24 February 2016

Aktiviti Hujung Minggu : Lepak PD dan Hotel BA

As salam

Hari Ahad lepas lepak santai kat Port Dickson. Tak rancang pun nak ke sana tapi bila dengar adik mak ayah nak ke sana tetiba rasa nak join. Best jugak sekali sekala berkelah tepi laut ramai2 kan. Selalu gi makan2 je, kali ni menikmati keindahan alam plak. Complete satu family kecuali adik bongsu yang pergi bercuti bersama kawan2 ke Krabi.

Otw ke PD. Adik muka mamai nak tido

Sebelum kakak pun tido. Boleh la saya dgn en. Abg berborak dengan tenang ^_^



Rasanya dah lama gila tak lepak kat PD. Last time buat aktiviti camni mungkin 4 5 tahun dulu kot. Kalau ada pun takat mandi laut je, tapi takdelah berkelah bagai ni. Yang ni pun berkelah ala kadar je, last minute punya plan. Tak bawak makanan apa pun, just tapau kfc buat alas perut sambil berkelah  


Perkelahan pertama adik. Adik sangat behave, relax je cuaca panas kat PD tu. Ngam2 sampai PD lepas bangun tidur, cantik sangatlah tu. Mood pun baik je



Adik @ 7m 2w

Si kakak lepas dah abis main2 air laut lepas ngidam main layang2.







Gerak balik dari PD dalam pukul 6. Lepas singgah solat kat Masjid Kem Tentera teruskan perjalanan ke rumah Along kat Senawang. Rehat2 sekejap kat rumah Along dalam 8.30 malam keluar balik pi makan ramai2 kat Nasi Lemak Senawang. Dah habis makan baru gerak balik ke Bangi

Hari Ahad duduk rumah je. Ingat pagi tu nak pi Pameran Bunga kat Eco Majestic tu sebab alang2 dah dekat belakang rumah je tapi budak2 ni pun dah bangun lambat jadi cancel je la plan tu. Tengoklah kalau sempat minggu depan, itu pun kalau check in hotel BA. 

Kalau kat BA senang nak lepaskan dia merangkak sana sini

Dah mula mengexplore

Port favourite kalau nak main. Kalau main hide n seek pun sibuk nyorok kat sini

p/s : Raya tak berapa lama lagi. Moh le hunting for baju raya anak2. 

15 February 2016

Untuk Auni

As salam 

Usia Auni dah pun menjangkau 7 bulan 1 minggu. Alhamdulillah, saya masih diberi peluang untuk memberikan susu ibu kepada Auni =)

Hasil pagi tadi yang buat terus bersemangat untuk teruskan perjuangan memberikan yang terbaik buat si kecil

Auni @ 7m 1w. Alhamdulillah kesihatan bertambah baik. Dari segi milestone dah boleh duduk sendiri dan merangkak. Kipidapdongibab ye adik untuk terus kuatkan skill ^_^


p/s : Milkbooster saya jus qaseh adinda + habbatus sauda oil + milo panas + susu wildan. Alhamdulillah serasi dengan saya dan mudah2an saya terus istiqamah