13 August 2012

Sepintas Lalu Dari Kampung

Salam

Siaran khas dari Kluang, Johor sambil menyaksikan Irfan sibuk melayan Airis bermain. Sambil Airis tengah leka ketawa terkekek, ayah Airis tengah mengemas baju untuk dibawa pulang. Ummi Airis? Tengah mengupdate blog. haha. Tiada paksaan kan bang.... ^_^

Ini kali terakhir saya sekeluarga balik ke Johor sebelum Syawal menjelma. Sebagai tanda merai Ramadhan yang hampir ke penghujung bersama2 dengan keluarga di Kluang. Sekejap lagi lepas selesai bersiap, akan berangkat pulang ke rumah. Dan bermula la proses untuk mengemas rumah bagi menyambut Aidilfitri. Habis kemas rumah, kita packing baju la pulak. Mahu balik kampung kan. Yey!!!!!

Sementara berblog, terhidu bau masakan MIL yang akan dibekalkan kepada anak menantu dia ni. Baunya..... alahai, sangatlah menusuk ke kalbu buat tak sabar menanti waktu berbuka. hehe. Tq ye mak :)

Ok lah mahu membantu en. Abg berkemas. Boleh nampak bonet kereta akan penuh dengan segala macam benda. Oh ye! Stroller Airis terpaksa ditinggalkan di sini buat sementara waktu. Tempatnya bakal digantikan dengan berplastik-plastik kerepek yang diimport dari Parit Raja untuk keluarga, bs, jiran2 dan sahabat2 tertentu baik yang mengirim ataupun tidak. Itupun rasa macam tak cukup je. hehe

Sehingga itu,bye2 kawan2. Doakan saya selamat sampai ke destinasi yang dituju ye. Salam Ramadhan!

No comments:

Post a Comment