06 June 2012

Mengisi Cuti Terluang

Salam

Kebelakangan ni saya dan en. Abg rasa weekend kami terlalu padat. Ada saja aktivitinya, susah nak lekat kat rumah. Tau2 je dah hari Isnin, hari untuk kembali bekerja.

Jadi kitorang buat keputusan untuk bersantai sahaja di rumah hujung minggu yang lalu. Asyik ke sana ke mari, terasa masa cepat sangat berlalu. Rasa tak cukup rehat. Jadi memeraplah kami 3 beranak di rumah sepanjang hari Sabtu.

Tapi... menjelang petang, saya rasa penat. Rasa penat memerap di rumah. Rasa lesu otak sebab xdapat fresh air. Ingatkan saya seorang je yang rasa macam tu, rupanya en. Abg pun sama. Haruslah, kata sehati sejiwa. haha

Jadi kitorang pun mulalah berkire2 nak berjalan keluar. Lepas Asar terus siap2. Nak berjalan jauhkan. Sudahnya ke IOI Mall yang hanya sepelaung dari rumah tu je ^_^


Sampai2 je baru pusing sikit2, Airis dah bagi hint nak susu. Terus cari port nak susukan dia. Pakai botol susu yang dah saya panaskan siap2 dari rumah. Tapi dia ni acting je lebih, minum skit je. 1 oz je...




Lepas dah penat duduk dalam stroller ikut saya dan en. Abg pusing Mall, terus tertidur. Lama jugak dia tidur, sampai saya dan en. Abg dah nak selesai makan di Pizza Hut. Ngam2 je dia bangun sambil senyum manja.


i am sweet just like honey. Kan ummi? :)



Berehat sebentar sebelum teruskan perjalanan. Perut dah full sesangat ^_^





Sambil tunggu en. Abg fitting baju, bawa Airis tengok bebudak yang main kat indoor playground. Bulat mata Airis, bukan main pelik lagi dia. Kejap teleng ke kanan, kejap ke kiri. Ikut bebudak tu lari sana sini. hehe





Disebabkan bs Airis mintak cuti hari Isnin tu, jadi saya dan en. Abg pun cuti sama la. Dari duduk je kat rumah, baik kitorang jalan2 kan. Jadinya kitorang pegi IKEA :)


Ragam Airis dalam kereta. Semua nak digigitnya. Sabar jela...





Ngam2 sangat dah jeans ni. Oklah, jeans ni untuk 0-6m, so Airis dapat pakai extra sebulan



Waktu tidur dah sampai. Takpela nak, tidur dulu ye. Sampai nanti ummi kejut. Tapi rupa2nya pandai bangun sendiri. Sampai2 je kat IKEA terus celik mata dan senyum. Macam excited nak shopping je gayanya.. Eh, ummi dengan ayah cuci mata jela. hehe



Aksi Airis @ IKEA




Bila dah habis pusing IKEA dan sampai masa nak bayar, sekali tengok queue punyalah panjang. Kaunter buka punyalah skit. Nak bayar 2 item je pun. Nak buat cmane, queue ajelah...huhu

Hasil cuci mata kat IKEA, white side table dan mentol. Hai bang, sampai ke IKEA kita nak cari mentol rumah ye. Kat Giant takde ye =p


p/s : Otw balik singgah Giant makan ABC sedap. Fuh!!!

No comments:

Post a Comment