30 October 2010

Warna Warni Ceria!

Salam

Yeah! Layout telah berubah!

Dari yang sesimple ke yang seheavy mungkin.

Hopefully xde yang sakit mata or jiwa ^_^

Warna warni buat saya rasa ceria n semangat nak update blog. iyelah tu =p

Btw, im officially a tupperware's dealer now. haha

Tak penah teringin or terfikir pun. Just nak tolong sedara mara je.

Tapi y not sambil menyelam, sambil minum air kan?

So, roger2 ya??? :)

p/s : Kelantan vs. N9. Sape lagi handal?

26 October 2010

Nyum Nyum Kenny Rogers

Salam =)

Kali ni Jalan2 Makan Kenny Rogers lak. Memang rezeki tol bila kena tempias orang berduit ni. Thanx ye Anan cuz dengan baik hati membelanja kitorang ni. Kenyang betol rasanya =)

Set biasa kalau masuk Kenny, mestilah Black Pepper Quarter Meal tu. Side dishes wajib Coleslaw, Aromatic Rice and Mashed Potato & Gravy. Muffin lak mestilah Vanilla flavour.



Pilih set yang sama. Senang, tak payah pening2 kepala fikir nak makan apa. Ikutkan je tuan yang nak belanja. Ini pun da melebihi cukup. Cukup utk buat senak perut =p



Patotnya lepas makan2 tu, kitorang nak tengok wayang. Citer Jangan Pandang Belakang Congkak 2. Tapi disebabkan kesilapan teknikal, hajat nak tengok wayang tu tak kesampaian. So utk isi masa yang terluang tu, kitorang round2 la Wangsa Walk tu. Btw, ni 1st time saya sampai Wangsa Walk. Jadi, nak le pusing2 skit tengok apa yang ada kat tempat ni.

Bila da penat meng'explore' Wangsa Walk tu, roger2 la bebudak ni nak tau dorang port kat mana. Rupa2nya dorang tengah melepak kat kedai bawah ni.. Cet!!! Semua nampak menarik, tertarik dan menggoda hati. Tapi sayangnya, ongkosku bukan untukmu sayang =p



I heart U sooooooo much. Kalau saya kaya, nescaya kamu yang saya cari walaupun di pajak gadai ntah apek mana. Tapi saya tak kaya, jadi saya tak terjah la pajak2 gadai tuh. Tapi kot2 durian jatuh bertimpa2, sapa tau kan? ^_^



p/s : Next year will b my turn plak. Sabar eh =p

Tukang Support

Salam =)

Dalam operasi menyingkirkan lemak2 degil

2 days without heavy lunch

6kgs to lose

Harap2 mampu bertahan

en. Abg, thanx 4 da advice n always being so supportive. Sayang kamu. Muah muah muah!!! =)

25 October 2010

Makan-Makan @ Port Klang

Salam

Ahad lepas sangat berterima kasih dengan mak. Sebab mak belanja kitorang makan kat Port Klang ^_^

Patutnya kitorang la belanja, tapi ni terbalik plak. Takpelah, kalau bab rezeki jangan menolak. Harus berterima kasih n jangan membazir makan =)

Sampai di Port Klang pun sudah hampir Maghrib. Jadi lepas Maghrib baru betol2 makan. Tapi service di Tanjung Harapan tu sungguh low class la. Sama jugak dengan kualiti kesedapan makanan. Tidak seperti dulu, jadi buatkan saya sedikit frust. Rasanya kitorang harus melupakan tempat tu seketika.

Before makan. Selepas menanggung pening di dalam kereta. Dan selepas memuntahkan segala isi perut, now boleh makan dengan banyak dan aman



Muka baru bangun tido. Ai Waiz, sudah kenyang dengan susu ibu pun masih masham ke..





Sementara nak dapat makanan yang lama giler tu, masa kitorang terisi dengan ragam si kecil ni. TQ Waiz, kerana meng'indah'kan momen2 kami =)



Lepas tu mari main2 dengan Mak Ngah pulak. Abis celaru tudung dibuatnya. Budak ni da pandai menarik2, semua nak disua dalam mulut. huhu



Apesal bulat sangat mata tu?



Happy family...



Nenek n Waiz saling menjeling =p



Lepas pulang dari Port Klang tu, terus check in Hotel Kinrara satu malam. Penat gile, kul 10 malam masing2 da belayar. Kalau adapun yang berjaga sapa lagi, si ibu Waiz la. Bukan main lagi si Waiz ni terkekek2 ketawa buat muka cute. Lastly, pukul 12 baru dua2 pejam mata...

Esoknya... Before nak check out tu... Main2 ngan budak ni dulu sampai puas. Pukul 5.30 terus check out. Eh macammana ni, da over limit la =p

Haha...Jap senyum, jap masam.. Nakal ya kamu =)



p/s : Baru sehari, da rindu kat dia. harap2 dapat jumpa weekend ni. Love u sweetheart =)

21 October 2010

KebesaranMu

Kau tempatku mengadu hati
Memberi segala hidup
Dunia dan seisinya milikMu
MencintaiMu sejati

Ku manusia yang penuh dosa
Berharap ampunanMu
Lihat di langit kesempurnaan hadirMu
Kau cinta pertama dalam hidup

Allahu Akbar Maha Besar
MemujaMu begitu indah
Selalu Kau berikan semua
KebesaranMu Tuhan

Semalam Dan Hari Ini

When I am down and my soul so weary
When troubles come and my heart burdened be
Then I am still and wait here in the silence
Until you come and sit awhile with me

You raise me up so I can stand on mountains
You raise me up to walk on stormy seas
I am strong when I am on your shoulders
You raise me up to more than I can be

SPECIAL DEDICATED TO OUR LOVELY "MAK". HEPY BESDAY MAK. WE LOVE U SOOOOOOOO MUCH!!!






HEPY 4 MONTHS OLD WAIZ!



















p/s : Semoga dilimpahkan rezeki dan kebahagiaan kepada orang2 kesayangan saya ni =)

20 October 2010

Boleh Saya Mengurat Awak?

Salam

Sedang menggodek2 pc, sekilas saya terpandang gambar2 ni. Gambar yang saya copy paste dari fb seorang kawan *curik ke tu? =p*

Melihat gambar2 di bawah ni, buat saya tersenyum.







Masa en. Abg muda mudi dahulu. Masa dia baru mula nak mengayat saya. Masa saya malu2 kucing nak termakan ayat2 manis dia =p

p/s : Sekarang, izinkan saya mengurat kamu pulak ye syg? =p

18 October 2010

Mari Ilangkan Stress!!! - Part 1

Salam

Last week saya dengan baik hatinya mengofferkan diri utk attend kursus kat Ulu Bernam. Disebabkan tahun ni xpenah lagi dioffer utk sebarang kursus *maybe sbb aku ni dah efisien sgt kot. haha", jadi saya serah la diri utk hadir kursus ni. Biarlah pun Kursus Pengurusan Tekanan, yang penting ada jugak nak masuk SKT. Ala, korang tau jela kalau da orang gomen ni, kursus ngan kitorang ni memang xboleh dipisahkan.

Kursus ini sempoi gile. Sebab apa saya kata sempoi? Sebab sepanjang kursus kitorang boleh pakai kasual je. Tak payah nak berskima bagai. Apa lagi, saya packing track suit jela. Kalau ada blouse pun, yang duk sarung kat badan masa nak gerak pi sana tu. Yang lainnye T-shirt semata, senang nak gerak sana sini.

Kalau ikut tentatif, patutnya gerak kul 8.30 pagi. Tapi tau jela, janji 1Malaysia ni jarang yang on time. So tunggu punya tunggu nak dekat pukul 9.30 baru gerak. Tak jauh mana pun, nun dekat ngan UPSI tu je. Satu jam perjalanan da sampai. Masa mula2 sampai tu, lama jugak bas kitorang tu stop tepi main road. Ingatkan ada hal apalah yang tak boleh masuk. Rupa2nya kena naik trak da kalau nak masuk dalam sebab bas memang tak muat nak masuk. So kitorang ditransfer la kepada pengangkutan yang lebih sesuai..

Sambil2 citer tu kite selang2 dgn gambar eh. Takdelah bosan sgt kalau korang baca citer saya ni *kot la ada orang baca =p*

Ni gambar ceria ni pagi hari bersama Cik Hanan. Kata pun nak pi Kursus Stress kan, so kite kena hepy2 dulu. Kalau x, kursus tu tak berkesan =p



Tunggu VVIP datang. Awal2 lagi saya n Hanan dah sumbat beg kitorang. Tengok muka dorang2 ni xdelah stress mana pun kan. Dah kata pun offer diri kan...



Agak terkejut bila tau kitorang kena sumbat dalam trak ni. 16 orang *size plak macam2* plak tu. Tapi bila adjust sana sini, muat lah. Tapi yang tak best sebab saya kena duduk atas bahagian enjin. Korang boleh bayang x? Panas gile punggung haku ni, mau terbakar. huhuhu



Hilux depan tu utk budak laki plak. Lantak korang la nak adjust cmne =p



Masing2 buat muka tak puas hati. Relax la bro, perjalanan kite baru nak mula ni.. Susah2 dalu, senang2 kemudian. hehe



Perjalanan dari main road nak masuk ke dalam tak lama. Lebih kurang 10 minit/ 3km. Jalan memang kecik betol, muat2 satu kete je satu masa. Siap lalu jambatan yang agak usang lagi. Tapi semua tu saya tak amik kisah. Mana taknya, enjin tu panas gile wooo...Gelisah nak menahan dibuatnya T_T

Ni view Teratak Riverview side Selangor. Fyi, Teratak Riverview ni ada 2 side. Satu side Selangor, satu lagi side Perak. Yang menjadi border dua2 side ni yelah Sungai Bernam *rasanya betol nama sungai tuh*. Chalet kitorang kat belah Selangor, Surau lak kat belah Perak. So kalau nak tido, kitorang tido kat Selangor la. Kalau nak solat lak, solat kat belah Perak. Rasa macam hebat la plak =p



Before briefing... Sila lupakan HP anda, sebab kat sini memang xdapat line ye...



Lepas briefing tu, macam biasa la. Mesti kena ada Penghulu/Penghuluwati kan. But dis time kitorang guna Presiden/Timbalan Presiden. Ni lah calon2 presidennye...And the winner goes to Hisyam *pemalu benar dia ni*



Ni plak calon2 Timb. Presiden. Eh, Cik Hanan la. I vote 4 U tau yang tapi Kak Teh yang menang. Tak kisah la kan =)



Lepas da pilih2 Presiden/Timb Presiden tu, En. Hakim lak bagi briefing. Dia ni owner Teratak Riverview cum yang handle aktiviti2 outdoor kitorang. Orang dia sangat sempoi n kelakar. Plak tu kelakar dia memang selamba badak je. Tak kering gusi dibuatnya...



Lepas da briefing tu apalagi, melantak la. Masing2 da lapar, lauk ayam masak kari dia plak phewwwww sedap gile. Ha, satu lagi yang saya suka tempat ni dia punya masakan semua sedap2, ada rasa. Tak macam seseparuh tempat tu. Masak ala kadar je, rasa tawar semacam. Yang balik2 umah food poisoning terus pun ada *aku lah tu mangsanya*. Bak kata orang macam mak2 kite yang masak. Tibe2 rindu kat emak plak. Adoila...huhu

Lepas da bis makan terus check in hotel. Cewah!!!Setiap bilik kongsi 4 orang. Budak bilik saya Kak Suria, Kak Wan and Aini. Masing2 da kenal, so ok je la. tapi kalau tak kenal pun, inilah masanya nak kenal2 kan. Ok, ni lak view dari beranda bilik kitorang. Konsep ala2 rumah panjang gitu. Ingatkan boleh la santai2 amik angin kat luar tu tapi tak boleh plak sebab bilik ujung tu bilik geng laki. Sob2....



Jambatan keramat.. Tiap kali nak solat, kitorang kena rentas dulu jambatan ini. Tambah scarry bila En. Hakim kata jambatan ni tak boleh naik ramai2 sekaligus. Paling ramai pun 10 orang. Kalau gatai2 duk melompat2 atas jamtaban tu ramai2, sendiri tanggung la akibatnya. Mintak simpang la.. Saya baru je kawen. hahaha. Act, jambatan ni border antara Selangor n Perak. Time petang or malam rasa beralun betol jambatan ni, seriau dibuatnya..



Berjaya merentasi dengan jayanya =p



Petang tu lepas Solat Zuhur berjemaah, ada ice breaking. Masa mula2 tu kitorang kena introduce diri n wat satu trademark. Bukan setakat tu je tau. Bila kite da intro diri n wat trademark tu, kite kena ingat n tiru lik trademark orang b4 kite tu. Untung la Kak Ya sebab dia orang 1st, setle trus. Time ni la ketawa terbahak-bahak sebab tengok budak laki tiru trademark kitorang. Pakai bantai je, tah apa2 disebutnya. hehe

Abis je ice breaking n solat Asar, masing2 meluru nak berendam dalam sungai. Best gile. Sungai sangat bersih, air sangat sejuk. Tapi saya xmandi beriyelah. Malas nak kecah2...




Bukan main seronok lagi hangpa ha... Hati2 yang oi kamera tu... Port budak laki hujung sana nun, jauh dari kitorang... Harap2 depa xbuang la apa yang tak patot =p





Hokay, cukup n3 bergambar. Lepas ni cerita panjang berjela pulak ye tapi saya buat n3 lain cuz rasa da sesak nafas bercerita ni. Kisah seterusnya amat menggelikan utk dibayangkan. Sekian.

16 October 2010

Jom Makan Pizza!!!

Salam

Kat opis saya ni sekarang musim orang dapat durian runtuh. Ke sana ke mari masing2 sibuk merencana apa yang nak dibuat dgn durian runtuh tu. Ada yang nak beli kereta baru, ada yang nak renovate rumah, ada yang nak shoping, ada yang nak beli barang kemas etc... Tak kecuali ada yang nak wat modal kawen =p

Depa yang dalam proses dapat durian runtuh tu lak duk sibuk kire2 matematik. Gamaknya berapa la yang dapat lepas kena tolak itu ini. Seronok sakan tengok depa ni senyum sampai ke telinga. Sabar eh, tahun depan saya lak dapat. Walaupun xsehebat dan xsekencang mereka ni. Tapi alhamdulillah..Tu semua rezeki. Ha...yang dapat durian runtuh tu ingat2 le skit ye.. Jangan sakan sgt belanja, perjalanan hidup kite masih panjang. Tapi kalau takat nak belanja saya tu boleh la. hehe

Yang untungnya kitorang yang xdapat durian runtuh ni lagi. Contohnya saya la yang dikelilingi member yang berduit seketika ni. Murah rezeki bila semalam Kak Izan belanja makan Pizza. Seronok betol. TQ ye kakakku sayang.. Pastu Hanan lak nak belanja next week. Geng, kita nak bantai apa ye..Kena gempak2 skit.. KFC xmau ye.. Kalau Kenny Rogers ke Nando's ke hokey lagi. Be prepared ye Cik Anan =p

Lepas da makan sempat le round2 The Mall tu skit.. Masuk la kedai ni.. Bling2 mataku sana sini berkilatnya.. Mahal tul harga emas sekarang da jadi RM151. Alhamdulillah i da kawen awal, kalau x masak jugak la en. Abg. hehe.. Beli emas ni xrugi pun.. Kot la susah or terdesak sgt akan datang boleh la guna sebagai ganti. Naluri perempuan i ni kuat tol, teruja betol tengok benda kilau yang satu ni...


Tak puas ati je Kak Izan tengok kitorang =p



Tengok! OKB2 tengah sakan menelek barang. Amboi, si Piza pun sama je. Ko pun nak beli jugak ke =p



Kata orang mengumpul duit ni makan masa bertahun-tahun. Tapi nak peghabihnya bukan main kejap je. So kawan2 ku yang dikasihi... Tak salah berbelanja tetapi kena beringat. Takut yang indah tu seketika je. Ingat tau... =)

p/s : Sibuk calculate durian runtuh sendiri. hehe

Besday Adikku

Salam

Hepy Belated Besday Ayoy!

Umor?

Disebabkan masih muda belia lagi, maka akan didedahkan =p

Anak manja mak ayah sudah besar la. Dah 20 tahun pun.

Da besar ni, celebrate pun xdelah macam dulu ye. B4 tu mintak maap la bebanyak cuz angah wish lambat. Bukan sebab lupa. Tapi keadaan di pelosok dunia kat Ulu Bernam tu yang tak membenarkan. Sory eh...

Apa pun..Semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezki n success selalu. Belajar rajin2 tau. So trima lah kek yang ringkas bangat ni dari angah. Langsung xde wording pun, tuan punya badan yang pilih. Xkisah la seringkas mana, yang pentingnya niatkan. Ikhlas dari angah utk Ayoy. I love u darl!



p/s : 20hb ti besday mak la.. Eh, Piza pun sama.. Lets celebrate! =)