30 April 2010

Sakit Kepala + Sakit Gigi

Salam

Lately ni rasa sakit kepala+sakit gusi sbb gigi bongsu nak bertambah ketinggian =(

Sakit kepala ni menycuk-nyucuk sangat. Lagi2 bila berkampung kat opis ni 9 jam sehari, lagi la rasa mcm nak demam je. Tu yang bila sampai je umah trus landing atas katil n pejam mata. Sampai da missed Adamaya 2 episod =(

Mula2 saya risau gak sbb xpenah dapat sakit kepala yang macam ni. 2 hari kepala rasa mcm ditekan2 je, sepanjang hari lak tu melainkan masa saya zzZZzzz. Tapi bila bangun tido, sakit tu datang balik.

Rupa2nya baru saya tau *Izan bagitau, diconfirmkan en.Abg & Piza* yang sakit gusi/gigi ni akan effect ke kepala. No wonder saya saya rasa sakit sangat kepala cuz sakit gusi saya pun boleh tahan mengancamnya.huhu

Tapi tu kisah 2 hari yang sudah. Alhamdulillah pagi tadi sakit tu da berkurangan dan sekarang ni beransur2 ilang =)

p/s : Bila sakit kpala yang teramat ni da masuk 2hari, da mcm2 andaian negatif melayang2 kat kepala. Mungkin ini dugaan kecil sebesar kuman yang baru DIA layangkan kpd saya sbg ujian kehidupan...

Yang Beruntung

Salam.

Blog walking n terjumpa blog Ummi Anas. Ayat ni saya pinjam dari Ummi Anas =)

"Tak semestinya perjalanan hidup kita ni sentiasa manis dan bahagia. Kadang2 bila kita terlalu senang dlm menjalani kehidupan, kita akan mudah lupa dengan Allah. Jadi Allah datangkan pelbagai ujian kepada hamba2Nya yang beriman supaya kita sentiasa dekat dengan Allah. Sesungguhnya beruntunglah orang2 yang diuji oleh Allah kerana Allah sayangkan dia"



27 April 2010

Alhamdulillah

Salam

Alhamdulillah =)

Saya tidak menjangkakan ia akan datang secepat begini.

Permulaan yang baik utk yang lebih baik. InsyaAllah...

p/s : Jangan culas2 lagi =p

26 April 2010

Hikayat Si Itam

Salam =)

Bila agaknya mau menggunakan kamu ya si Itam? Saya sukakan kamu. Suka sangat. Lagi2 bila en.Abg yang berikan kamu pada saya *saya masih xperasan kehadiran kamu di saat2 gementar+cuak+nerves extravaganza tuh sampaila ada insan yang lebih prihatin memaklumkan pada saya*. Masa tu, saya rasa xsabar sangat7 nak gunakan kamu ke hulu ke hilir. Bajet sungguh best bila suami terchinta main sorok2 berikan kamu pada saya =p



Tapi, tah kenapa bila saya sudah godek2 isi dalaman kamu, saya rasa kurang berminat dgn kamu. Isi kamu sungguh tidak menarik pandangan mata, bukan seperti si N82 yang memberikan cinta pandang pertama di mata saya.



Sebab itulah, saya peram kamu buat seketika. Sekarang, saya mau bebaskan kamu dari gerobok gelap tu. Tunggu sehingga en.Abg pulang ye, u'll b free si Itam =)

24 April 2010

Pureen Warehouse Sale

Salam.

Aktiviti yang sungguh berfaedah hari ni : Ikut Along n Abg Shamin pi Pureen Warehouse Sale kat PJ =)

1st time pi Baby Warehouse Sale, mcm terkena culture shock plak. Tapi kalau tengok gambar2 kat bwh ni, memang patut pun. Smpai nak pegang bakul pun xtau nak hala arah mana. hehe






Punya sesak sampai my BIL terpaksa ada bakat baru =p





Lepas pakai capai je baju yang berkenan, trus cari port utk select mana yang patut dibwk balik n mana yang tidak. Puas tapis, dapatla sebakul. Blum termasuk pampers baby n queu yang sangat panjang itu.huhu






p/s : Otak tepu xtau nak citer ape =(

23 April 2010

My 1st Tag =)

Salam =)

Entri khas utk jwb tag Kak Lin=)

Excited bila Kak Lin tag pasal kasut2 ni sbb saya memang suka kumpul kasut. Tapi itu dulu la, masa zaman2 blaja dulu n masa keje kat JKM dulu. La ni, mang xde kumpul2 da. Beli, pakai, harung badai sampaila tapak kasut tu haus dan tunggu masa masuk tempat pembuangan. Xde lagi ada 5 6 pasang kasut satu2 masa. Sbb harus berjimat nak kumpul duit masuk meminang en.Abg. hehe

But bila da kawen ni, peruntukan buang2 duit tu da ada skit. Rasa mcm nak mula balik keje amal tu. Boleh x? =p

Kebetulan smalam bila Kak Lin tag saya sal kasut ni, saya baru je beli comfort shoes sbb yang ada skrg tunggu masa je nak bersara. Sampai terpaksa simpan dalam gerobok kasut dulu n pinjam *tapi da macam hak milik kekal* kasut Izan yang agak tinggi tu. Kalau short distance boleh tahan lagi tapi kalau utk long distance, merana kaki emak dik non oi. huhu

Ni dia si comel yang bakal menemani saya berjalan ke sana sini =)



Si comel n gebu ni saya beli smalam kat Jusco Wangsa Maju. Bila ada J Card Day, dapatla 10% diskaun. Act, saya prefer black color cuz senang in dengan semua kaler tapi kaler ni je yang ada.

Sekarang memang pilihan saya comfort shoes je. Sedap dipakai, comfortable utk berjalan jauh, ringan n flexible utk semua keadaan. Tu sbb tiap kali mencari kasut, saya akan focus kat Crocodile dulu sbb comfort shoes kat situ banyak choice n affordable =)

Tapi xla bermaksud saya trus tolak heels, wedges n da geng. Still ada utk Cik Kiah pi kenduri kawen =)

To Kak Lin, i da jwb tag u. So my turn lak utk tag org kan =)

Insan2 terpilih : Cik Sue, Pn Fiza n Cik Hani =)

p/s : Windunya kat brooch2 saya yang merajuk bawa diri tah ke mana tu.huhu...

21 April 2010

Tip Kurus Dengan Berkesan

Salam.

Tadi saya baca blog PakarHowTo tentang cara2 menguruskan badan dengan mudah..Mulanya saya rasa xde apa yang menarik, rasa mcm tip2 yang diberikan 2 sama je dgn blogger or penulis lain. But last point tu buat saya tertarik dan berfikir...

PakarHowTo sarankan : Sebelum tidur, katakan pada hati dan minda bahawa anda akan mengurangkan berat badan. Kalau boleh, usap bahagian2 yang banyak lemak seperti perut dan peha (seolah2 kita mahu memujuk) sambil mengatakan bahawa "Wahai lemak, aku mahu kurangkan kamu supaya badan aku jadi lebih ringan untuk beribadah pada Allah. Susutlah kamu kerana Allah"

Point yang ini buat saya berfikir. Sebab sebelum ni xterlintas langsung niat tersebut di hati saya. Niat saya hanya utk kembali memakai baju lama2 yang semakin sendat dan mahu kelihatan elok2 sahaja di mata2 sekeliling dan en.Abg. Tersasar jauh betol niat saya tu..

Mungkin disebabkan niat pun dah terpesong, maka hasilpun xseberapa. Maka, saya harus setting semula niat mulai sekarang. .Saya mau berada di jalan yang betul dengan cara yang betul =)

p/s : Rajin2 membaca, mana tau dapat maklumat berguna boleh share dgn kawan.2 Tapi jangan niat je, buatnya tidak =)

20 April 2010

Mesti Hidup Dengan Baik

Salam.

Positif!

Yup, i'm trying my best.

Ketenangan kembali datang.

Mesti Hidup Dengan Baik.

p/s : Hidup ini sangat singkat. Usah runsing2, yang penting syukur + happy =)

18 April 2010

Date Night

Salam.

Had wonderfull time ngan my sis, Izan watched Date Night @ JJ Cheras Selatan. TQ Izan cuz temankan i bersosial, berjalan2 menikmati keindahan alam =p

Serius, saya sudah terlalu lama terperap di rumah. Every weekend saya akan jadi penghuni rumah yang setia menghadap TV, godek tenet, makan, tido, guling2 atas katil n kadang2 rajin sket kemas2 la apa yang patut dikemas.hehe

Jadi akhirnya my lovely sista temankan saya utk makan2 angin kembungkan perut+cuci mata tengok wayang. Dis movie sangat7 best ok =)



Patut tengok dgn en.Abg *izan, sila jangan salah faham*

Movie is about : Kehidupan after sudah lama married yang sungguh membosankan. But lepas melalui situasi yang xdiingini, Phill n Claire Foster finally sedar yang dorang sendiri yang telah menghambarkan hubungan dorang. Happy ending n moral of da story, Hargailah Pasangan Anda =)

Bis je movie trus balik n otw tu singgah Tesco Extra jap, mau beli donut yang sedap itu di Big Apple. Sebenarnya donut tu xde dalam agenda sosial kitorang pun but since our neighbour, Kak Noi mintak belikan kalau tersinggah Big Apple. Of coz, kitorang pun nak jugak bila da ternampak depan mata =)

Jalan2 skit n pas da grab something*4 Langkawi i sanggup berkorban wang ringgit.hehe*, trus balik ke rumah. Hope dapat ber'skype' dgn en.Abg but laptop beliau masih sakit dan harus dirawat. I'm so down =(

p/s : en.Laptop, sila la sembuh cepat =)

ADAMAYA

Salam

Baru abis marathon tgk ADAMAYA =)

Gara2 Ijan yang sibuk mempromote citer ni pada saya. Jadi trus online tv3 n pulun tgk dari episod 1 sampai la yang latest.

Sangat sweet citer ni..Buat saya tergelak n senyum sumbing sorang2 =)

Ops!Sudah pukul 3...Harus cepat2 tido sbb kena bangun awal pagi esok. Sudah berjanji pada diri mau buat Nasi Goreng Kampung utk breakfast esok =)

p/s : Kalau ada en.Abg,mau kena babab pungkuq suh tido =p

16 April 2010

Baju Biru

Salam

Cleaner opis kitorang sangat kurang rajin. Sbbnya dia biarkan tong sampah saya berbogel sejak pagi tadi =(

Ikutkan saya sendiri boleh pakaikan baju pada tong sampah tu. Tapi saja saya xmau sbb itu kan keje dia. Bukanlah saya berkira tapi itukan tanggungjawab dia. Lagipun plastik sampah tu pun da berminggu2 xbertukar, hanya isinya yang dikosongkan.

Tadi da mintak dia pakaikan tong sampah tu baju biru, tapi sampai sekarang tong sampah saya tu masih kesejukan. Kak oi, mau ngomong gi mana sih dgn kamu...?

3 bulan

Salam

Sedar xsedar, hari ni genap 3 bulan saya sudah bergelar isteri kpd en.Abg. =)

Alhamdulillah, ikatan yang tersimpul kuat atas izinNYA ni masih lagi berkekalan. Mudah2an keberkatan dan kebahagian sentiasa mengiringi kehidupan rumahtangga kami =)





















p/s : segala editing adalah dari saya sendiri

15 April 2010

Kawan Seiring Sejalan

Salam

Hati tertanya2 kenapa ada manusia yang suka bercakap ikut sedap mulut.

Saya pun bukan baik sangat, kadang2 mulut terlaser ketika bergurau. Tapi setiap gurauan yang saya lemparkan akan saya tapiskan dalam fikiran terlebih dahulu. Lagi2 kalau individu tersebut bukanlah dalam senarai KAWAN SEIRING SEJALAN saya.

Tapi maybe org lain xfikir mcm saya. Bercakap ikut suka tanpa fikirkan hati2 di sekeliling mereka.

Saya xpandai nak handle keadaan ni dgn cara berhemah. Sbb kadang2 di luar kawalan mulut saya ringan membalas dgn kata2 kurang manis. Memang saya xmau dan sebolehnya mengelak utk mencari jalan bermasam muka. Tapi ada sesetengah insan yang kurang memahami kehedak saya yang satu ni. Jadi apa boleh saya buat?

p/s : Muhasabah diri sendiri sbb saya juga insan biasa yang xlari dari melakukan kesilapan

14 April 2010

Uda Dan Dara

Salam

Da bole tersenyum kelegaan bila masalah yang sibuk bersarang kat kepala da dibuang jauh2 =)

Tadi en.Abg call. Beliau tanya saya brapa hari lagi yang tinggal sebelum bercuti dr mengadap keje n ribut pasir di AD. Saya gelak..Saya sendiri pun xingat walaupun ada ketika saya terlalu beriye menghitung hari menantikan hari tersebut.

Kire2, 36 hari je lagi =)

Patut buat apa ye? Sengih ke..Senyum sorang2 ke..Ke gelak sorang2? =p

But, entah kenapa bila da lama xjumpa en.Abg ni, saya rasa sedikit malu+nervous+gabra utk bertentang mata dgn beliau. Saya umpama gadis yang sedang menanti diri dipinang orang!!!! =p

Itulah saya. Saya ada penyakit. Bila lama xjumpa beliau, saya akan malu2 kucing sebelum keadaan bertukar jadi ok. Walaupun sudah married, penyakit tu still terbawak2 sampai sekarang =)

Kadang2 saya sendiri pun xtau nak tafsir samada saya hepy ke x dgn PJJ ni. Yelah, kadang2 saya sedih bila en.Abg jauh. Tapi hepy bila saya sentiasa menantikan kepulangan en.Abg. Dua2 moment ni ada value pada saya. Bila jauh n sedih, PJJ ni ajar saya utk lebih bersabar dan menghargai beliau dalam kehidupan saya. Bila jarang berjumpa, rasa rindu teramat menggunung dan buatkan saya sentiasa berhati2 mencorakkan perhubungan kami ke arah yang lebih positif.

Sekiranya ini yang ditakdirkan olehNYA pada saya n en.Abg buat masa ni, saya terima seikhlas hati. Sbb bagi saya ada hikmah tersembunyi. Tapi apa yang saya tau, kami sentiasa ada peluang BERCINTA BAK UDA DAN DARA =)

p/s : Hidup ini indah bila kite semakin positif dgn dugaan yang didatangkan kpd kita...

09 April 2010

Ada Aku Kisah?

Salam

FB da kena block kat opis

YAHUUUUUU!!!!

Akan bertambah rajin bekerja =p

Hipokrit gile bila cakap camtu.huhu

Kalau rajin malam2 boleh gak intai2 itu fb kat umah

Tapi kalau malas, Selamat Jalan Romeo la -_-

p/s : MAIWP ni xnk sahut seruan our PM la, 1 Malaysia 1 FB =p

08 April 2010

Rezeki

Salam.

Bukankah apa yang berlaku dalam kehidupan ni ada pasang surutnya? Bukan semua yang dikehendaki pasti tercapai pada masa dan detik yang diharapkan. Setiap insan pasti diberiNYA kehidupan yang baik, cuma dengan cara yang berbeza. Limpahan rezeki terhadap insan pasti ada cuma waktu yang menjadi pengukur..

Bila rezeki yang diberiNYA dianggap sebagai satu perlumbaan kehidupan, di manakah letaknya iman yang dibawa selama ini?

06 April 2010

Cik Sai Da Tunang

Salam.

Happy Besday dear!

Belog ini sudah setahun =)

Maybe sedikit terlambat sbb blog ni lahir 2 April yang lepas. Hanya teringat hari ni. Banyak benda yang saya fikirkan n banyak benda yang terpaksa/harus difikirkan sampai lupa TEMPAT BEBEL ni da genap setahun =)

Congrates to Cik Sai, kawan baik sy dr SMKTM dulu. Sebab Cik Sai sekarang da jadi tunangan orang Ahad lepas =)

Tunang Cik Sai pun bukannya orang luar, kawan sekelas di SMKTM dulu. Xsangka kuat jodoh mereka. Saya tumpang happy n doakan dorang cepat2 kawen =)

Bila saya tanya Shahrul (tunang Cik Sai) bila mau kawen, dia kata cukup duit jalan la. Sy doakan dorang cepat MENCUKUPKAN DUIT cuz xsabar nak tengok kwn saya yang sorang ni join club saya. Senang nak gosip2 n cite2 apa patut.hehe

Kat kenduri Cik Sai, saya jumpa beberapa org kwn SMKTM dulu. Cik Leha, Cik Zaza, Cik Has n En. Hafiz.. Rasa muda bila jumpa balik kawan2 sekolah ni...Tibe2 rasa rindukan zaman sekolah2 dulu walaupun dulu saya memang malas nak ke sekolah =)

So, ini gambar2 yang dapat saya upload coz separuh gambar lagi dalam kamera BIL saya. Xdapat nak upload cuz batery weak. Congrates dear =)

Cik Sai n Mummy dia..Mummy dia still kenal saya walaupun dah xjumpa lebih kurang 8 thn =)



Cik Leha, bestfrend saya dr Form 2 lagi.. Masih mencari2 =)



Tumpang gembira =)





Sekarang sudah jadi tunangan org..



p/s : Masa cepat berlalu.. 44 hari lagi en.Abg mau pulang. Hati saya jadi xtentu arah..Gembira+excited.. Harap2 semuanya berjalan lancar sehingga beliau pulang =)