28 August 2011

Salam Lebaran

Salam


Alhamdulillah saya dan en. Abg telah selamat sampai ke kampung halaman beliau satu jam yang lepas =)


Inilah kali pertama bagi saya menyambut pagi Syawal tanpa mak dan ayah. Harap2 tidaklah melalak di pagi2 buta. hehe


Salam Aidilfitri dari saya sekeluarga. Mohon maaf jika terkasar tutur bicara. Semoga selamat semuanya =)


p/s : Menyambut suasana Syawal yang mungkin dalam keadaan yang sedikit berbeza. Adat berumahtangga...

25 August 2011

Teratak Kecil Kami

Salam

Kelmarin en. Abg beri pilihan kepada saya hala mana nak dituju untuk cari menu berbuka. Nak ke bazar ataupun ke KFC saja. Saya pilih bazar sebab nak cari popia sira yang sedap tu. Sudahnya saya tak berjumpa kedai yang menjual popia tu. Takpela, kalau ada rezki lain hari boleh cari lagi.

Jadi semalam saya pilih KFC pulak. Sebelum berbuka nampak KFC tu memang mengiurkan, ditambah lagi dengan haruman yang disebarkan. Buat hati ni tergoda. Tapi ketika berbuka, seketul ayam je yang mampu ditelan. Dengan perut yang menegang, rasanya taknak dipandang lagi ayam tu. Selalu macam tu kan. Kalau da kenyang, tengok pun muak. Tapi esoknya nak lagi ^_^

Malam tadi sedikit bz. Orang2 perabot sibuk nak antar barang. Dengan barang kargo en. Abg yang nak sampai lagi. Dari satu kedai ke kedai lain tiba. Akhirnya kawan en. Abg yang datang membantu sedikit kerja. Sudahnya sambil menunggu di bilik, terus saya tertido sehingga menghampiri jam 11.30mlm.

Bangun2 je, disuprisekan dengan kejutan en. Abg yang sangat sweet. Penat lelah beliau mengtouch up hall dengan hasil yang mencuri perhatian saya. Bagi saya sentuhan beliau indah, setara dengan citarasa dan pembaharuan yang saya inginkan. 99% complete, cuma tinggal utk memasang day curtain yang dalam proses pembikinan.

Sekarang ni, tinggal utk selesaikan bahagian 2nd hall yang akan menjadi ruang santapan. Dan juga sedikit aksesori tambahan untuk menaikkan seri.


~~Ongoing process~~~

Semua hadiah kawen kitorang pindahkan siap2 dari bilik tengah ke bilik hujung buat sementara waktu sehingga wardrobe baru sampai. Pakai sumbat je sebab nanti pun nak susun balik. Lintang pukang jadinya. Mana set pinggan mangkuk terpilih akan disimpan dalam kitchen cabinet. Selebihnya semua nak simpan. Nak pakai semua takdelah kejadahnya. Duduk berdua je. Tapi mungkin jugak boleh buka siap2. Kot2 ada orang datang bertandang ke rumah nanti bolehla guna.




Kesian melihat orang angkat perabot2 tu, kitorang hidangkan air teh o ais dan kueh raya in advance ni. hehe. Kueh buatan sendiri ni ^_^




Inilah semua barang en. Abg yang dikargo dari AD. Dalam 10 kotak tak silap. Malam tadi jugak kitorang punggah kotak2. Tapi just keluarkan barang2 tertentu je. So malam ni sambung mengemasla nampaknya. Kurus kitorang laki bini macam ni. hehe




p/s : Tak sabar nak tunggu 100% complete =)

23 August 2011

Gerak Gempur Hari Raya

Salam


Wah... Kalau tengok tajuk macam hebat je kan. Tapi yang sebenarnya takdelah begitu. Cuma nak share keseronokan beraya tahun ni dengan sedikit persiapan yang tak dijangka.


Sejak kawen, saya dan en. Abg duduk berjauhan. Cuma sekali sekali je en. Abg pulang bercuti. Jadi keperluan rumah kitorang hanya tertumpu kepada keperluan asas. Ala, yang cukup2 utk hidup berdua.


Tapi, insyaAllah lepas ni akan jadi bertiga. Dan en. Abg pun akan menetap semula bersama saya di sini. Jadi, da sampai masa kami rasa teratak kecil ni harus dipenuhi serba sedikit dengan keperluan yang berasaskan kehendak. Rumahku syurgaku bukan :)


Jadi, semalam saya dan en. Abg pergi mencari sedikit keperluan yang berasaskan kehendak tersebut. Luckily kat Kinrara ni banyak kedai perabot yang harganya agak reasonable. So, awal2 pagi, operasi pencarian telah dimulakan.


Gud morning anak ummi. Jom kite jalan2 dgn ayah! :)



Semangat keterujaan sang isteri di pagi hari ^_^



Tengok set ni memang berkenan. Harga pun sangat berpatutan tapi memikirkan ruang rumah yang terhad, simpan sajalah hasrat.





Sesi pengukuran yang sangat penting utk elakkan terbeli barang yang terlebih saiz. Belajar dari pengalaman lepas.






Disebabkan kedai ni ada kilang sendiri, so barang2 kat sini harga dia sangat berpatutan. Kedai ni akan terus jadi pilihan utama kitorang kalau nak cari barang. Dan dekat dgn rumah, so takde charge delivery.



Cermin kat dinding tepi meja makan utk nampak view rumah lebih luas. Coming soon, dalam senarai.




Dan juga ini





Akhirnya bertemu jodoh kabinet tv dan meja makan di sini. Ada saya berkenan satu kitchen cabinet tapi stok da abis pulak. Yang display pun tunggu masa nak hantar kat orang. Kalau nak order makan masa 10 hari. Lama la pulak, so round2 kedai lain dulu kot jumpa yang berkenan di hati. Yang penting selaras dengan ketebalan poket. hehe


Btw, disebabkan awal2 pagi kami sudah terpacak depan kedai dan jadi 1st customer utk hari tu, so dapatla harga murah skit. Maka, lepas ni kalau nak cari barang silalah pergi awal pagi ye kawan2. Mana tau murah rezeki :)
Destinasi seterusnya ke Giant atas 2 tujuan. Satu, nak usha2 kedai perabot kat tingkat atas dan kedua nak beli barang dapur untuk masakan berbuka bersama keluarga nanti. At last berjumpa jugak kitchen cabinet kat sini. Disebabkan tengok wardrobe pun tgh murah gile, sambar sekali. Sekarang ni dengan space wardrobe yang ada memanglah tak setara dengan keperluan. Ini baru muatkan baju sedia ada, belum masuk baju dalam kargo en. Abg yang nak sampai esok. So, dengan adanya tambahan wardrobe ni, harap2nya dapatlah mengatasi masalah lambakan baju bersepah ni. Boleh juga simpan comforter2 dan benda2 yang patut. Tak semak mata memandang.


Lepas abis urusan bayar deposit, terus ke bahagian market. Masa ni memang rushing habis sebab dah terlambat. Kang tetamu dah sampai depan rumah, tuan rumah masih lagi tak kunjung tibe. Dalam nak beli apa yang perlu tu, hampir penuh jugakla troli ni. Takpela kalau lebih, boleh guna nanti2 kan.









Sampai je rumah terus lintang pukang kemas barang2 tadi. Maka bermulalah operasi berperang dengan dapur. hehe. Sedang2 elok je tetamu datang. Kire perang kat dapur tengah dalam fasa akhir la :)


Sambil tunggu berbuka tu, relax2 jap borak2. Layankan si kecil ni bermain dengan aktif.













Inilah hasilnya...Makan bersila saja. Ini yang tak sabar nak ada meja makan ni. hehe







Watermelon juice koktel yang sedap dan terhebat dari suamiku







Tapi budak ni pulak yang tersandar hebat. hehe







Lepas dorang semua pulang dan en. Abg keluar sebentar bertemu sahabat, maka bermula la operasi mengemas. Tak banyak yang perlu dikemas pun. Tiada pinggan kotor di sinki hasil basuhan kakak dan adik2 tersayang.


Tengok semua clear, teringat sarung kusyen yang dibeli di IOI siang hari. Bantalnya dah lama saya beli di Sogo, cume belum bertemu sarung yang sesuai. Bila jumpa di mana2 kedai, harga pulak cekik darah. Bila terjumpa yang berkenan di IOI Mall tadi, terus sambar 4 keping. Tapi bila diacu di sofa, rasa sedikit kekurangan. Harus tambah 2biji bantal lagi ni..Nak cari kaler yang terang, bagi kontra skit.







Paling tak sabar persiapan menjelang raya tahun ni... Nak tengok rumah berubah warna. en. Abg la ni, beriye nak mengecat rumah. Katanya nak amik feel baru. Layankan ajelah, dah dia rajin. Lagipun sejak beli rumah ni memang tak pernah bercat sebab rasa catnya masih ok.







Nak tau hasilnya? Bila dah siap nanti saya akan kongsikan view rumah sebelum dan selepas bertukar wajah. Saya sendiri dah tak sabar. Yahoooo....Raya sakan!!! ^_^






p/s : Sudah ketemu baju raya tambahan yang memikat hati. TQ en. Abg :)

Aktiviti Ramadhan Suami Isteri

Salam

Aktiviti pertama suami isteri selepas ambil en. Abg di KLIA ialah pergi ke bazar Ramadhan.



Kitorang pilih untuk pergi ke bazar Pandan Indah. Dah alang-alang satu jalan nak balik ke Kinrara. Masa mula2 sampai area bazar tu, tengok punyala banyak kete kat bahu jalan. Agaknya sebab hujan baru berhenti, orang pun ambil peluang ke bazar sebelum hujan semula. Pusing punya pusing, akhirnya dapat jugak parking yang dekat dgn bazar. Rezki si kecil mungkin =)

Tapi saya tak excited nak beli macam2. Mungkin sebab sekarang pun sudah hampir penghujung Ramadhan. Lagipun sebelum ni kerap kali juga ke bazar. Bagi peluang org yang baru balik dr jauh ^_^

So inilah menu berbuka kitorang Ahad lepas... Sambal udang dan ikan bawal goreng tu import dr rumah emak tersayang. Ayam percik tu beli di bazar atas keinginan en. Abg.




Rojak mee pilihan suamiku jua




Satu lagi menu yang diimport hasil tangan mak mertua utk menantu dr jauh dan anak manja =p




Bubur lambuk yang diidam en. Abg dan putu bambu moden yang marvelesss



Bila perut makin besar ni, cepat rasa senak bila berbuka. Perut rasa tegang je. Jadi tak boleh makan banyak sebab nanti rasa tak sedap je badan. Lebihan lauk yang ada dipanaskan aje utk santapan bersahur. Walaupun hanya berdua dengan menu yang serba sederhana, nikamat sahur bersama tu tetap terasa.

6 hari lagi utk bersahur bersama =)

20 August 2011

Salam

Esok tengahari nak ke KLIA menjemput en. Abg pulang. Kepulangan yang dinanti-nanti setelah 3 bulan tidak bersua. Dari si kecil berusia 16minggu, sehinggalah kini berusia 30minggu. Dari rindu membukit sudah jadi rindu menggunung.

Kebiasaan sebelum en. Abg pulang, saya akan balik ke Kinrara dulu mengemas apa yang patut. Dari kerja remeh sehingga kerja ringkas dengan bantuan ayah, emak dan adik beradik yang lain terutama dalam kondisi diri yang sebegini.

Pagi tadi, rutin tu telah terlaksana dengan bantuan ayah dan adik bongsu saya, Ayoy. Kerja2 berat semua dibantu oleh Ayah. Kerja2 ringan mengemas dibuat oleh saya dan dibantu adik. Hadiah di hari jadi ayah. hehe. TQ ayah dan adik yang membantu :)

Perkara pertama yang saya buat bila sampai je dirumah, kemaskan peti ais dan masukkan bahan2 mentah yang dibeli di Pasar Kg. Pandan bersama emak dan ayah. Tak banyak yang dibeli, cuma keperluan asas utk santapan kami barang dua 3 hari.

Lepas mengemas kamar beradu, saya beralih ke bilik tengah. Bilik yang menghimpunkan segala hadiah perkahwinan dan juga keperluan tidur bagi tetamu yang datang. Dan sekarang bertambah fungsi kepada bilik penyimpanan sementara barang2 si kecil yang telah dibeli.




Barang2 si kecil saya susun di suatu sudut. Nampak sedikit tapi InsyaAllah banyak keperluan yang telah lengkap. Lepas ni akan double check balik list. Target saya sebelum en. Abg balik semula ke AD, semua barang dah lengkap. Kot2 la si kecil ni nak keluar awal jumpa orang2 yang xsabar nak peluk cium dia. *TQ nenek sebab bagi set tilam peach yang comel tu :)*

Habis mengemas bilik tengah, saya jengah ke bilik solat di hujung skali. Rasanya tiada apa yang perlu dikemas memandangkan hanya dilengkapi dengan barangan solat.

Usai berkemas dan solat Zuhur, saya, ayah dan Ayoy pulang ke Pandan Jaya. Selamat tinggal teratak kecil. Esok kite ketemu lagi ye :)

16 August 2011

4 Hari Lari Dari Opis

Salam


Sekarang ni sedang berkampung di siang hari di IPB. Ada kursus OpenOffice utk 4 hari.


Duduk menghadap screen berterusan beberapa jam, turun naik tangga setinggi 4 tingkat setiap hari membuatkan pinggang ni lenguh semacam. Akibatnya bila balik rumah terus flat.


Hari ni hari ke-2, ada 2 hari lagi. Hari ni better than semalam yang agak kebosanan. Harap2 boleh balik awal, bolehlah lepaks2 dulu before malam ni mengerah tenaga menyiapkan kueh sarang semut yang menguji kesabaran tu. huhu


p/s : Si kecil ni suka kot belajar2 benda macam ni. Bukan main aktif lagi dia bergerak2 sana sini. Kamu buat ummi terhiburlah syg =)

15 August 2011

Mak B Di Jalan TAR

Salam 15 Ramadhan =)

Alhamdulillah, masih lagi berpuasa penuh. Harap2 dapat berpuasa sampai penghujung Ramadhan. Ramadhan kali ni terasa cepat benar berlalu kan. Tau2 je dah dah masuk minggu ketiga. Pejam celik sampai ke penghujung =)

Sabtu lepas saya dan Along bersesak di Jalan TAR. Kalau diikutkan hati memang malas nak menyibuk di Jalan TAR tu. Tapi disebabkan takde barang sehelai pun busana Syawal buat masa ni, jadi kelmarin nak taknak harus mencari jugak. Dapat sehelai dua pun jadi la. Kurang2 nampak la kemanisan di pagi Syawal di rumah mertua ^_^

Punyalah ramai manusia kat Jalan TAR tu. Dalam LRT tu, bukan main penuh lagi. Semua kaum pun ada. Mungkin semangat 1Malaysia kot.

Dari stesen LRT Masjid Jamek saya dan ALong perlahan-lahan menapak menyelit2 di sepanjang laluan berdekatan Wisma Yakin. Kebanyakan kedai jual benda yang sama. Tapi rasanya paling banyak kedai jual brooch. Sempatlah tangkap sebijik brooch hari raya. Dan jugak stokin murah utk kegunaan ketika berpantang nanti.

Sambil berjalan mata melilau ke sana ke mari. Dengan keadaan diri macam ni, plus berpuasa memang terasa kepenatan. So, saya dan Along ambil keputusan mempercepatkan agenda tanpa merapu2 ke sana ke mari dengan kudrat yang tak berapa nak ada ni.

Antara hasil pembelian. Along berjaya rembat 2helai tudung di Hajra. Sehelai blause utk bakal ummi dan 2 pasang baju utk si kecil. Yang ni wajib. hehe


Obses dengan badan sendiri yang mengembang dengan hebat =p




Kepenatan meredah lautan manusia di Sogo





Walaupun tujuan asal mau mencari berhelai2 baju, tapi yang berjaya dirembat hanya sehelai. Nampak gaya, terpaksa terkedek2 lagi la ke sana. huhu

12 August 2011

P : 29W & 2D

Salam


Semalam pegi check up di Pusrawi. Sekarang baby dah pun masuk 29W, so tinggal lagi 11W je lagi.


Hasil check up bakal ummi:

Urine : Normal

BP : Normal

Berat : Turun 200g, now 69.6kg.


Dan hasil check up baby :

Kedudukan : Kepala ke bawah

Berat : 1385g. Macam ada potensi montel je. hehe

Gender : Anak dara. Anak dara? Auwww!!! Gediks je. hehe


Alhamdulillah baby dalam keadaan baik. Kali ni doc scan muka baby. Walaupun tak clear sgt sbb black & white scan, still boleh nampak muka si kecil. Macam tak percaya pulak yang sedang ditelek tu muka buah hati sendiri. Rasa macam apa dalam hati, xtahu nak describe macam mana. Happy, terharu semuanya bercampur.


Dulu awal pregnancy, ada jugak niat di hati nak buat scan 3D. Tapi kalau buat scan tu tanpa en. Abg takdelah rasa seronoknya. Dan saya fikir, lebih suprise bila tengok muka si kecil bila dia keluar ke dunia ni nanti. Ikut muka saya ke ke muka ayahnya =)



View dari kepala baby





Dan ini pula, muka si kecil =)





Saya @ 29W





p/s : Nest week ayah balik. Bagi dia pulak chance cakap dgn baby hari2 =)

05 August 2011

Semangat Raya

Salam

Tadi dah beli bahan2 utk buat kueh raya. InsyaAllah malam ni kalau berkesempatan, berjalanlah operasi. Mau buat biskut cornflakes, resepi turun temurun kegemaran sekeluarga. Nyum2 =)


Tak sabar nak buke pose. Sabar ye baby syg =)



04 August 2011

P : 28W

Salam

Hari ni dah masuk minggu ke-28. So saya nak share skit info pasal pregnancy di minggu ke-28 ni =)

Minggu 28

Umurku 26 minggu. Panjang total tubuhku 35 cm dan berat badanku 1100 g. Ibu dapat mendengar detak jantungku saat ini. Tinggal 12 minggu lagi!



Janin :

Janin ibu meningkatkan berat badannya lebih dari 10 kali dalam 11 minggu. Namun selama 4 minggu terakhir ini, berat badanya meningkat sampai 2 kali. Pada akhir minggu ke-28, berat badan janin mencapai 1100 g, panjang badan-bokong janin mencapai 25 cm dengan total panjang 35 cm. Kulit tipis janin berwarna kemerahan dan dilapisi dengan verniks kaseosa. Produksi sel darah merah sudah dilakukan seluruhnya oleh sumsum tulang janin.

Janin ibu masih bergerak aktif sekarang, namun sekitar minggu ke-32 gerak janin akan berkurang karena sempitnya ruang gerak bagi janin di dalam kantong ketuban. Hal ini terjadi karena janin yang semakin bertambah besar. Otak janin saat ini mengendalikan refleks pernapasan dan suhu. Janin ibu sekarang memiliki rambut di kepalanya dan lanugo hampir menghilang seluruhnya dari tubuh kecuali di bahagian punggung dan bokong. Sebagai respon terhadap suara, detak jantung janin akan semakin cepat apabila mendengar suara ibu.


Ibu :

Rahim ibu berada 8 cm di atas pusar dengan kenaikan berat badan saat ini adalah 7.7 – 10.8 kg. Dari puting payudara ibu, terkadang keluar rembesan cairan berwarna kekuningan yang disebut dengan kolostrum. Hal ini tidak berbahaya dan merupakan pertanda payudara sedang menyiapkan ASI untuk menyusui bayi. Dalam kunjungan berikutnya, dokter dapat memberitahu posisi janin ibu sekarang, apakah kepala di bawah atau kaki dan bokong dibawah (sungsang). Janin dalam posisi sungsang kemungkinan akan dilahirkan dengan operasi sesar. Namun ibu jangan khawatir apabila saat ini janin ibu berada di posisi sungsang, masih ada waktu 2 bulan lagi bagi janin untuk merubah posisi. Kebanyakan janin akan merubah posisinya sendiri.

Dalam trimester ketiga ini, umumnya wanita hamil akan meningkatkan berat badannya sebanyak 5.5 kg. Apabila ibu sedang berkunjung rutin ke dokter ibu, maka cobalah untuk mendiskusikan mengenai cara persalinan nanti, apakah normal atau memerlukan operasi. Apabila ini adalah persalinan pertama, maka pertanyaan mengenai episiotomi, monitoring janin, dan pereda rasa nyeri adalah pertanyaan yang paling sering ditanyakan. Mulailah untuk mendiskusikan dengan dokter kebidanan ibu mengenai A-Z perencanaan melahirkan untuk ibu. Minggu ke-28 merupakan masa untuk mengulangi tes darah tertentu seperti tes toleransi glukosa.


Tips untuk ayah :

Trimester terakhir adalah trimester terberat bagi ibu. Pastikan anda terlibat dalam kesibukannya. Suport dari ayah dapat mempermudah keluhan dan kesulitan ibu hamil. Ibu akan memerlukan pendampingnya lebih dari biasanya. Anda dan ibu dapat berbelanja untuk membeli segala kebutuhan bagi bayi, membeli pakaian hamil, atau membeli minyak untuk memijat kaki ibu.


p/s : Hari ni masuk hari ke-4 Ramadhan. 24 hari lagi ayah balik la baby!!! =)

03 August 2011

Jauh Di Mata Dekat Di Hati

Salam

Semalam terima satu parcel
Dari orang yang jauh di mata tapi amat dekat sekali di hati




2 bungkus kurma dari en. Abg utk isteri dia yang liat makan kurma ni. Tapi sejak pregnant sudah mula biasakan diri. So sebagai galakan, dikirimkan kepada saya kurma kasih ni. TQ so much syg =)




Dari sumber yang saya dapat, kurma ni salah satu makanan yang mengandungi zat besi. Sangat sesuai utk saya yang ingin meninggikan HB ni. InsyaAllah dengan izinNya...


Tetibe.....

Saya rasa nak makan benda alah ni la

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.



Putu piring yang sedap tue!!!

02 August 2011

P : 25W & 5D

Salam

Semalam 1st time check up di Hospital Ampang. Biasanya sebelum ni monthly check up di KIA Kampung Pandan je. Tapi memandangkan KIA Kampung Pandan tu klinik kecil, so saya kena buat fully check up di Hospital Ampang for detail check up.

Appointment pukul 9pagi. Ingatkan akan menunggu sampai ke tengahari baru selesai. Rupa2nya pukul 11 dah selesai semuanya. Next appointment 28 September nanti, ketika baby nak masuk 36W. Hasil dari check up dan scan di Hospital Ampang:

Berat terkini bakal ummi : 70.00kg. Maknanya setakat ni baru gain dalam 5kg sepanjang pregnancy
BP : 120/60
Urine : Normal
Kedudukan rahim : Selaras dengan usia kandungan
New EDD : 20 Oktober 2011. Sama tarikh ngan nenek KL =)

Berat terkini baby : 1200g
Posisi : Kepala ke bawah
Air ketuban : Normal
Gender : Masih lagi gegirl =)

Semalam hari yang penuh check up sebab petangnya pulak check up di KIA Kg. Pandan. Adoiya, penat jugak kena ke sana ke mari. Nasib bakal atok baik hati tolong hantar jemput balik. Trima kasih atok. Sayang atok =)

Hasil check up di KIA Kg. Pandan sama saja di Hospital Ampang cume berat di sini 70.30kg. Takpelah, takat lari 300g sahaja. Tapi yang mendukacitakan HB masih rendah seperti 2 minggu lepas, cuma naik 0.1 je. Nurse ada terangkan kesan HB rendah ni. Salah satunya bakal ibu senang pitam dan ada risiko tumpah darah masa deliver.

Runsing pulak memikirkan hal ni.Yelah i ni memang tak makan hati, paru dan kerang segala tu. Tak penah sekali seumur hidup. Kalau termakan tu, cepat2 muntahkan balik. Nurse kata, selain tu makanan yang ada zat besi ni macam jambu batu, pucuk betik dan sayuran hijau.

But bila jumpa doc, doc bagi jawapan yang memberi sedikit kelegaan. Katanya walaupun HB saya rendah tapi masih meningkat dari 2 minggu lepas. Dia kata obimin tu tak cukup khasiat iron dia. Saya perlukan extra zat besi, so dia suggestkan saya ambil tablet khas iron. Memandangkan stok iron kat KIA da abis, so balik dari KIA tu terus singgah farmasi beli iron plus. 60 tablets for RM28. Saranan pemakanan 2 or 3 tablets setiap hari. Harap2 dengan additonal supplement ni, HB saya akan naik back to normal.

p/s : Hari ni hari ke-2 berpuasa. Alhamdulillah semalam berjaya puasa tanpa kesukaran dan harapnya hari ni begitu juga. Anak ummi sayang, kita amik barakah Ramadhan ni sama2 ye =)

Parenthood Expo 2011

Salam

Hari ni baby dah masuk 27W & 6D. 2 hari lagi nak masuk ke 3rd trimester. Sekejap je kan rasa masa berlalu. Tau-tau je nanti dah nak deliver. Deliver??? Fikir2 macam excited je nak keluarkan si kecil dari perut ni. Tapi fikir2 balik macam seriau je. Camno tuh?

Setakat ni keadaan bakal ummi ni adalah dalam keadaan sihat dan memberansangkan. Masih lagi boleh bergerak aktif walaupun kadangkala kepenatan. Selera makan jugak masih hebat. Keinginan utk makan yang macam2 pun semakin hebat jugak sampai pening kepala bakal atok dan nenek nak melayan. hehe

Kalau dari segi persiapan baby, rasanya baru selesai dalam 40%-45%. Kalau dilihat hasil tiap kali pulang bershopping, rasanya dah banyak yang dah dirembat. Tapi hakikatnya masih banyak yang tertinggal, masih banyak yang lompong dalam senarai. Jadinya lepas ni kena usaha dengan lebih giat lagi.

Ahad lepas saya sempat ke Parenthood Expo di Midvalley bersama Along n BIL serta hero cilik macho, Waiz Miqdad. Sebolehnya dalam hati mau rembat sebanyak mungkin keperluan selaras dengan budget yang ada dalam poket. Tapi sudahnya balik dengan hasil yang sedikit tapi kepenatan yang maksima. huhu

Expo ni biasa2 je saya rasa, lebih kepada promosi kepada jualan barang yang boleh didapati secara online. Kalau takat datang untuk jenguk2, memang sesuai. Tapi kalau utk dapatkan barangan pada harga yang murah dari pasaran, expo ni bukanlah tempat yang sesuai.




Latest pic of Mak Buyong. Membesar bagai juara =p




Thanx to Along dan BIL yang setia menemani. Dan juga hero cilik sebagai penghibur.






Semakin keletah dan agresif cucu atok ni.










Ada dancing show lagi. Sementara saya dan Along meredah lautan manusia, tinggalkan Waiz dan BIL menghadap show ni.




Lucky Draw




Nampaknya langkah kanan saya kali ni. Lepas abis pusing dan beli apa yang patut di expo, BIL belanja makan di Tony Roma's. Wuhuuuuu!!! TQ abg iparku =)








Tengok ini budak, aktif betol lari sana sini. TQ uncle 4 da balloon =)




p/s : Geram melihat baju2 comel. Sabar dulu yo =p