28 October 2015

Airis Turns 4

As salam dan hai

Hari ni birthday kakak Airis. Happy Birthday kakak sayang!

Hadiah ummi dah siapkan lebih awal =)

2 keping GB 1g
1 untuk kakak, 1 untuk adik. Lepas ni kalau birthday tak payah pening2 fikir nak beli hadiah apa. Beli ni aje. Gilir2 dengan dinar. Bukan saja dapat hadiah birthday tapi dapat aset untuk masa depan sekali ^_^ 

Semoga anak ummi membesar dengan sihat, dimurahkan rezeki dan sentiasa di bawah lindunganNya. 

Walaupun Airis dah 4 tahun, dan dah punya adik, Airis still baby di hati ummi. Walaupun kadang2 ragam Airis buat istighfar panjang, sayang ummi tetap utuh dan ummi sentiasa mendoakan Airis mendapat yang terbaik dalam kehidupan Airis. Terima kasih ye kakak kerana hadir dalam hidup ummi dan ayah.


p/s : Malam ni kita makan kek ok? ^_^

07 October 2015

Adik Dah 3 Bulan

As salam

Hari ni genap usia Auni 3 bulan. Happy 3 months Auni! =)

Dah 3 bulan anak ummi. Sekejap sangat rasanya. Adik pun dah semakin montel sampai lenguh jugak tangan ummi kalau dukung lama2. hehe

Sepatutnya hari ni cucuk 3 bulan tapi tangguh ke minggu depan. So minggu depan kita tengok berapa berat badan adik. Tapi kalau tengok fizikal boleh agak mesti banyak naik sebab tengok adik membesar dengan jayanya ^_^

Dah pandai hisap tangan. Kadang2 hisap bahu ummi


Bangun pagi tadi dengan ceria. Adik ni memang murah dengan senyuman nak2 lagi bila bangun tidur pagi

Sampai meleleh air liur dik. haha

p/s : Cepat besar dik, boleh main make up dengan kakak =p