28 November 2011

Sebulan Sudah

Salam



Pejam celik pejam celik, hari ni genap usia Airis sebulan.



Happy 1 month old Airis!

Ummi & ayah love u soooooooo much =)



Sedikit perkembangan Airis : Relaks santai ketika dimandikan Mak Toknya dan juga sedang mencuba mengangkat kepala sampai kadang2 terhantuk kat ummi. hehe.



p/s : 2minggu lagi sebelum habis berpantang dan pulang semula ke Rumahku Syurgaku. Sedang belajar membina kekuatan mental dan fizikal untuk bermanja berdua bersama Airis ketika ayah mecari rezeki ^_^

27 November 2011

31 Hari Ummi & Airis

Salam
Hari ni masuk 31 hari saya berpantang. Maknanya tinggal 13 hari je lagi. Yahoooo!!!! ^_^
Bukanlah tak seronok berpantang ni. Bagi saya, berpantang ni sama je macam keadaan biasa tapi terkawal dalam beberapa keadaan. Tak boleh keluar rumah, berbengkung, jaga pemakanan etc. Bukanlah susah sangat nak buatkan. Macam saya, sedar tak sedar 31 hari telah berlalu dengan pantas begitu sahaja.
Saya masih lagi berpantang di rumah mertua. Dan akan teruskan tempoh berpantang di sini sehingga selesai. Sehingga genap hari ke-44, dan juga sehingga Airis dibotakkan pada hari yang sama =)
InsyaAllah cukur jambul dan aqiqah Airis akan diadakan 2 minggu lagi. Perancangan dibuat secara spontan. Lagi cepat lagi bagus. Semua persiapan saya serahkan sepenuhnya kepada en. Abg dan keluarga mertua. Buat yang simple2 je.
Airis sekarang sudah bertambah bulat. Tiap kali ayahnya pulang menjenguk di hujung minggu, semakin tembam katanya. Airis banyak minum susu ummilah ayah. Memanglah sihat =)
Ramai yang datang menjenguk Airis. Antara statement wajib kedengaran tiap kali memandang Airis, " Lebatnya rambut dia" dan "Macam budak besar la". hehehe. Yup, saya akui Airis tidak kelihatan seperti bayi yang berusia sebulan. Mungkin disebabkan saiz badannya dan juga caranya memandang orang yang melawat seolah2 sudah mengenal dunia.
Rambut Airis jugak agak lebat dengan warna hitam pekat. Patutlah masa dihujung tempoh hamil dulu, rasa nak terkucil tu sentiasa ada. Ini sebabnya, rambut si anak. hehe. Buat masa ni, tak dapat dipastikan berapa berat terkini Airis dan akan tau Selasa nanti bila Airis diberikan suntikan Hepatitis B.
Ramai yang meneka-neka seiras siapakah Airis. Ayah ke, ummi ke. Ada yang kata iras ayah, ada yang kata iras keluarga belah KL. Tapi ummi rasa wajah Airis persis Mak Lang la. Jauh tersasar. hehe


Presenting pic terlatest my bam-bam Airis yang tak suka dibedung =)





20 November 2011

Ujian

Untuk sahabatku yang sedang dilanda musibah hebat.


Biarkan apa yang diperkatakan mereka.

Hanya aku, kamu dan pembawa onar yang mengetahui segala yang tersirat.

Usah dilayan minda2 yang tidak setara kita


Dilawan tiada penghujung

Bila ego memang sifatnya

Biarkan dia bahagia dengan tohmahan yang dilemparkan.


Semoga dibuka pintu keinsafan buat dirinya.

19 November 2011

Selepas 3 Minggu

Salam


Pagi tadi sempat melompat atas weight scale. 3kg lemak degil berjaya disingkirkan. Good job Airis syg ^_^


Saat2 akhir sebelum Airis keluar, merasa jugaklah saya berat 76kg. Dalam 3 4 hari lepas Airis keluar, beranikan diri utk lompat atas weight scale buat pertama kali. 66kg! Weehuuu!!! And now, 63kg! 5kg je lagi sebelum mencapai sasaran. Terus berkobar2 semangat ni. haha


Betul la kata orang, masa berpantang ni memang senang nak turun badan. Dengan makan yang menyihatkan, ditambah lagi dengan si kecil yang kuat menyusu memang tak mustahil nak back to normal. Tapi masa berpantang jela. Lepas habis pantang kalau tak jaga betul2, lari shape jugakla. Harap2 akak tak macam tu. hehe


Tapi jujurnya, itu bukanlah target utama lepas lahirkan Airis. Apa yang saya mahukan Airis membesar dengan sihat. Cukup zat dari susu ibu yang saya berikan. Jadi, tak perlula saya sekat pemakanan, kesian kat Airis. Jenis saya, makan saja tapi masih dalam jadual berkala yang boleh di kawal.


Tapi saya rasa ada baiknya berpantang ni. Semua makan yang dijamah memang sihat2 belaka. Tiada yang berlemak. Kalau la boleh teruskan macam ni sampai bila2 kan bagus. Kot nafsu kuatla kan =p


Ops! Airis dah bagi sign nak nenen tu. Got to go blog. Daaaa...



p/s: Mujur baju2 keje semuanya baju kurung, tiada yang bercutting sendat mendat. Kalau tidak, jadi khazanah dalam gerobok je la

12 November 2011

Nur Airis Afrina Nor Azam

Salam


Hye blog! Ini puan kamu kembali berblogging dari cuti yang panjang. Rindu betul saya dengan kamu =)


Lama betul rasanya menyisihkan blog ni. Sejak di saat2 akhir menunggu kelahiran si kecil sehinggalah si kecil sekarang dah pun berusia 16 hari. Banyak nak dikongsi tapi masa kurang mengizinkan. Bukan sebab masa 24 jam menjadi 12 jam, tapi sebab masih sibuk mengadjustkan diri dengan status baru sekarang ni. Mesti new mommies yang kat luar sana pun sama. Rasanyalah...


2minggu dah berlalu tapi saya masih tiada kesempatan untuk berkongsi berita gembira di sini. Syukur alhamdulillah, buah hati yang dikandung selama 9 bulan sebelum ni selamat dilahirkan. Puteri sulung saya dan en. Abg, Nur Airis Afrina binti Nor Azam selamat dilahirkan pada hari Jumaat, 28 Oktober 2011 bersamaan 1 Zulhijjah 1432H dengan berat 3.85kg. Sehari lewat dari EDD yang dijangkakan.


Sehingga itu sahaja. Ini pun terpaksa dibuat secara curi2 ketika Airis sedang lena beradu. Dan ini saya kongsikan gambar Airis yang pertama kali diambil oleh ayahnya sejurus dibersih, diazan dan diiqamatkan.



Si bam-bam ummi dan ayah ^_^