15 June 2012

Sudah Muntah-Muntah

Salam

Kenyang betul perut saya tengahari ni. Mana taknya, lunch tadi sakan saya dengan Kak Izan makan KFC *tq kak izan coz belanja i yang entah berapa puluh kali* Eh! Korang tahu tak kfc ada keluarkan ayam perisa baru? Flaming Crunch namanya. Ayam baru ni bersalut dgn cornflakes. Tapi kurang sedap la, masih tak dapat nak lawan ayam perisa spicy yang biasa tu.

Otw nak balik ofis, dalam kereta saya dan Kak Izan sama2 mengadu kekenyangan teramat sangat. Saya usah cakaplah, perut rasa penuh gila. Rasa nak muntah pun ada. huhu

Bila sampai ofis terus saya cakap dgn Kak izan "Kak, kenyang sangat sampai rasa nak muntah la"

Tetibe saya terdengar perlahan seorang ofismate, Kak Shila cakap "Ada ke? Kecik lagi tu...Kesian kat dia..."

hahaha... Ini muntah sebab muak kak. Bukan sebab buatan orang. hehe

Terus Kak Izan buat lawak "Nanti dulu dik. Bawak bersabar sikit. hehe"


Airis masih kecil lagi. Belum puas dia dimanja dan bermanja dengan saya. Sekurang2nya biarlah dia besar sedikit. Kesian kat dia nanti... Mana nak cium peluk dia, mana nak peluk cium adik dia. Tu belum ayahnya lagi...tetttttttt....hahaha


p/s : Saya tak akan pernah menidakkan sekiranya rezeki didatangkan lebih awal dari apa yang dirancang...DIA tahu yang terbaik buat hambaNya.

No comments:

Post a Comment