Salam
Bila mula cuti sekolah je, maka musim orang kawen pun start la. Alhamdulillah, jemputan yang saya terima tidaklah sekencang mana. Hanya 2 3 majlis setakat ini. InsyaAllah kalau takde aral melintang, dapatla hadir semuanya.
Masa kat Matrik KTT dulu, saya n Fitri ni satu rumah. Lepas abis matrik adalah sekali dua kitorang budak2 umah saja kuar sama2. Tapi lepas tu da jarang contact, kecuali ngan Uji sebab rumah kitorang dekat. U pun sama tapi course lain2.
Bila mula cuti sekolah je, maka musim orang kawen pun start la. Alhamdulillah, jemputan yang saya terima tidaklah sekencang mana. Hanya 2 3 majlis setakat ini. InsyaAllah kalau takde aral melintang, dapatla hadir semuanya.
Masa kat Matrik KTT dulu, saya n Fitri ni satu rumah. Lepas abis matrik adalah sekali dua kitorang budak2 umah saja kuar sama2. Tapi lepas tu da jarang contact, kecuali ngan Uji sebab rumah kitorang dekat. U pun sama tapi course lain2.
Tup2 bila opis saya pindah Perkim ni, terjumpa balik si Fitri ni. Rupanya kitorang keje sama bangunan. Saya tingkat 7, dia lak tingkat lebih atas..
Dia wat majlis kat Dewan TTDI. Macam biasa la, bila PJJ ni memang jarang sangat dapat pi wedding kengkawan ngan en. Abg. Jadi saya bawak Izan, yang sentiasa rela temankan saya kalau pegi majlis2 camni.
Bila Izan kata candid time inilah reaksi candid yang terhasil. Nampak garang sungguh muka aku. haha
Hadiah utk Pn. Fitri dan suami. Macam biasalah, drama sebabak sebelum menghadiri wedding. Kelam kabut mencari hadiah kat JJ Maluri. Bila dalam kete Izan tegur napa letak ribbon warna biru sedangkan wrapper warna pink. Aha ek? Kenapa ye? Sbb ribbon tu free kot. Jadi dorang tibai jela nak letak kaler apa. muehehehe...
Jom tengok apa saya tulis utk dia. Seringkas yang mungkin. Izan kata make it short. Yang pentingnya niat dalam hati kite. Orang dirikan masjid, kite doakan yang terbaik.
Berat gak hadiah tu. Lupa hari tu Hari Sabtu. JJ tak provide plastic bag. Tapi kalau provide pun, tak kan nak hangkut dengan plastic beg bagai kan.
Sepatutnya gambar ni berada di atas. Tapi tersalah susun masa upload gambar. hehe. Otw nak cari dewan. Alhamdulillah tak sesat since Izan agak familiar tempat ni.
Suka ngan fresh flower kat kaki Arch tu. Nampak rimbun, tak nampak kosong.
Flower kat table pun nice jugak
Bersama ngan Cik Sai yang nak kawen Mac nanti. Cepat2 kawen wei, tak sabar aku nak merenjis kat ko nanti =p
Pengantin pun sampai. Tak sempat melambai ke Fit, sbb rombongan pihak suami dia ramai yang mengikut.
Uniform team kompang dia sangat menarik perhatian saya. Nampak tradisional dengan baju melayu. Nampak gagah jugak mungkin :)
Masa mula2 masuk dewan, dengar bunyi gamelan. Sangat sweet. Dulu masa kawen, saya pun teringin orang mainkan gamelan sebegini. Sebab feel dia semacam, ala2 romantik tradisional. Saya kan suka yang ala2 kemelayuan. Tapi sebab bajet tak berapa nak cukup, jadi terpaksa korbankan keinginan yang satu ni. Prinsip saya belanja di bawah bajet adalah keutamaan, baru turutkan keinginan.
Nice pelamin. Before balik saya ke tepi pelamin. Nak tunjuk muka n lambai kat pengantin. Tapi Fit tak nampak saya la plak. Maybe kedudukan dia yang tinggi kat atas stage tu buatkan dia tak nampak saya kat bawah. Agak frust jugak. Telahan saya, pelamin yang tinggi membataskan penglihatan pengantin. Betol ke?
Suka dengan deco meja beradap dia. Simple tapi sweet n nice.
Cik Sai n tunang. Amboi, baju sedondon nampak :)
Ini la co-pilot yang sangat membantu.
Puas hati perut kenyang.
Lepas ni majlis Sue kat Shah Alam. Harap2 dapat jumpa ramai kawan2 kat sana. Rindunya zaman blaja :)
No comments:
Post a Comment