04 November 2010

Dan Sebenarnya...

Salam

Semalam petang seharusnya membonceng bersama ayah utk pulang ke rumah

Tunggu...

Tunggu...

Tunggu...

Tapi ayah tak muncul2 jugak

2 3 kali call takde jawapan

Akhirnya decide utk naik LRT sahaja. Tapi hati rasa macam ada yang tak kena. Naluri anak...

Otw ke LRT terdengar siren ambulance. Bila berpaling nampak ambulance Hospital Tung Shin. Hati makin tak sedap.

Call rumah tanya mak ayah da balik belum. Belum.

Sampai2 je kat umah mak cakap ayah excident, ada kat Hospital Serdang. Terus inform Along n Izan, tapi tidak Ayoy. Dia tengah berperang dengan paper exam, sebolehnya tak mahu buat dia risau.

Pukul 10mlm lepas inform en. Abg, bergegas kami ke sana. Walaupun tau keadaan ayah yang berada dalam kondisi stabil, hati tetap risau. Tahun ni sahaja sudah 2 3 kali ayah excident walaupun minor.

Air mata emak sudah menitik. Saya faham, emak risau dan runsing. Saya jugak tau risau2 kami pada ayah tidak akan sesekali sama risau seorang isteri pada si suami. Saya suruh mak istighfar banyak2.

Sampai di Hospital Serdang, masuk di bahagian emergency. Amik giliran utk berjumpa ayah. Saya yang terakhir. Alhamdulillah, CT Scan tidak menunjukkan apa2 yang meragukan. Mungkin hentakan di kepala membuatkan ayah sedikit lupa.

Ikutkan ayah harus menghuni Hospital Serdang buat sehari dua. Tapi, nak buat macammana bila tuan punya badan berkeras nak balik jugak.

Jadinya, harus memaksa ayah berehat sepenuhnya di rumah. Kena pastikan luka2 yang banyak tu sembuh. Semoga ayah cepat sembuh n boleh bawak Waiz jalan2 kat padang cepat2 :)

Di sebalik khabaran duka ni, terselit juga khabar gembira. Terima Kasih Ya Allah...

No comments:

Post a Comment