26 December 2013

Cuti Hujung Minggu @ Grand Lexis

Salam

Sebenarnya cerita ni dah lama. Dah 2 bulan pun sebab kejadian berlaku jatuh pada hari lahir Airis yang kedua. Tapi akak biasalah, tercicir keretapi kan. Lambat sikit la nak story. Dah jadi habit ^_^

Saya dan en. Abg memang ada plan nak bawa Airis bercuti masa birthday dia tapi tak decide tempat lagi. Sampailah satu hari Along bagitahu saya kat Groupon ada offer penginapan kat Grand Lexis PD. Alang2 dah murah ni, ruginya rasa kalau tak rembat kan. Sudahnya kami sama2 beli voucher tu. hehe

Untuk penginapan 2D 1N di Grand Lexis ni, saya beli voucher pada harga RM450 untuk Deluxe Suite Garden Living. Check in pukul 4pm dan check out pukul 12pm. Dan pakej ni tak termasuk breakfast.

Sebelum beli voucher di Groupon, saya dah buat survey terlebih dulu kat website Grand Lexis. Kebetulan tengah ada Early Bird Promotion dengan pakej dan harga yang lebih kurang sama. Yang beza harga Early Bird Promotion tu lebih sikit sebab termasuk breakfast.

Mula2 ingat nak ambil promotion tu je tapi bila memikirkan promotion tu mesti tarikh dah fix, tak boleh ditukar. Manalah tahu tiba2 ada hal yang tak dapat dielakkan, melepas la. Kalau saya beli voucher Groupon, tiba2 ada hal saya boleh cancel dan tukar tarikh lain.

Tapi proses untuk book bilik makan sedikit masa, lebih kurang seminggu. en. Abg book bilik melalui email. Proses saling balas email tu yang makan hari. Memang agak leceh. Saya tak pasti adakah proses book kat Grand Lexis ni yang rumit ataupun sebab penggunaan voucher tu yang rumit.

Cadangnya kami nak check in hari Sabtu dan check out hari Ahad. Tapi bilik untuk pakej voucher tu penuh sehinggalah hujung tahun. Jadi kami bertukar plan. Check in hari Jumaat dan check out pada hari Sabtu.

Kami bergerak ke PD lepas en. Abg balik dari solat Jumaat. Traffic ok tapi sampai sana kami terlajak sikit sebab tak tau tempat. Sudahnya check in pukul 4.30. 

Jom ummi n ayah bawak Airis bercuti =)



Merah menyala pulak mulutku. huhu. Tersenyum lebar anak dara ummi. Tak sabar nak mandi dalam private pool la tu ^_^




Macam mengantuk je bang..


Sampai akhirnya. Alhamdulillah....

Sementara tunggu ayah check in, buat macam rumah sendiri. hehe



Semuanya untuk Airis =)


Dah sampai pun bilik kitorang. Dari mula check in sampailah check out, saya dan Airis langsung tak keluar dari bilik. en. Abg pun keluar sebab nak angkut barang. Selain tu, memerap la 3 beranak ni dalam bilik. hehe

Masuk2 bilik inilah yang pertama sekali kami cari. hahaha. 

Tengok ada budak tak sabar nak mandi kolam

First impression saya bila masuk bilik ni, best! Cantik dan luas untuk kami bertiga. Dua2 katil tu size queen. Memang puas hati la. 

Saya suka deko bilik ni. Rasa redup dan tenang je

Microwave pun ada


Bilik air dia serius besar dan cantik. Nak bilik air macam ni jugak la. hehe


Bahagian shower

Pintu yang bertutup tu pulak bahagian tunaikan hajat =p

Belakang pintu bilik air ada cermin diri. Sesuaiiiii sangat. hehe

Suka hotel yang provide iron setiap bilik sebab sayakan jenis pakai tudung bawal. Pergi mana2 tu sibuk nak cari iron je. Kadang2 gigih bawak iron sendiri but lately ni jarang dah

Ini yang paling best ^_^

Boleh jadi inspirasi deko bilik home sweet home nanti =)


Dah explore bilik, time to explore private pool

Jom Airis! Kita usha part yang paling best dalam bilik ni ^_^








Apa keje haaa cik adik.....

Cuti kali ni kami masak siap2 dari rumah untuk hidangan sepanjang menginap kat sini. Waktu singkat, jadi kami malas nak bazirkan masa keluar cari makan bagai. 

Suami saya memang rajin orangnya. Tersangat rajin sampai wife dia ni kadang2 malu sendiri. hahaha


Hidangan sepanjang menginap kat sini. Berani bawa sebab dah survey bilik ni provide microwave



Sampai2 tu kami terus isi perut. Tak minat nak jejak pool sebab perut dah berkeroncong. Dah kenyang perut senang hati, moh kita pi berendam.


Float tu dah lama beli, baru berpakai sekarang. Beli kat bandar Kluang, RM20 je. Dari mula beli sampai nak bercuti kat sini tak pernah buang angin float tu sebab beli2 memang dah macam tu. Sekarang ni dah selamat simpan la, kalau x Airis sibuk nak berenang dalam rumah. hehe

Ingat kan pool ni sejuk, tapi temperature dia just nice. Berendam la sepuas hati sampai kecut2 tangan. hehe







Aktiviti malam, santai dalam bilik sambil melayan Airis bermain. Sebelum ni ada plan nak tiup belon n potong cake Airis tapi sebab apa persiapan pun tak buat, jadi terbantut plan. Ummi Airis asik bertangguh2 jadinya terus malas. huhu

Masa ni dia tengah gian menulis. Pantang nampak pen n kertas.







Esok pagi lepas breakfast, berendam lagi dalam private pool. Kali ni mula2 Airis meragam sikit sebab kena kejut dari tidur. Kalau lambat bangun, camne nak mandi kolam Airis. Sat2 gi dah nak check out.





Dah dipujuk2 manja, terus ok. Good girl. Macam tulah anak ummi =)

Memang seronok dia. Mulut bising je. Suka tengok Airis happy. Mudah2an terus murah rezeki ummi n ayah untuk berikan yang terbaik buat Airis



Berendam la lama2 Airis. Lepas ni nak kemas2 n check out da






Dah bersiap sedia nak check out. Lepas ni nak makan nasi minyak. Sedang2 elok lah tu, dah lama tak makan nasi minyak ni


Jom kita balik. Bye2 Grand Lexis. 

Otw pi kenduri kawen anak kepada officemate en. Abg




Balik dari kenduri kawen, singgah Giant Kinrara nak pekena ABC sedap. Ayah Airis teringin nak makan. Dulu selalu kami port kat Giant ni, sekarang dah jarang sebab dah duk jauh kan...





Esoknya awal2 pagi ke KLIA hantar atok Airis nak terbang ke KK. Ada urusan kerja


Bye2 atok. Moga selamat pergi dan selamat kembali =)



Memang manja dengan atok

Overall, memang berpuas hati dengan penginapan di Grand Lexis tu. Ada rezeki kami datang lagi next year =)


p/s : Tangan kanan agak menggigil penangan exercise main badminton petang semalam. hahaha