24 October 2012

Bila Anak Dara Bertoncet

Salam

Bila anak dara sudah boleh bertoncet =)







Tq Mama Ina belikan Airis sepit ni. Comel sangat. Airis suka. Ummi pun suka sebab Airis nampak comel sangat pakai sepit tu =)

23 October 2012

Perkembangan Airis @ 11 Bulan 23 Hari

Salam

Ahad ni, 28 Oktober genap usia Airis setahun =)

Dah nak masuk setahun pun anak dara kenit tu. Sekejap sangat rasanya masa berlalu. Airis dah nak setahun, ramai dah mula mengusik saya untuk berikan Airis adik. Camno tu...hehe.  Soalan2 semacam tu saya KIV dulu ye. Kita biarkan masa yang menentukan ^_^

Dari segi fizikal, rasanya Airis ni ikut genetik ayah dia. Tapi dari segi sifat dan habit rasanya ikut ummi dia. Dari segi rupa paras, ada orang kata ikut muka saya. Ada juga yang kata ikut muka ayahnya. Bila combine, jadilah rupa Airis sekarang. Boleh gitu? haha

Semalam malam before tidur bakal birthday girl ni meragam sikit. Dia menangis  dan merengek. Sudah disusukan pun tak jalan. Tak tahu apa kemahuan Airis. Bila diajak bermain, ok buat sekejap je. Lepas tu merengek kembali. Risau jugak saya sebab petangnya dia jatuh tertiarap di rumah nenek. Manalah tau effect apa2 kan...

Tapi bila saya susukan, tepuk2 peha dia sambil berselawat, lama2 dia tidur. Oh, mungkin mahu beralih bulan, Airis sedikit meragam. Normal lah tu kan...

Sedikit perkembangan dan kesukaan bakal birthday girl =)


Dah boleh berjalan dengan dipimpin. Dan dua tiga hari ni Airis dah menunjukkan sedikit kemajuan bila boleh berjalan sendiri buat selangkah dua. Takpe, lama2 pandailah tu. Kena buang rasa takut tu, ok Airis? =)



Sudah pun mempunyai 2 batang gigi di bahagian bawah. Maka, sekarang ni dia dah mula menggunakan gigi dia tu waktu bf. Sakit -__-



Dah boleh panjat sofa di hall. Sedang saya dan en. Abg duduk mengadap tv dan biar dia bermain di bawah, nanti pelan2 dia panjat la sofa tu nak join saya dgn en. Abg. 

Anak dara kenit ni juga dah pandai bergurau. Selalu ajak saya main cak2. Sekarang ni dia sibuk ajak main kejar mengejar dalam versi merangkak. Dia akan merangkak laju2 suruh saya kejar dia. Bila saya buat macam tu, memang sukalah dia. Terkekek-kekek ketawa. Bayangkan saya seberat 60kg merangkak mengejar Airis. Memang sengsaralah jawabnya. Badan berat dik non oiii!!! haha. Ops, berat badan sudah terkantoi di sini =p

Airis juga dah mula faham beberapa word yang kami gunakan ketika berkomunikasi dengan dia.

Word Nak - Bila dia pegang something, saya hulur tangan sambil cakap "ummi nak", dia akan berikan barang tu pada saya. Sama juga bila saya minta sesuatu barang sambil tunjukkan jari ke arah benda tu dan cakap ayat yang sama, dia akan ambil barang tu untuk saya. Bila dia dah serahkan barang tu pada saya, saya akan cakap "Terima kasih sayang. Pandai anak ummi " sambil tepuk tangan. Dia pun akan gelak manja sambil tepuk tangan.

Word Ball - Airis mempunyai sekotak bola plastik yang colourfull (post). Memang saya dah biasakan Airis lepas main bola2 tu, masukkan kembali ke dalam kotak. Saya praktikkan dengan cara cakap dan tunjuk untuk dia tiru dan faham apa yang saya ajarkan. Sekali dua dia blur, tapi lama2 dia dah faham apa patut buat. Jadi lepas main bola2 tu saya akan minta dia masukkan bola2 tu semula dalam box tu. Sekarang ni bila saya sebut "Airis, ball mana..?", dia akan tercari2 kotak bola tu. Suruh amik ball yang terpelanting jauh pun dia dah faham =)

Word Bird - Pagi2 sebelum hantar Airis ke rumah bs, saya akan biarkan dia berdiri di bonet kereta sambil tengok burung2 berterbangan. Kadang2 en. Abg yang dukung sambil bawa dia jalan2 sekitar2 tu. Bila saya kata "bird", Airis akan terus pandang ke atas mencari burung. Bila nampak burung terbang, dia akan tunjuk ke arah burung2 tu sambil mulut riuh cakap macam2. 

Sekarang ni aktiviti tengok burung pagi2 sebelum hantar Airis ke rumah bs dah jadi wajib sebab nak bagi mood dia baik. Jadi takdelah dia menangis bila tengok saya pergi kerja tinggalkan dia. Siap flying kiss dengan bye bye lagi. Hati saya pun senang nak tinggalkan dia

Word Kiss - Bila saya cakap "Airis, kiss ummi", dia akan cium mulut saya. Takpun dia akan suakan pipi untuk dicium. 

Word Angkat Tangan - Bila saya atau en. Abg cakap "siapa nama Nur Airis Afrina angkat tangan", nanti dia angkat tangan sebelah. Comel je =)

Word sshhhh - Bila saya sebut "sshhhhh" sambil letakkan jari di mulut, dia pun akan tiru sama. Dari dia bebel2 terus senyap. hehe

Word Pok (Tepuk) - Bila saya kata "pok ayah Airis", dia akan tepuk en. Abg sambil gelak. Perlahan je dia tepuk. Alah, gurau2kan sekali sekala ^_^


Anak dara saya tu juga dah pandai meniru aksi yang saya dan en. Abg buat pada dia.

Aksi tepuk peha sendiri - Airis memang sangat manja dengan saya. Bukanlah kata dia kurang manja dengan en. Abg, tapi dengan saya berlebih sikit. Ummi dia kan. Sebolehnya dia nak saya ada je depan dia. Jadinya semua benda saya lakukan secepat mungkin sebab Airis ni senang merengek kalau takde saya depan mata dia. Sampai mandi pun ala kadar je. huhu.

Jadi kalau dia merengek masa saya mandi, en. Abg akan tepuk2 peha dia sambil alunkan selawat. Tapi sekarang, tak payah en. Abg tepuk peha dia. Dia dah pandai tepuk peha sendiri. Selawat saja, automatik dia akan tepuk peha dia =)

Aksi sorok muka - Dalam main cak2, kali pertama saya sorok muka dan acah dia. Tapi kali kedua dan seterusnya dia yang sorok muka dan acah saya. hehe


Oh ye! Rambut Airis sudah boleh diikat toncet. Yey!!!! hehe

Rambut depan Airis makin panjang, jadi agak rimas bila rambut tu terjurai2 ke depan. Kebetulan pagi Ahad ketika singgah di kedai runcit saya ternampak getah rambut elastik, terus saya belikan untuk Airis. Petang semalam ketika mengambil Airis, rambut Airis sudahpun selamat diikat. Kemas sungguh kerja bs Airis kalau nak dibandingkan dengan kerja saya. hehe. Budak2 kat rumah bs cakap rambut Airis bila dah diikat macam air pancut. hahaha

Ini hasil percubaan saya sejurus sampai saja di rumah.Kira boleh la..Nanti upgrade skill lagi =p



Dengan mainan baru. Tapi semalam cari2 entah mana perginya benda alah tu. Sekarang ni Airis suka main sorok2 barang. Adoilah anak, bijak sangat..



Bergaya dengan kanggaroo bag pemberian Pak Long Shamin. Datang khas dari negara binatang lompat2 ni untuk Airis. Tq Pak Long =)



Banyak lagi perkembangan Airis yang nak saya kongsikan tapi tak teringat sekarang. Nantilah bila saya ingat saya kongsikan lagi ye. Macam2 akal bakal birthday girl ni. Layankan aje =)


p/s : 5 days to go...Lepas tu, Airis dah setahun la. Airis dah besar. Bolehla ikut ayah pergi zoo negara. hehe

22 October 2012

Santapan Di Petang Ahad

Santapan ringkas kami di petang Ahad


Sebab santapan ni yelah hasil air tangan dan kerjasama suami isteri di dapur, jadi saya namakannya sebagai Ondeh Ondeh Comel Suami Isteri..

Ops! Kasihan Airis. Airis pun ada jugak kat dapur cuma tak terlibat secara langsung. Jadi mana boleh ketepikan si anak dara tu kan. Kita tukar namalah.

Apa kata....

Ondeh Ondeh Comel 3 Beranak?

Oklah tu kan. hehe

Nama tak penting mana, janji rasanya ada..Nyum2! ^_^

18 October 2012

Atok Pun Rindu Airis

Salam

Beberapa hari ni atok Airis agak bz. Jadi saya tak dapat tumpang sama naik motor balik ke rumah. Maknanya dah beberapa hari jugaklah Airis pulang ke Kinrara tanpa berjumpa atok. Atok balik lambat.

Kalau jumpa pun biasanya pagi2 masa saya nak hantar Airis ke rumah bs. Tapi xdapat jumpa lama sebab atok kena pergi kerja. 

Dulu Airis xberapa nak sangat kat atok dia. Tapi bila makin besar ni, dah lain. Kalau nampak atok, hulur tangan minta diambil atau didukung. Sayu je dia tengok atok dia pergi kerja. Rindu agaknya nak main2 dengan atok dia...

Atok Airis pun kata dah lama tak dapat main2 dengan Airis. Atok pun rindu Airis =)

Tadi dapat call. Katanya hari ni atok Airis boleh mengambil saya macam biasa. Pukul 5 jumpa di bawah. Tak payahla saya bersenam kaki ke stesen LRT hari ni. Hoye!!! ^_^

Jadinya, hari ni bolehla Airis dan atok saling melepas rindu. Alahai atok dan cucu ni... Sweet =)


p/s : Pagi tadi tengok Airis bangun tidur terus tersandar dekat sofa. Sebijik macam Waiz dulu2. Gaya yang sama =)

Jalapeno Cheese Powder

Salam

Saya pengemar cheezy wedges KFC. Tiap kali makan or take away KFC, mesti order cheezy wedges sekali. Tak cakap pun, en. Abg mesti order. Dia tahu wife dia ni suka makan benda alah tu. Kadang2 singgah KFC tu semata2 nak beli benda tu aje. Mujur KFC tu dekat dengan rumah, sehala dengan jalan balik.

Tapi setakat ni, belum la lagi drive thru semata2 nak beli cheezy wedges je. Kira tahap ok lagi la ^_^

Itu dulu, tapi sekarang tidak perlu lagi ke KFC semata2 nak beli cheezy wedges. Dengan adanya Jalapeno Cheese Powder ni, boleh makan cheezy wedges di rumah pada bila2 masa je. Yey!!!



Senang sangat guna Jalapeno Cheese Powder ni. Hanya bancuh dengan air panas, kacau2 sampai sebati. Lepas tu letak atas wedges, campur pulak dengan mayonnaise. Walla!!!

Ni rupa cheese powder tu before n after. Senang je kan?



Mesti guna dengan real mayonnaise tau. Baru ada ummphhh!! ^_^



Ni hasil hidangan sudah siap, tinggal nak masuk mulut je. Ni bukan pic homemade cheezy wedges saya, tapi cilok dari en. Google. Yang kami punya tak sempat snap gambar, terus Bismillah dan masuk mulut. hehe



p/s : en. Abg pesan siap2, nanti habis beli lagi. Tapi kali ni tak beli online dah, direct ke rumah penjual. Jimat kos sebab dah dekat dengan rumah.

Masa Untuk Flake

Salam

Hari ni rasa kurang sihat la. Selsema.

Semalam dah rasa kurang sihat. Hidung berair. Tapi buat macam biasa. Pagi tadi pukul 4pagi masa jaga untuk bf Airis, rasa tak boleh bernafas ikut hidung. Hidung tersumbat -__-

Jadi hari ni rasa agak tidak bertenaga macam biasa. Camne nak kembalikan tenaga tu eh...

Menurut fakta, coklat boleh buat kita bertenaga. Kamu pernah baca fakta tu? Saya pernah ^_^

Jadi... Apalagi...


Masa untuk Flake la!!!




Yummy!!!

17 October 2012

Berjumpa Bakal Pengantin

Salam

Semalam seorang teman datang ke rumah family saya. Bestfriend saya dari saya tingkatan dua sehinggalah sekarang. Kenal sebab sekolah yang sama. Duduk bersebelahan dari hari pertama sehinggalah tamat tingkatan dua. Namanya Siti jugak. Siti Zaleha.

Dia datang mengantar kad jemputan. Mahu menjemput saya sekeluarga makan nasi minyak. Alhamdulillah. Seorang lagi teman bertemu jodoh =)

Orang kata, orang nak naik pelamin ni mukanya berseri seri. Betullah, tengok muka kawan saya ni berseri semacam. Saya siap korek rahsia lagi. Tanya pakai produk apa. hehe

Majlis akan diadakan dalam 3 minggu lagi. Mudah2an semuanya berjalan lancar. InsyaAllah...

Apa2 pun, congrates dear =)


p/s : Mula2 Airis taknak kawan dgn aunt Zaleha, tapi lama2 dah ok. Siap minta aunt dukung before balik. Tq aunt bagi angpau besday. Airis sayang aunt =)

Santai Petang Di Putrajaya

Salam

Alhamdulillah Airis sekarang dah boleh berjalan walaupun bukan dengan sendirinya. Perlu dipimpin perlahan. Untuk galakkan lagi Airis berusaha dan yakin berjalan, saya dan en. Abg bawa dia berjalan di petang Ahad yang lalu.

Mulanya nak pergi mana-mana tasik yang berdekatan je. Tapi alang kepalang terus ke Putrajaya. Dah dekat pun. Kesian Airis, kebelakangan ni jarang kami bawa dia berjalan. Jadi bagi peluang anak dara kenit tu menikmati keindahan alam di Putrajaya =p

Rancangan untuk bersiar2 adalah spontan. Bila dah buat plan nak keluar tu terus tukarkan baju Airis. Tak mandi pun. Nanti mesti berpeluh. Lagipun balik nanti nak mandi lagi. Yang sebenarnya, ummi dia malas. haha

Saya pakaikan Airis sleveless dress. Lepas tu sarungkan leg warmer yang tidak pernah sekali digunakan. Ummi Airis memang, beli beriye. Tapi pakaikan pada Airis jarang sekali. huhu. Dan kasut pink tu pemberian Kak Izan masa Airis lahir dulu. Memang ada dalam set hamper yang besar gedabak tu. Tak pernah guna, tau2 je dah ngam2.




Anak dara ummi =)



Sesampainya di Putrajaya, mood Airis tak berapa baik sebab baru bangun tidur. Dia masih tidur masa saya nak letakkan dia dalam stroller. Apalagi, terus terbangunlah dia. Terus buat muka monyok. hehe

Tapi monyoknya sekejap je. Dah dipujuk dan dibelai dengan ummi ayah, nak2 lagi tengok sekeliling yang luas terbentang, mood dia terus elok. Macam tulah anak ummi. Budak baik =)

Tunggu apa lagi. Jom kita praktis jalan! ^_^




Airis masih tak biasa berjalan dengan memakai kasut. Selamat ni praktis jalan dalam rumah kan kaki ayam je. Jadi dia agak kekok dan tak mahu beri kerjasama pada mulanya. Dia minta didukung. Anak manja. huhu




Say byebye to ummi Airis



Ummi ni macam paparazzi la. No picture plz! =p



Dah didukung seketika, saya kembali turunkan Airis dan letakkan dia ke bawah untuk mulakan kembali training. Anggap je tadi tu proses warm up. hehe



Posing? Errr...




Dah mula happy dan yakin =)



Rehat sebentar





Entah apalah dibual en. Abg dengan anak dara kenit dia tu..





Ramai kata Airis ikut muka saya. Kamu rasa?



Ok, dah habis rehat. Kembali kepada latihan kita





Chinta hati saya ni nampak dah besar. Cepatnya masa berlalu. Lepas ni bila Airis dah pandai berjalan dan berlari, terpaksalah saya mengejar untuk memeluk dan mencium dia. huhu



Praktis dengan ummi pulak ye



Tapi sebelum tu betulkan sepit rambut dulu



Pastu leg warmer



Dan teruskan latihan



Lepas dah puas si kenit tu training, singgah minum2 jap hilangkan dahaga. Ingatkan nak minum2 kosong je



Sekali terbeli ini. haha. Memang tempting gile. Nanti kalau tak makan, balik rumah mesti menyesal =D




Minum air banyak2. Elok untuk kesihatan. Dan bagi kulit cantik. hehe




Nampaknya Airis happy betul bila di bawa berjalan di tempat macam ni. Rasa best nak guna skill baru dia tu. Balik tu bila tengok orang sana sini, dia takmo dukung dah. Dia nak jalan sendiri. Tapi masa tu dah nak Maghrib, harus cepat2 balik. Kasi angkut je la itu anak dara kenit. Sorry ye sayang, next time ummi promise kita buat training lagi. Ok? =)



Sebelum kecundang dan menyembah bumi. hehe. Lepas tu terus dukung, no more training



p/s : Dah dua hari sebelum hantar Airis ke rumah bs, biarkan Airis tengok pemandangan pagi dulu. Excited dia bila tengok burung berterbangan. Ayah kata Sabtu pagi ni nak bawa Airis jalan2 lagi. Harus ummi carikan Airis kasut baru sebelum tu. Nak tak?