Salam
Kata orang kalau anak kita dari kecil sudah dihantar ke nursery, maka dia takkan menghadapi masalah bersosial dengan orang lain. Maksudnya dia akan ok kalau orang lain nak dukung ke, pegang ke or nak main2 dengan dia. Dan anak yang dihantar ke pengasuh pulak akan kurang bersosial yang membawa maksud akan mengelak untuk berada bersama orang lain.
Saya tak tahu la teori tu betul ke tidak pada anak orang lain. Tapi pada Airis, yes! Itu yang telah berlaku. huhu
Saya dapat kenalpasti sifat Airis yang satu ni lebih kurang 2 minggu yang lepas semasa menziarahi ex-rumate en. Abg di AD yang baru sahaja dikurniakan baby boy.
Keadaan masih terkawal ketika sampai. Tengok dia duduk elok je, adalah wife kawan en. Abg tu cuba mengajak dia bermain. Disuanya tangan ke arah en. Abg dengan hajat nak mengambil Airis * moga-moga lekat terus rezeki kat dia* Sekali Airis bantai menangis. Bukan sikit2, tapi siap mengalir air mata bagai. Terus cuak member tu. haha
Saya dan en. Abg ketawa je sambil pujuk2 Airis. Ingatkan dia mengamuk pasal tak cukup tidur sebab kitorang kejutkan dia dari tidur masa nak dukung dia bawa ke kereta. Tapi bila tengok kejadian sama berulang, andaian saya Airis taknak dengan orang lain. Usah kata dipegang, orang acah dari jauh pun dia menangis. Sampai hajat nak bermesra dengan baby2 pun tak kesampaian. Kebetulan wife kawan en. Abg yang turut serta tu pun baru dapat baby girl. Tak sempat nak kawankan dengan Airis. hehe
Sudahnya saya dan en. Abg minta izin mengundur diri. Takpelah walau sekejap, hajat nak menziarah dah tercapai. To baby Mujibbudin, aunt sekeluarga doakan cepat2 sihat dari Jaundis tu :)
Si bam-bam yang cool ketika baru sampai
Petangnya saya dan keluarga makan malam di Ana Ikan Bakar Petai, Bangi. Pengalaman mak dan ayah terdahulu, pada waktu malam orang sangat ramai. Jadi untuk keselamatan, ayah reserve meja dan order lauk dulu. Jadi bila sampai, tak kena menunggu lama.
Sambil tunggu Along di exit tol Bangi. Janji kat kedai pukul 8, jadi singgah solat Maghrib di PLPP Bangi dulu.
With Mak Usu yang sedang bercuti
Mak Long Anis yang all in black. hehe. Sarat dah kakak saya ni, tunggu masa je. Mudah2an dipermudahkan :)
Waiz @ mini playgorund
Airis & aunt2 yang bajet cun =p
Sayang atok :)
Budak kecik ni dah pandai posing rupanya. Keje Mak Lang dia tu lah ^_^
Masih memilih Teh O Limau bagi menghilangkan dahaga
Ok, makanan dah sampai, Jom kita makan! :)
Nak apalah si Waiz tu...
Ummi & ayah Airis
Sekitar kedai
Overall, puas hati. Kemudahan bilik solat pun ada. Makanan pun sedap kecuali butter prawn yang agak lain dari yang diharapkan. Ikan bakar saya tak tahu sebab i kan tak makan ikan bakar
Ok dah kenyang jom kita balik. Tq ayah. Sayang ayah :)
p/s : 1st time bawa Airis keluar malam. Alhamdulillah tak meragam baik di luar mahupun balik rumah. Tq atok bacakan ayat pendinding untuk Airis :)
k.long ida pregnant lagi kan..? sekarang dah berapa bulan..?
ReplyDeleteaha kak..tengah tunggu hari je.due awal mei...
Delete