia ni,nescaya korang bukan insan yang digelar normal =P

Ceh!Kalu diamati gambar aku di bawah ni, kelihatan aku teramat la pro dalam bidang ni...Hikayatnya, aksi di bawah terjadi di luar kesedaran aku di kala ke"excited"tan yang melampau..Niatku hanya satu, alang2 menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan..hahaha...Tapi aku sangat benci dengan kaki sluar aku yang sedikit hampeh...Napala bebudak ni tak tegur aku...Patut tegur la supaya aku kelihatan lawa dalam setiap aksi..Gile ah ko Nini =p

Di atas sbb2 tertentu sengaja tidak aku paparkan gambar pihak2 lawan...Bukan apa, xmo mengimbau nostalgia luka di hati...hahaha...Cuma saja selitkan gmbar team bebudak laki...Walaupun xmenang, tapi prestasi korang sangat membanggakan...hehehe..Bukan apa, dorang ni sgt supportive...Ko bantai la bola hala mana pun, dengan sportingnya dorang akan bagi ko smangat 2 do da best...Aku sgt terharu dgn sokongan yg diberikan.TQ so much guys =P

Kesudahannya, kitorang menduduki tempat ke-2...Berlatih dgn main dengan xcukup korum, xkan korang ingat leh lik bawak piala pusingan..Kirim salam la wei..Unless ko mang dilahirkan dgn memegang bola tampar ketika doctor sibuk mengangkat utk menepuk punggung ko...hehehe..

TAHNIAH DIGI GIRL...WE R DA BEST =P

16 July 2009

Sakit Tangan

Sakitnya tangan aku...Ni semua gara2 main bola tampar petang td la ni...Aku telah dipaksa utk turut melibatkan diri bagi melayakkan penyertaan group Umar Al-Khatab..Demi rumah sukan yg terchinta ku gagahkan jua diri utk turut serta...Walaupun dengan baju kurung...Dan selipar yang menurut Kak Jijan power...hahaha...

Dr langsung xde keinginan utk join sama, sampai la bengkak pergelangan tangan aku ni...Best jgak..Sekadar suka2, kuarkan peluh...Target menang???Cam x je...Cuz group aku smua amatur...1st time serve, lepasla net..2nd kali serve....Hancus!!!Berkecai impian nak bergelar juara...hahaha...

Apa2 pun tengok je la Sabtu ni...Bisakah latih tubi sesingkat ni mampu mencipta magis menjadikan gelaran juara milik kami???Mampukan mimpi menjadi realiti...Kite tunggu n lihat...

X berani nak komen...Takut =P

15 July 2009

14 Julai 2009

Ke KLIA menghantar Azam bersama emak n ayah...Saya hanya akan berjumpa dia dalam masa 4 bulan lagi..

Perasaan???Saya sangat7 pasti anda tau perasaan sy ketika ni...

Abaikan perasaan...Saya x akan menjadikan kalendar sbg. teman baik n sibuk menghitung hari...Saya gantikan dgn doa...Supaya dia sentiasa sihat n pandai jaga diri di tempat orang..Amin...

SAYA MAHUKAN YANG TERBAIK UNTUK DIA =)

12 July 2009

Morib

Hari Sabtu aku teman Azam ke rumah exhousemate dia, Din kat Banting...Saja member ajak makan2..Kebetulan Azam lik Malaysia ni...Act, Din ni dulu satu ofis ngan Azam, tapi tlh bertukar tempat keje..Turut serta Tandi n wife (Aiza) dan Akbar...Si Tandi ni aku da lama kenal, since study kat UUM dulu cuz satu course..Da best part,semua (aku, Azam, Tandi, Aiza, Tini n Akbar) yang ada kat rumah Din tu ex-student UUM melainkan Din from UTM...Kire cam small reunion la =)

Menu utama Pulut cicah ngan pengat durian..Ataupun leh cicah ngan santan+gula..N caramel telur kot...Aku pun xpasti apa nama benda tu...Tapi yang pasti kesemua tetamu br 1st time nak cube makan pulut ngan durian tu...Jadi leh bayanglah kuantiti makanan yang dilicinkan hari tu...hehehe...Aku xleh kire cuz tengah sakit tekak..Jadi xleh makan benda yang manis2..Tapi apa pun trima kasih kat Din n Tini yang susah payah jemput kitorang makan...Esp. Tini yang 7months pregnant..We luv it =)

After pi rumah Din, Azam n gengnya sepakat nak pi Pantai Morib...Saja lepak2 amik angin tepi laut...Aku, Aiza n Tini ikut jela apa kata driver...Boikot kang kena tinggal...hehehe...1st time aku sampai Morib, jadi agak teruja skit la...Keadaan ok, agak bersih...Sesuai la kalu nak relax2..Tapi menurut kata Tandi, Morib b4 this lagi bersih...Skrg ada tercemar skit la environment dia...Aku agak suka spend masa ngan aktiviti yg sebegini..Dapat kenal kawan2 Azam n dapat kawan baru gak (Aiza n Tini)...Tq wak cuz sudi bawak sy =)

Lepak kat Morib lebih kurang sejam lebih...Afta minum2 n makan sket2, kitorang gerak bwk hala masing2...Aku n Azam cadang nak cari barang hantaran utk dia..Otw ke IOI Mall, kitorang singgah jap tengok rumah...Erm,mampu merenung dr jauh je la...Nak masuk tengok kunci xdapat lagi...Aku pun heran, napa lambat sgt dapat kunci..Aku da xsabar nak abiskan duit ke atas rumah ni...hahaha...


Hajat nak masuk rumah cuti ni xtercapai...Jadi wat renungan terakhir la =P

Slps dapat beli brg yang kami cari, akhirnya kami pulang dengan keletihan...Sangat gembira hari ni...Tq bebanyak kat Azam. SAYANG AWAK =)

Sehari Di Kluang...

Smlam aku ikut Azam lik ke rumah dia kat Kg. Tengah, Kluang...Mang plan nak jumpa mak andam utk amik ukuran badan..Sebagai seorang bakal menantu yang baik, of cuz tujuan aku nak melawat bakal keluarga mertua skali...hehehe...Kitorang amik bas kul 8pagi.Tepat kul 11.30 da terpacak depan rumah Mr. Kluang...So sepanjang sehari berada di sana, aku sempat la melawat beberapa tempat bersama Azam...

Destinasi pertama, sekolah lama Azam...Sek. Men. Sultan Abdul Jalil..Ni sekolah dia waktu form 6...Sekolah form 3-5 ada kat sebelah je tapi aku xsempat amik gambar..Timekasih cikgu2 sekolah...Alhamdulillah, Azam ada apa yang dia ada pada hari ni =)

Destinasi kedua, rumah baru Kak Maizara...Kak Mai ni kakak ipar Azam merangkap bakal biras aku...Saja nak tengok rumah baru yang dia beli...Besar n selesa..RM160k kat sana da leh dapat double storey yang sungguh selesa..Tapi kat sini apa dapat?Apartment je kot...huhuhu...Sangat x best =(

Ni la kedai asal Kluang Station Kopitiam...Kat sana nama kedai ni bukan Kluang Station Kopitiam tapi Kluang RailCoffee...Aku mula2 tengok terkejut gak...Xcaya pun ada..Yela,biasa kite tgok yang kat shopping complex tu semua gah2 blaka..Cantik..Tak sangka lak gini rupanya...Menurut kata Azam kedai ni jual dia punya brand kat Kluang Station..Cam serbuk kopi n kaya tu...Semua tu asal dr sini la...Kluang Station tu jual je...Sekian,maklumat setakat itu...Maklumat tambahan, pemilik kedai ni adalah seorang Muallaf, bukannya ChaYaNunAlif seperti yang digembar-gemburkan...

Tiket balik ke KL...Gerak kul 6..Tak sampai 15minit aku n Azam da lelap...hehehe..Sampai kat Nilai driver bas suh tukar bas lain lak...Sesuka hati dia je..Sampai KL kul 9.30,tu pun stop kat LRT Hang Tuah..Klu ikut sampai ke Pudu yang teruk dgn jam tu lagila lambat sampai kot...

Kesimpulannya, satu hari dalam kehidupan aku telah dijalani dengan indah...Harap2 keindahan lain bakal menyusul lagi =)