02 August 2011

P : 25W & 5D

Salam

Semalam 1st time check up di Hospital Ampang. Biasanya sebelum ni monthly check up di KIA Kampung Pandan je. Tapi memandangkan KIA Kampung Pandan tu klinik kecil, so saya kena buat fully check up di Hospital Ampang for detail check up.

Appointment pukul 9pagi. Ingatkan akan menunggu sampai ke tengahari baru selesai. Rupa2nya pukul 11 dah selesai semuanya. Next appointment 28 September nanti, ketika baby nak masuk 36W. Hasil dari check up dan scan di Hospital Ampang:

Berat terkini bakal ummi : 70.00kg. Maknanya setakat ni baru gain dalam 5kg sepanjang pregnancy
BP : 120/60
Urine : Normal
Kedudukan rahim : Selaras dengan usia kandungan
New EDD : 20 Oktober 2011. Sama tarikh ngan nenek KL =)

Berat terkini baby : 1200g
Posisi : Kepala ke bawah
Air ketuban : Normal
Gender : Masih lagi gegirl =)

Semalam hari yang penuh check up sebab petangnya pulak check up di KIA Kg. Pandan. Adoiya, penat jugak kena ke sana ke mari. Nasib bakal atok baik hati tolong hantar jemput balik. Trima kasih atok. Sayang atok =)

Hasil check up di KIA Kg. Pandan sama saja di Hospital Ampang cume berat di sini 70.30kg. Takpelah, takat lari 300g sahaja. Tapi yang mendukacitakan HB masih rendah seperti 2 minggu lepas, cuma naik 0.1 je. Nurse ada terangkan kesan HB rendah ni. Salah satunya bakal ibu senang pitam dan ada risiko tumpah darah masa deliver.

Runsing pulak memikirkan hal ni.Yelah i ni memang tak makan hati, paru dan kerang segala tu. Tak penah sekali seumur hidup. Kalau termakan tu, cepat2 muntahkan balik. Nurse kata, selain tu makanan yang ada zat besi ni macam jambu batu, pucuk betik dan sayuran hijau.

But bila jumpa doc, doc bagi jawapan yang memberi sedikit kelegaan. Katanya walaupun HB saya rendah tapi masih meningkat dari 2 minggu lepas. Dia kata obimin tu tak cukup khasiat iron dia. Saya perlukan extra zat besi, so dia suggestkan saya ambil tablet khas iron. Memandangkan stok iron kat KIA da abis, so balik dari KIA tu terus singgah farmasi beli iron plus. 60 tablets for RM28. Saranan pemakanan 2 or 3 tablets setiap hari. Harap2 dengan additonal supplement ni, HB saya akan naik back to normal.

p/s : Hari ni hari ke-2 berpuasa. Alhamdulillah semalam berjaya puasa tanpa kesukaran dan harapnya hari ni begitu juga. Anak ummi sayang, kita amik barakah Ramadhan ni sama2 ye =)

4 comments:

  1. kita sama masalah time pregnant hb rendah..dah mcm2 akak mkn termasuk lar beli sendiri iron plus kat farmasi..hasilnyer sama jugak huhu..tapi ida jgn putus usaha yerr..

    ReplyDelete
  2. tu la kak. awal pegnant dulu ok. but makin lama makin turun lak. harap2 usaha makan iron ni berhasil.dan selamat sampai deliver nanti.

    ReplyDelete