29 August 2012

Terima Kasih Cik Merah Jambu Yang Hot!

Salam

Tahun ni tahun pertama Airis beraya. Memang seronok beraya dengan dengan si kecil ni walaupun ada masanya dia meragam. Tapi setakat meragam biasa je. Biasanya bila tidur dia terganggu dek tentatif perjalanan raya yang padat. Baru nak lelap dah terjaga. Mana tak mengamuknya. hehe

Tahun pertama beraya juga bermaksud tahun pertama Airis dapat duit raya. Yey!!! :)

Sekarang ni pun duit yang saya tukar untuk dijadikan duit raya hampir kehabisan. Padahal baru beraya di kampung. Belum lagi beraya di rumah saudara mara di town ni *town la sgt. haha* dengan rumah kawan2 ummi dan ayah. Takpela, tak cukup nanti kita tukar lagi.

Bila dah ada si kecil yang aktif menerima duit raya ni, maka ummi Airis pun aktif la jugak buat pengeluaran duit raya. Ummi memberi, Airis menerima. Give n take gitu. hehe

Jadi, pengurusan pengeluaran dan penerimaan harus efisien. Dengan bantuan Cik Merah Jambu Yang Hot, urusan pun jadi mudah. Jom i introduce u all dengan Cik Merah Jambu Yang Hot i tu


Inilah dia Cik Merah Jambu Yang Hot tu. Setahun lebih saya peruk dalam gerobok sebab xtau bila masa yang sesuai nak pakai. Cik Merah Jambu ni saya beli ketika berkunjung ke Bicester Village dahulu. Baru berkesempatan dipakai sebab kena dengan tema Aildilfitri tahun ni



Macammana Cik Merah jambu Yang Hot ni membantu dalam urusan duit raya ye? Nampak tak Cik Merah Jambu ada 2 separate compartments? Memang membantu tau.

Compartment atas tu khas untuk duit raya yang keluar. Tak semestinya orang bagi Airis, baru saya balas. Tak baiklah macam tu kan. Macam harap balasan je. Sekali sekala buat budak2 gembira apa salahnya kan. Tak dapat banyak, sedikit pun ok. Ikut kemampuan :)

Dan comparment bawah tu pulak untuk penerimaan duit raya Airis. Sekali dengan stok tukaran duit raya dan sampul raya kosong. Standby kalau tak cukup.

In & Out concept ^_^



Jadi ke mana2 saja, Cik Merah Jambu Yang Hot ni pasti sentiasa berada bersama2 beg Mickey Airis. Serasi bersama gitu. hehe



Kutipan duit raya Airis pada Syawal pertama



p/s : Keje Airis dapat je sampul raya tu dia akan gigit2 sampul tu sampai la nak lumat. Semua nak dimakannya. huhu

1 comment:

  1. meriah tahun ni beraya bersama si kecil..
    Danish tahun ni dah tau apa itu raya dan duit raya..ucapan selamat hari raya biler danish terima sampul raya dan terus bg mama..mama jd banker...hikhik

    ReplyDelete