27 December 2012

Felinna Inch Loss Lotion

Salam

Sekarang ni kat fb tengah hot pasal Felinna Inch Loss Lotion. Kalau yang dah tahu tu, maybe kamu dalam golongan nak kuruskan badan macam saya. Tapi yang belum tahu tu, sila google sekarang. Kalau tak rugi woo!! hehe

Felinna Inch Loss Lotion... i pun dah ada u ^_^

Saja borak2 dengan Kak Mai, biras saya. Rupa2nya Kak Mai pun baru cuba produk tu. Disebabkan dia beli 2 botol, satu botol diberikan secara percuma pada saya. Tq Kak Mai =)  

Siap ada pita ukur sekali
Disebabkan dah ada Felinna ni, saya pun goggle la info pasal lotion ni. Selain boleh gunakan pada badan, boleh juga gunakan pada dagu untuk dapatkan dagu yang runcing. Wah! Lepas ni runcing balik la dagu i. hahaha. Sememangnya dari azali dagu saya tak pernah runcing sebab jenisnya saya ni muka memang ada double chin. Tapi kalau dapat kurangkan sikit, kira ok la kan. Bila tangkap gambar separuh badan, nampak la slim sikit. hehe

Dinasihatkan ukur dulu bahagian yang hendak dikempiskan sebelum guna lotion ni. Bukan apa, senang untuk buat perbandingan. Semalam dah selamat saya ukur. Tapi ukurannya biarlah rahsia kan, takkan nak dedah aib sendiri =p

So Kak Mai, jom kita sama2 amalkan lotion ni dan tengok kesannya. Kalau berkesan, kita order lagi ^_^


p/s : Kak Mai kata saya makin slim. Wahai cermin sakti, apa kata kamu? 

Perlukan Mood Baru

Bosan dengan layout sekarang.

Rasa mahu tukarlah 

Sekian.

20 December 2012

Busana 19 Januari 2013

Salam

Untuk majlis pernikahan adik, pada mulanya saya bercadang untuk pakaikan Airis dress sahaja. Tapi tiba2 saya tukar fikiran. Rasanya lebih manis pakaikan Airis baju kurung. Lebih sweet =)

Jadi Ahad lepas kami ke Jakel Jalan TAR untuk mencari kain baju melayu en. Abg dan juga kain cotton untuk dijadikan baju kurung Airis. Tapi kami tak jumpa kain yang sesuai untuk en. Abg, hanya jumpa yang sesuai untuk Airis.

Ummi dan ayah Airis pakai baju lama je. Baju lama tapi penuh kenangan =)

Cuff baju ummi - sampin songket ayah - kain cotton Airis. Busana kami di hari pernikahan adik. Tema kuning + coklat. Macam pernah tengok je cuff baju dan samping songket tu kan? 



Macam sama je dengan gambar kat bawah ni...? =p



Saya dan en. Abg pun nak feeling2 pengantin baru. Tak salah kan ^_^


Idea nak pakai baju ni timbul dua minggu sudah. Tiap kali buka almari, mesti nampak baju ni. So saya fikir daripada terbiar je dalam gerobok, baik saya try pakai. Kot2 muat lagi ke. Yelah, last kali try masa baru habis berpantang. Time tu memang muat la, sebab badan agak slim. Ni dah berapa bulan berlalu, entah muat atau tidak lagi.

Proses menyarung baju berjalan dengan lancar. Tiada sekatan di sana sini untuk menyarung baju. Tapi takdelah baju ni longgar macam dulu, waktu hari diakad nikahkan. Mana mungkin nak samakan badan anak dara dengan badan yang dah ada anak dara ni. hehe

Tunjuk kat en. Abg untuk minta kelulusan. en. Abg bagi green light =)

Perlu sedikit lagi diet. Bertahanlah kamu wahai nafsu sehingga adik selamat diijab kabul ^_^


p/s : Akad nikah di masjid yang sama

19 December 2012

3 Majlis Renjis Renjis Di Pilis

Salam

Baru2 ni saya dan en. Abg berkesempatan menghadiri 3 majlis perkahwinan. Majlis pertama pada malam 9 Dis, di Dewan Merak Kayangan. Pengantin perempuan bestfriend saya ketika bekerja sambilan di JKM dahulu. Hampir 5 tahun tak bertemu, akhirnya bertemu di hari bahagia beliau. Congrates yang =)

Sementara tunggu ketibaan pengantin. Masa ni, Airis kurang sihat dan agak meragam. Mulanya saya tak yakin untuk hadir pada majlis ni memandangkan majlis diadakan dengan cara makan serentak. Risau Airis akan meragam semasa majlis berjalan. Tapi alhamdulillah Airis beri laluan kepada saya untuk enjoy the moment. Thanks sayang ummi =)



Doorgift untuk tetamu



Kumpulan Bale-Bale yang dijemput khas untuk menghiburkan tetamu sepanjang majlis. Sebelum ni, kakak pengantin kahwin, still guna khidmat kumpulan Bale-Bale ni



Manja di riba ayah =)



Pengantin masuk ke dewan diiringi oleh kaum keluarga



Bertemu jodoh di tempat kerja. Sama cantik sama padan =)




Upacara merenjis oleh VIP dan juga kaum keluarga. 






Kami tak tunggu lama sebab kasihankan Airis yang perlukan rehat secukupnya. Sebelum majlis selesai, kami minta izin untuk mengundur diri. Sempat bertemu dan bergambar dengan pengantin. u look gorgeous dear =)



Jom kita balik



Majlis kedua pada 15 Dis di Dewan Masjid Shafie, Taman Maluri. Berdekatan dengan rumah family saya. Kali ni kami terima undangan dari ofismate en. Abg untuk memeriahkan majlis kahwin abangnya. Thanks Aishah sebab jemput kitorang =)

Pakcik2 yang mengetuai salawat ketika pengantin berarak masuk



Pengantin perempuan bersanding pakai spek. Tapi stil nampak cantik dan sweet dalam persalinan songket putih. Orang kalau dah cantik pakai apa pun cantik ye tak =)




Airis khusyuk tengok pengantin. Sebelumnya tu Airis junior ni sempat berjumpa Airis senior. haha. Airis senior tu anak bongsu bos en. Abg. Lahir tahun yang sama, Airis tu umurnya 1 tahun 7 bulan. Hari Airis bertemu Airis =)


Kudapan ringan yang disediakan. Kueh bakar tu sangat sedap sampai bertambah la saya. Nasi dan lauk pauk2 tu pun semuanya sedap tapi i segan nak menambah. hehe



Doorgift dari keluarga pengantin yang unik dan lain dari yang lain. Ringkas tapi sangat praktikal



Paper bag, gelas dan juga coklat. 



 Majlis terakhir pada 16 Dis bertempat di Felda Villa. Bestfriend JKM jemput menghadiri majlis perkahwinan abangnya.





Menu santapan



Kambing golek dan mashed potato dengan sos black pepper. Saya tak tahu rasa kambing tu sebab tak makan daging kambing tapi en. Abg kata sedap. Yang pasti mashed potato dan sos black pepper tu sangat sedap. Siap bertambah. hehe



Dari Felda Villa, kami ke Jakel Jalan TAR untuk mencari kain baju melayu en. Abg. Tapi sayangnya kain yang kami mahu tak cukup meter. Yang ada, saya tak berkenan warna sebab rasa macam lari jauh dari warna tema. Nampaknya tengahari Jumaat ni harus saya redah Jalan TAR tu sekali lagi.



Anak manja ayah yang tak mahu berlekang





Tapi tak balik dengan tangan kosong sebab jumpa kain untuk baju kurung Airis. Next post saya story tentang busana kami di majlis pernikahan adik. Chow! 

p/s : Menu di kenduri kahwin semuanya sedap2 belaka. Balik dengan kenyang perut =)

Undangan Pertama

Salam

Semalam petang saya menunggu en. Abg di rumah family seperti biasa. en. Abg balik lambat, sampai selepas Maghrib. Banyak kerja yang harus diselesaikan katanya memandangkan beliau nak bercuti panjang minggu depan. Sambil tu nak habiskan cuti yang berbaki lagi tu. Baki cuti en. Abg ada 7 hari, sikit punya banyak. Saya pula tinggal lagi sehari. Tak boleh la nak join sekali bercuti. huhu

Sambil tu saya tengok barang2 adik. Semua dihimpunkan sekali baik cenderahati untuk tetamu di majlis nikah dan juga barangan tupperware. Oh ye, adik saya tengah gigih mengumpul koleksi tupperware. Serba serbi tupperware. Tak macam kakak dia ni, tupperware dan tipuware bercampur aduk. hehe

Orang tak sabar nak ada rumah sendiri begitulah... Saya dulu pun begitu. Semangat mengumpul itu ini untuk dijadikan koleksi. At least bila nak guna, dah ada.. 

Kat hall saya tengok dua ikat kad jemputan yang telah siap ditulis nama tetamu, tunggu masa untuk diedarkan. Lepas ni, gigih la emak dan ayah saya ke sana ke mari mengedarkan kad jemputan =)

 Kad pertama untuk kawan2 telah pun saya edarkan. Ini puan empunya badan yang bertuah menjadi penerima pertama undangan. Selebihnya selepas ini akan saya edarkan perlahan-lahan =)




Dia sudah makin slim ^_^




Sempat lunch di Giant Batu Caves. Pekena chicken chop yang tersangat marvellous ni. Kalau dekat dengan rumah saya ni, harus paling kurang sekali sebulan saya pekena. hehe. Tq kak, langkah kanan saya ^_^



Close up sikit *terliur sambil tengok gambar ni*



Kudap kudapan kesihatan =)



Tak dapat bawa en. Abg, bawa beg ni pun jadilah. Dekat di hati. hahaha



Sempat beli buah tangan untuk Najwa. Kasi semangat nak naik sekolah. Hope Najwa suka =)




p/s : Jemput datang ye kak =)


18 December 2012

Kembali Pulih

Salam

Alhamdulillah kesihatan saya kembali pulih sepenuhnya. Tiada lagi demam, batuk mahupun selsema. Airis juga semakin sihat, hanya selsema yang agak bersisa. 

Produktiviti susu juga kembali normal. Alhamdulillah =)

Sebelum ni, masa saya kurang sihat, saya perasan produktiviti susu agak merudum. Bukan sikit, tapi agak banyak merudumnya. Pernah sampai tahap 30 minit mengepam, hanya 3oz yang diperoleh. Saya hanya bawa pulang 7oz je hari tu. Bayangkan la. Memang rasa down..

Untuk tiga empat hari saya masih cool. Hati masih lagi positif. Mungkin disebabkan keadaan diri yang kurang sihat mempengaruhi produktiviti susu. Terus sedapkan hati walaupun sebelum ni keadaan macam ni tak pernah terjadi. Walau macam mana saya tak sihat pun, produktiviti susu masih tak terjejas.

Tengok kalendar, sebulan lebih telah berlalu tanpa dikunjungi sahabat baik. Mungkinkah Airis nak dapat adik? Sebab kurangnya pengeluaran susu antara tanda2 terkena penyakit buatan orang. hehe

Dalam hati dah berkira2, kalau keadaan ni berlanjutan untuk masa panjang, masalah jugak. Airis baru nak masuk 1 tahun 2 bulan. Ada lagi 10 bulan sebelum Airis genap 2 tahun. Maknanya dalam 10 bulan tu lah, saya ada misi yang harus dijayakan. Teruskan pumping untuk bekalkan susu ibu buat Airis. 

Setakat ni alhamdulillah, saya mampu lagi memenuhi keperluan susu Airis. Dan juga mampu untuk membuat stok walaupun tidak sebanyak mana. Sebaliknya berlaku lambakan susu disebabkan demand susu Airis tidak sebanyak supply yang sediakan. Sehingga saya kekurangan tempat untuk menyimpan stok susu beku. Kata orang, biasalah anak perempuan... Tidak banyak menyusu.

Tapi, kalau setiap hari saya ambil stok susu tanpa menambah yang baru, sampai bila boleh bertahan. Nak taknak saya kena usahakan sesuatu juga untuk menormalkan kembali pengeluaran susu saya ni. Dan juga untuk menaikkan kembali semangat saya untuk menyusukan Airis sehingga dia genap 2 tahun. InsyaAllah...

Saya pernah terbaca artikel tentang power pumping. Hajat di hati nak juga buat tapi tercari-cari masa yang sesuai. Di ofis, saya rasa kurang sesuai. Di rumah pula, saya tak rasa saya boleh buat power pumping dengan tenang. Sebab ada si kecil yang sama2 sibuk nak ambil tahu. Mungkin juga saya tak kuat semangat dan sengaja cari alasan untuk tidak buat power pumping ^_^

Atau pun saya boleh menggunakan kaedah tandem nursing. Sebelah Airis, sebelah lagi breast pump. Itu pun kalau Airis boleh menyusu dengan tenang tanpa ada rasa ingin tahu dengan aktiviti yang sedang saya lakukan. Peratusan tandem nursing berjalan dengan lancar adalah sangat rendah. Sekali lagi cuma alasan saya =p

Tapi... semalam dan hari ni saya lihat produktiviti susu saya sudah kembali normal. Sudah memberikan hasil seperti sebelum ni. Tidaklah saya membawa pulang botol kosong lagi. 4 botol kosong yang dibawa pagi sudah berisi kesemuanya bersedia untuk di bawa pulang. Alhamdulillah, masih panjang rezeki kami berdua =)

p/s : Mudah2an berkekalan hendaknya. Amin.

Talking Tom Cat

Salam

Tengah jenguk fb tadi, saya ternampak ada satu fb user jual Talking Tom Cat ni.. Erm... menarik jugak kan.. Biasa dalam hp je, kali ni real punya. Rasa macam nak beli untuk Airis jelah. Boleh bayangkan dia buat muka terkejut bila dengar Talking Tom Cat ni membebel ajuk suara dia. hehe

Tapi kan... Teragak2 jugak reaksi Airis nanti. Samada dia suka ataupun takut bila dengar benda alah ni berbunyi. Nak2 lagi suara Talking Tom Cat ni kan nyaring. Silap2 terkejut dia. huhu

Sebelum ni ada Pak Long Azmi dia beli kan toys itik yang ada lagu. Saya pun ada belikan helikopter yang sama fungsinya. Reaksi Airis pertama kali bila saya mainkan lagu kedua2 mainan tu? Terkejut dan menangis ok! Serius lawak. Tak sangka pulak anak dara saya tu takut dengan benda2 yang sebegini.

Saya sangka Airis pastilah happy bila dengar muzik dari toys tu. Sebab Airis suka goyangkan badan bila dengar apa2 lagu. Tapi sangkaan meleset. Dia takut pulak. haha

Tapi sekarang dah ok sikit. Dia dah boleh terima lagu yang keluar dari toys tu. Siap goyang2 badan dan tepuk tangan lagi dengan syarat benda tu kena duduk statik je, jangan bergerak ke mana. Jadi saya mainkan jelah benda tu atas toto, sebab kalau mainkan atas lantai memang bergerak ke sana ke marilah...

Agak2 Talking Tom Cat ni buat Airis terkejut tak ?



p/s : Mana boleh cari gown warna baby blue untuk Airis....

17 December 2012

Aktiviti Malam Ahad

Salam

Aktiviti dilakukan ketika puteri kecil sedang lena beradu di malam hari. Mungkin akan siap dalam masa terdekat, mungkin juga tidak. Kalau puteri kecil beri laluan, makan takkan memakan masa yang lama untuk saya siapkan. Apa2 pun kita tunggu hasilnya nanti ye =)



p/s : Hasil amatur =)

12 December 2012

Kembali Ke Padang Pasir

Salam

Semalam dalam kereta otw balik ke rumah, en. Abg maklumkan sesuatu. 

Saya pun pasang telinga. Lain macam je...? Biasanya en. Abg kalau hal2 berkaitan kerja yang melibatkan beliau, beliau akan kongsikan bersama saya. Jadi kalau pasal projek ni pun diceritakan pada saya, maknanya tak sebanyak sedikit mesti ada kaitan dengan beliau. Dan mungkin juga ada kaitan dengan saya.

Katanya company beliau dapat projek baru di Doha. Nun di Qatar, negara padang pasir sana..

Company en. Abg dapat projek di sana, apa kaitannya dengan beliau. Ye tak? Eh, mula2 memang nampak macam takde kaitan. Tapi bila fikir2 balik macam ada kaitan.

Yelah... Dulu sebelum en. Abg bekerja di AD, en. Abg ditempatkan di Qatar terlebih dahulu. Tak berapa lama lepas tu, baru ditempatkan di AD. 

Pendek katanya, negara2 padang pasir tu dengan en. Abg sudah sinonim. Macam rumah kedua gitu. hehe

Kembali ke perbualan kami suami isteri.

".............u kena tolong i zam" 

Ok, bos sudah minta tolong.. Mari dengar apa respond en. Abg

"Takat seminggu boleh la. Kalau lama2 saya surrender"

Kesimpulannya, word tolong di atas adalah bermaksud tolong handle HR untuk projek baru yang letaknya di Doha. Word surrender pula menjelaskan yang en. Abg tidak mahu ke sana lagi. Yey! ^_^

Tapi itu kata en.Abg. Tapi kalau keadaan sebaliknya yang berlaku macam mana. No excuse.Tiada pilihan diberi.

Kalau macam tu.... Kalau en. Abg kembali ke negara padang pasir...Err....saya nak ikut boleh? Saya rela berkorban keselesaan yang ada sekarang ni. Keselesaan berada di bumi sendiri. Asalkan bersama suami terchinta. Ceh! Feeling gitu =p

Tapi kalau tak ditakdirkan saya ikut en. Abg, haruslah saya tuju lagu ni pada en. Abg =)

SAYANG - SHAE

Sayang apa khabar denganmu
Di sini ku merindukan kamu
Ku harap cintamu takkan berubah
Kerna di sini ku tetap untukmu

Sayang apa khabar denganmu
Cubalah kamu telepon diriku
Ku rindu dengar suara indahmu
Kerna dirimulah semangat hidupku

Sayang dengarlah permintaanku
Jangan ragukan cintaku
Sayang percayalah apa kataku
Kerna ku sayang kamu

Jangan ragukan cintaku
Percaya sayangku
Jaga hatimu untukku
Ke menyayangimu
Semangat hidupku
Ku tetap untukmu
Cintaku selalu milikmu


p/s : Baru ura2 saja. Harap2 tidak menjadi. Dari bertiga jadi berdua, macam pelik kedengaran. Lagi payah untuk diserasikan

11 December 2012

Bertemu Lagi Kita

Salam

Tadi berlaku satu kejadian yang buat saya tersenyum bila dikenangkan.

Kisahnya bila saya gunakan lif untuk turun ke tingkat 1 atas urusan kerja. Masa pintu lif dibuka, saya ternampak seorang lelaki dengan troli. Seorang pekerja catering. Sampai di tingkat 6, pintu lif terbuka dan seorang kakak cleaner masuk.

Dan kami turun di tingkat yang berlainan. Saya turun di tingkat 1 dan teruskan urusan sendiri.

Habis urusan, saya tunggu semula di bahagian lif untuk kembali ke tingkat 7. Elok lif berjalan, lif berhenti sekejap di tingkat 2. Pekerja catering tadi masuk sambil tersenyum ke arah saya. Mungkin senyuman kosong ataupun senyuman berisi sebab sebelumnya kami berjumpa dan berkongsi lif. Saya senyum kembali. 

Sampai di tingkat 3, seorang lagi masuk. Bila saya tengok siapa, eh! ni kakak cleaner tadi! Saya, dia dan staf catering tadi. Kembali berjumpa. Tersenyum panjang saya.

Tibe2 kakak cleaner tu cakap "Macam janjian ya kita. Kok ketemu lagi"

Kami bertiga tergelak. Mungkin fikiran kami berkongsi benda yang sama tapi kakak tu yang suarakan dulu.

Kalau dah jodoh ye kak =)

10 December 2012

Saya Mahu Chicken Chop

Salam

Pagi tadi ada meeting. Menu seperti biasa, 2 ketul kueh. Kalau suka, makan. Kalau tak suka, tolak tepi dan pandang sajalah.

Kadang2 nampak tak sedap, tapi bila makan sedap. Kadang2 nampak sedap, tapi bila makan rasanya tersangatlah tak best.

Eh, orang sudah bagi makan free, makan sajalah. Jangan nak banyak songeh eh =p

Tapi kan...

Saya pernah berborak dengan en. Abg pasal menu meeting yang disediakan..

"Lunch tadi abg makan apa?"

"Chicken Chop"

"Bestnya!!! Abg makan kat mana?"

"Meeting tengahari tadi.."

"Abg ni, orang tanya betul2 abg main2 pulak. huhu"

"Betul. Tengahari tadi abg meeting dorang bagi menu chicken chop"

"Hah! Nak jugak!!"

Chicken chop ok. Kalau beli sendiri, memanglah tak pernah nak kisah. Tapi provide masa meeting ye kawan2. Tak ke best tu...

Orang lain dah biasa kot.. Tapi untuk i yang keje biasa2, tempat yang biasa2 ni memang tak pernah disediakan menu2 macam tu. Paling hebat pun... tak payah cerita la ye.. hehe

Takpelah, kalau teringin pergilah makan kat sendiri kan ^_^


p/s : Bebudak opis tengah kenduri durian. Ambil bau sajalah. Hari2 melihat durian tersadai di rumah, sudah cukup sudah. 

07 December 2012

Airis Potong Kek

Salam

Dulu saya ada memasang niat untuk adakan sedikit doa selamat bila usia Airis memasuki setahun. Mulanya saya ingat mahu adakan kenduri di Kluang sahaja. Kebetulan pada tarikh Airis berusia setahun tu kami sekeluarga akan berada di kampung untuk menyambut Aidiladha.

Tapi atas sebab tertentu, kami tukar perancangan untuk tidak mengadakaan kenduri Airis di sana. Ada hikmah kami batalkan perancangan tu sebab nak dijadikan cerita ketika pulang ke Kluang untuk menyambut Aidiladha, Airis dilanda demam yang teruk. Bukan takat demam, batuk dan selsema sekali. Full package. hehe

Kasihan birthday girl masa tu. Memang tak bermaya langsung. Bayangkan Airis dengan keadaan macam tu nak potong kek. memang tak la kan...

Kebetulan sejak berpindah ke rumah baru ni, kakak dan BIL belum lagi buat kenduri masuk rumah. Bila dorang war2kan nak buat kenduri masuk rumah, saya sampaikan hajat nak tumpang sama. Alhamdulillah, tercapai jugak hajat saya nak buat doa selamat sempena umur Airis setahun ni. Walaupun pada masa tu umur Airis dah setahun sebulan. hehe

Sekali tarikh yang dipilih tu sama tarikh dengan family day company en. Abg. Mujur kenduri tu lepas Zuhur, jadi dapatlah kami pergi ke family day di sebelah paginya...


Otw nak ambil birthday cake Airis. 




Menu untuk hari tu. Nasi Lemak Kukus Ayam Pandan. Tambah sekali lauk rendang daging, sambal sotong, pajeri nenas, ubi rebus cicah kelapa+gula merah etc. Dan jugap roti jala yang diorder dari bs Airis.




Demi menghormati majlis, kami langsung tak pasang back drop ketika kenduri doa selamat dijalankan. Sambil tu siapkan dulu party pack. Memang masa datang tu, apa pun xsiap lagi. Saya bawak bulat2 macam tu dari Kinrara. Mujur ada 3 orang assistant yang pantas dan cekap ni. hehe. Tq adik2 dan hero kecil yang terlebih rajin tu ^_^




Must-have item, party hat



Airis 1st birthday cake. Order from Kak Zuhaida, owner chomelcupcakes . Masuk2 je rumah dia tengok kek ni terus jatuh cinta. Suka sangat. Sesuai dengan kehendak saya yang mahukan sesuatu yang simple tapi nice and sweet. Tq Kak Zu. Ramai yang tanya dari mana saya order. Nanti saya promote kedai akak ye =)

Tunggu apa lagi, jomla kita potong kek! ^_^



Reaksi Airis bila Mama Ina dudukkan dia depan kek tu.





Takmo duduk diam. Sebolehnya nak cabut cekak pink yang saya pakaikan tu. Sabar ajelah..Penat ummi beli untuk Airis tau. Pakailah lama2 sikit. Awakkan birthday girl =)

Sebenarnya masa beli benda alah tu, saya tahu Airis takkan pakai benda tu lama2. Paling tahan pun 2 3 minit. Tapi dah kata benda tu comel, untuk Airis pulak tu, haruslah saya belikan. Tak boleh tahan la. hehe



Bz benar ibu pengantin ni =p

 


Waiz muka tak sabar nak makan kek. Sejak dia tengok gambar kek Airis, sejak tu dia tak sabar nak makan kek. Baru tengok gambar tu. hehe




Sebelum tu, atok bacakan doa dulu. Terima kasih ye atok



Potong kek time! 





Birthday girl rasmikan kek



Antara tetamu yang datang



Mariam yang cumel. Nanti Mariam buat birthday bash, jemput2 la aunt ye =)


  




Mak pengantin pulak nak makan ye. Ke sana ke mari, lupa pulak nak makan



Kira oklah DIY prop i ni ye. Last mnt punya keje. hehe




Thanks Mama Ina sebab sudi datang. Cuti2 pun kena jaga Airis. hehe. 



Airis yang tak berlekang dari family ni. Alhamdulillah, mereka tak lokek kasih sayang pada Airis. 



Birthday girl yang comot. hehe



Agenda seterusnya, bukak hadiah from Mak Lang dan Mak Usu. Yey!




Siap ada kad lagi





Dia pun nak baca jugak..



Hadiah dari Mak Usu. Tq Mak Usu =)



Hadiah dari Mak Lang. Tq Mak Lang =)








Anak bs gigih pasangkan sticker dekat lori kecil Airis tu. Tq ye Nana =)

  


Airis is 1. Dah besar anak ummi. Dah boleh dapat adik da. hehe



Orang lain bising sana sini, atok tetap dengan hal dia sendiri. hehe. rehat la tok =D



Alhamdulillah semua berjalan lancar. Thanks to family saya sebab banyak membantu especially tuan rumah yang sudi kongsi majlis dengan kami. Next year kita buat tepi kolam nak? =D


p/s : masih berhutang hadiah birthday Airis. hehe