27 April 2012

Semangat Raya

Salam

Tahun ni semangat nak raya adalah sangat tinggi :)

Sebabnya... 

Tahun ni tak perlu ganti puasa. Yey! hehe. Alhamdulillah, saya dapat berpuasa penuh Ramadhan lepas. Syukur dengan izinNya, saya diberikan kekuatan sepanjang Ramadhan. Tiada situasi kelaparan tahap maksima. Barakah bulan mulia :)

Melalui bulan Ramadhan dan Syawal sepenuhnya bersama en. Abg. Tiada lagi kekangan LDM. Cuti panjang nampaknya raya kali ni ^_^

Semestinya sebab yang paling hebat yelah adanya si bam-bam pada Syawal kali ni. Serius, saya tak sabar untuk beraya bersama si bam-bam. InsyaAllah, pada masa tu Airis dah nak masuk 10 bulan. Macam manalah agaknya beraya dengan anak dara kenit tu ye. hehe

Tambah satu lagi... Tahun ni giliran beraya bersama keluarga saya di Perak. Yahooooo!!! =p


p/s : Dah boleh hantar baju ke tailor. Tahun ni nak buat lebih sikit la baju raya. 7 pasang boleh? Genap seminggu melaram. hahaha

26 April 2012

Menonton Bersama Airis

Apabila ayah menonton cerita Sang Kancil Dan Buaya bersama Airis 


Comel :)

25 April 2012

Aktiviti Hujung Minggu Bersama Keluarga

Salam 

Kata orang kalau anak kita dari kecil sudah dihantar ke nursery, maka dia takkan menghadapi masalah bersosial dengan orang lain. Maksudnya dia akan ok kalau orang lain nak dukung ke, pegang ke or nak main2 dengan dia. Dan anak yang dihantar ke pengasuh pulak akan kurang bersosial yang membawa maksud akan mengelak untuk berada bersama orang lain.

Saya tak tahu la teori tu betul ke tidak pada anak orang lain. Tapi pada Airis, yes! Itu yang telah berlaku. huhu

Saya dapat kenalpasti sifat Airis yang satu ni lebih kurang 2 minggu yang lepas semasa menziarahi ex-rumate en. Abg di AD yang baru sahaja dikurniakan baby boy.

Keadaan masih terkawal ketika sampai. Tengok dia duduk elok je, adalah wife kawan en. Abg tu cuba mengajak dia bermain. Disuanya tangan ke arah en. Abg dengan hajat nak mengambil Airis * moga-moga lekat terus rezeki kat dia* Sekali Airis bantai menangis. Bukan sikit2, tapi siap mengalir air mata bagai. Terus cuak member tu. haha

Saya dan en. Abg ketawa je sambil pujuk2 Airis. Ingatkan dia mengamuk pasal tak cukup tidur sebab kitorang kejutkan dia dari tidur masa nak dukung dia bawa ke kereta. Tapi bila tengok kejadian sama berulang, andaian saya Airis taknak dengan orang lain. Usah kata dipegang, orang acah dari jauh pun dia menangis. Sampai hajat nak bermesra dengan baby2 pun tak kesampaian. Kebetulan wife kawan en. Abg yang turut serta tu pun baru dapat baby girl. Tak sempat nak kawankan dengan Airis. hehe

Sudahnya saya dan en. Abg minta izin mengundur diri. Takpelah walau sekejap, hajat nak menziarah dah tercapai. To baby Mujibbudin, aunt sekeluarga doakan cepat2 sihat dari Jaundis tu :)


Si bam-bam yang cool ketika baru sampai


Petangnya saya dan keluarga makan malam di Ana Ikan Bakar Petai, Bangi. Pengalaman mak dan ayah terdahulu, pada waktu malam orang sangat ramai. Jadi untuk keselamatan, ayah reserve meja dan order lauk dulu. Jadi bila sampai, tak kena menunggu lama.

Sambil tunggu Along di exit tol Bangi. Janji kat kedai pukul 8, jadi singgah solat Maghrib di PLPP Bangi dulu.



With Mak Usu yang sedang bercuti



Mak Long Anis yang all in black. hehe. Sarat dah kakak saya ni, tunggu masa je. Mudah2an dipermudahkan :)



Waiz @ mini playgorund



Airis & aunt2 yang bajet cun =p




Sayang atok :)



Budak kecik ni dah pandai posing rupanya. Keje Mak Lang dia tu lah ^_^




Masih memilih Teh O Limau bagi menghilangkan dahaga




Ok, makanan dah sampai, Jom kita makan! :)



Nak apalah si Waiz tu...



Ummi & ayah Airis 



Sekitar kedai 


 

Overall, puas hati. Kemudahan bilik solat pun ada. Makanan pun sedap kecuali butter prawn yang agak lain dari yang diharapkan. Ikan bakar saya tak tahu sebab i kan tak makan ikan bakar 


Ok dah kenyang jom kita balik. Tq ayah. Sayang ayah :)



p/s : 1st time bawa Airis keluar malam. Alhamdulillah tak meragam baik di luar mahupun balik rumah. Tq atok bacakan ayat pendinding untuk Airis :)

23 April 2012

Melentur Buluh Biar Dari Rebung

Salam

Ahad lepas, selepas breakfast bersama emak dan ayah di Larizz, Bangi saya dan en. Abg ke Alamanda. Tak plan pun nak ke sana. Mula-mula plan nak breakfast je kat Larizz tu kemudian balik ke rumah. Sebab fikir tak ke mana, saya cuma sarung t-shirt dan jeans. Pastu tepek la sikit muka ni dengan bedak. Tak la muka bangun tidur sangat =p

Tapi entah macam mana bertukar plan. Terus ke Alamanda. Airis dan en. Abg sudah bersiap cantik, saya je macam makcik pergi pasar nak beli ikan je rupanya. haha 

Takde tujuan apa ke sana. Cumanya ada ura-ura nak beli iron baru sebab yang sedia ada tu dah memakan baju tuan dan puan majikan. huhu. Tapi ok gak, cuci-cuci mata di pagi hari ni kan. Mana taknya, pukul 10am kitorang dah terpacak kat dalam Alamanda tu. Kira tolong bukak kedai jugak la. hehe

Pusing punya pusing saya singgah di butik Anakku sambil menyorong stroller Airis. Nyenyak betol si bam-bam tu tidur. en. Abg tak bersama saya masa tu, beliau di kedai Maxis yang bersebelahan dengan butik Anakku. Masuk je butik tu, perlahan2 saya tolak stroller Airis sambil membelek2 baju yang ada. Saja cuci mata sambil menunggu en. Abg selesai urusan di Maxis.

Sedang saya membelek2 baju yang ada, datang seorang perempuan muda bersama seorang budak lelaki kecil lingkungan umur 3 atau 4 tahun. Terus menerus dia mengekori perempuan muda tu. Kemudian saya terdengar budak lelaki tu cakap "Nak ayah". Dibalas perempuan muda tu " Pergilah ayah kau kat luar tu". Air mukanya tidak dapat saya pastikan tapi nadanya sedikit keras.

Telahan saya budak itu bukan anaknya. Sebab perempuan tu bagi saya cantik dan kelihatan muda untuk mempunyai anak sebesar budak lelaki tadi. Mungkin dia ibu saudaranya? Atau juga kakaknya? Apa sahaja kemungkinan lain yang dirasakan munasabah.

Saya kembali menyambung operasi mencuci mata. Sekali lagi terdengar budak lelaki tu bercakap dengan ayat sama. Kali ni dalam kadar merayu. Saya sedikit terkejut bila terdengar perempuan tu membalas dalam keadaan marah "Pergilah. Ayah kau kat depan tu. Bodoh la kau ni" Muka perempuan tu sedikit masam.

Persoalannya, siapa budak lelaki tu padanya? Takkan bisa seorang ibu menutur kata yang kesat buat seorang anak? 

Terus budak lelaki tu berlari ke luar. Mencari ayahnya mungkin. Saya panjangkan leher sambil mata mengekori melihat arah tujuan budak lelaki tersebut. Larinya membawa dia kepada seorang lelaki yang sedang mendukung seorang bayi perempuan. Dipautnya tangan si ayah sambil membawa ke arah patung yang mempamerkan baju kesukaannya. Tahu apa yang diucap si ayah bila anaknya cuba memaut tangannya? Ini katanya " Tepilah! Sengal la dia ni!"

Kemudian lelaki tu menjerit memanggil perempuan muda tu "Mama!"

Sah! Perempuan muda tu ibu kepada budak lelaki tadi

Saya terkejut. 

Kenapa si ibu menggunakan bahasa yang tidak elok kepada si anak. Anak yang dikendong dalam perut selama 9 bulan. Yang dinantikan kehadirannya. Yang membawa rezeki kepada keluarga. Yang seharusnya dikasihi dan dibentuk sebaik-baik akhlaknya.

Budak-budak ni hatinya suci dan tulus. Apa yang dilihat, apa yang didengar itulah yang dipelajarinya. Sekali dua, mungkin tidak memberi kesan. Tapi kalau hampir setiap hari itu yang dilihat dan didengar, bukan kah itu akan mempengaruhi sifat dan akhlaknya. Bukankah setiap kata-kata seorang ibu kepada seorang anak adalah doa? Janganlah didoakan anak sebegitu, kasihan anak itu. 

Mereka tak tahu mana yang betul, mana yang salah. Tangggungjawab kita sebagai orang tua untuk mengajar mereka tentang norma-norma hidup. Selagi mereka tidak mengenal dunia, selagi itulah tanggungjawab kita untuk mengasuh mereka. Kita guru sebenar mereka. Yang mengajar mereka serba serbi. Ajarlah dengan elok. 

Budak-budak senang terpengaruh. Dari kawan-kawan, mereka belajar apa yang tak sepatutnya dipelajari. Apa yang disebut kawan, itulah disebutnya. Kadang-kadang mereka tak tahupun apa maksud tersirat di sebaliknya, cuma norma kehidupan membuatkan mereka meniru bulat2 tanpa membuat tafsiran. Jadi di rumah, ibu dan ayahlah memainkan peranan untuk meneutralkan kembali apa yang dipelajari. Tapi kalau dah si ibu dan ayah turut sama "mengupgrade"kan bahasa si anak, nak salahkan siapa?

Dan satu masa, apa yang diperkata oleh ibu dan ayah akan menjadi ikut-ikutan si anak. Mungkin di waktu kecil ni, kita boleh lagi ketawa apabila bahasa yang digunakan oleh anak pada kita kasar. Boleh lagi kita gelak ketawa dan menganggapnya sebagai gurauan. Tiada usaha untuk memperbetul keadaan. Tapi bila sudah sampai masa si anak besar panjang, bahasa itu yang digunakan untuk menggelarkan ibu dan ayah, relevan lagi kah jenaka itu?  

Saya pernah menjadi kanak-kanak. Dan tak terkecuali melalui keadaan tersebut. Keadaan di mana menuturkan bahasa yang yang tidak enak didengar telinga. Tapi perlahan-lahan hilang ditelan arus perubahan selari dengan kedewasaan. Tiada lagi ungkapan kata-kata kasar yang keluar dari mulut. Sedangkan dengan adik beradik tidak pernah sekali, apatah lagi dengan kawan-kawan. Kehidupan telah mengajar saya adat dan tatasusila. Dan saya berusaha menjaga adat dan tatasusila tersebut.

Walaupun bergurau, sebolehnya saya elakkan perkataan yang mengguris hati orang lain. Saya tak gemar orang menggunakan perkataan tidak elok sebagai bahan jenaka kepada saya. Timbal baliknya, saya juga tidak akan berjenaka menggunakan cara yang sama. Mungkin luaran boleh sama-sama bergelak tawa, hakikatnya hati saja yang menentukan keikhlasan.  

Saya bukan mengkritik. Saya masih mentah ilmu keibubapaan. Sebelum memperbetulkan orang lain seharusnya saya melihat ke dalam diri sendiri. Tapi memberi pandangan untuk perkongsian bersama tidak salahkan? :)

p/s : Bukan senang menjadi ibu

Sahabat


Kau ada dikala ku suka
Dikala ku duka
setiap tangisan dan juga ketawa
Kau ada dikala ku perlu
setia menemaniku
Pegang erat tanganku bila aku jatuh

Kau lah yang selalu
Selalu menemaniku
Mendengar kisah pahit manis 
Hidup ku

Kau lah yang di situ 
Setia menunggu ku
Kau lah yang satu
Menjadi sahabatku

Ku tahu ku kan selalu ada
Pada dirimu
Dan ku harap kau juga rasa begitu

Kau lah yang selalu
Selalu menemaniku
Mendengar kisah pahit manis
Hidup ku

Kau lah yang di situ
Setia menunggu ku
Kau lah yang satu
Menjadi sahabatku

Kau lah yang selalu
Selalu menemaniku
Mendengar kisah pahit manis
Hidup ku

Kau lah yang di situ
Setia menunggu ku
Kau lah yang satu
Menjadi sahabatku

Sahabatku.


p/s : Untuk sahabat yang amat dekat di hati =)


10 April 2012

Buah Tangan Dari Jauh

Salam

Yey!!! Dapat souvenir dari jauh. Lepas ni kalau merantau jauh, boleh la belikan lagi ye?. hehe. Jom tengok apa souvenir yang saya dapat. Fresh from London. Tq BIL =)

Pink dress untuk Airis. Sangat sweet, pandai abg ipar saya pilih. Menepati citarasa =)



Harrods Medium Gusset Bag untuk saya. Dapat jugak bag ni. Dulu masa pi Harrods kat UK, sambar fridge magnet je. Kalau dah rezeki kan =)



Dan juga ini. Satu lagi tambahan fridge magnet kepada koleksi yang sedia ada



Sudah penuh di bahagian atas. Special edition fridge magnet juga ada sempena wedding Prince William & Kate Middleton yang dibeli ketika berkunjung ke sana



05 April 2012

2 words

Salam

Pagi tadi semasa menghantar Airis ke rumah pengasuh, pengasuh beritahu saya sesuatu. Sebelum tu, ingin saya kongsikan satu entry dari blog Cikgu Azleen yang boleh di baca di sini

Dah baca? =)

Hal yang sama berlaku pada saya. Dua kali.

Kejadian berlaku lebih kurang 3 minggu yang lalu pada malam hari. Saya sedang berbaring menahan sakit kepala dan en. Abg pula sedang berborak2 dengan Airis yang sedang berada di dalam buaian. Dalam keadaan separa lelap terdengar en. Abg bercakap dengan Airis "Airis tak nak tidur ye. Nak main buai-buai dulu ye". Lebih kurang begitulah dialog antara si ayah dengan si anak.

Tiba2 dengar Airis sebut "buai". en. Abg punyalah terkejut. Cepat2 kejutkan saya yang disangkanya tidur. Terus beliau ceritakan apa yang berlaku sebentar tadi. Saya mengiayakan dan sama2 gelak. 

Dan pagi tadi semasa menyerahkan Airis kepada pengasuh, pengasuh bagitahu " Semalam dia sebut mak" Sekali lagi saya terkejut. "Yeke kak? Masa bila?"

"Masa dalam buai. Terkejut Kak Ina"

Sekali lagi hati diulit rasa gembira =)

Mungkin apa yang Airis sebut tu secara kebetulan. Tapi sebagai ummi dan ayah, saya dan en. Abg tetap menganggap itu satu pencapaian baru buat si bam-bam. Mana tahu lepas ni, Airis sebut perkataan lain ke?

Good job sayang. Ummi love u so much! =)


04 April 2012

Baby Neck Float

Salam

Saya tertarik dengan satu entry dari blog Dr. Harlina. Boleh baca di sini. Mungkin juga boleh saya praktikkan pada Airis? So that dia boleh swimming like her ayah, not like ummi yang berenang setempat je. haha 

Found this baby neck float. Jumpa satu website ni, tapi harganya agak mahal. Memang hampir2 nak beli la tapi bila buat survey rupanya saya boleh dapatkan dengan harga yang lebih reasonable.  


Ada pakej yang jual sekali dengan swimming pool tapi saya prefer beli neck float je. Harus saya gunakan swimming pool yang terbentang luas kat kawasan apartment tu. Biar feel Airis untuk belajar swimming tu lebih kuat. hehe 

Swimming pool dia lebih kurang begini. Comel je kan. Tapi tak besar la, dan ruang untuk swimming pun terhad je. Ataupun sapa yang ada bathtub tu, boleh la guna bathtub macam yang Dr. Harlina buat tu. 




p/s : Ummi pun nak belajar swimming la ^_^

Tuah Badan Sapa Tahu

Salam

Thanks to Kak Izan yang dengan baik hatinya belanja saya makan Kenny Rogers. Lepas ni tanya la saya mengidam apa lagi. Boleh saya buat list siap2. haha



Mine. Menu biasa tiap kali berkunjung ke Kenny Rogers



Hers



Dalam hati kata "Tuah badan dapat makan besar" =p



Jom makan! 



Tq kak. Murah hati, murah rezeki. Sila-silalah belanja i lagi. hehe



Kudap-kudapan sambil bekerja. Manalah tak makin montel badan ni. Tapi rezeki jangan ditolak ^_^





p/s : Rasa diri ni macam pregnant pulak. Sebab masa mengandungkan Airis dulu, Kak Izan rajin belikan apa yang saya mengidam. Anak kedua nanti nak macam tu jugak boleh tak? =p

Giant Giant Dan Giant

Salam

Another trip to Giant! Macam takde tempat lain je kat Kinrara ni kan. haha. Layankan ajelah =p



On the way 



Hero hati kita =)




Ummi yang asyik pose sedangkan Airis buat derk je. huhu




Sampai2 je singgah dulu kat Old Klang Road Kopitiam. Santai2 minum petang



Only on weekend



Airis refused untuk duduk diam dalam stroller 



Menu pilihan untuk santapan santai. Pilih menu yang sama cuma inti roti yang berbeza. Saya pilih marjerin + peanut, en. Abg pilih marjerin + kaya. Kopi ais untuk en. Abg dan Kopi O panas untuk saya. Say NO to ice plz ^_^



Lepas habis round Giant dan beli apa yang patut, singgah Sup Matsirat nak beli untuk dinner. Amboi... Dari petang sampai ke malam, perut ni diisi dengan makanan import je. Culas ye =p




02 April 2012

Sepetang Yang Indah

Ketika membawa Airis keluar berjalan-jalan mengambil angin

Airis n new headband. Suka tak? :)




Jalan2 @ JB

Salam

Peluang balik ke Kluang kitorang guna sekali untuk berjalan-jalan bawa si kecil. Tercapai jugaklah hajat en. Abg nak ke Johor Premium Outlet yang baru dibuka tu. Saja, jalan2 cuci mata. Nak jugak tengok JPO tu sebab tengok kat fb ramai benar yang dah ke sana. Best ke tak...

Masa bergerak dari rumah, cuaca dah sedia mendung. Dalam perjalanan, hujan pun turun. Makin lama makin lebat. Dalam hati cakap macam tak kesampaian je hajat kitorang ni. huhu. Hasrat hati bukan je nak pi JPO tu, tapi nak pi melepaskan mengidam pun ye jugak. Harap2 berjalan la program yang dirancang ni..

Tido sekejap sebelum bergerak. Recharge tenaga 



Muka monyok baru bangun tido



Macam tak semangat je...Adalah tu...



Masih taknak senyum



Rupanya mahu begini. Dia kalau dengan mak tok dia senyap je. Kalau ummi pegang bukan main lagi dia eh..



Extra carefull dalam keadaan hujan



1st place. Welcome to Johor Premium Outlet. Shopping jom! ^_^



Rombongan pada hari kejadian



No stroller, jadi mangsanya haruslah ayah yang gagah perkasa.haha





JPO Malaysia-Singapura





Turn ummi pulak. Jom kita pusing2 JPO Airis :)




Cuci mata @ Poney






Family potrait pada hari kejadian



Rehat sebentar. Susu time! ^_^



Oklah JPO ni. Tapi brand2 kat sini takleh hebat mana. Atau mungkin saya yang tak kenal brand tu? Yela, kita pakai brand pasar malam je. hehe. Tak sempat nak round lama2 sebab hujan. Airis pun dah start merengek mahu menyusu.

Teringat masa saya pergi ke Bicester Village dulu. Bicester Village ni sama konsep macam Johor Premium Outlet. Cuma lebih banyak brand yang hebat. Dan cuaca yang sejuk dingin. Rasa cool je berjalan. hehe





Kalau masa time Christmas, memang sale kaw2 punya. Masa saya pergi tu ada jugak sale, tapi tak banyak mana. Dapatla rembat barang untuk diri sendiri ngan family



Semestinya la view kat sana lebih cantik. Relax dan santai walaupun ramai orang





Hasil shopping di JPO adalah nan hado! haha.


2nd place lepas balik dari JPO tu yelah misi mencari Murtabak Singapore yang katanya amat famos amos di JB. Lebih spesifiknya di Kg. Melayu Majidee. Entah kenapa, rasa terliur sangat bila terkenangkan murtabak ni. Makan pulak panas2 dalam keadaan hujan yang gerimis. Fuh wallah! :p

Tapi takde rezeki saya bila tahu yang kedai famos amos tu tutup hari Ahad. Saya still dapat beli murtabak Singapore versi take away tapi rasanya kurang menyengat berbanding yang dijamukan sewaktu beraya di JB dahulu. Dapat jugak saya bawakan balik untuk Mak Yong di Seremban tu. Mungkin raya akan datang ni ketika beraya di JB, saya akan merayu manja pada en. Abg untuk mencarikan murtabak tu untuk saya. hehe


Pic terakhir untuk hari jalan2 Airis yang memenatkan. Ketika singgah di rumah Mak Long & Pak Long untuk menjamu murtabak yang dibeli tadi. Layan~~~



p/s : en. Abg kata boleh pergi JPO lagi kalau berkesempatan. Tapi saya tak mahu balik dengan tangan kosong ye? =p