04 July 2016

29 Ramadhan 1437H

As salam dan hai =)

Update ringkas dari puan punya blog di petang hari terakhir sebelum mulanya cuti raya =D

Tahun ni kami beraya di Johor dulu. Kali ni pusing beraya akan bawa handbag baru yang first time nak pergi kutip duit raya. Tahun lepas tak kira lagi sebab masa tu Auni dalam hari. Saya pun duk memerap berpantang kat KL je. Mudah2an Auni tak meragam dan enjoy setiap masa ye ^_^

Mudah2an perjalanan balik ke kampung berjalan lancar dan kami selamat sampai. Sebelum tu,puan punya belog kasi ucapan raya sikitlah ye =)

Selamat Hari Raya buat sahabat2 saya semua. Pandu cermat jiwa selamat (copy paste ayat iklan tv).
Semoga tidak lupa daratan menjamah pelbagai juadah raya yang sedap tu (yang ini reminder utk diri sahaja) =p

Gambar raya kena tunggu raya nantilah kan. Takpe kita selit gambar pra raya dulu =)




p/s : Balik ni pulun sambung kemas bag. Jangan ada yang tertinggal sudah. Haru!