30 November 2010

Hari Graduasi Version Cabuk - Part II

Salam

Sebelum teruskan post ni, mahu maklumkan sesuatu berkenaan tajuk post. Cabuk di sini bukanlah bermaksud yang hampeh tapi bermaksud segala gambar yang terdapat dalam post ini dan terdahulu adalah dari hp cabuk saya sendiri. Yela, dengan hanya 5mp, kualiti gambar tidaklah sehebat mana. Tapi kalau dibandingkan dengan BB, saya tetap vote for N82 ni. Tq Carl Zeiss. Nanti bila da dapat gambar dari BIL dan tukang tangkap gambar Izan, saya dedahkan dalam version hebat pulak.

Lepas Izan kuar dari dewan, kitorang berkumpul kat Galeri. Stay situ je sbb kat luar pun tgh ujan lebat. Tak dapat nak gerak mana. So lepas amik2 gambar tuh, kitorang gerak ke Quality Hotel utk dinner. Tapi Izan n da geng keluar cari port utk snap sum pics memandangkan cuaca mengizinkan.

Sampai kat Quality tu port dulu kat surau for Asar. Alang2 tunggu skali Maghrib. Gilir2 jaga si kecik ni

At Gardenia Cafe. Fyi buffet ni dari kul 7 to 12. Masa kitorang sampai tu, tak ramai orang pun. Adalah 3 4 group je including kitorang


Ayah makan dulu, baru ibu pulak. Kenalah gilir2 kan :)


Our mak :)


Puan punya blog baru nak makan. Amik nasi dulu. Memang tengah lapar gile time tu


Main food


Lepas tu makan ni pulak. Rojak buah dengan dessert


Baru nak ramai orang datang. Rasanya dorang ni tengah kursus n stay kat Quality Hotel


Wif her besties. Yang tengah tu pengapit i dulu, remember?


Aishah pun nak join bidang mengajar ni. Gud luck ye dik :)


Sambil tengok dorang bercerita ni, melantak bihun sup pulak. Rasa dia ok tapi sup dia kurang panas. Mana nak kick kan.

Lepas da kenyang perut bercampur senak, balik dengan hati senang. Kite tido kat Puchong jom! :)

29 November 2010

Hari Graduasi Version Cabuk - Part I

Salam

Alhamdulillah Hari Graduasi Izan pada petang Sabtu lepas berjalan dengan lancar. Walaupun hujan turun dengan lebat. Walaupun sebelumnya kena meredah jem yang agak teruk. Waiz dalam keadaan tak sihat, tapi tak meragam. Bagus2, senang bawak berjalan :)

Izan dapat sesi petang, jadi dia gerak ke sana dulu dgn mak ayah. Dari melopong tak tentu arah keseorangan di luar dewan, saya pilih utk join Along ke sana. Sekurang2nya sampai di sana dekat2 waktu dia da nak kuar dewan, jadi takdelah buang masa sangat.

Hujan renyai2, jalan jem. Macamkan semua pun nak menuju ke Shah Alam. Oh, lupa pulak nak story pasal bunga yang kitorang belikan utk Izan. Kongsi saja bunga tu dengan Along sbb malam sebelum tu dia sudah pau saya kasut konvo. huhu.

Back tu cerita bunga. Rentetan daripada tahun lepas, saya n Along share jugak beli bunga utk dia. Tapi bunga tu kami import dari luar, di jalanan menuju ke UiTM. Sebab saya tengok pesta konvonya tak seperti pesta konvo, kurang meriah spt di UUM *promote UUM nampak :P* Tapi rupanya2, saya termiss jualan bunga di bahagian belakang dewan. Sedangkan semuanya cantik2 belaka. Jadi bila sudah beli kat luar tu, maklum sajalah harganya ye. Tak kisah la, bukan selalu pun kan...

So kitorang pun decide la dis year nak usha2 bunga kat citu. Tapi disebabkan bertolak pun sudah lambat, jadi beli saja bunga dari Kedai Victory yang berdekatan dgn rumah. Mujur sungguh ada kedai bunga tuh. Takdelah kitorang kelam kelibut semacam. Sekali dia letak RM50 da. Tapi lepas upacara nego2 oleh BIL dapatlah RM45. Harus upgrade skill nego ni Abg Shamin :P


Waiz yang aktif :)



Nak berdiri je. Kalau duduk gelisah semacam



Jadi Mak Ngah amik dari ibu dan bagi bantal utk bagi dia leka



Dan tangkap gambar sama2



Tapi fokus kembali kpd bantal



Dan akhirnya mau berdiri semula. Very da agresif boy :)



Sampai je kat sana, ujan tengah betol2 lebat. Of coz la keadaan penuh sesak dgn manusia. Sudah menjadi adat, keluarga harus ada bersama utk meraikan. Ok, sementara Waiz belum celik bolehla snap2 ngan Along. Bila nampak Waiz dilitupi napkin ni, ingat masa dia kena bedung dulu. Aih, cepatnya masa berlalu







Tido di pangkuan ibu adalah saat terbaik :)



Tapi bila bangun dalam keadaan bising, terus berubah mood menjadi garang



Masih tidak mahu senyum. Ekuuuuu chak aa! Tu ayat mengacah BIL. Harus buat dengan memek muka utk keberkesanan yang hebat



Sementara tunggu Izan tu, pusing2 dulu dalam Galeri. Tengok2 hasil kerja budak kos Art & Design. Memang kreatif sesangat sampai haku pun tak tau apa kebenda yang depa buat ni. Contohnya macam ni



Yang ni ok la, tau jugakla konsep dia



Ada ni jugak. Lukis melukis



Sejurus kuar dewan dengan muka hepy dia tuh. Muka kitorang kelihatan tidak terurus sikit. huhu. Bunga tuh dari besties dia, Aisya n Wanie



Disebalik tabir. Amboi kau Izan. Ari tuh kata takmo gi konvo ni. Alih2 tukang tangkap gambar pun kau sapu skali ye ^_^





en. Pami ada sekali



Wif Sheza yang sama2 bergraduasi. Congrates She :)



Sekian untuk Hari Graduasi Version Cabuk - Part I. Sangat padat dgn gambar. Tak sempat nak citer Part II. Ketemu esok saja la. Nak merempit ngan ayah ni. Da...

27 November 2010

2nd Konvo

Salam
Jap gi nak pi Shah Alam
Izan konvo lagi
Tengok kat luar macam panas terik je
Harap2 sakit kepala ni surut
Harap2 jugak Waiz tak buat hal
Malam ni nak celebrate konvo Izan
Lepas tu bermalam di Puchong
Sayangnya en. Abg takde bersama
Takpela, LDM perlukan pengorbanan
Kurang di sana, lebih di sini
Masam di sana, manis di sini
InsyaAllah, bahagia buat kami atas dugaan ini
Congarates to Izan
and
friends
Semoga yang dicita menjadi kenyataan :)

22 November 2010

TQ Kak Niza

Salam

Hari ni murah rezeki

Dapat makan Kenny Rogers lagi

Hari tu Hanan belanja. Hari ni Kak Niza plak

Thanks kak!

Sedap bangat. Lagi2 bila orang belanja =p

Camne ni. Hari tu memang da setting niat takmo makan fast food dalam masa terdekat ni. Sebab rasa da berkilo2 lemak tak sihat ada dalam badan ni. Tapi hari ni terlanggar pantang plak.

Takpela, orang memberi kite merasa. Tak baik tolak.

Lagipun, takat portion quarter tak banyak mana bukan =p



Tak sah kalau tak amik 3 dishes ni. Harus diseimbangkan dengan mineral water.



Presenting orang yang baik hati belanja kitorang kat The Mall tadi. Walaupun servis kat sana di tahap tak boleh nak blah. Thanks again kak! :)


Cukur Jambul Baby Kak Ina

Salam

Lepas attend wedding Fitri kat TTDI, esoknya hari Ahad saya n Anan ke Semenyih pulak. Ada ofismate buat cukur jambul. Mula2 ingat nak tumpang Anan je, tapi kete dia demam pulak. Jadinya, mintak pertolongan en. Pesona. Selamat jugak sampai. TQ dear :)

Majlis mula kul 1.30. Mula2 janji dengan Kak Izan kul 1 kat area Kajang. Tapi lajak punya lajak, sampai ke Kajang Perdana. Sampai situ lost.Padan muka kitorang, belagak pandai. haha. Tapi gagahkan jugak try cari jalan. Yang bagusnya map pun kitorang tak bawak. Pakai berani redah je. Lepas je LEKAS, pusing punya pusing still tak jumpa. Finally, call ofismate tanya jalan sebab dia duduk area citu. Terus dia guide kitorang.

Sementara menunggu ofismate amik, stop jap kat tepi jalan. Muka tenang walaupun sesat. Confident harus ada =p



Bila bereksperimentasi dengan cahaya, maka gambar nampak puteh berseri. TQ cahaya :)



Cuaca sangat terik, nak2 lagi kawasan perumahan baru camni tumbuhan menghijau sangat sedikit. Alangkah seronoknya kalau mempunyai rumah sebegini di tengah2 KL. Eh, harus bersyukur dengan apa yang ada ^_^



Sekitar majlis



2 hari cuti rasa macam tak cuti je. Bz ke sana ke mari. Rasanya macam perlukan cuti yang panjang la :)

Waiz dah 5 bulan la!

Salam

Semalam sebelum gerak ke umah Kak Ina, sempat snap pic Waiz. 21 Nov 2010, genap 5 bulan. Tapi semalam tak berapa aktif sebab kurang sihat. Batuk n sedikit selsema. Penangan bergembira sangat Raya Haji kat Kelantan dengan abg Nuqman dia tu. Bila atok bawak je dia jalan2 kuar rumah, dari merengek rengek terus diam leka tengok sekeliling.

Bye2 sayang. Mak Ngah pi dulu ye. Kite jumpa next week :)


20 November 2010

Wedding Fitri

Salam

Bila mula cuti sekolah je, maka musim orang kawen pun start la. Alhamdulillah, jemputan yang saya terima tidaklah sekencang mana. Hanya 2 3 majlis setakat ini. InsyaAllah kalau takde aral melintang, dapatla hadir semuanya.

Masa kat Matrik KTT dulu, saya n Fitri ni satu rumah. Lepas abis matrik adalah sekali dua kitorang budak2 umah saja kuar sama2. Tapi lepas tu da jarang contact, kecuali ngan Uji sebab rumah kitorang dekat. U pun sama tapi course lain2.
Tup2 bila opis saya pindah Perkim ni, terjumpa balik si Fitri ni. Rupanya kitorang keje sama bangunan. Saya tingkat 7, dia lak tingkat lebih atas..
Dia wat majlis kat Dewan TTDI. Macam biasa la, bila PJJ ni memang jarang sangat dapat pi wedding kengkawan ngan en. Abg. Jadi saya bawak Izan, yang sentiasa rela temankan saya kalau pegi majlis2 camni.



Bila Izan kata candid time inilah reaksi candid yang terhasil. Nampak garang sungguh muka aku. haha


Hadiah utk Pn. Fitri dan suami. Macam biasalah, drama sebabak sebelum menghadiri wedding. Kelam kabut mencari hadiah kat JJ Maluri. Bila dalam kete Izan tegur napa letak ribbon warna biru sedangkan wrapper warna pink. Aha ek? Kenapa ye? Sbb ribbon tu free kot. Jadi dorang tibai jela nak letak kaler apa. muehehehe...



Jom tengok apa saya tulis utk dia. Seringkas yang mungkin. Izan kata make it short. Yang pentingnya niat dalam hati kite. Orang dirikan masjid, kite doakan yang terbaik.

Berat gak hadiah tu. Lupa hari tu Hari Sabtu. JJ tak provide plastic bag. Tapi kalau provide pun, tak kan nak hangkut dengan plastic beg bagai kan.

Sepatutnya gambar ni berada di atas. Tapi tersalah susun masa upload gambar. hehe. Otw nak cari dewan. Alhamdulillah tak sesat since Izan agak familiar tempat ni.
Suka ngan fresh flower kat kaki Arch tu. Nampak rimbun, tak nampak kosong.

Flower kat table pun nice jugak

Bersama ngan Cik Sai yang nak kawen Mac nanti. Cepat2 kawen wei, tak sabar aku nak merenjis kat ko nanti =p

Pengantin pun sampai. Tak sempat melambai ke Fit, sbb rombongan pihak suami dia ramai yang mengikut.

Uniform team kompang dia sangat menarik perhatian saya. Nampak tradisional dengan baju melayu. Nampak gagah jugak mungkin :)

Masa mula2 masuk dewan, dengar bunyi gamelan. Sangat sweet. Dulu masa kawen, saya pun teringin orang mainkan gamelan sebegini. Sebab feel dia semacam, ala2 romantik tradisional. Saya kan suka yang ala2 kemelayuan. Tapi sebab bajet tak berapa nak cukup, jadi terpaksa korbankan keinginan yang satu ni. Prinsip saya belanja di bawah bajet adalah keutamaan, baru turutkan keinginan.

Nice pelamin. Before balik saya ke tepi pelamin. Nak tunjuk muka n lambai kat pengantin. Tapi Fit tak nampak saya la plak. Maybe kedudukan dia yang tinggi kat atas stage tu buatkan dia tak nampak saya kat bawah. Agak frust jugak. Telahan saya, pelamin yang tinggi membataskan penglihatan pengantin. Betol ke?

Suka dengan deco meja beradap dia. Simple tapi sweet n nice.

Cik Sai n tunang. Amboi, baju sedondon nampak :)

Ini la co-pilot yang sangat membantu.

Puas hati perut kenyang.

Lepas ni majlis Sue kat Shah Alam. Harap2 dapat jumpa ramai kawan2 kat sana. Rindunya zaman blaja :)