Salam
Hari ni masuk 31 hari saya berpantang. Maknanya tinggal 13 hari je lagi. Yahoooo!!!! ^_^
Bukanlah tak seronok berpantang ni. Bagi saya, berpantang ni sama je macam keadaan biasa tapi terkawal dalam beberapa keadaan. Tak boleh keluar rumah, berbengkung, jaga pemakanan etc. Bukanlah susah sangat nak buatkan. Macam saya, sedar tak sedar 31 hari telah berlalu dengan pantas begitu sahaja.
Saya masih lagi berpantang di rumah mertua. Dan akan teruskan tempoh berpantang di sini sehingga selesai. Sehingga genap hari ke-44, dan juga sehingga Airis dibotakkan pada hari yang sama =)
InsyaAllah cukur jambul dan aqiqah Airis akan diadakan 2 minggu lagi. Perancangan dibuat secara spontan. Lagi cepat lagi bagus. Semua persiapan saya serahkan sepenuhnya kepada en. Abg dan keluarga mertua. Buat yang simple2 je.
Airis sekarang sudah bertambah bulat. Tiap kali ayahnya pulang menjenguk di hujung minggu, semakin tembam katanya. Airis banyak minum susu ummilah ayah. Memanglah sihat =)
Ramai yang datang menjenguk Airis. Antara statement wajib kedengaran tiap kali memandang Airis, " Lebatnya rambut dia" dan "Macam budak besar la". hehehe. Yup, saya akui Airis tidak kelihatan seperti bayi yang berusia sebulan. Mungkin disebabkan saiz badannya dan juga caranya memandang orang yang melawat seolah2 sudah mengenal dunia.
Rambut Airis jugak agak lebat dengan warna hitam pekat. Patutlah masa dihujung tempoh hamil dulu, rasa nak terkucil tu sentiasa ada. Ini sebabnya, rambut si anak. hehe. Buat masa ni, tak dapat dipastikan berapa berat terkini Airis dan akan tau Selasa nanti bila Airis diberikan suntikan Hepatitis B.
Ramai yang meneka-neka seiras siapakah Airis. Ayah ke, ummi ke. Ada yang kata iras ayah, ada yang kata iras keluarga belah KL. Tapi ummi rasa wajah Airis persis Mak Lang la. Jauh tersasar. hehe
Presenting pic terlatest my bam-bam Airis yang tak suka dibedung =)
ida berpantang umah mertua ker..? knp x dirumah parents sendiri..tapi berpantang kat mana2 pun sama jugak kan..
ReplyDeletemak saya tak sihat, saya pantang kat johor. aha, maan2pun sama kak =)
ReplyDelete