08 October 2012

Kempen Menjayakan Aktiviti Pumping Ummi

 Salam

Airis sekarang ni dah bertindak sebagai assistant saya. Dia dah join kempen saya dalam menjayakan aktiviti pumping. hehe

Semalam lepas balik dari Parkson, saya kemas barang Airis untuk dibawa ke rumah bs. Lepas dah asingkan susu yang akan diberi kepada bs, saya beralih ke part mengemas botol2 storage dan corong pump. Saya letakkan cooler bag di sebelah saya. Cooler bag ini memang saya akan kosongkan untuk diisi dengan stok susu pagi esok.

Macam biasa anak dara saya tu akan setia duduk di sebelah menemani. Mana ada saya, situ akan ada Airis. Tak boleh berenggang.

Tapi dia bukan duduk kacau kosong je tau. Dia tolong ummi dia mengemas. Tolong masukkan botol2 storage dan corong pump dalam cooler bag lepas tu bagi kat ummi. Sweet kan ^_^

Susunan si anak dara kenit. Not bad =)



Mungkin sebab memikirkan telatah Airis yang mencuit hati, hasil pumping pagi tadi bertambah dari hari2 biasa. Tq Airis sebab jadi inspirasi dan kekuatan ummi. i love u sayang =)



Inilah anak dara kenit saya tu. Airis @ 11m 10d



p/s : Airis love susu ummi sooooooooooooooooo much ^_^

No comments:

Post a Comment