30 August 2012

Sebelum Raya

Salam

Hari Jumaat, dua hari sebelum raya sekali lagi saya turun ke Jalan TAR. Mahu mencari tudung raya. Membeli tudung dengan corak, warna dan di kedai yang sama kali kedua. haha. Sebabnya tudung yang dibeli kali pertama rosak atas kecuaian diri sendiri. Nak taknak harus mencari pengganti. Mujur ada yang sebijik sama. Legaaa...

Pergi dengan Kak Izan. Ingatkan dia mahu beli barang, rupanya sekadar menemankan saya. Siap bagi kueh raya kesukaan i lagi. Ingat u pada kesukaan i ye. Tq kak :)

Kueh Cornflakes Madu yang sangat sedap. Just nice. Tidak terlalu manis dan melekit. Sorry la, sudah tunggang telanggang susunnya sebab saya pakai sumbat je dalam backpack. huhu



Tak lupa juga buah tangan untuk budak comel bertiga tu. Tapi angpau tu ada extra la. Untuk mak saya rupanya. Mudah2an murah rezeki kamu ye kak :)



Tapi dah kata namanya seorang ibu, pergi mana2 pun mesti ingatkan anak. Maka tersambarlah sepasang baju ni untuk si kecil. Tak tahan godaan la jiwa raga akak ni. Lagi2 melibatkan hal Airis ni. Cepat benar cairnya ^_^



Hari Sabtu pagi seawal pukul 6.30 sudah keluar dari rumah menuju ke Perak. Tapi keadaan di Highway dari rumah sehinggalah ke hentian Ladang Bikam memang sangat jem. Makan masa 6 jam. Tension je en. Abg. Nak2 lagi bila paling ke seat belakang tengok wife beliau sikit punya sedap berbaring dengan anak. Dengan alasan menidurkan anak. haha

Dari Ladang Bikam sehinggalah nak sampai rumah Perak, Airis kekal aktif. Sibuk mengacau ayah dia drive. Sekarang ni pandai merengek menangis bagai kalau kita menegah. Suka hati kamulah Airis -__-



Setibanya di rumah Perak, mak menunjukkan pokok mangga kami di laman belakang rumah. Setahun lebih dulu, kali terakhir saya balik pokok ni masih kecil lagi. Sekarang ni sudah membuahkan hasil. Manis, sedap.

Kamu tahu tak siap yang petik kebanyakan buah mangga ni. Itu dia, si hero kecil tunggal tu. Atok dia mendukung, dia memetik. Budak bandar, mana pernah petik buah mangga. Bila dapat buat, punyalah suka dia. Atok pun layankan ajelah ^_^


Aidilfitri 2012 - Di Sebalik Tabir

Salam

Sudah memasuki 12 Syawal, tapi masih tiada kesempatan lagi untuk menaip tentang Aildilfitri tahun ini. Perlukan sedikit masa lagi.

Sehingga itu, tepek dulu sekeping gambar di sebalik tabir di pagi Syawal


Proses menyiapkan si puteri kecil sebelum bergambar



p/s : Di petangnya saya dan en. Abg sudah berbincang tentang warna tema untuk tahun depan. haha

29 August 2012

Terima Kasih Cik Merah Jambu Yang Hot!

Salam

Tahun ni tahun pertama Airis beraya. Memang seronok beraya dengan dengan si kecil ni walaupun ada masanya dia meragam. Tapi setakat meragam biasa je. Biasanya bila tidur dia terganggu dek tentatif perjalanan raya yang padat. Baru nak lelap dah terjaga. Mana tak mengamuknya. hehe

Tahun pertama beraya juga bermaksud tahun pertama Airis dapat duit raya. Yey!!! :)

Sekarang ni pun duit yang saya tukar untuk dijadikan duit raya hampir kehabisan. Padahal baru beraya di kampung. Belum lagi beraya di rumah saudara mara di town ni *town la sgt. haha* dengan rumah kawan2 ummi dan ayah. Takpela, tak cukup nanti kita tukar lagi.

Bila dah ada si kecil yang aktif menerima duit raya ni, maka ummi Airis pun aktif la jugak buat pengeluaran duit raya. Ummi memberi, Airis menerima. Give n take gitu. hehe

Jadi, pengurusan pengeluaran dan penerimaan harus efisien. Dengan bantuan Cik Merah Jambu Yang Hot, urusan pun jadi mudah. Jom i introduce u all dengan Cik Merah Jambu Yang Hot i tu


Inilah dia Cik Merah Jambu Yang Hot tu. Setahun lebih saya peruk dalam gerobok sebab xtau bila masa yang sesuai nak pakai. Cik Merah Jambu ni saya beli ketika berkunjung ke Bicester Village dahulu. Baru berkesempatan dipakai sebab kena dengan tema Aildilfitri tahun ni



Macammana Cik Merah jambu Yang Hot ni membantu dalam urusan duit raya ye? Nampak tak Cik Merah Jambu ada 2 separate compartments? Memang membantu tau.

Compartment atas tu khas untuk duit raya yang keluar. Tak semestinya orang bagi Airis, baru saya balas. Tak baiklah macam tu kan. Macam harap balasan je. Sekali sekala buat budak2 gembira apa salahnya kan. Tak dapat banyak, sedikit pun ok. Ikut kemampuan :)

Dan comparment bawah tu pulak untuk penerimaan duit raya Airis. Sekali dengan stok tukaran duit raya dan sampul raya kosong. Standby kalau tak cukup.

In & Out concept ^_^



Jadi ke mana2 saja, Cik Merah Jambu Yang Hot ni pasti sentiasa berada bersama2 beg Mickey Airis. Serasi bersama gitu. hehe



Kutipan duit raya Airis pada Syawal pertama



p/s : Keje Airis dapat je sampul raya tu dia akan gigit2 sampul tu sampai la nak lumat. Semua nak dimakannya. huhu

Perkembangan Airis @ 10 Bulan

Salam

Semalam sewaktu duduk bersantai petang di rumah keluarga, mak saya berkata "Hari ni Airis masuk 10 bulan kan? Hari ni 28hb kan?"

Saya dan en. Abg pun "Eh, yela! Airis dah 10 bulan hari ni. Jom2! Potong kek" haha

Sorry Airis. Ummi n ayah lupa. Ini baru Airis seorang. Kalau ada adik nanti, xtau la macam mana. hehe


Jom tengok perkembangan dan kebolehan Airis di usia 10 bulan :

Menyembur - Dalam seminggu ni saya perasan Airis suka sangat menyembur. Meleleh air liurnya. Sampaikan bila saya nak cium mulut dia, kena lap dulu sampai bersih. Baru boleh cium. Memang habit saya dari Airis lahir dulu, saya paling suka cium mulut dan pipi dia. Sampaikan sekarang dia pun macam dah faham habit saya yang satu ni. Baru2 ni kalau saya muncungkan mulut pada dia, dia dah boleh balas dengan dekatkan muka pada saya. Mulut pun macam nak muncung sikit. Lama2 pandailah tu. hehe

Kata orang, bila baby meleleh je air liur tu tandanya gusi gatal nak tumbuh gigi. Dan semalam bila saya raba2 gusi bawah Airis, yey! Airis dah tumbuh gigi sebatang di bahagian bawah. Tapi xdapat nak ambil gambar sebab Airis xnak bukak mulut. Saya nak tengok pun payah, apatah lagi nak ambil gambar. Nantila, bila Airis tidur saya nak curi2 ambil gambar. Khas untuk entri Gigi Pertama Airis. hehe

Mencengkam - Ini memang hobi dia. Tengah mamai saya bf dia, sekali dia cengkam saya. Aduh! Memang sakit. Tau2 esok lusa tengok dah ada kesan luka. huhu. Tapi yang selalu jadi mangsa ayah dia la. Mungkin tu cara Airis bermanja kot. haha

Meniru bunyi - Dah pandai mengulang bunyi2 yang saya keluarkan. Macam meniru pun ye jugak. Sebab lepas dia ulang bunyi tu, dia gelak2. Kadang2 dia yang buat dulu. Tengah elok main, tibe2 dia buat bunyi2 pelik lepas tu gelak. Memang geli hati dibuatnya

Menapak - Dah boleh menapak perlahan2 di tepi kerusi or dinding. Dan bila dah berdiri tu, dah tau macam mana nak adjust keadaan bila mahu duduk semula. Selalu saya dengar en. Abg mengajar dari jauh. Diajarnya Airis duduk bila dia tengok si anak sudah letih berdiri. Macam kan faham je budak tu. Tapi lepas tu saya tengok Airis duduk dengan cara yang en. Abg ajar tu. Saya pun macam eh??? Faham ke?

Mengacah - Dah boleh main acah2. Main sorok2 muka di sebalik kerusi makan ataupun balik pintu. haha

Makan - Sekarang ni Airis dah mula makan sedikit demi sedikit. Tapi kalau bubur atau yang lembik2 ni dia memang tak suka. Dia suka makanan yang kering macam nasi n roti. Tengah raya ni, biskut raya pun saya dah suapkan. Tengok dia pun asyik menempel buat muka, tak sampai hati saya. Tapi saya bagi biskut tertentu, yang manis2 tidak dibenarkan sama sekali

Usil - Dalam bahasa melayu kita taknak duduk diam. Lagi2 part nak pakaikan baju lepas mandi tu. Dapat pakaikan minyak yu yi n pampers pun dah kira ok. Losyen ni memang jarang sekali. Bedak pun pakai tepek je. Memang menguji kehebatan saya bertarung. haha


Alhamdulillah setakat ini Airis diberi kesihatan yang baik. Setakat demam biasa tu adalah. Adat lah, budak nak membesar kan. Mudah2an Airis membesar dengan baik di bawah lindunganNya. Amin.

28 August 2012

Iftar @ Restoran Nelayan Titiwangsa


Salam

Di penghujung Ramadhan, saya dan keluarga berkesempatan untuk berbuka di luar. Dapat undangan dari Restoran Nelayan Titiwangsa. Nak tahu macam mana kami sekeluarga boleh dapat undangan iftar tu, boleh baca di sini

Dari office saya terus ke sana bersama2 adik. Sampai awal, dalam pukul 5.45pm. Tengok dah ada beberapa orang dah menunggu. Mungkin mereka pun macam saya dan adik, mahu elakkan jem.

Saya, en. Abg dan Airis datang berasingan. en. Abg datang terus dari office beliau. Airis pula akan datang bersama2 nenek dan atoknya. Saya mintak bs siapkan Airis awal2, nanti tinggal atok dan neneknya datang mengambil sahaja.


Sambil menunggu yang lain sampai





Masuk dulu la cari seat



View dalam Restoran Nelayan





Keluarga saya sampai agak lambat. Dekat2 nak berbuka. Biasalah, tersangkut dalam jem




Buah hati pun dah sampai :)








Bakal adik ipar pun sampai ^_^



Family Along



Family kecil Airis




Keseluruhannya, oklah buffet Restoran Nelayan ni. Tak terlalu banyak dan tak terlalu sedikit. Setara dengan harganya. Tapi roti jalan dia memang sedap. Walaupun rupa dia tak berapa nak cantik. hehe


p/s : Tahun depan Airis dah besar sikit, baru ummi boleh makan dengan tenang dan banyaknya =p

Bungkusan Misteri

Salam

Pagi tadi sampai2 je office, dari jauh saya terlihat satu bungkusan plastik di atas meja. Hati berfikir dan meneka apa agaknya yang berada dalam plastik tu. Saya tak ada order kueh raya dari mana2 ofismate. Tapi kalau ada pun, takkan sampai lepas raya? Ligat otak saya berfikir.

Dengan beg masih tergalas di bahu, saya bukak plastik tu perlahan-lahan. Tak sabar nak tahu sangat apa benda tu. Owh.... Ini dia rupanya :)


Biskut kacang tumbuk yang saya minta seorang ofismate belikan. Memang sedap. Favourite saya dari dulu lagi.


Disebabkan semalam saya masih lagi bercuti, jadi dia tinggalkan je biskut tu atas meja saya. Tak dapat bercakap mulut, dia tinggalkan nota pendek sekali :)



Tq Sumarno. Hilang mengidam akak. hehe

Teman Baru Di Kala Susah

Salam

Hari ni saya kembali bekerja setelah bercuti panjang.

Macam biasa, pagi2 saya akan menaiki LRT untuk ke tempat kerja. Pagi tadi dalam LRT saya tengok cuaca gelap je. Betul sangkaan saya, sampai je di stesen Masjid Jamek, hujan turun dengan agak lebat. Raba2 dalam beg, mencari sesuatu.

Cari punya cari...


Sah! Memang takde :(


Akak tak bawak payung la dik...Hujan ni... huhu

Takkan nak tunggu je sampai hujan reda. Entah pukul berapa lah tu. Tengok jam, dah pukul 7.40am. Lama mana je pun boleh tunggu..

Teringat ada kedai kat stesen Titiwangsa tu. Baru je saya nak masuk kedai tu, tengok ada 2 orang wanita sedang membelek2 payung yang sama. Sah! Memang kedai tu jual payung. Dua orang tu pun sama kes dengan saya. Beli payung sebab hujan. hehe


So, inilah dia payung darurat tu. Teman baru saya di kala susah :)

25 August 2012

Perginya Seorang Anak Adam

Salam

Malam semalam en. Abg kehilangan seorang sahabat baik.

Beberapa hari lepas saya dan en. Abg menerima perkhabaran duka, tentang arwah yang sedang terlantar sakit. Dan semalam, kami sekeluarga serta sahabat en. Abg berkesempatan menziarah.

Kami sudah sedia maklum tentang sakit yang dihidap. Ketumbuhan di jantung. Cuma tidak menyangka begitu serius. Ketika saya masih lagi berpantang, en. Abg pergi menziarah arwah, arwah masih lagi mampu berjenaka.

Saya turut mengenali arwah sejak zaman pengajian. Melalui en. Abg saya mengenali arwah. Kehilangan arah turut memberi kejutan pada saya.

Alhamdulillah saya dan en. Abg berkesempatan menziarah arwah sebelum pemergiannya. Tidak sangka itu kali terakhir pertemuan antara kami. Tapi DIA lebih menyayanginya. Malam tadi jam 9.45 malam, perginya seorang anak Adam.

p/s : Takziah buat keluarga Shah Nizam Omar. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang yang beriman. Amin.

17 August 2012

Duit Raya Pertama Airis

Salam

Tadi Airis dapat duit raya yang pertama. Dari ex-boss ummi, uncle Wahab. Tq uncle. Nanti Airis suruh ummi masuk dalam Tabung Haji ye :)


p/s : Aunt Ren pun bagi la. TQ aunt :)

Dua Hari Sebelum Raya

Salam

Office lengang sungguh hari ni. Ramai yang dah mula bercuti. Saya? Masih bekerja dalam mood bekerja yang hampir hilang ^_^

Mak ayah dan adik2 saya sudahpun selamat tiba di kampung. Mahu berkemas2 agaknya menerima kedatangan anak menantu dari jauh ni. Mahu anak menantu datang berehat saja sambil semua persiapan sudah siap tersedia. hehe

InsyaAllah saya sekeluarga akan bergerak balik ke Perak seawal pagi esok. Kali terakhir saya pulang ke Perak ketika mengandungkan Airis 4 bulan. Sekarang ni Airis dah besar, baru nak bawak dia balik kampung melihat tempat atok dia dibesarkan ^_^

Raya ketiga mungkin akan balik dulu ke Kinrara atau terus straight ke Johor. Bergantung kepada keadaan jalan dan juga stamina en. Abg. Sekiranya keadaan mengizinkan, kami akan terus bergerak ke Johor untuk sambung beraya. Sekiranya tidak, mungkin balik dulu ke Kinrara. Yang pastinya seminggu bercuti, seminggu jugalah saya tidak beraya di rumah. Sibuk beraya di kampung.

2 hari je lagi sebelum Ramadhan berakhir. Mudah2an dipanjangkan usia kita semua, diberikan kesihatan fizikal dan mental yang baik untuk merebut ganjaran di Ramadhan yang akan datang. Sehingga itu, Salam Aidilfitri Maaf Zahir Batin dari saya sekeluarga. Moga selamat sampai destinasi yang dituju. Pandu cermat, jiwa selamat :)


p/s : Masih mahu berkunjung ke Jalan TAR =p

16 August 2012

Free Ramadhan Buffet

Salam

Kalau diikutkan perancangan asal, majlis resepsi adik saya akan diadakan di Restoran Nelayan Titiwangsa. Tapi berlaku sedikit masalah di tempat tersebut, membuatkan adik saya bertukar ke hall yang lain.

Mulanya semua berjalan lancar sehinggalah pihak restoran call maklumkan something yang tak best lebih kurang dua bulan yang lalu. Dipendekkan cerita, tapak tanah Restoran Nelayan ni berstatus leasehold dan akan diambilalih semula oleh DBKL dalam masa terdekat. Jadi, kebanyakan event xdapat dibuat di tempat tu termasuklah wedding adik saya. Untuk langkah keselamatan, cepat2 dia cari hall yang lain.

Kamu tahulah di KL ni bukannya senang nak cari hall. Kebanyakan hall dah fully booked untuk tempoh setahun. Apatah lagi untuk masa terdekat ni. Pening jugak adik saya mencari hall lain.

Ingat sudah settle di situ.

Tapi semalam management restoran call. Katanya suruh ambil deposit. Jadi adik saya ni pun pergilah ambil. Ikutkan deposit RM2k, tapi dipulangkan kembali kepada adik saya RM3k. Bila ditanya mana datangnya lebihan 1k tu, katanya sebagai gantirugi. Atas sebarang kesulitan yang berlaku dari pihak restoran. Best kan? Dapat extra 1k tu.

Ingat itu aje, tapi ada lagi. Siap bagi seat untuk Ramadhan Buffet lagi. 10 seat pulak tu. Rezeki di bulan mulia. Alhamdulillah :)

Sebenarnya takdalah kitorang expect sampai camtu sekali gantirugi yang diberikan. Kalau dapat deposit balik tanpa meminta-minta, dah cukup bagus. Tapi kalau dah rezeki kan. Terima dengan tangan terbuka :)


p/s : Sudah nampak kesan hartanah leasehold. Mujur rumah saya berstatus freehold. Memang agak mahal, tapi beringat demi masa depan.

Untuk Dia

Aku yang patut, yang patut
Memberinya segala
Kerna aku mampu
Ya aku mampu
Melakukan apa-apa saja




InsyaAllah :)

15 August 2012

Belajar Menjahit

Salam

Saya teringin sangat belajar menjahit. Teringin sangat. Sejak dari zaman bujang dulu. Sampailah sekarang. Tak pernah hilang keinginan tu.

Tapi seringkali saya tangguhkan hasrat tu. Dari dulu sampailah sekarang. Saya macam tak yakin je. Yelah, saya memang minat menjahit. Tapi tertanya2 pada kemampuan diri sendiri. Ada bakat ke saya memegang jarum ni? Saya takut kecundang di tengah jalan dan akhirnya saya give up. Jadi akhirnya saya pendam je hasrat tu.

Tapi kebelakangan ni keinginan nak belajar menjahit tu datang semula. Kali ni semakin kuat dari dahulu. Dan saya pun dah bagitahu en. Abg keinginan saya yang satu ni.

en. Abg bagi green light =)

Bukan kata asas menjahit, mesin jahit pun saya takde. Nak jahit pakai apa =D

Jadi saya mula survey mesin jahit yang sesuai untuk beginner seperti saya. Yang user friendly. Yang mudah dikendalikan oleh saya. Semudah ABC ^_^

Saya mencari mesin yang boleh menjahit pelbagai material. Sebab dalam hati ini ada taman. Eh, salah2. Sebabnya dalam fikiran berangan mahu jahit baju kurung sendiri. Bila skill sudah hebat mahu diperluas untuk jahitan langsir, sarung bantal dan cadar sempoi untuk kegunaan sendiri. Pokok pangkalnya memang untuk kegunaan sendiri lah tapi dalam pelbagai cara.

Survey punya survey, saya berkenan dengan 2 mesin jahit jenama Brother ni

NV30



NV50

Dua2 mesin ni sama je fungsinya. Cuma NV50 tu lebih canggih skit dari NV30. Berdasarkan survey saya, ramai kata mesin ni user friendly dan sangat mudah digunakan. Spare part pun senang dapat. Dan yang best, kalau beli mesin dengan LSN, siap dapat masuk kelas menjahit percuma sekali.

Best kan? Yela, kelas menjahit ni bukan murah2. Kalau ambil pakej tiga empat jenis baju makan beribu jugak. Kalau boleh dapat free, rembat ajelah kan peluang ni :)

Mulanya saya mahu beli mesin jahit yang biasa2 sahaja. Sekadar boleh jahit baju kurung sudah. Tapi bila2 fikir, nanti kalau saya nak jahit material yang kasar sikit, mesin tu mungkin tak sesuai. Takkan saya nak beli mesin yang lain pulak? Kan dah membazir tu... Jadi sekaligus beli biarpun harganya agak lebih sikit.

Oh ye.. Mesin NV30 dan NV50 ni boleh jahit tepi sekali. Tapi kualiti jahitan tidaklah sehebat mesin jahit tepi yang sebenar. Jadi sesuai untuk kegunaan sendiri je. Macam yang saya mahulah.

Bukanlah terus saya nak masuk kelas menjahit sekarang. Kurang2 biar Airis besar sikit. Bolehla saya tinggalkan bersama en. Abg atau neneknya ketika menghadiri kelas. Target saya bila umur Airis mencecah setahun nanti. Lagi 2 bulan je pun. Tak sabar dah ni. hehe

en. Abg offer untuk sama2 berkongsi modal membeli mesin jahit ni. Beri galakan katanya =)

Tapi saya prefer beli guna modal sendiri. Tidak mahu berkongsi dengan en. Abg dengan sebab tersendiri. Yelah, mana tahu mesin tu tak berusik nanti, tak mahulah en. Abg bising2 sebab dia ada share modal. Kalau modal saya seorang je, takdelah en. Abg bising sangat. hehe. Itu je pun sebabnya. Eh, mungkin juga sebab saya mahu en. Abg belikan saya sebuah oven ^_^

Jadi, kita beri masa 2 bulan untuk berehat sebelum bertindak. Kita hadap raya dulu ye =)


p/s : Moga2 tidak bertangguh lagi

Memborong Kerepek Dan Kueh Raya

Salam

Kalau ada yang baca post saya yang ini, mesti tahu kepulangan saya ke rumah MIL di Kluang selain menyambut Ramadhan, pasti tahu tujuan saya yang satu lagi tu. Tujuan apa ye.....?


Mahu memborong kerepek2 di Rengit ^_^


Hajat memborong tu sudah tercapai. Tapi bukan di Rengit. Di lokasi2 lain yang tidak kurang hotnya. Well, Johor kan champion kerepek. hehe


Ini dia hasil borongan tahun ini. Tahun depan kita borong lagi ye bang ^_^


Saya memborong di Parit Raja sahaja. Memang banyak kedai yang jual kerepek. Tapi saya pergi satu kedai ni yang memanglah pelbagai jenis kerepek dijual. Cakap je nak apa, mesti ada. Tapi, yang kurang bestnya, kerepek pisang tak ada. Bukan kat sini je tak dijual, saya survey di kilang kerepek di Parit Lapis Laman pun takde jual. Katanya susah nak dapat pisang sekarang.

Otw pulang ke Kinrara, saya terpandang satu kedai kerepek ni. Bila parking tepi, nampak ada jual kerepek pisang. Terus berhenti dan sambar 2 paket.

Saya teringat Kak Lyn berhajatkan kerepek pisang ni. Walaupun tak dapat yang sama macam dikehendaki, tapi rasanya yang dibeli tu boleh mengganti. Macam tak best pulang dengan tangan kosong. Kalau untuk Jeff saya boleh carikan, mengapa pula tidak Kak Lyn. Mana tau mengidam kan =p


p/s : Kerepek2 tu sudah dibahagi2kan kepada plastik2 tertentu untuk diberikan kepada insan2 tertentu. Bukan takat saya je yang buat keje, anak dara sorang tu pun turut membantu. Rajin anak ummi. Boleh diharap dah :)

Rindu Pada Anak

Salam

Selama ni selalu saya dengar orang2 berkata rindukan anak yang berada di rumah. Baru berpisah beberapa jam atas sebab mencari rezeki, hati sudah mula merindu si anak yang ditinggalkan.


Sekarang saya mengerti
Sebab sudah mengalami
Sebab sudah punya si kecil yang dapat dirindui
Sebab sudah punya si kecil yang menanti
Dengan senyuman yang mencair hati



Rindu sangat kat budak kecik ni. Balik nanti nak cium gomol dia puas2 ^_^





p/s : Tindakan sudah setapak ke depan. Dengan niat ikhlas, mudah2an mendapat izinNya :)

14 August 2012

Expired

Salam

Jumaat minggu lepas saya tinggalkan semua hasil susu yang dipam di rumah mak. Sebabnya saya akan terus balik ke Kluang. Jadi saya rasa adalah lebih selamat tinggalkan stok susu tu di rumah mak berbanding bawak balik ke Kluang. Takut susu akan rosak dalam perjalanan berulang alik ke Kluang.

Jadi semalam saya belek2 stok frozen EBM. Mahu dijadikan bekalan untuk diberi kepada bs Airis. Sebab fresh EBM semua sudah ditinggalkan di rumah mak. Sebenarnya memang jarang sekali saya berikan Airis frozen EBM ni. Biasanya saya bekalkan fresh EBM je kepada pengasuh. Kalau fresh EBM tu tak habis, saya bawak ke hari esoknya. Sehinggalah hari ke-3, kalau tak habis jugak, baru saya jadikan frozen EBM. Jadi frozen EBM Airis akan sentiasa bertukar. Yang lama saya keluarkan dan gantikan yang baru. Yang saya keluarkan tu biasanya saya buang. Yelah, peti ais saya tu bukannya besar mana nak sumbat banyak2 kan.

Tapi kebelakangan ni saya jarang buat frozen EBM sebab hasil susu di bulan Ramadhan tak sebanyak seperti dulu. Pengeluaran sedikit merudum. Hasil hanya setakat untuk diberi esok. Jarang ada lebih untuk dijadikan frozen EBM. Normal lah tu kan. Kurang minum, kurang makan mana nak banyak susu. Tapi itu sayalah, orang lain saya kurang pasti.

Disebabkan lama dah tak buat frozen EBM, jadi saya jarang menelek stok frozen EBM yang ada. Malam semalam masa nak cari stok frozen EBM yang terdahulu untuk digunakan, saya perasan sesuatu. Tujuh bekas frozen EBM saya sudah expired. Kuantiti setiap bekas berbeza. Bila saya kira2, semuanya dalam 30oz :(

Sedih, tapi tak begitu sedih. Lebih kepada ralat dan menyalahkan diri sendiri sebab tak prihatin.

Tapi takpelah, benda dah jadi. Lepas ni saya jadikan pengajaran. Mudah2an naik keje lepas raya sakan nanti, produktiviti kembali seperti dulu. Dan jangan terlintas pun dalam hati untuk ponteng sesi mengepam. Rotan nanti =p


p/s : Mudah2an dengan IzinNya :)

13 August 2012

Sepintas Lalu Dari Kampung

Salam

Siaran khas dari Kluang, Johor sambil menyaksikan Irfan sibuk melayan Airis bermain. Sambil Airis tengah leka ketawa terkekek, ayah Airis tengah mengemas baju untuk dibawa pulang. Ummi Airis? Tengah mengupdate blog. haha. Tiada paksaan kan bang.... ^_^

Ini kali terakhir saya sekeluarga balik ke Johor sebelum Syawal menjelma. Sebagai tanda merai Ramadhan yang hampir ke penghujung bersama2 dengan keluarga di Kluang. Sekejap lagi lepas selesai bersiap, akan berangkat pulang ke rumah. Dan bermula la proses untuk mengemas rumah bagi menyambut Aidilfitri. Habis kemas rumah, kita packing baju la pulak. Mahu balik kampung kan. Yey!!!!!

Sementara berblog, terhidu bau masakan MIL yang akan dibekalkan kepada anak menantu dia ni. Baunya..... alahai, sangatlah menusuk ke kalbu buat tak sabar menanti waktu berbuka. hehe. Tq ye mak :)

Ok lah mahu membantu en. Abg berkemas. Boleh nampak bonet kereta akan penuh dengan segala macam benda. Oh ye! Stroller Airis terpaksa ditinggalkan di sini buat sementara waktu. Tempatnya bakal digantikan dengan berplastik-plastik kerepek yang diimport dari Parit Raja untuk keluarga, bs, jiran2 dan sahabat2 tertentu baik yang mengirim ataupun tidak. Itupun rasa macam tak cukup je. hehe

Sehingga itu,bye2 kawan2. Doakan saya selamat sampai ke destinasi yang dituju ye. Salam Ramadhan!

08 August 2012

Shopping Online

Salam

Kebelakangan ni saya suka shopping online. Dalam sebulan ni, boleh dikata tiap2 minggu ada je parcel yang dihantar ke rumah mak saya. Biasanya saya gunakan alamat rumah keluarga. Pernah juga pakai alamat office tapi barang hampir2 hilang. Dah seminggu lebih received, baru sampai ke tangan saya. Terus saya blacklist deliver ke office.

Selalunya saya beli barang atau baju Airis. Pernah juga beli baju saya sekali tapi saya dapati beli baju saya secara online tidak berapa praktikal. Sebab apa yang dilihat tidak sama yang dibayangkan. Tapi kalau untuk Airis memang sesuai. Lagipun biasanya beli online ni lebih murah berbanding beli kat kedai2. Yela, yang kat kedai tu kena bayar kos sewa kedai. Yang online ni stok semuanya simpan kat rumah je. Sebab tu boleh jual murah.

Lagi satu saya suka beli online ni sebab saya jarang jumpa produk ni kat luar. Kalau ada pun kena tunggu baby expo yang kadangkala dapat saya pergi, dan kadangkala memang tak dapat nak pergi. Time baby expo memang banyak produk yang saya jumpa, yang jarang saya ketemui di kedai2 biasa. Ada tu memang ada, tapi kekangan masa untuk pergi ke lokasi yang menjual. Jadi ketik2 jari kat keyboard, cari apa yang berkenan. Bayar, tak sampai tiga hari dah boleh dapat barang. Paling lama pun seminggu.

Setakat ni saya berpuas hati dengan kualiti barang yang dibeli. Biasalah kalau warnanya lari sedikit. Tapi masih lagi dalam tone yang sama.

Tapi beli secara online ni pun ada risiko tersendiri. Alasan yang paling kuat, kena tipu. Dah bayar, tapi produk tak sampai2. Alhamdulillah, saya tak pernah alami kes sebegini. Barang cepat sampai lagi adalah. Hari ini bayar, esok dah dapat. Sebab itu saya selalu beli dengan kedai yang sama. Kalau service memuaskan, memang saya akan beli buat kali kedua.

Selalunya saya beli baju Airis. Dan saya akan confirmkan dulu dengan kedai tu measurement baju yang saya nak beli tu. Lepas tu saya akan ukur badan Airis untuk tahu sesuai atau tidak. Sebab kadang2 baju yang dijual ni bukan semuanya normal cutting. Ada yang small cutting, ada yang big cutting. Tapi normal cutting pun bukan semestinya sama dengan size anak kita kan.

Antara hasil shopping online saya sebelum ini


Grey Top



Grey top too. Baju ni saya pakai masa pregnant dulu je. Lepas tu xpernah pakai lagi. Kurang minat dengan fabric dia



Toto baby



Purple headband & stripe legging



Man U rompers & legging kaler pink



Headbands





Evamatic Mat



Dan baru2 ni beli lagi satu set Babygap pyjama dan dua helai legging polkadot untuk Airis. Pyjama sebelum ni I Love Mum, haruslah beli I Love Dad pulak :)



Setakat ni saya rasa shopping online ni memudahkan saya. Tidak perlu ke mana2, tunggu saja di depan pintu rumah. Goyang2 kaki, barang pun sampai :)


Oh ye, raya ni dua kali Airis akan sedondon dengan Amani. Sekali dengan dress pemberian Mak Lang ni



Sekali lagi dengan pant skirt pemberian Mak Long. Tq Mak Long & Mak Lang. i love my aunts :)




p/s : Airis beraya sakan tahun ni. Raya pertama kan :)