Showing posts with label New Life. Show all posts
Showing posts with label New Life. Show all posts

16 April 2010

3 bulan

Salam

Sedar xsedar, hari ni genap 3 bulan saya sudah bergelar isteri kpd en.Abg. =)

Alhamdulillah, ikatan yang tersimpul kuat atas izinNYA ni masih lagi berkekalan. Mudah2an keberkatan dan kebahagian sentiasa mengiringi kehidupan rumahtangga kami =)





















p/s : segala editing adalah dari saya sendiri

30 March 2010

Pilihlah Aku

Salam

Langkawi or Bandung?

Mana harus pilih?

Sebelum2 ni en.Abg cakap mau jalan2 naik kete V.2 ke arah Utara, Kedah n Perlis. Saya setuju je, asal dapat jalan2 dgn beliau.

Tapi smlm tibe2 en.Abg mntak saya buat passport. Dia mau jalan2 naik belon ke Bandung. Sekali ditanya, persetujuan saya beri berulang kali dgn sengihan kerang mengadap PC. Terbayang segala macam yang nak saya hangkut bwk balik sini.hehe

But then, otw balik ke rumah saya timbang tara balik antara kedua2 destinasi abiskan duit tersebut. Banyak perkara yang patot saya amik kira sebelum wat keputusan walaupun hati dan keinginan memberontak cenderung memilih yang naik belon itu.huhu

Kekangannya sekarang yelah faktor MASA. Masa yang ada sangatlah terhad cuz en.Abg balik ke sini hanya utk 2minggu. 2minggu utk buat itu ini. Mau balik ke rumah FIL, mau bwk en.Abg pulang ke Perak. Sempat tu memang sempat, tapi saya kena ingat yang bercuti penuh sepanjang masa tu hanyalah en.Abg sorang, bukannya saya =(

Kalau ke Langkawi, saya n en.Abg akan naik kereta sehingga ke Kuala Perlis then trus amik ferry ke Langkawi. Bila sampai sana, sewa kereta utk pusing2 round da world. Tak menjadi masalah, sbb baik saya mahupun en.Abg, kami penah jejak kaki di Langkawi. Sesat2 pun, masih kat Mesia.hehe. Sambil tu, boleh makan seafood kat Kuala Perlis. Rindunya dengan sotong goreng tepung kat sana, sedap sgt =)

Kalau ke Bandung, kami kena usha2 dulu mana travel agensi yang bersesuaian. Saya prefer Tabung Haji Travel cuz da well known, jadi rasa selamat skit. Bila sebut Bandung, melonjak rasa nak ke sana. Dengar crita2 indah ttg barang2 kat sana yang amat murah2 n sambil2 tengok negara orang. But bila pikir sal makanan kat sana, pudar skit keinginan saya. Tekak saya amat memilih. Percayalah, kalau xkena gaya saya boleh kehilangan beberapa kilo lemak =p

Buat masa ni, saya hanya sekadar cari apa2 info yang patut. Sebab plan ni mungkin jadi atau tidak. Bergantung kpd kesesuaian masa. Yang penting, ongkosnya dong!

p/s : Harap suprise yang xberapa suprise *cuz en.Abg da bgtau awal2* hujung tahun ni akan jadi kenyataan. Tapi kalau xjadi disebabkan si Junior, saya xkisah. Itu yang saya nantikan!

25 March 2010

Si Kecil

Salam

"SUDAH 2 BULAN"

Kalau kamu, apa yang kamu anggap dgn ayat kat atas tu?

Kebanyakan ofismate saya beranggapan yang saya akan ada Ida/Azam Junior x lama lagi =p

Saya tersalah bagi statement =)

Maksud saya....Saya sudah MARRIED 2 bulan la =)

Tapi mereka ingat saya sudah berisi. Sudah bergelar mak buyong selama 2 bulan. hehehe

Sudahnya, ke hulu ke hilir orang tersenyum penuh makna memandang saya. Ada yang cakap penuh kiasan menyuruh saya berhati2 ketika membawa badan.

Tergelak saya dibuatnya.. Sekarang da jadi satu keje utk explain keadaan yang sebenar..Tu la, cakap xjelas. Kalau org bagi statement camtu kat saya, tentu2 saya ingat benda yang sama. Cmtulah jadinya bila saya pun bagi statement yang sama =)

Tah napa saya xleh fikir org akan doublemeaning bila saya bagi statement tu =p

Tapi jauh sudut hati, saya meng'amin'kan apa yang ditanyakan mereka. Saya nak jadi mak buyong..Nak sangat..

Lagi2 bila en.Abg jauh dr mata. Saya mau si kecil utk menemani saya. Menjadi penguat ikatan hubungan saya dan en.Abg. Menjadikan saya lebih matang dan dewasa. Mengharapkan si kecil apabila sampainya mendoakan saya n en.Abg bila kami tiada nanti..

Ayah cakap, banyak2 bersabar dan berdoa. Saya hanya mampu ikhtiar dan berdoa. Rezeki? Cepat atau lambat, semua di tanganNYA..Sebagai insan, saya hanya mampu menadah tangan dengan setulus hati suci merendah diri.....

Only For Him...

Salam.

InsyaAllah awal Julai ni saya dan keluarga akan dapat ahli keluarga baru =)

My sis, Along n abg Shamin akan dapat baby =)

Mak n ayah akan dapat cucu =)

Saya, en.Abg, Izan n Ayoy akan dapat anak buah yang sulong =)

Aish, banyaknya senyum..Happy + syukur dengan kehadiran orang baru ni.. Doctor kata baby boy, tapi sama2 kite nantikan =)

Lelaki @ perempuan xmenjadi masalah. Yang penting, Along n baby kedua2nya selamat n bakal anak buah saya tu sihat fizikal dan mentalnya.

Saya tumpang gembira. Mudah2an saya akan ikut jejak langkah Along pulak =)

Saya cadangkan Along utk wat buat outdoor sebelum dia deliver ni. Siap suruh pakai baju yang btol2 menunjukkan yang dia tu mak buyong cuz perut Along sedikit kecil. Kadang2 hampir xnampak. Tunggu Ayoy ada skali. Boleh la kitorang tumpang sekaki =)

3 months to go...Semoga semuanya berjalan lancar dan dipermudahkan segalanya. Amin...

p/s : X hire mana2 profesional photographer pun. Just guna khidmat si bakal papa je. Ingat nak tunggu en.Abg skali tapi takut time tu Along pun da xlarat. Xboleh wat pose ala2 gedik =p

19 March 2010

Tunjuk muka depan kamera

Salam.

Hip Hip Hurray!!!

Sudah beli USB PC Camera & Headset. Headset tu kaler putih. Cute sangat =)

Sudah boleh wat video call dgn en.Abg. Pagi, tengahari, petang, malam pun bole..Mau lompat bintang sekarang jugak!*wink2*

Camera~~~ 8 megapixel complete with mic n flash. Senangnya hati skrg =)

Apa pun, still xleh boleh menggantikan beliau di depan mata saya. Sedih balik la.huhuhu

p/s : TQ to en.Fairuz sbb belikan brg2 ni utk saya. Really appreciate :)

04 March 2010

Berduet Tapi Selalunya Solo

Salam.

Mud sedikit terumbang ambing masa ni...

Sebab bila terbaca citer2 B2B*dahulunye* yang sentiasa update citer masing2 bila da berduet. Update citer tu xmenggugat emosi saya, tapi bila citer tu citer aktiviti berdua emosi saya sedikit berkocak.

Pi sana dgn hubby. Pi sini dgn hubby. Wat itu dgn hubby. Wat ini dgn hubby. Pokok dan akarnya, semuanya dgn hubby.

Sedangkan saya?

Saya pun sama mcm mereka. Baru hidup berduet, xsampai 2 bulan pun. Tapi bezanya keadaan kami yang xserupa mereka. Keje en.Abg xmembenarkan kami buat apa yang ex-B2B lain buat. Tinggal sebumbung, tido sekatil, makan semeja *kalau saya, kami makan bersila depan tv sbb rumah kami xde meja makan lagi*, jalan2 berdua..Terlalu banyak yang xsama.

Bukan saya maukan semuanya sama dgn ex-B2B. Sebab setiap orang menjalani kehidupan berbeza. Cuma pada asas dan dasarnya sama tapi dalam cara berbeza.

Saya juga tinggal sebumbung, tido sekatil, makan semeja, jalan berdua dgn beliau. Tapi dalam kiraan purata 14 hari utk setiap 4 bulan. Dalam masa tu lah saya terpaksa tamak utk pulun buat segala benda yang saya terpaksa hold semasa ketiadaan beliau. Desperate gile saya!

Sebab itulah saya kena kumpul cuti sebanyak mungkin. Utk kegunaan tempoh genting ni la. Rasa malas keje*yang kadang2 datang menggila* terpaksa dicantas sekuat2nya =(

Tu semua saya xkisah. Saya semakin serasi dgn kehidupan yang amat menuntut kesabaran ni.

Tapi paling kisah bila benda2 ni terpalit ke emosi dan ketenangan hati. Hati sungguh terganggu dibuatnya.huhu

Sekarang saya harus belajar utk mendisiplinkan hati. Sebab beliau yang dulu saya pulaukan ketika hati berbintik hitam kini sudah menjadi Pintu Syurga saya.

Maka hati...Tolonglah saya...Tapiskan kekotoran yang emosi bawakan pada saya. Saya xmau lagi bintik2 itam itu =)

03 March 2010

Status Berubah, Peel Pun Kena Ubah

Salam.

Semalam petang saya temankan seorang colleague, Cik Hanan pergi ke The Mall utk sedikit penjanaan ekonomi. Tujuan utama Cik Hanan nak mencari blause @ sebarang pakaian wanita yang berwarna merah bagi melayakkan dia berada dalam golongan yang mematuhi tema berpakaian merah pada Majlis Reunion sekolah dia.

Saya buat keputusan utk ikut Cik Hanan. Sekadar utk cuci mata. Untung2 klu berkenan, boleh tumpang sekaki sedekah duit kat tokey kedai =p

Cik Hanan sibuk mencari baju berwarna merah, saya lak sibuk mengintai2 apa yang berkenan di mata. Sekali sekala saya intai2 kemeja utk en.Abg.

Mata ni memang cepat tangkap apa yang cantik. Apa yang menarik. Dan apa yang suka mengopakkan poket yang xberapa tebal ni. Banyak kali plak tu.

Tapi minda waras saya cepat2 menyedarkan saya yang mata ni memang sifatnya sukakan kecantikan. Minda plak sibuk ingatkan saya bulan masih panjang. Saya ikut cakap minda. Selamat poket saya =)

Tapi selamatnya sekejap je bila akhirnya saya beli jugak sepasang baju kurung. Tapi ikutkan saya beli baju kurung ni sebab bertujuan, bukan suka2. Sebab ada kenduri kawen minggu depan. Lagipun baju ni boleh saya rotate gunakan utk ke opis nanti..

Selesai semua, singah kejap di surau. Cik Hanan nak solat.

Saya baru teringat..Saya lupa nak msj en.Abg, memaklumkan aktiviti yang sedang dilakukan sekarang. H/P dicapai, cepat2 saya msj beliau.

Saya lupa status saya sudah berubah. Saya lupa yang saya sudah belong to en.Abg. Bukan lupa, tapi lambat tersedar.

Jadi bila status da berubah, seharusnya perlakuan saya juga harus berubah. Tapi utk mengubah tabiat bujang yang menjadi pembawakan saya selama ni memang makan masa skit. Lagi2 bila en.Abg bukan berada di depan mata.

Sekarang pergerakan saya bukannya seperti dulu. Bebas ke mana2. Pukul brapa nak balik. Cuma perlu report kat mak ayah.

Tapi skrg, saya perlu report kat en. Abg plak. Setiap kalinya.

Mula2 saya kekok, seringkali terlupa. Dan hanya report apabila sudah selamat kembali ke rumah. Kadang2 selepas sehari berikutnya.huhuhu

Tapi semakin hari, saya semakin serasi dgn keperluan dan kemestian yang satu ni. Dan saya hepy melakukannya =)

14 February 2010

Nikah - 16 Jan 2010

Salam...

Esok genap sebulan saya berubah status..Sebulan berlalu, rasa masa bergerak terlalu pantas. Inai semakin pudar n tunggu masa je utk ilang..

Masih belum dapat album lagi dari photographer. Tapi atas requestsaya n en.Abg yang akan balik ke AD, maka copy dvd gambar telah diberikan 3 hari selepas majlis. Smua gambar masih fresh n masih bebas lagi dari segala editing.. Jadi mau kongsi sedikit citer n gambar Big Day sebelum menjadi basi :)

Kalau diikutkan masa yang dijanjikan dalam borang nikah, akad nikah sepatutnya dijalankan pada pukul 2.30 di Masjid Al-Azim, Pandan Indah. Tp memandangkan pengantin dan keluarga da sampai awal, maka akad nikah diawalkan ke pukul 2.15. Alhamdulillah dengan sekali lafaz, saya sah menjadi isteri en.Abg n beliau sah menjadi suami kepada saya..Alhamdulillah... Rasa lega sangat.. Perasaan nervous terus ilang diganti dengan rasa syukur dan terharu..Saya bukan lagi berada di bawah tanggungjawab ayah, sebaliknya da berpindah kepada suami..

Selepas en.Abg sujud syukur, terus buat sesi penyerahan mas kahwin n bergambar bersama keluarga. Sekarang da ada keluarga baru, maka harus belajar menyesuaikan diri dengan keadaan yang baru ni..

Selesai semua agenda di masjid, semua yang hadir dijemput ke rumah utk jamuan makan. Mula2 saya cadangkan kat mak supaya jamuan dibuat secara ringkas kat dewan/bilik kecil kat masjid. Senang, xpayah bertukar tempat. Tapi mak xsetuju. Sebabnya, kebanyakan yang hadir kat masjid tu semuanya sedara mara n sahabat2 saya n en.Abg. Takde jiran yang ikut sama, atas faktor2 yg xdapat dielakkan. Jadi xdapat la menjamu dorang makan..

Mak tak sedap hati. Yelah, dorang banyak membantu, xkan nak dibiarkan camtu je..Jadi keputusannya, pacak 2 buah kanopi kat area parking utk dijadikan tempat jamuan makan. Baru fair, sedara ada, jiran pun ada..Dua2 sama penting...

Majlis abis dalam lewat petang cuz lepas solat asar ada sedikit doa selamat. Utk segala rahmat dan kebaikan yang diperolehi..Jom tengok gambar =)


Tempat tetamu menjamu selera. Khemah dipasang pagi Jumaat. Amik 2 kanopi je cuz jamuan ringkas n jemputan hanya 100 org. Sendiri perasan khemah itu kelihatan sungguh indah dengan warna scallop yang mengikut tema purple =)




Tadaaaa!!!! 1st pic lepas siap make up*abaikan keadaan bilik yang agak kemas itu*Idung sedikit kembang bila Ija (tukang mekap) n Aunt memuji kesenangan utk me'mekap' muka saya cuz sgt senang 'in' dengan solekan...Lagi kembang bila mendapat pujian darpada 1 2 3 4 5 6 7 +++ orang..Tapi paling kembang x hengat, bila suami i cakap i nampak sgt gorgeous. Macam, xpercaya akak bila en.Abg berulang kali puji cuz saya tau dia sangat berat utk bercakap benda2 camni. Bangga akak..hehe..Tapi xde mekap pun still sayang kan??? =p




Gambar disnap masa menuju ke dalam masjid. Time ni Allah je tau betapa nervousnya saya tapi dicover dengan senyuman sbb tau Kaled nak snap pic. Mau masuk album ma, jadi mau kelihatan cool n cantik. Nervous tolak tepi =p





Kiri : Mas kahwin. Kanan : Wang hantaran n rantai pemberian suami. Sampai sekarang mas kahwin tu masih dalam keadaan yang sama. Sayang nak dibuka =)





Dengar ceramah tok kadi. Fokus2!!! =P





Sekali lafaz =)




Memanjat kesyukuran...






Saaaaaaaaaaaaaaangat suka gambar ni. Malu tapi suka =p




Mak n abah =)






Dini cium tangan Mak Ngah atik*Dini sebut cantik as atik* =p




Along tumpang happy =)




Keluarga saya =)



Keluarga suami =)




Our big family =)


Keluarga kecil saya =)


Thanx guys 4 coming =)


The End~~~~~


p/s : Sedikit kelam kabut semasa otw ke masjid bila sedar Aunt lupa bagi bunga tangan. So called Aunt n asked her utk hantar ke masjid.. Xjadi keluar peluh jantan akak =p

Kehidupan Sekarang

Salam...

Lama gile x update blog..Last post pun masa masih lagi memegang title 'cik ida' =p
So bila lama xupdate, banyak cite2 penting yang tertinggal utk dikongsi bersama..

Alhamdulillah, kini sudah bergelar Puan Siti Nur Hafnidah bt Aani pada 16 Jan 2010 yang lalu. Sudah memulakan sisi kehidupan yang baru n masih dalam proses membiasakan diri dgn perubahan yang sedang berlaku dan yang bakal menyusul...

Semoga ikatan yang baru terjalin ni berkekalan sehingga akhirnya dan sentiasa di bawah lindunganNya disertai usaha kami mempertahankan hubungan ni.. Amin...