18 December 2012

Kembali Pulih

Salam

Alhamdulillah kesihatan saya kembali pulih sepenuhnya. Tiada lagi demam, batuk mahupun selsema. Airis juga semakin sihat, hanya selsema yang agak bersisa. 

Produktiviti susu juga kembali normal. Alhamdulillah =)

Sebelum ni, masa saya kurang sihat, saya perasan produktiviti susu agak merudum. Bukan sikit, tapi agak banyak merudumnya. Pernah sampai tahap 30 minit mengepam, hanya 3oz yang diperoleh. Saya hanya bawa pulang 7oz je hari tu. Bayangkan la. Memang rasa down..

Untuk tiga empat hari saya masih cool. Hati masih lagi positif. Mungkin disebabkan keadaan diri yang kurang sihat mempengaruhi produktiviti susu. Terus sedapkan hati walaupun sebelum ni keadaan macam ni tak pernah terjadi. Walau macam mana saya tak sihat pun, produktiviti susu masih tak terjejas.

Tengok kalendar, sebulan lebih telah berlalu tanpa dikunjungi sahabat baik. Mungkinkah Airis nak dapat adik? Sebab kurangnya pengeluaran susu antara tanda2 terkena penyakit buatan orang. hehe

Dalam hati dah berkira2, kalau keadaan ni berlanjutan untuk masa panjang, masalah jugak. Airis baru nak masuk 1 tahun 2 bulan. Ada lagi 10 bulan sebelum Airis genap 2 tahun. Maknanya dalam 10 bulan tu lah, saya ada misi yang harus dijayakan. Teruskan pumping untuk bekalkan susu ibu buat Airis. 

Setakat ni alhamdulillah, saya mampu lagi memenuhi keperluan susu Airis. Dan juga mampu untuk membuat stok walaupun tidak sebanyak mana. Sebaliknya berlaku lambakan susu disebabkan demand susu Airis tidak sebanyak supply yang sediakan. Sehingga saya kekurangan tempat untuk menyimpan stok susu beku. Kata orang, biasalah anak perempuan... Tidak banyak menyusu.

Tapi, kalau setiap hari saya ambil stok susu tanpa menambah yang baru, sampai bila boleh bertahan. Nak taknak saya kena usahakan sesuatu juga untuk menormalkan kembali pengeluaran susu saya ni. Dan juga untuk menaikkan kembali semangat saya untuk menyusukan Airis sehingga dia genap 2 tahun. InsyaAllah...

Saya pernah terbaca artikel tentang power pumping. Hajat di hati nak juga buat tapi tercari-cari masa yang sesuai. Di ofis, saya rasa kurang sesuai. Di rumah pula, saya tak rasa saya boleh buat power pumping dengan tenang. Sebab ada si kecil yang sama2 sibuk nak ambil tahu. Mungkin juga saya tak kuat semangat dan sengaja cari alasan untuk tidak buat power pumping ^_^

Atau pun saya boleh menggunakan kaedah tandem nursing. Sebelah Airis, sebelah lagi breast pump. Itu pun kalau Airis boleh menyusu dengan tenang tanpa ada rasa ingin tahu dengan aktiviti yang sedang saya lakukan. Peratusan tandem nursing berjalan dengan lancar adalah sangat rendah. Sekali lagi cuma alasan saya =p

Tapi... semalam dan hari ni saya lihat produktiviti susu saya sudah kembali normal. Sudah memberikan hasil seperti sebelum ni. Tidaklah saya membawa pulang botol kosong lagi. 4 botol kosong yang dibawa pagi sudah berisi kesemuanya bersedia untuk di bawa pulang. Alhamdulillah, masih panjang rezeki kami berdua =)

p/s : Mudah2an berkekalan hendaknya. Amin.

No comments:

Post a Comment