29 January 2016

Adik Beradik

Salam Jumaat

Rentetan post sebelum ni, alhamdulillah Auni semakin pulih. Demam yang menyerang semula selepas pulih hari tu datang semula beberapa hari lepas. Terkejut saya, suhu badan terus meninggi sampai hampir mencecah 40c. Tambah pulak tengok tangan Auni agak pucat. Bergegas ke klinik untuk cek keadaan Auni.

Doc kata virus hari tu masih tak habis sepenuhnya lagi sebab tak ambil antibiotik. Jadi kena masuk ubat punggung juga la si Auni ni. Alhamdulillah lepas tu suhu terus menurun dan back to normal. Jadinya sekarang sy still bagi antibiotik sampai habis, ubat2 lain memang tak kasi. Just bf banyak2 untuk tambah antibodi dia. 

Disebabkan Auni tak berapa sihat, jadi memang tak dapat nak cucuk 6 bulan. 2 kali jugak la bertangguh. Tarikh latest cucuk minggu depan, harap2 nak sampai ke hari tu Auni dah betul2 sihat. 

Buat masa ni saya hold dulu bagi solid food. Takut keadaan makin worse. Cumanya dah mula bagi air putih kat Auni. Selang selikan dengan air zam zam. 

Gigi pertama Auni tumbuh, demam menyinggah. Harap2 bila gigi seterusnya tumbuh takdelah demam2 lagi =p

Kasi up sikit gambar terkini si kakak dan adik. Ok, dah nampak adik memang boleh jadi geng kakak berposing =p

Airis @ 4y 3m and Auni @ 6m 3w

Dua anak dara berbaju pink




p/s : Mood cuti panjang ^_^

13 January 2016

Dugaan Di Awal Tahun 2016

As salam

Beberapa hari ni saya diduga dengan masalah kesihatan insan2 tersayang. Bermula dengan Airis yang matanya dijangkiti virus. Mulanya ingat panas dalam badan je tapi bila tengok taik mata sentiasa bertepek kat mata terus bawa ke klinik. Doktor kata kena jangkitan virus. Ambil masa beberapa hari jugalah untuk pulih



Bila si kakak beransur sembuh, virus berpindah ke si adik pulak. Tapi adik dapat pakej lengkap. Sakit mata + demam + batuk + selsema. Puas dah cuba berhati2 supaya adik tak dijangkiti tapi dah namanya satu rumah. Berkongsi persekitaran yang sama, peluang nak berjangkit tu memang tinggi la. Nak2 lagi antibodi adik belum berapa kuat. 

Untuk adik agak ambil masa untuk pulih. Kasihan memang kasihan tapi nak buat macam mana. Cuma yang saya mampu buat susukan dia sebanyak dan sekerap mungkin untuk tinggikan tahap antibodi. Alhamdulillah pagi tadi dah nampak banyak perubahan. Harap2 makin banyak kemajuan.


Itu kisah anak2. Ingatkan anak2 je yang kena sakit mata tu, sekali en. Abg pun turut terkena tempias. Terus saya kuarantin en. Abg dari dekat2 dengan anak2 nak2 lagi si adik. Body contact adalah dilarang sekeras2nya. hehe. Bukan apa, takut berjangkit semula.

Agak penat sebab si adik bila tak sihat ni hebat jugak ragamnya. 24 jam nak berkepit, tak boleh berenggang langsung. Dengan orang lain pun taknak, takat senyum2 dari jauh. Kalau orang lain dukung baik atok ke nenek, memang meraung la jawabnya. Mujur pengasuh kata dia tak meragam hari ni. Lega hati hati ummi dik, nak kerja pun hati tenang.

Bila jadi macam ni, saya tersedar. Mungkin ini caranya DIA bagi soft reminder kepada saya tetang kealapaan dan kecuaian saya di mana2. Jadi kena muhasabah diri 

Walaupun diduga, ada hikmahnya. Disebabkan beberapa hari ni Auni sangatlah kuat menyusu, saya perasan produktiviti hasil pam susu hari ni meningkat dengan banyak. Berbalik kepada konsep demand and supply. Makin kerap Auni menyusu, maka makin banyak penghasilan susu.

Yang penting, pandang positif kan =)

Hasil pam pagi tadi. Hasil petang walaupun tak sebanyak ni still ada peningkatan. Alhamdulillah, mudah2an panjang rezeki susu Auni


p/s : Kalau ayah kakak dan adik dah sihat menjelang hujung minggu ni, kita potong kek anniversary ummi ayah nak? ^_^

07 January 2016

Happy 6 Months Adik =)

As salam

Hari ni usia adik dah masuk 6 bulan. Yey!!! Dah boleh mamam ^_^

Tapi tunggu Sabtu nanti ye ummi kasi intro dengan solid food. Ummi tak sempat pagi tadi dik =p


Cepat sangat masa berjalan. Tau2 adik dah 6 bulan. Dah laju mengesot, rasanya tak lama lagi dapatlah merangkak. Teruskan usaha ye dik. Kipidapdongibab baby! ^_^


p/s : Harap kakak cepat sembuh