20 December 2013

Perkembangan Airis @ 2 Tahun 1 Bulan

Salam

Wa... Lamanye menyepi.. Sebulan lebih dah kot. Banyak cerita yang tertinggal.. Cerita raya pun separuh jalan je. hehe. 

Takpela, itu nanti2 kita boleh kongsi. Nak story pasal perkembangan anak dara kenit saya tu. Rasanya dah lama saya tak story mory pasal Airis kan? Last skali pun up post birthday yang cenonet tu.

28 Disember akan datang ni genap Airis 2 tahun 2 bulan. Sebelum cerita lebih, kasi up dulu gambar Airis yang paling latest

Inilah orangnya, pic yang diambil dalam 2 3 hari lepas

Alhamdulillah, menghampiri usia 2 tahun 2 bulan, Airis masih lagi menyusu badan. Makin besar makin kuat menyusu. Tang aksi tu jangan cakaplah. Kejap macam ni, kejap macam tu. Sampai punggung atas muka saya pun pernah. hahaha.

 Saya telah pun berhenti mengepam susu sepenuhnya kira2 tiga minggu lepas, ketika saya mula memperkenalkan susu formula pada Airis. Usaha memperkenalkan Airis dengan susu formula menemui jalan buntu. Kata Mama Ina dia memang ketap mulut habis2an, tiada ruang langsung untuk puting botol susu tu masuk ke dalam mulut. haha. Sudahnya di rumah Mama Ina, saya bekalkan susu kotak ducth lady perisa coklat macam gambar kat bawah ni. Kalau kat rumah memang pulun susu saya habis2an. hehe

Sehari dia minum dalam 2 kotak. Kat rumah Mama Ina ada stok, kat rumah kami pun ada stok. 

Berat terkini Airis dah naik sikit ke 11kg. Hairan juga, bila saya dukung Airis ni terasa semangatnya. Tapi bila timbang tetap 11 kg. Takpelah, biar kecil molek tapi sihat walafiat. Senang ummi n ayah nak dukung kalau Airis tertidur bila berjalan. hehe

Oh ye, anak dara kenit saya ni suka sangat makan durian. Kalau nampak durian, memang mintak la. Pernah satu hari tu dia tibe2 minta durian. Selalunya kat rumah atok tu memang tak pernah putus beli buah durian, selang dua hari mesti ayah saya beli. Tiap2 hari beli pun iye jugak. Tapi hari Airis minta tu, seulas pun takde kat rumah. Bila saya khabarkan keinginan Airis tu, esoknya terus atok import durian dari Kundang. Bukannya sikit2, banyak pulak tu. Dapatlah bagi sikit ke Mama Ina dan keluarga mertua Mama Ina. Atok dan cucu sama je kaki durian. Bukan Airis seorang je, Waiz dengan Amani pun sama gak. Dapat pulak atok yang rajin melayan, apa yang cucu nak semuanya dapat. Seronok la budak2 tu. 

Semalam petang sekali 3 ulas durian Airis makan. Dah la durian tu besar2, kalah dengan ummi yang makan 2 ulas je ^_^

Airis dah boleh mengira 1 sampai 10. Dan juga dah boleh baca doa makan =)

Sekarang ni sibuk suruh saya nyanyi lagu alif baa taa je =)

Kelmarin ketika saya sibuk menggosok baju, Airis bermain di sebelah. Dengar suara dia membebel. Bila diamati, rupanya2 dia tengah baca doa makan. Full pulak tu! Terkejut saya. Plus terharu plus happy. Reaksi ummi tentang Airis memang selalunya emosional, datang dari hati =)

Tapi en. Abg takde masa tu, belum balik kerja. Tak dapatlah dia nak dengar sama. Lepas ni bila nak dengar lagi tak tahulah sebabnya jenis Airis ni bila disuruh baca memang dia tak mahu. Kalau dia nak, dia sendiri akan baca. Nak tungguh saat tu memang jarang la. Selalunya dia banyak lompong2 je sambil ikut saya baca doa. Itu pun tak sempat2 nak amin cepat2. hehe

Percakapan Airis juga semakin jelas walaupun dalam keadaan pelat. Dah boleh buat ayat panjang. Kadang2 tu macam keretapi panjangnya. Dah macam membebel pun iye jugak. haha. Tapi kalau nak dibandingkan antara saya dan en. Abg, rasanya saya lebih cepat tangkap apa yang Airis cakapkan. Bonding ibu dan anak kan.. Lagi2 Airis ni breastfeed sepenuhnya.

Saya akui saya bukanlah orang pertama yang dapat mengesan setiap perkembangan terbaru Airis. Kebanyakannya Mama Ina yang dapat kesan dulu apa skill terbaru Airis. Iyelah, dari pagi ke petang ketika saya mencari rezeki, Airis meluangkan masa bersama Mama Ina. Kalau tak dikhabarkan pada saya, memang saya tak tahu sampailah saya sendiri melihat di depan mata. Saya pun tak expect Mama Ina update segala perkembangan Airis ni, janji dia jaga Airis dengan baik sudah. Saya dapat fokus dan kerja dengan senang hati. 

Hadiah pertama yang Airis dapat bila menginjak ke usia 2 tahun ni, Mama Ina yang bagi. Teddy bear kecil berwarna putih plus kad ucapan kecil dari Nana, anaknya yang bongsu. Yang bila nampak saja Airis, beriye memanggil. Yang cium Airis tanpa henti ketika saya menjemput Airis pulang. Tahun lepas pun teddy bear jugak hadiahnya. Size je yang berubah, tahun ni besar sikit. hehe. Takpe, saya terima apa saja. Niat ikhlas memberi sudah cukup memadai. Tak terbalas dengan jasa menjaga Airis tak kira masa walaupun hari cuti. Tu belum masuk saya balik lambat kalau nenek dan atok Airis takde kat rumah.

Ini pula hadiah belated besday untuk Airis dari ibu Izan, Besarnya mengalahkan tuan punya badan yang comel. hehe. Juga disertakan kad kecil tulisan tangan kakak Najwa yang menyentuh hati. Thanks =)

Dari saya dan en. Abg pula, kami belikan kuda rotan ni untuk Airis. Sebenarnya bukan hadiah birthday pun tapi kebetulan beli dekat dengan tarikh lahir Airis, consider hadiah birhtday la. hehe. Beli ni kat Melaka masa kitorang dinner sama2 di Restoran Parameswara, Umbai. Later saya story pasal makan2 bersama keluarga tu

Tak sabar tunggu bawak balik rumah

Terlalu cepat sangat masa berlalu. Rasa kadang2 macam tak percaya yang anak saya ni dah besar. Rindu rasanya waktu dia baby dulu2. Itu yang dalam tren on the way balik saya selalu layan gambar dan video masa dia kecil2 dulu. Mengimbas kenangan lama katanya =)

Dari segi kesihatan, alhamdulillah sangat memberansangkan. Saya berikan dia QasehGold Junior sebagai makanan tambahan. Serasi nampaknya. Selera makan pun semakin meningkat. Demam pun dah lama tak menyinggah dengan izinNya...

Airis anugerah yang berharga untuk saya. Pengubat duka saya di kala saya memerlukan. Penawar hati saya yang tiada bandingannya. Duka yang datang diganti dengan Airis yang membawa bahagia dalam hati. Mudah2an Airis membesar dengan sihat dan menjadi muslimah yang baik =)


p/s : Apa nak buat weekend ni ye.. Yang pasti nak bawa Airis hirup udara luar. Tapi tak mahu pegi makan2 or ngeteh2 ye. Ummi on diet =p 

No comments:

Post a Comment