Showing posts with label Jalan-Jalan Cuci Mata. Show all posts
Showing posts with label Jalan-Jalan Cuci Mata. Show all posts

20 December 2016

Sunway Velocity Mall

As salam dan hai

Ok fine baru tahu pasal kewujudan Sunway Velocity Mall ni. Itu pun bila scroll2 fb ternampak orang duk kecoh pasal opening mall ni. Terus tanya pakcik google kat manalah port mall ni. Alih2 dekat dengan Aeon Taman Maluri je. Cet! Dekat je ngan rumah rupanya. Macam manalah akak boleh sangat ketinggalan ni. huhu

Jadi Sabtu malam baru2 ni sempatlah singgah jap. Yang bebenarnya nak bawak anak2 jalan tapi tak pasti hala tuju. Nak yang dekat2 je sebab keluar rumah pun lepas maghrib. Mula2 ingat nak pi IOI Puchong tapi fikir2 balik gamaknya pukul brapa la nak sampai sana. Kalau ke Sunway Velocity Mall ni lebih kurang 10minit je. Itu yang langsung ke sana. Walaupun dah agak mesti ramai orang. Yelah tempat baru bukak kan. 

Ni gambaran Sunway Velocity Mall. Waktu malam memang meriah dengan lampu lip lap dia tu. Memang nampak happening la.
Sumber pakcik google

Sempatlah pusing2 jap dalam mall tu. Tapi tak lama mana pun. Takat nak hadam apa yang ada dalam mall tu. haha. So far macam best untuk window shopping. Macam rambang mata gak tapi bila si Auni ni tengah galak nak lari sana sini memang tak sempat la menelek. Takpe2, nanti ada masa sesuai kita usha2 lagi. Masa tu maybe semua kedai dah fully open. Sekarang masih ada lagi yang belum open, masih dalam proses renovation rasanya.


Ok, ni gambar ready di mata en Abg. Pasrah je akak. huhu
  

Dalam 6 7 kali snap, ni je gambar paling elok adik beradik ni. Yang lain tu malas nak komen. hahaha




p/s : Overall kalau rasa nak window shopping yang tak perlu pergi jauh, boleh la pergi sini. Dengarnya mall yang bakal bukak dekat dengan IKEA Cheras tu pun best jugak.

06 June 2012

Mengisi Cuti Terluang

Salam

Kebelakangan ni saya dan en. Abg rasa weekend kami terlalu padat. Ada saja aktivitinya, susah nak lekat kat rumah. Tau2 je dah hari Isnin, hari untuk kembali bekerja.

Jadi kitorang buat keputusan untuk bersantai sahaja di rumah hujung minggu yang lalu. Asyik ke sana ke mari, terasa masa cepat sangat berlalu. Rasa tak cukup rehat. Jadi memeraplah kami 3 beranak di rumah sepanjang hari Sabtu.

Tapi... menjelang petang, saya rasa penat. Rasa penat memerap di rumah. Rasa lesu otak sebab xdapat fresh air. Ingatkan saya seorang je yang rasa macam tu, rupanya en. Abg pun sama. Haruslah, kata sehati sejiwa. haha

Jadi kitorang pun mulalah berkire2 nak berjalan keluar. Lepas Asar terus siap2. Nak berjalan jauhkan. Sudahnya ke IOI Mall yang hanya sepelaung dari rumah tu je ^_^


Sampai2 je baru pusing sikit2, Airis dah bagi hint nak susu. Terus cari port nak susukan dia. Pakai botol susu yang dah saya panaskan siap2 dari rumah. Tapi dia ni acting je lebih, minum skit je. 1 oz je...




Lepas dah penat duduk dalam stroller ikut saya dan en. Abg pusing Mall, terus tertidur. Lama jugak dia tidur, sampai saya dan en. Abg dah nak selesai makan di Pizza Hut. Ngam2 je dia bangun sambil senyum manja.


i am sweet just like honey. Kan ummi? :)



Berehat sebentar sebelum teruskan perjalanan. Perut dah full sesangat ^_^





Sambil tunggu en. Abg fitting baju, bawa Airis tengok bebudak yang main kat indoor playground. Bulat mata Airis, bukan main pelik lagi dia. Kejap teleng ke kanan, kejap ke kiri. Ikut bebudak tu lari sana sini. hehe





Disebabkan bs Airis mintak cuti hari Isnin tu, jadi saya dan en. Abg pun cuti sama la. Dari duduk je kat rumah, baik kitorang jalan2 kan. Jadinya kitorang pegi IKEA :)


Ragam Airis dalam kereta. Semua nak digigitnya. Sabar jela...





Ngam2 sangat dah jeans ni. Oklah, jeans ni untuk 0-6m, so Airis dapat pakai extra sebulan



Waktu tidur dah sampai. Takpela nak, tidur dulu ye. Sampai nanti ummi kejut. Tapi rupa2nya pandai bangun sendiri. Sampai2 je kat IKEA terus celik mata dan senyum. Macam excited nak shopping je gayanya.. Eh, ummi dengan ayah cuci mata jela. hehe



Aksi Airis @ IKEA




Bila dah habis pusing IKEA dan sampai masa nak bayar, sekali tengok queue punyalah panjang. Kaunter buka punyalah skit. Nak bayar 2 item je pun. Nak buat cmane, queue ajelah...huhu

Hasil cuci mata kat IKEA, white side table dan mentol. Hai bang, sampai ke IKEA kita nak cari mentol rumah ye. Kat Giant takde ye =p


p/s : Otw balik singgah Giant makan ABC sedap. Fuh!!!

28 June 2011

Paddington Pancakes

Salam

Rasanya da lama tak berouting dengan adik-adikku ni. So last weekend, kitorang sempat ke Midvalley bersama our BIL. Tujuan sebenar nak ke expo Samsung sempena pelancaran model hp baru. Sambil tu ambil peluang round skali Midvall yang dah lama kitorang tak jejak tu.




Lepas ke expo tu perut masing-masing dah lapar, jadi haruslah mencari makanan kan. Bila Izan suggest makan kat Paddington Pancakes, kitorang setuju je.


1st time @ Paddington Pancakes.
















Sweet American Pancake Stack






Oreo Pancake Stack




Pancake burger



Kali pertama saya makan pancake, sebab sebelum ni tak pernah berminat pun. But after try yang ni.... Marvellous! Rasa nak lagi. hehe


p/s : Harus berkunjung lagi ke sini =p

29 April 2011

Love From Europe

Salam


Homesick!


Repeat. Saya homesick.


I miss my mak. I miss my ayah. I miss my sisters. I miss my sweetheart Waiz soooooooooooooooo much!


Dan paling hebat saya rindu berpeluh di bawah terik mentari. Gilekan? hahaha


What ever it is i still love this vacation. Walaupun sejuk terketar-ketar, i still love it. Pengalaman baru buat saya berada di negara orang yang totally berbeza dengan negara sendiri. Sungguh kagum kepada mereka2 yang berada di rantau orang esp. en. Abg ku =)


Alhamdulillah, sepanjang berada di sini baby sungguh behave. Me sihat2 saja, masih mampu utk travel melihat keindahan negara orang. 2 hari lagi utk pulang ke Malaysia. Excited, but saya akan rindu n ingat kenangan manis vacation ni.


Got to go. Going to London sebentar lagi. Mau bersiap dulu. Daaa...

20 April 2011

99% Ready

Salam

Fuh! Lega.. Proses packing bag hampir siap. Mine dah 99% ready, balik malam ni cuma masuk apa yang perlu then tunggu masa utk bawak je. Cuma perlu tolong en. Abg siapkan part dia je. Tapi barang kaum Adam ni bukan le banyak sangat kan. Tak sampai sejam settle semua. Lepas tu boleh tido dengan lena, tunggu masa nak berholiday saja =)

Baru je dapat info from SIL pasal weather kat sana. Sedang2 elok, tak le sejuk sangat. So rasanya baju2 yang dibawak tu ok la kot. Harap2 bila sampai je kat sana tak jet leg. Dan harap2 badan ni kuat nak berjalan ke sana ke mari. So my dearest, mari kuatkan diri sama2 ye =)

Btw, esok akan mula cuti. Balik nanti saya akan story and share pasal vacation kali ni. Daaa....




08 February 2011

Palm Cafe @ Palm Garden Hotel IOI Resort

Salam

Saya dan en. Abg teringin makan kat tempat baru. Tempat yang kitorang tak penah pegi lagi. Maybe sbb mau merai ulangtahun bersama. Celebrate ke? Tidaklah juga sebab no present and cake. Dan kalau nak kata candle light dinner tu memang jauh tersasar la. Hanya makan2 dengan suasana yang aman damai. Jadi bila survey2 jumpala Palm Cafe @ Palm Palm Garden Hotel IOI Resort ni.


The entrance.




Mula2 masa kitorang masuk cafe ni, tengok langsung xde guest. Ingatkan close tapi rupa2nya bukak. Cam pelik jekan tengok org lain xde. Tapi tak lama lepas tu ada couple2 lain yang masuk cafe ni.




View cafe. Dulu penah makan kat sini masa keje kat JKM dulu, tapi skrg baru teringat. Teruk sungguh kondisi ingatan gue ni. huhu




Fish & Chip yang sedap sampai licin pinggan




en. Abg punya, Chicken Chop yang 2 kali ganda sedap. hehe




Jom kita makan. Tak sabar da ni..








Kudapan selepas kekenyangan utk memaniskan mulut, Banana Split




Pas makan, singgah Putrajaya amik angin malam. Ramai jugak yang lepak kat Putrajaya malam2 ni.








09 August 2009

IKEA - Midvalley

Ke IKEA menemani along n Abg Shamin mencari sedikit perabot keperluan rumah dorang...Hanya meninjau2,mungkin boleh dijadikan idea utk deco rumah nanti...Xbeli apa2 pun tapi yang teramat sure aku bekenan sgt kat lampu tido comel tu...Harap2 bila aku datang lagi nanti mencari apa yang patut, ia tetap ada disitu menanti aku membawanya pulang =)

Ke Midvalley atas 2 tujuan..Satu, meninjau sekitar wedding exhibition...Kedua, menemani Along mencari sandle santai ke mana2...Orang kat exhibiton xbegitu ramai macam last year aku pi walaupun agak sesak..Maybe da hari last kot...Xmencari apa, tapi sekadar mencuci mata kecuali meninjau2 kedai yg menjual paper beg n handmade chocolate...Love it so much..Rasa yang sgt sweet n yang penting proses pembuatannya..Kite org Islam kalu boleh sokonglah produk org Islam kan di samping mencari yg halal...Jumpa jugak booth Abg Is, photographer wedding Along dl..Chit chat skit then gerak lik...Dalam kete makan muffin Kenny Rogers...Nyummy =)