29 January 2016

Adik Beradik

Salam Jumaat

Rentetan post sebelum ni, alhamdulillah Auni semakin pulih. Demam yang menyerang semula selepas pulih hari tu datang semula beberapa hari lepas. Terkejut saya, suhu badan terus meninggi sampai hampir mencecah 40c. Tambah pulak tengok tangan Auni agak pucat. Bergegas ke klinik untuk cek keadaan Auni.

Doc kata virus hari tu masih tak habis sepenuhnya lagi sebab tak ambil antibiotik. Jadi kena masuk ubat punggung juga la si Auni ni. Alhamdulillah lepas tu suhu terus menurun dan back to normal. Jadinya sekarang sy still bagi antibiotik sampai habis, ubat2 lain memang tak kasi. Just bf banyak2 untuk tambah antibodi dia. 

Disebabkan Auni tak berapa sihat, jadi memang tak dapat nak cucuk 6 bulan. 2 kali jugak la bertangguh. Tarikh latest cucuk minggu depan, harap2 nak sampai ke hari tu Auni dah betul2 sihat. 

Buat masa ni saya hold dulu bagi solid food. Takut keadaan makin worse. Cumanya dah mula bagi air putih kat Auni. Selang selikan dengan air zam zam. 

Gigi pertama Auni tumbuh, demam menyinggah. Harap2 bila gigi seterusnya tumbuh takdelah demam2 lagi =p

Kasi up sikit gambar terkini si kakak dan adik. Ok, dah nampak adik memang boleh jadi geng kakak berposing =p

Airis @ 4y 3m and Auni @ 6m 3w

Dua anak dara berbaju pink




p/s : Mood cuti panjang ^_^

No comments:

Post a Comment