03 March 2010

Status Berubah, Peel Pun Kena Ubah

Salam.

Semalam petang saya temankan seorang colleague, Cik Hanan pergi ke The Mall utk sedikit penjanaan ekonomi. Tujuan utama Cik Hanan nak mencari blause @ sebarang pakaian wanita yang berwarna merah bagi melayakkan dia berada dalam golongan yang mematuhi tema berpakaian merah pada Majlis Reunion sekolah dia.

Saya buat keputusan utk ikut Cik Hanan. Sekadar utk cuci mata. Untung2 klu berkenan, boleh tumpang sekaki sedekah duit kat tokey kedai =p

Cik Hanan sibuk mencari baju berwarna merah, saya lak sibuk mengintai2 apa yang berkenan di mata. Sekali sekala saya intai2 kemeja utk en.Abg.

Mata ni memang cepat tangkap apa yang cantik. Apa yang menarik. Dan apa yang suka mengopakkan poket yang xberapa tebal ni. Banyak kali plak tu.

Tapi minda waras saya cepat2 menyedarkan saya yang mata ni memang sifatnya sukakan kecantikan. Minda plak sibuk ingatkan saya bulan masih panjang. Saya ikut cakap minda. Selamat poket saya =)

Tapi selamatnya sekejap je bila akhirnya saya beli jugak sepasang baju kurung. Tapi ikutkan saya beli baju kurung ni sebab bertujuan, bukan suka2. Sebab ada kenduri kawen minggu depan. Lagipun baju ni boleh saya rotate gunakan utk ke opis nanti..

Selesai semua, singah kejap di surau. Cik Hanan nak solat.

Saya baru teringat..Saya lupa nak msj en.Abg, memaklumkan aktiviti yang sedang dilakukan sekarang. H/P dicapai, cepat2 saya msj beliau.

Saya lupa status saya sudah berubah. Saya lupa yang saya sudah belong to en.Abg. Bukan lupa, tapi lambat tersedar.

Jadi bila status da berubah, seharusnya perlakuan saya juga harus berubah. Tapi utk mengubah tabiat bujang yang menjadi pembawakan saya selama ni memang makan masa skit. Lagi2 bila en.Abg bukan berada di depan mata.

Sekarang pergerakan saya bukannya seperti dulu. Bebas ke mana2. Pukul brapa nak balik. Cuma perlu report kat mak ayah.

Tapi skrg, saya perlu report kat en. Abg plak. Setiap kalinya.

Mula2 saya kekok, seringkali terlupa. Dan hanya report apabila sudah selamat kembali ke rumah. Kadang2 selepas sehari berikutnya.huhuhu

Tapi semakin hari, saya semakin serasi dgn keperluan dan kemestian yang satu ni. Dan saya hepy melakukannya =)

1 comment:

  1. ish bestnyer klau tiap kali ada kenduri kawin beli bj kurung br..sepasang brp?

    ReplyDelete