Salam
Lately saya perasan Airis semakin kekurangan baju malam. Kebanyakan baju malam yang dia ada, banyak yang kurang sesuai untuk dipakai lagi. Ada yang bajunya bila dipakaikan sendat, dan ada juga seluarnya bila dipakaikan nampak singkat. Macam baju pinjam je. huhu
Baju siang dia pun macam tu. Banyak yang dah kecil dan sudah sampai masa harus diketepikan untuk disimpan. Untuk diturunkan pada adik2nya nanti. hehe
Dah lama saya berhajat nak belikan BabyGap pyjama untuk Airis. Tapi banyak yang saya jumpa semuanya jual long sleeve. Saya mahu short sleeve je sebab tengok Airis macam rimas je pakai long sleeve ni.
Cari punya cari, jumpa satu fb ni yang jual BabyGap pyjama yang short sleeve. Saya beli 2 pasang untuk Airis. Sudahpun selamat sampai seminggu lepas.
Satu kaler pink+peach. Suka dengan design seluar dia. Nampak gurly :)
Sambil tu saya beli sekali Burberry Dress ni. Buat tambah2 baju raya Airis. Design yang simple, material pun lembut je. Takdelah Airis kepanasan nanti
Satu lagi tambahan koleksi baju raya Airis. Beli kat Anakku Kluang. Tengah ada sales 50%. Apalagi, haruslah belikan. hehe. en. Abg yang pilih. Tq ayah.. Bila tengok baju ni, saya rasa Airis mcam budak besar la :)
p/s : Semalam pi Jusco dengan Mak Lang dan Mak Usu. Mak Lang bagi Airis baju raya lagi. Kali ni sedondon dengan Amani. Tq Mak Lang! :)
alahmdulillah si kecik dah ada bj raya..sama lar dgn danish akak br jew selesai beli bj raya, baju tido raya dan baju siang raya..haha..cuma kasut raya jew xbeli lagik..
ReplyDeleteyg menjadi keutamaan skrg adalah keperluan raya si anak..:)