Lilypie First Birthday tickers

Lilypie First Birthday tickers

14 March 2012

Botol Susu

Salam

Kali pertama saya bagi Airis minum susu dalam botol ketika dia masih dalam hari. Rasanya ketika masuk minggu ketiga. Saya gunakan botol susu Avent. Masa tu Airis minum dengan rela tanpa sebarang protes. Kuantiti sekali minum lebih kurang 2oz.

Saya ajar dia guna minum guna botol dalam masa lebih kurang seminggu. Bila tengok dia dah ok, saya pun skip guna botol. Satu sebabnya saya rasa leceh sebab kena panaskan susu dulu. Belum sempat panas, Airis dah menangis sebab lambat dapat susu. Dan satu sebab tak sempat saya nak pam susu, Airis dah sibuk nak menyusu. Lama2 saya direct bf Airis je


Sampai la dah nak abis berpantang. Saya cuba gunakan botol susu kembali. Sangka saya Airis akan menerima dengan rela, tapi sangkaan saya teramatlah meleset. Sebulan lebih tak merasa puting botol, dia sepenuhnya menolak untuk menyusu melalui botol. Berhari2 saya training, dari rumah mertua lagi. Tapi hasilnya amatlah mendukacitakan. Sebab tak sampai hati tengok Airis menangis beriye, saya direct bf je sampailah balik semula ke Kinrara.

Mak mertua ikut saya balik ke Kinrara. Keesokan hari selepas tiba di rumah, maka misi training pun bermula la semula. Kali ni saya bertukar ke botol Tommee Tippee dengan harapan Airis takkan tolak botol ni yang katanya Closer To Nature dan putingnya yang seakan-akan sama dengan puting ibu. Hampa jugak bila Airis refused untuk minum susu di samping menangis yang buatkan hati saya sayu. Ikutkan hati saya memang saya give up je. Mujur ada mak mertua yang membantu. Dia yang tolong susukan Airis. Saya pulak dalam keadaan susah hati.

Akhirnya minum jugak Airis susu tu dalam pukul 3.30ptg. Bayangkan dari jam 5pagi sehinggalah 3.30 petang dia berlapar. Bukanlah dia tak minum langsung susu botol tu tapi sedikit-sedikit buat syarat hilangkan dahaga dia tu. Berjayalah misi tu dan 3 hari berikutnya saya susukan Airis sepenuhnya pakai botol susu.

3 hari tak direct bf Airis, saya rasa rindu. Rindu nak direct bf Airis. Rindu nak usap rambut dia masa dia tengah bf. Dan rindu sekali nak lihat renungan manja dia pada masa yang boleh saya dapat ketika bf dia. Lepas tu terasa payah untuk bangun malam2 untuk panaskan susu. Jadi saya ambil keputusan malam tu terus direct bf Airis.

Rupa2nya kerinduan saya tu membuatkan Airis sekali lagi menolak untuk minum susu botol. Lagi2 bila saya yang susukan, memang dia tolak habis2an. Mungkin terbau badan saya. Jadi mak mertua yang susukan. Dia minum tapi tak berapa nak sangat. Tapi bolehla dari tak minum langsungkan.

Bila mak mertua balik ke kampung semula, maka berdualah saya dengan Airis di rumah sementara menunggu emak datang ke rumah. Emak saya kurang sihat dan adakalanya harus pergi ke hospital untuk check up. Nak taknak saya harus training Airis seorang diri.

Memanglah bercinta betol nak susukan Airis guna botol ni. Tiap kali dia nak minum susu je, tiap kali tu la kitorang berperang. hehe. Sampailah kadang2 dia letih dan mengantuk, jadi dia minum jugak tapi dalam kuantiti yang sedikit. Maka terbuanglah susu tadi yang tak habis tu. Takpela, janji Airis nak minum walaupun sedikit.

Sampai satu tahap saya dah biasa dengan tangisan Airis bila diberi susu dalam botol. Lain pulak bagi emak saya yang terasa hiba melihat cucunya begitu. Yela, menangis sampai meleleh air mata. Pernah jugak saya rasa kesian dan nak direct bf je. Tapi saya fikir kalau kat rumah pengasuh dibuatnya dia taknak minum susu botol macammana? Takkan saya nak berlari balik ke rumah kot? Bukannya dekat2. Jadi saya bulatkan hati, untuk kebaikan dia jugak..

Atas nasihat Kak Izan, saya tukarkan puting Airis kepada yang lebih lembut. Tukar puting bermakna botolnya pun harus ditukar jugak sebab botol Avent dan Tommee Tippee jenis wide neck. Sudahnya saya guna botol yang lebih kurang di bawah ni. Tapi bukanlah brand yang sama. Tak kire apa brand, saya guna yang comel2 je.



Sekarang ni pengasuh kata Airis dah boleh minum susu botol. Tak macam dulu yang minumnya sediki-sedikit. Kalau kena mood habislah minum 3oz sekali minum. Kalau tak berbakilah sedikit. Disebabkan storage bottle Bumble Bee tu boleh jadi botol susu, saya guna botol tu je. Just panaskan je susu kemudian cucuk puting. Siaplah untuk diminum Airis.

Begitulah cerita Airis dengan botol susunya. Buat masa ni saya peram dulu botol Avent dan Tommee Tippee tu. Bila Airis dah besar sikit maybe saya gunakan semula. Sayang dah beli jauh2 tapi tak diguna. Dari UK tu nak oi =p


p/s : Geram tengok botol yang design dia cute2. Agak2 Airis semangat tak nak menyusu kalau tengok botol2 cute tu? hehe


07 March 2012

3 Hari 3 Malam

Salam

Sudah 3 hari tidak bertentang mata dengan ayah Airis. Rindu...


Petang nanti akan ketemu. Hilanglah rindu di hati ni. Phewitttt! ^_^

Engkau duduk di situ
Diam tersipu malu
Mahu mendekati aku

Aku mulai resah
Hatiku jadi kebah
Melihat dirimu aku rebah

Tapi hati ini kuat menyatakan
Kau terkini duduk di carta hati
Lalu cinta kita bermula
Dari mata turun ke jiwa
Dari teman menjadi cinta
Dan berjanji untuk setia

Sehidup semati kita
Menjanjikan bahagia
Untuk kita berdua selamanya

Jangan engkau jangan pergi
Jangan tinggalku sendiri
Jangan tinggalkan carta hati

Kau janji kan bahagia
Ku janji kau tak terluka
Teruslah berada di carta hati kita


p/s : Maaf atas mood jiwang di petang hari =p

06 March 2012

Jalan2 Airis Di Hujung Minggu

Salam

Hujung minggu lepas sekali lagi bawa Airis berjalan. Tak ke mana pun, hanya di sekitar kawasan rumah je. Tujuan asal nak cari barang ayah. Alang2 cari sekali barang si kecil ni.

Saya dan en. Abg dah bersiap terlebih dahulu. Cuma menunggu Airis bangun dari tidur. Tak sampai hati nak kejutkan dia. Jadi biar dia tidur puas2 dulu, bila bangun nanti baru ada mood nak jalan2. Takdalah dia merengek manja yang buat ummi dan ayah kelam kabut. hehe

Airis dah ready nak jalan. Sekarang ni memang nak berdiri je budak ni, jarang sangat dia berbaring dengan tenang. Tahan sekejap je, lepas tu mula la dia bising2 minta diangkat.




Airis yang excited nak jalan =)




Si chomel ummi dan ayah =)




Sebelum tu minum susu puas2 dulu. Kasi charge power banyak2. hehe




Dari Parkson kite Giant pulak ye sayang. Jalan lagi eh?





Dah start aktif. Ingatkan dah bosan baring je. Tapi rupa2nya...




Dia mengantuk daaaa... Terus tertidur sampaila dah sampai kat Giant. Terus pindahkan ke stroller sebab ummi dan ayah nak menjamu selera dulu




Santapan tengahari yang sedap dan mengancam. Nak2 lagi tengah lapar. hehe




Inilah barang Airis yang dicari sangat tu. Puting susu je pun. Tapi kurang2 dapat bawak si kecil ni jalan2 kan




Ini juga untuk Airis, Legging Angry Bird kaler pink. Yang ni tak masuk dalam senarai tapi sebab kiut sangat haruslah beli untuk si bam2 tu. Tak sabar nak bagi Airis pakai, mesti chomel je tersarung di peha dia yang debab tu. hehe



Setakat ini, Airis sangat senang diurus ketika dibawa keluar berjalan. Belum lagi buat aksi yang tidak diingini. Dapatlah ummi dan ayah berjalan dengan santai dan relax. Thanks sayang1 =)

01 March 2012

Motherhood Expo 2012

Salam

Jumaat lepas saya sempat ke Motherhood Expo KLCC. Expo ni 3 hari, 24-26 Feb. Ingatkan nak ajak en. Abg pergi weekend je tapi kesian pulak nak bawak Airis sama. Sebab tau kalau weekend mesti ramai orang. Kebetulan Jumaat waktu rehat panjang, dapatlah saya ke sana. Saja nak cuci2 mata, kalau berkenan cuci poket pulak. hehe. Thanks Kak Izan sebab temankan i =)

Tempat pun sedikit lapang berbanding yang saya pergi di MidVal masa sarat dulu. Orang pun tak ramai. Jadi mood nak round2 tu sangatlah menebal. Maybe sebab hari bekerja, kalau hari cuti penuh kot. Dah kata expo, barang pun tengah murah memang berbaloi la.




Inilah peneman setia saya =)




Queue @ Pigeon booth




Macam biasa, Pureen memang sentiasa full




Yang menarik hati. Tapi tak beli pun sebab harganya yang sangat cantik. Tunggu ummi kaya sikit la Airis. hehe






Rambang mata tengok rompers2 yang cute2 ni. Sedikit frust sebab lupa nak rembat legging kat booth ni. Ingat nak round2 dulu then patah balik booth ni, tapi sudahnya lupa. huhu




Romper ni cute kan? ^_^




Nampak si tinggi lampai Dinas @ FabulousMom booth




Crochet hat yang sangat kiut miut. Ingat nak rembat jugak tapi teringat yang kat rumah tu pun tak berpakai lagi.




Peace =)




Hasil cuci poket di expo, baju tidur Airis




Baju outing




Backpack ummi. Back to school again! =p




Spectra 3




Pampers Whoopee. Saja nak try, boleh selang selikan dengan Drypers. Orang booth tu kata Whoopee ni under Pet Pet, hopefully ok la. Kalau tak ok setia bersama Drypers la jawabnya.




Itu saja hasil pembelian di Motherhood Expo 2012. Mungkin boleh tambah di next expo @ MidVal. Sediakan fulus saja =p

28 February 2012

Hapy 4 Months Old Airis

Salam

Kebelakangan ni terasa jarang sekali saya mencoretkan sesuatu di sini. Nak kata tiada masa, tidak sama sekali. Bukanlah nak kata saya free memanjang, cuma adalah masa senggangnya untuk saya mencoret walau sedikit.

Cuma terdapat satu kekangan untuk saya berkongsi cerita buat masa ni.

Teknologi. Saya dikekang oleh teknologi.

Bukanlah canggih mana pun. Tapi diluar kebiasaan saya yang masih meneroka.

Ok, stop mengarut. Yang bebenarnya, saya ada masalah untuk memindahkan semua gambar dalam cik S ke dalam PC. Itu aje. Orang buta teknologi kan =p

Sehingga saya dapat tahu kaedahnya, sehingga itu jugalah banyak cerita harus diperam dahulu. Sampai kadang2 mood nak bercerita pun sudah hilang. huhu

Takpelah, buat masa ni saya kongsikan dulu gambar2 ini dahulu =)


5 Februari 2012 - Menghadiri majlis perkahwinan kawan en. Abg di tapah
















7 Februari 2012 - Hari berjalan2 Airis bersama ummi dan ayah di IOI Mall











Oh ye! Hari ni puteri kecil sudah pun berusia 4 bulan. Happy 4 months old sayang. Ummi love u sooooo much =)


p/s : Sekarang ni Airis banyak sangat keluarkan bunyi. Seolah-olah nak bagitau saya dan en. Abg apa yang dibuat setiap hari. Fav time Airis masa berada dalam kereta. Lagi riuh mulut dia memandang ke luar tingkap kereta. Alahai anakku ^_^

24 February 2012

Cuci Mata Dan Poket

Salam

Lunch tadi sempat ke Motherhood Expo 2012. Berbaloi-baloi. Berpuas hati dengan hasil pembelian. TQ Kak Izan sebab temankan i =)


p/s : Update later. Cau cincau

19 February 2012

Khairul Fahmi Junior

Salam

Rindu pada budak encem ni. Lebih kurang sebulan tak bertemu, dah macam anak bujang gayanya :)




Khairul Fahmi junior. Minat sangat main bola.



Bila la dapat jumpa budak ni. Rindu bebenar rasanya. huhu


p/s : Dah lepas rindu pada Airis :)