Salam
Last weekend atok dan maktok Airis datang ke rumah. Saja datang ke sini sementara sekolah tengah bercuti. Datang naik bas. Senang, turun2 bas dah sampai. Tunggu kitorang jemput je.
Jadi malam Khamis tu saya dan Airis pun ikutlah en. Abg pergi menjemput di TBS. Dari rumah mak, lepas dah mandi semua terus ke sana. Kalau balik dulu ke Kinrara, pastu pergi semula ke TBS entah pukul brapa la gamaknya kitorang sampai. Jalan mesti jem kaw2 punya.
Kali pertama saya menjejak kaki di TBS. Cantik rupanya tempat ni. Ekslusif dan selesa. Jauh berbeza dengan Puduraya yang lama. Kalau macam ni cantiknya TBS ni, balik kampung naik bas pun saya rela. haha
Macam dah kat airport pulak rasanya. hehe
Ha, Airis seluk apa dalam poket ayah tu....
Lepas dah jemput PIL, singgah makan kat food court dulu. en. Abg dgn i kongsi2 makan soto. Kitorang kan on diet =p
Terpaksa cover badan akak yang sedang berkembang dengan jayanya ni. Mujur ada Airis. TQ sayang :)
Sabtu pagi saya dan en. Abg bawa PIL ke Kg. Baru untuk bertemu dengan kawan lama semasa ayah mertua berkhidmat di Felda Bukit Jalur, Gemas. Kawan PIL saya ni meniaga kecil2an. Pagi jual kueh mueh dan juadah pagi. Tengahari jual menu laksa, mee kari, bihun sup dan etc. Memang langkah kanan la rombongan kami ni. Padahal dah breakfast nasi goreng+tempe kat rumah tadi. *Tempe tak boleh tinggal tu. PIL import dari Kluang. hehe*
Pakcik makcik tu dok puji Airis tak banyak ragam. Duduk senyap je dalam dakapan saya. Airis baru bangun tidur memang macam tu, senyap je. Nak2 pulak bila tengok kawasan sekeliling nampak asing je..
Sementara tunggu orang tua borak2, tumpang bf Airis dalam rumah
Punya penat sampai ternganga mulut. hehe
Petang tu pula, aktiviti keluarga berpindah ke Port Klang. Aktiviti isi perut di Tanjung Harapan, Pelabuhan Klang.
Otak2 wajib order kalau kitorang datang sini
Mainan Airis. huhu
Si gadis yang berdarah manis
Mak Lang layan Airis sementara ummi rest dan menikmati angin laut =p
Try dudukkan Airis dalam baby chair ni. Mula2 nampak macam comfortable je dia
Alih2 minta diangkat. Gayat kot ditinggal keseorangan ^_^
Ais adalah terlarang bagi yang dalam on diet
Bismillah...
Ahad pagi breakfast di Larriz. Jauh skit mencari breakfast, ambil angin pagi
Headband masih terletak cantik
Headband sudah hilang dari kepala. Ingatkan ditarik Airis, rupa2nya atok yang cabut. Kata atok benda tu pelik. haha. Ayah saya memang comel :)
Teh tarik untuk saya dan ayah. Saya kan anak ayah :)
Menu santapan pagi. Sebelum makan sila baca arahan yang tertera atas meja tu ye. Kalau x, nanti kembung perut baru tau =p
Atok & maktok Airis
Orang tengah borak2, Airis still dengan habit biasa dia. Tak kira handbag or wallet ummi. Kali ni wristlet nenek jadi mangsa. huhu
Muka orang yang dah kenyang. Tq en. Abg. Next time kita datang sini lagi makan best2 eh. Ajak sekali orang Jalan Duta tu. Dia tengah memikirkan Larriz je. hehe
Sehari sebelum diserang demam urat
Kebetulan cousin en. Abg ada yang menetap di bangi. Jadi da alang2 da dekat, singgah jap kat rumah cousin en. Abg tu.
Heart 2 in 1 box ni. Boleh jadi kerusi dan pada masa yang sama boleh simpan barang dalamnya. Harus saya cari untuk dijadikan tempat simpan mainan Airis. Tapi kat mana ye... Lupa nak tanya tuan rumah
Airis nampak comfortable duduk dalam baby chair ni. Mungkin boleh beli. Nak ajar dia duduk awal2, nanti senang dah besar. Tak payah dipangku, ummi ayah pun boleh makan dengan tenang. hehe
Ok, lepas da kenyang makan mee bandung yang sedap tu jom kita balik. Perut dah senak sangat dah ni. Tq tuan dan puan rumah. Ada masa kami singgah lagi :)
No comments:
Post a Comment