30 September 2013

Aidilfitri 2013 - Part 2

Salam

Sebelum ni saya kongsi kisah Aidilfitri 2013 Part 1 (post) . Jom kita sambung lagi part 2 dan seterusnya walaupun raya dah lama habis ^_^ 

Operasi pusing raya ke rumah saudara mara diteruskan pada hari ketiga. Kali ni balik ke Batu Pahat. Awal pagi dalam pukul 8 kami dah bergerak dari rumah memandangkan banyak tempat nak dituju. Kalau beraya dengan keluarga Johor ni, lima enam buah rumah tu dah kira standard sangat. Raya tahun lepas kami pernah beraya 10 buah rumah satu hari, tahun ni jom kita tengok berapa rumah yang kami singgah ^_^

Nak story pun dah xberapa ingat. Layan gambar je la ye =)

Hari ni tema anak dara merah menyala ^_^


Muka standard bila bergambar di pagi hari =p


Finally! Dah mula senyum =)



Destinasi pertama, kampung en. Abg di belah abah












Antara rumah lain yang dikunjungi



Tengok Airis dah berpeluh sakan nampak tak terurus je, terus mandikan dan tukar baju lain. Baru fresh nak sambung beraya =)

Pandai ke tu nak kira duit raya...





Cik C yang tunggang telanggang. Kali pertama guna kasut Airis pun dah masuk dalam. Lebih sayang kasut anak daripada handbag raya gamaknya. hehe

Beraya rumah Tok Sarip kat Muar


Singgah berehat kat rumah Cik Man dan Cik Is

Berkenan betul dengan cermin sakti besar ni. Mungkin boleh amik idea konsep ni tuk rumah BA nanti

Mandi lagi. Kali ni namanya mandi malam =)


Macam2 ragam anak dara ni

Destinasi terakhir sekali, rumah cik Kamal kat Rengit. Airis dah pun tertidur sampailah balik ke Kluang

Untuk hari tu je, rasanya dekat 10 buah rumah kami singgah. Itupun banyak lagi rumah yang tak sempat nak pergi. Kalau nak pergi semua memang tak terkejarlah...


p/s : Nanti story mory lagi eh...

24 September 2013

Home Sweet Home : Azalea

Salam

Rentetan dari entri ini (post)

Alhamdulillah, hasrat kami mahu mendapatkan home sweet home yang lebih selesa tercapai juga akhirnya =)

Kata orang, kalau mahu beli rumah kena rajin. Itu yang saya dan en. Abg lakukan. Dari Seremban lagi kami berpusing ke sana ke mari mencari jika2 ada projek yang akan dibangunkan. Tak cukup tu, kami tinjau2 juga rumah 2nd hand dan berjumpa dengan agent. 

Dari Seremban kami mencari. Dari pemaju terkenal hinggalah yang biasa2 saja. Dari harga yang boleh buat kami urut dada sehinggalah harga yang mampu milik.

Jodoh kami dengan si Cantik Manis Azalea rupanya =)

Gambaran Azalea yang diberikan pemaju. Walaupun rumah ni memang takde tanah langsung (bandarlah sangat), tapi kami masih berpuas hati sebabnya dengan keluasan 20 x 70 dan built up 2100++, rumah ni mempunyai 4 bilik dan 4 bilik air. Lepas ni, guna bilik air masing2 je, tak payah nak kongsi2 =)

Sebelum book Azalea, saya dan en. Abg berjumpa dengan Brian untuk bincang pasal loan rumah. Hasil perbincangan, katanya sholud be no problem dengan loan kami tu. Terus kami ke Trans Loyal untuk booking rumah. 

Proses pilih lot rumah. Disebabkan nak ambil corner memanglah di luar kemampuan, jadi kami ambil rumah kedua dari tepi. Dengan alasan kalau saudara mara datang bertandang, boleh la tumpang parking di tepi2 tu. 

Sebelum balik tinjau2 model rumah dulu

Interior design model rumah



Mulanya berhasrat nak ambil rumah 20 x 65, tapi alang2 nak beli untuk jangka masa panjang kami bertukar fikiran untuk ambil 20 x 70. Untuk 20 x 75 awal2 lagi dah sold out macam pisang panas.
 
Senyuman dah berjumpa rumah idaman ^_^



Pelan pembangunan Bangi Avenue. Dengar cerita rumah 3 storey bakal dilancarkan dalam masa terdekat dengan anggaran starting price RM700K. Agak murah kalau nak dibandingkan dengan harga yang dijual oleh developer lain

Site visit pada 7 Sept 2013. Masa ni baru naik kerangka tingkat dua. Dua minggu sebelumnya baru nak pacak tiang. Laju betul progress rumah ni

Site visit baru2 ni pada 22 Sept 2013, bumbung pun dah naik. Lepas ni dalam dua minggu, entah apa pulak progressnya kan?

Kalau ikutkan tarikh di brochure, rumah ni dijangka siap sepenuhnya pada April 2015. Tapi berdasarkan prestasi pemaju untuk projek2 sebelum ni, ada potensi rumah ni siap awal. Harap2 rumah ni siap awallah hendaknya. Sebab kami suami isteri dah tak sabar nak masuk rumah baru.

Yang sebenarnya, kami dah mula fikir pun cara nak mendeko si Azalea tu ^_^


p/s : Fokus untuk mencari property untuk dibuat investment dalam masa terdekat. Mudah2an segala urusan berjalan lancar. Chaiyok!

23 September 2013

Hadiah Birthday In Advance

Yup!

Walaupun birthday Airis sebulan lagi tapi hadiahnya dah dibeli terlebih dahulu. Takpela, sebulan awal je pun =)

Samsung Galaxy S4 Zoom as hadiah birthday. Airis suka x ? ^_^

Nampak macam takde kaitan ye? Eh adalah... Kalau sesapa yang follow instagram saya mesti tahu yang saya ni teramat rajin post gambar Airis. So inilah gunanya camera 2 in 1 ni. Lepas snap gambar boleh terus upload. Kan untuk Airis jugak tu. hehehe

Jadi lepas ni biarlah Airis berlari sakan taknak bergambar pun, dengan bantuan Samsung Galaxy S4 Zoom ni, tiada lagi gambar bergegar. Tq ye ayah ^_^


p/s : Airis ingat ni hp baru ummi, dia sibuk nak tengok upin ipin. heh!

20 September 2013

Grand Lexis Port Dickson - Teaser





Voucher dah selamat dibeli, tinggal pilih masa yang sesuai je. Yang pasti, saya dan en. Abg mahu meluangkan masa berehat santai di sini bersama puteri kecil kami tu =)


p/s : Macam nak sambut besday Airis kat sini je. Tiup belon banyak2, potong cake lepas tu enjoy dalam private pool sama2. Yey!!!! ^_^