Salam
Pagi tadi semasa menghantar Airis ke rumah pengasuh, pengasuh beritahu saya sesuatu. Sebelum tu, ingin saya kongsikan satu entry dari blog Cikgu Azleen yang boleh di baca di sini.
Dah baca? =)
Hal yang sama berlaku pada saya. Dua kali.
Kejadian berlaku lebih kurang 3 minggu yang lalu pada malam hari. Saya sedang berbaring menahan sakit kepala dan en. Abg pula sedang berborak2 dengan Airis yang sedang berada di dalam buaian. Dalam keadaan separa lelap terdengar en. Abg bercakap dengan Airis "Airis tak nak tidur ye. Nak main buai-buai dulu ye". Lebih kurang begitulah dialog antara si ayah dengan si anak.
Tiba2 dengar Airis sebut "buai". en. Abg punyalah terkejut. Cepat2 kejutkan saya yang disangkanya tidur. Terus beliau ceritakan apa yang berlaku sebentar tadi. Saya mengiayakan dan sama2 gelak.
Dan pagi tadi semasa menyerahkan Airis kepada pengasuh, pengasuh bagitahu " Semalam dia sebut mak" Sekali lagi saya terkejut. "Yeke kak? Masa bila?"
"Masa dalam buai. Terkejut Kak Ina"
Sekali lagi hati diulit rasa gembira =)
Mungkin apa yang Airis sebut tu secara kebetulan. Tapi sebagai ummi dan ayah, saya dan en. Abg tetap menganggap itu satu pencapaian baru buat si bam-bam. Mana tahu lepas ni, Airis sebut perkataan lain ke?
Good job sayang. Ummi love u so much! =)
No comments:
Post a Comment