28 December 2011

Hai2 2012 Bye2 2011

Salam


3 hari lagi sebelum tahun 2011 menjadi kenangan. Pejam celik pejam celik, dah nak sampai ke penghujung tahun.


Alhamdulillah, tahun 2011 saya dihiasi dengan rezeki2 yang tak dijangka. Paling bermakna, apabila menerima berita kehamilan sebagai hadiah ulang tahun yang ke-27. 5 hari selepas ulang tahun, saya disahkan hamil. Rezeki dariNya, saya sama sekali tidak menduga. Dengan ketiadaan suami di sisi, kurniaan tak terhingga diberi :)


Bulan April meninggalkan kenangan manis bila saya dan en. Abg berpeluang berjalan melihat pemandangan di negara orang *en. Abg request utk abiskan post tentang2 cuti2 di sana*, Tak pernah saya jangka akan menjejakkan kaki ke sana, tapi alhamdulillah dipermurahkan rezeki utk berhoneymoon sekali lagi dengan kehadiran si kecil di dalam perut. Percutian yang tak akan saya lupa sampai bila2 :)


Raya kedua sebagai suami isteri. Kiranya dua setengah la sebab Airis dalam perut. hehe. Raya pertama dulu masih lagi dalam mood pengantin baru :)


Kata orang, anak pembawa rezeki. Seminggu sebelum kelahiran Airis, akhirnya en. Abg dapat transfer ke sini pada Oktober 2011. Alhamdulillah, inilah yang saya nanti2kan sejak diijabkabul dahulu. Akhirnya, doa kami dimakbulkan :)


Kelahiran buah hati Nur Airis Afrina sebagai penutup 2011 yang pastinya menjadi kenangan manis buat saya :)


Selamat tinggal 2011. Tahun yang penuh dengan 1001 kenangan, baik manis atau pahit. Yang manis akan tetap diingatan saya. Yang pahit akan saya jadikan pedoman untuk mematangkan diri.


Semoga 2012 akan menjadi lebih baik untuk saya dan insan2 tersayang.



p/s : Happy 2 months old Airis sayang. Makin bam bam anak ummi ^_^

27 December 2011

Teruja

Salam


Weekend ni adik saya Izan akan bertunang.

Excited! ^_^


p/s : Masih mengekalkan mak andam yang sama sbb hasil kerja yang memuaskan. Tak kisah la siapa asalkan perempuan tulen. i x layan yang tak tulen u. awww!!!

20 December 2011

Mimpi Jadi Kenyataan

Mimpi saya jadi kenyataan? =)


Saya mimpi beli rumah baru ... jadi kenyataan

Saya mimpi suami dapat promotion ... jadi kenyataan

Saya mimpi jalan2 di UK sekali lagi ... jadi kenyataan

Saya mimpi Airis dapat adik ... Ops! Yang ni sebolehnya buat sementara waktu ditangguh dulu dari menjadi nyata. Musim bermanja2 dengan Airis masih panjang *_*


Seronok kan mimpi menjadi nyata. Itulah yang saya rasa sampai dalam tido tersengih2. hehehe


Ecececececeh......


Takdelah. Tu semua tetap dalam mimpi. hehe. Cume satu je mimpi saya yang InsyaAllah akan menjadi kenyataan tahun depan ^_^


InsyaAllah, 2nd baby Along ni will be baby girl. Sama seperti mimpi saya. Yey!!!!


Setakat ini berdasarkan scan, itulah gendernya. Harap2 tak berubah sampai deliver nanti. Dah sepasang. Adalah Airis kawan main masak2 nanti bila pi umah Mak Long Anis =)


p/s : Yang mimpi2 lain tu mana tau rezeki saya akan datang kan. Sebagai insan, kita usaha je. Rezeki DIA di mana2 dan bila2 masa je. Sekiranya rezeki2 tu dilimpahkan kepada saya, harapnya saya tidak takbur dan megah mengejar status di pandangan manusia. Amin.

11 December 2011

45 Hari

Salam

Alhamdulillah majlis cukur jambul Airis semalam berjalan lancar. Cuaca dari pagi hingga ke petang cantik je.



Puteri saya dah botak la ^_^


Musim berpantang juga sudah sampai ke penghujung. Tapi akak masih berkain batik. Perempuan melayu terakhir u. haha. Yang bebenor sebab sehelai seluar pun akak xbawak balik Kluang ni. huhu


Trima kasih banyak tak terhingga kepada keluarga mertua yang menguruskan perjalanan majlis dari awal sehingga penghujung. Dan juga keluarga saya yang turut berada sama memberi sokongan dan bantuan.


Kepada saudara mara, kumpulan marhaban dan tetamu lain yang datang merai juga diucap trima kasih di atas kesudian menghadiri majlis puteri sulung saya ni. Special thanks untuk sahabat tersayang yang datang dari jauh. Datang bukan sebarang datang, datang dengan tangan berisi. hehe. Tq aunt, cantik rantai tu =)


InsyaAllah bila diizinkan akan saya kongsikan serba sedikit perjalanan majlis semalam. Ketika Airis santai berbaring sebelah saya sambil tersenyum menemani, saya pasti mood menaip pasti datang. Saya akui, kehadiran Airis mengubah hampir keseluruhan rutin hidup saya =)


p/s: Menaip sambil Airis lena di pangkuan.


09 December 2011

43 Hari

Salam



Hari ini masuk 43 hari menjadi ummi Nur Airis Afrina.


Tiada lafaz syukur setanding kurniamu Ya Allah.



p/s : Masih belajar.

Ummi Dan Airis Sama2 Berurut

Salam


Dulu masa nak keluar wad lepas deliver Airis cadangnya nak sunatkan dia terus. Senang, setle semua dan saya tak payah fikir lagi. Tapi sebab excited sangat nak kuar wad terus terlupa niat yang satu tu. Lepas tu ingatkan masa bawak Airis check Jaundis tu, nak sunatkan terus. Tapi doc kata kena setlekan dulu hal Jaundis, baru sunat. Tertangguh lagi sebab lepas keluar wad terus bawak Airis balik ke Kluang esoknya.


Sudahnya Airis bersunat di kampung saja.. Makcik urut yang sunatkan. 1st time tengok sunat2 ni, nak2 anak sendiri. Ngeri jugak ^_^

Sebelum tu, saya mintak makcik tu urutkan saya dulu. Saja nak bagi segar badan. Kembang setaman bila makcik tu puji i dah jauh beza dari masa berurut lepas bersalin dulu. Sampai tak kenal kau. Terima kasih la makcik, malu saya. haha

Selesai bab saya, maka kisahkan bab Airis pulak. Sebelum tu susukan Airis dulu. Takut dia menangis lepas disunat. Punyalah saya mengagah Airis, nak bagi dia senyap dan duduk diam. Akhirnya, berjaya jugak. Tak menangis pun dia. Merengek 2 3 kali je. Bagus anak ummi ^_^

Selesai bersunat, makcik tu mandikan Airis dengan air limau nipis. Kira bersuci la. Lepas tu diurut-urut Airis satu badan. Katanya leher Airis terkial skit, terus dibetulkan. Punya menangis la Airis, sampai saya naik cuak. Patah ke leher anak aku ni. haha. Tapi lepas pujuk2, terus cool balik dia. Kena upgrade skill memujuk ni =)

Lega, satu part da selesai. Tinggal nak cukur jambul dan aqiqah Airis je esok. Boleh balik rumah dengan senang hati.




p/s : Try baju kurung yang dibawa en. Abg utk dipakai esok. Mujur masih muat =)

08 December 2011

Ke Garisan Penamat

Salam


Hari ni hari ke-42 saya berpantang

Tinggal 2 hari je lagi sebelum tempoh berpantang ke garisan penamat

Tak sabar!

Tapi lepas ni mesti rindu zaman berpantang.

Boleh tak? =p


Sabtu ni ummi habis berpantang. Airis pulak cukur jambul. Macam dijanji-janji pulakkan ^_^

04 December 2011

Airis Kena Suntik

Salam


Selasa minggu lepas bawa Airis ke Klinik Kesihatan untuk dapatkan suntikan Hepatitis B dos kedua. Sepatutnya suntikan ni diambil di Pusrawi, tapi disebabkan saya berpantang di Kluang, maka bawa Airis ke KK sini je. Ditemani mak dan abah serta 2orang lagi anak buah.


Keluar rumah dalam pukul 8.15. Dalam 5minit dah sampai ke KK. Kalau di KK Kg. Pandan, pasti waktu klinik dah padat dengan orang menunggu giliran. Tapi kat KK sini orang sangatlah sedikit. Pukul 8.50 dah boleh balik =)


1st time buat check up baby, jadi xtau apa yang nak kena buat. Just tau kena timbang berat dan ukur tinggi Airis. Rupa2nya i pun kena buat urine test dan timbang berat badan. Masih maintan dengan 63kg. Macam susah je nak turun lagi ni. hehe


Lepas sebulan, berat Airis dah mencecah 4.75kg. Fuh semangat anak ummi. Tapi tak nampak beza pun sebab masa lahir pun Airis dan montel. Cuma pipi dia je yang main tembam. hehe. Lepas timbang berat, nurse ukur tinggi. Katanya 54cm. Aik??? Masa lahir 56cm, takkan sekarang 54cm kot? Takkan anak aku membantut? Bila bagitau nurse tinggi Airis, terus ukur balik. Silap ukur la, Airis sebenarnya da 56.5cm =)


Masa kena inject, menangis jugak Airis tapi kejap je la. Abis je inject, terus buat muka cool n cute dia tu. Rupa2nya nak nenen. Oooo, pandai berlakon ye anak ummi. hehe


Tinggal seminggu je lagi ummi dapat usap2 rambut Airis yang lebat tu. Lepas ni Airis dah kena botak. Alalala, sayangnya....Takpela, nanti tumbuh balik kita simpan rambut Airis panjang skit. Boleh ikat macam2. Mesti comel ^_^

03 December 2011

TQ FB!

Salam Sabtu semua =)


Baru saja menjengah fb sebentar tadi. Hati terus diulit gembira. Nak tau kenapa? Sebabnya, kawan sepengajian ketika di UUM dulu yang hampir2 lost contact telah ditemui.


Wan Nur Ezzah, salah seorang teman baik ketika sama menuntut di daerah Utara sana =)


Beberapa tahun telah berlalu. Saya akui disebabkan membawa haluan dan mencari arah hidup masing2, hubungan yang terjalin dahulu hampir saja lupus ditelan waktu. Alhamdulillah, teman baik yang menjadi sebahagian kenangan manis hidup saya berjaya dihubungi sebelum kesibukan dan kealpaan membuai diri kami. Dan moga2 tidak sampai di sini sahaja silaturahim kami. Biar jauh di mata, asal dekat di hati.


Bukan dia saja yang saya rindukan. Ramai lagi teman yang pernah singgah dalam hidup saya, yang saya masih tertanya-tanya ke mana hilangnya. Hilang yang disebabkan oleh tuntutan kehidupan. Hilang yang tidak disengajakan. Dari kecil dahulu hingga ketika saya mula2 mencari rezeki. Semuanya terpahat di dalam hati.


Walau dimana mereka berada, saya sentiasa mendoakan yang terbaik utk mereka2 ini. Moga diperkuat jodoh pertemuan antara kami olehNya. Amin.

28 November 2011

Sebulan Sudah

Salam



Pejam celik pejam celik, hari ni genap usia Airis sebulan.



Happy 1 month old Airis!

Ummi & ayah love u soooooooo much =)



Sedikit perkembangan Airis : Relaks santai ketika dimandikan Mak Toknya dan juga sedang mencuba mengangkat kepala sampai kadang2 terhantuk kat ummi. hehe.



p/s : 2minggu lagi sebelum habis berpantang dan pulang semula ke Rumahku Syurgaku. Sedang belajar membina kekuatan mental dan fizikal untuk bermanja berdua bersama Airis ketika ayah mecari rezeki ^_^

27 November 2011

31 Hari Ummi & Airis

Salam
Hari ni masuk 31 hari saya berpantang. Maknanya tinggal 13 hari je lagi. Yahoooo!!!! ^_^
Bukanlah tak seronok berpantang ni. Bagi saya, berpantang ni sama je macam keadaan biasa tapi terkawal dalam beberapa keadaan. Tak boleh keluar rumah, berbengkung, jaga pemakanan etc. Bukanlah susah sangat nak buatkan. Macam saya, sedar tak sedar 31 hari telah berlalu dengan pantas begitu sahaja.
Saya masih lagi berpantang di rumah mertua. Dan akan teruskan tempoh berpantang di sini sehingga selesai. Sehingga genap hari ke-44, dan juga sehingga Airis dibotakkan pada hari yang sama =)
InsyaAllah cukur jambul dan aqiqah Airis akan diadakan 2 minggu lagi. Perancangan dibuat secara spontan. Lagi cepat lagi bagus. Semua persiapan saya serahkan sepenuhnya kepada en. Abg dan keluarga mertua. Buat yang simple2 je.
Airis sekarang sudah bertambah bulat. Tiap kali ayahnya pulang menjenguk di hujung minggu, semakin tembam katanya. Airis banyak minum susu ummilah ayah. Memanglah sihat =)
Ramai yang datang menjenguk Airis. Antara statement wajib kedengaran tiap kali memandang Airis, " Lebatnya rambut dia" dan "Macam budak besar la". hehehe. Yup, saya akui Airis tidak kelihatan seperti bayi yang berusia sebulan. Mungkin disebabkan saiz badannya dan juga caranya memandang orang yang melawat seolah2 sudah mengenal dunia.
Rambut Airis jugak agak lebat dengan warna hitam pekat. Patutlah masa dihujung tempoh hamil dulu, rasa nak terkucil tu sentiasa ada. Ini sebabnya, rambut si anak. hehe. Buat masa ni, tak dapat dipastikan berapa berat terkini Airis dan akan tau Selasa nanti bila Airis diberikan suntikan Hepatitis B.
Ramai yang meneka-neka seiras siapakah Airis. Ayah ke, ummi ke. Ada yang kata iras ayah, ada yang kata iras keluarga belah KL. Tapi ummi rasa wajah Airis persis Mak Lang la. Jauh tersasar. hehe


Presenting pic terlatest my bam-bam Airis yang tak suka dibedung =)





20 November 2011

Ujian

Untuk sahabatku yang sedang dilanda musibah hebat.


Biarkan apa yang diperkatakan mereka.

Hanya aku, kamu dan pembawa onar yang mengetahui segala yang tersirat.

Usah dilayan minda2 yang tidak setara kita


Dilawan tiada penghujung

Bila ego memang sifatnya

Biarkan dia bahagia dengan tohmahan yang dilemparkan.


Semoga dibuka pintu keinsafan buat dirinya.

19 November 2011

Selepas 3 Minggu

Salam


Pagi tadi sempat melompat atas weight scale. 3kg lemak degil berjaya disingkirkan. Good job Airis syg ^_^


Saat2 akhir sebelum Airis keluar, merasa jugaklah saya berat 76kg. Dalam 3 4 hari lepas Airis keluar, beranikan diri utk lompat atas weight scale buat pertama kali. 66kg! Weehuuu!!! And now, 63kg! 5kg je lagi sebelum mencapai sasaran. Terus berkobar2 semangat ni. haha


Betul la kata orang, masa berpantang ni memang senang nak turun badan. Dengan makan yang menyihatkan, ditambah lagi dengan si kecil yang kuat menyusu memang tak mustahil nak back to normal. Tapi masa berpantang jela. Lepas habis pantang kalau tak jaga betul2, lari shape jugakla. Harap2 akak tak macam tu. hehe


Tapi jujurnya, itu bukanlah target utama lepas lahirkan Airis. Apa yang saya mahukan Airis membesar dengan sihat. Cukup zat dari susu ibu yang saya berikan. Jadi, tak perlula saya sekat pemakanan, kesian kat Airis. Jenis saya, makan saja tapi masih dalam jadual berkala yang boleh di kawal.


Tapi saya rasa ada baiknya berpantang ni. Semua makan yang dijamah memang sihat2 belaka. Tiada yang berlemak. Kalau la boleh teruskan macam ni sampai bila2 kan bagus. Kot nafsu kuatla kan =p


Ops! Airis dah bagi sign nak nenen tu. Got to go blog. Daaaa...



p/s: Mujur baju2 keje semuanya baju kurung, tiada yang bercutting sendat mendat. Kalau tidak, jadi khazanah dalam gerobok je la

12 November 2011

Nur Airis Afrina Nor Azam

Salam


Hye blog! Ini puan kamu kembali berblogging dari cuti yang panjang. Rindu betul saya dengan kamu =)


Lama betul rasanya menyisihkan blog ni. Sejak di saat2 akhir menunggu kelahiran si kecil sehinggalah si kecil sekarang dah pun berusia 16 hari. Banyak nak dikongsi tapi masa kurang mengizinkan. Bukan sebab masa 24 jam menjadi 12 jam, tapi sebab masih sibuk mengadjustkan diri dengan status baru sekarang ni. Mesti new mommies yang kat luar sana pun sama. Rasanyalah...


2minggu dah berlalu tapi saya masih tiada kesempatan untuk berkongsi berita gembira di sini. Syukur alhamdulillah, buah hati yang dikandung selama 9 bulan sebelum ni selamat dilahirkan. Puteri sulung saya dan en. Abg, Nur Airis Afrina binti Nor Azam selamat dilahirkan pada hari Jumaat, 28 Oktober 2011 bersamaan 1 Zulhijjah 1432H dengan berat 3.85kg. Sehari lewat dari EDD yang dijangkakan.


Sehingga itu sahaja. Ini pun terpaksa dibuat secara curi2 ketika Airis sedang lena beradu. Dan ini saya kongsikan gambar Airis yang pertama kali diambil oleh ayahnya sejurus dibersih, diazan dan diiqamatkan.



Si bam-bam ummi dan ayah ^_^






24 October 2011

P : Menghitung Hari

Salam


Tinggal berapa hari je lagi before due. Doc pun dah bagi MC 2hari, hari ni dan esok. Disebabkan risau berseorangan tinggal sendiri di rumah, saya pilih utk duduk di rumah emak 2 hari ni. Siang di rumah emak, malam balik ke Kinrara semula.


Perut semakin kerap mengeras tapi berdasarkan check up Sabtu lepas, belum ada sebarang bukaan. Jadi sekarang ni, hanya menunggu detik dan waktu wujud sebarang tanda sebelum keluarnya si kecil ni.


Cepatlah keluar anakku. Ummi dan ayah tak sabar nak jumpa dan peluk cium kamu :)

21 October 2011

P : 39W & 2D - Antara Diri Dan Keinginan

Anak ummi @ 39W





Muka sembab bakal ummi @ 39W





Akhirnya dapat jugak melepas ngidam ayam spicy McD. TQ kakakku open table untuk i. Licin i bedal ^_^



17 October 2011

Terima Kasih Ayah

Terima kasih ayah. Pandai ayah pilih. Cantik2 semuanya =)





Sweet pinky








Awww seksi! =p




p/s : Kalau keluar Adam bagaimana ye? hehe. Semuanya rezeki ^_^

P : 38W & 4D

Salam

Khamis minggu lepas sehari selepas kepulangan en. Abg, kitorang ke Pusrawi utk weekly check up dengan doc Norkedah. Kali ni lama skit sebab kena buat CTG scan yang makan masa 45minit.

Urine dan BP semuanya ok. Berat pun ok, mana taknya dah tambah lagi 1.2kg. Kejap naik, kejap turun. hehe. Lepas tu terus pegi makmal darah utk buat HB test seterusnya buat CTG scan.

Sementara tunggu CTG habis






Ummi dan ayah =)



Hasil CTG sepanjang 45 minit. Nurse bagitau graf baris atas tu gerakan baby, yang bawah tu kalau nak tengok ada contraction ke tak. Nampak tak graf gerakan baby saya yang mula2 tu tak ada sebarang kenaikan. 1st nurse cakap baby kurang aktif, but 2nd nurse cakap maybe baby tengah tido. Mana taknya, ummi dia dah bantai nasi lemak sepinggan pagi tu. Sampai anak dalam perut pun mengantuk jugak. hehe. Tepuk2 perut, baby pun terus bangun ^_^

Yang graf bawah tu tunjukkan ada contraction yang agak kerap walaupun tak kuat. 15 minit terawal, memang graf mendatar je tapi lepas tu kadang2 graf naik. Sebenarnya, mula2 saya sendiri pun tak tau contraction tu macam mana. Tapi apa yang pasti, tiap kali perut mengeras, graf terus naik. Oh, itu kot contraction.. Tapi takde rasa sakit pun, so relax2 je =)



Selesai buat CTG, terus jumpa doc. Disebabkan tadi masa CTG saya dah terlentang utk masa yang lama, jadi bila bangun tu badan terasa sedikit sengal dan keletihan. Sebab tu dalam bilik doc saya tak banyak bertanya sebaliknya hanya mengiyakan apa yang diperkatakan doc. Sampai saya terlupa tanya berat terkini baby. Dan paling tak best, kali ni xdapat gambar scan baby. en. Abg pun xdapat duduk dekat2 dgn scan tengok buah hati kitorang sebab ada 2 orang budak praktikal yang menghimpit saya dan doc. huhu

Semuanya alhamdulillah ok. Air ketuban pun ok. Rasanya berat baby pun ok sebab doc tak komen apa2 pun. Kalau baby besar mesti doc cakapkan. Hasil CTG doc kata dah ada contraction skit but still under control. So next appointment 22 Okt depan. Tapi kalau sudah keluar apa2 tanda haruslah segera ke hospital.

Hari Khamis tu memang sengaja saya ambil cuti. Mau berehat2 dengan en. Abg. Lepas balik dari Pusrawi tu, singgah Giant. Nak melepaskan hajat pekena ABC dan bihun sup yang menjadi igauan sepanjang perjalanan pulang. Dah kenyang baru boleh pulang dengan senang hati. hehe




p/s : Agak2 sempat tak menunggu utk appoinment next check up ^_^

16 October 2011

P : 38W & 3D

Salam

Hari ni 16 Okt 2011. Maknanya sudah 38 minggu dan 3 hari baby berada dalam rahim. Kalau ikutkan EDD awal yang diberikan doc ketika mula2 membuka buku pink iaitu 27 Okt 2011, maknanya tinggal 11 hari je lagi sebelum keluarnya si kecil ni.

Sekarang ni terasa kerap sangat perut menegang. Saya kurang pasti istilah apa yang sesuai, mungkin boleh dikata baby sedang meregang atau mengeras di dalam perut kerana kesempitan ruang yang ada. Bila menatap diri di hadapan cermin, terasa tumbesaran diri yang semakin mendadak di sana sini. Jalan pun sudah semakin sama dengan penguin. hehe

Dengan beberapa hari yang ada ni, saya dirisik oleh en. Abg dengan pertanyaan makanan yang saya idamkan sebelum dikuarantin dalam tempoh berpantang yang panjang. Rasanya tiada apa yang diidamkan, sekadar ingin merasa Chicken Chop. Kalau tercapai hajat, maka memang menjadi rezeki saya. Tapi kalau tiada, anggap saja tiada rezeki. Lepas berpantang nanti, boleh dicari jua =)

Akhirnya ketemu jua nama yang sesuai utk diberikan kepada si kecil ni. Nampaknya perancangan asal sedikit lari dari landasan atas permintaan en. Abg. Dari pendek bertambah sedikit panjang. Tapi masih cuba diringkaskan dalam sebutan yang indah dengan makna yang tersendiri.

Rasanya keperluan baby sudah lengkap semuanya. Baru saja tadi mendobi cadar baby cot si kecil. Dan juga beberapa helai pakaian yang ditambah pada saat2 akhir sebab selalu rambang mata bila ternampak baju2 cute yang sangat menggoda hati ^_^

Bilik utk nenek menginap ketika menjaga ummi semasa berpantang pun sudah siap dikemas. Terima kasih en. Abg yang yang bertungkus lumus malam tadi sedangkan saya duduk santai memerhati. Bukan culas, tapi keadaan diri yang kurang membenarkan. Sambil2 tu ambil peluang =p


p/s : Esok en. Abg dah mula bekerja seperti biasa.

07 October 2011

P : 37W & 2D

Salam


Khamis lepas seperti biasa ke Pusrawi sempena check up baby yang dah pun masuk 37 minggu. Ramai betul orang di Pusrawi kali ni. Biasanya saya menjadi orang yang kedua atau ketiga yang berjumpa doc, tapi kali ni terus ditendang ke tempat 11. Hampir 2 jam juga saya menunggu. Sambil ditemani si kecil yang aktif di dalam perut seolah-olah cube menggantikan ayahnya menjadi peneman yang setia. Terima Kasih anakku =)


Check up kali ni buat saya sedikit terkejut sebab penurunan badan hampir 1kg. Hairan. Sedangkan nafsu makan bukan main tinggi, makanan yang diambil pun bukan calang2 kuantitinya. Sampai doc pun terkejut. Siap tanya kurang selera makan ke. Walaupun hati ni nervous memikirkan tempoh yang ada ni tak berapa lama je lagi, namun takdelah sampai saya tak lalu makan doc. Masih berselera seperti biasa.hehe


Berat baby pulak nak menjangkau 2.7kg. Bagus anak ummi, membesarlah kamu bagai juara seperti ayahmu =p


Doc cakap kedudukan baby sudah ke bawah, ada harapan utk si kecil ni menjengah dunia lebih awal dari tempoh yang dijangka. Jadi, minggu depan sekali lagi saya akan ke Pusrawi utk buat CTG scan utk lihat keadaan baby, dah ada contraction ke belum. Kalau belum, maka sempat lagi saya menikmati pelbagai makanan yang enak2. Tapi kalau sudah ada, maka mungkin detik pertemuan antara kami sudah semakin dekat.


Baby sayang, tunggu ayah balik dulu ye. Ummi perlukan ayah kamu utk menjadi penyokong ketika berjuang melahirkan kamu nanti =)


Keluar bilik doc, terus diserbu pelbagai perasaan. Bila kenangkan apa yang diberitahu doc, hati diulit resah... Hmmm, takpelah.. Bak kata seorang kawan rapat, sampai masa akan keluar juga si kecil ni. Lambat atau cepat. Yang penting biarlah keluarnya zuriat ni dengan sihat. Amin.



Perutku @ 37w. Tepat je lepas snap pic ni, si kecil beri tendangan padu terus buat ummi berlari ke toilet. haha




Keadaan semasa menunggu giliran. Dari mula ramai orang sampai dah makin surut...




Ni gambar muka bosan sebab menjadi antara orang yang terakhir berjumpa doc. huhu




Bahan pembacaan kini yang dipinjam dari seorang kawan





Persiapan baby pulak, rasanya almost complete cume ada beberapa benda yang xbeli lagi. Maybe next week pas en. Abg balik boleh ajak beliau cari. Ni barang utk ummi dan baby yang saya baru beli. Minyak telon, tungku baby dan minyak berurut utk kegunaan saya sendiri. Beli secara online saja di sini sebab minyak Nona Roguy tu dapat harga murah. hehe. Lagipun malas nak berjalan sana sini mencari. Yang penting tungku baby tu sebab kandungan herba dia. Saiz dia pun comel je.




Air tangan emak yang menjadi keinginan di minggu2 terakhir. Kali terakhir sekali saya menjamah kueh ni 15 tahun yang lalu. Entah kenapa, seminggu dua ni timbul keinginan utk merasa. Terima kasih bunda =)





p/s: CTG Scan bersama si bakal ayah.

29 September 2011

P : 36W

Salam

Hari ni masuk 36minggu membawa si kecil di dalam perut =)

Minggu lepas hari Khamis ada check up di Pusrawi. Lepas ni jadual check up adalah dalam selang masa 2minggu. So, check up akan datang adalah pada 6 Okt 2010 masa baby nak masuk 37minggu.

As usual, buat benda yang sama seperti check up sebelumnya. Alhamdulillah semua ok. Berat pun naik dengan hebat, 1.9kg dalam masa 2minggu. Sekarang ni berat ummi dah jadi 74.5kg. Fuh! Sentap jiwa dan raga. hehe. HB pun makin naik, cuma kena naikkan lagi sampai 11.

Berat baby now da nak masuk 2.4kg. Doc kata normal dengan usia kandungan dan semuanya dalam keadaan normal. Alhamdulillah...


Gambar si kecil masa check up menjelang usia baby 35minggu di dalam rahim ummi =)




p/s : Sekarang ni tido saya xlagi lena. Selalu terjaga malam2 sebab keadaan diri yang kurang selesa. Tapi saya percaya nikmat yang menanti bukan tandingan ketidakselesaan sekarang ni.

27 September 2011

Sayang Ayah, Sayang MU

Sebab ayah suka MU

Sebab ummi suka ayah

Jadi ummi belikan baby ini



Sebab kami sama2 sayang ayah ^_^

26 September 2011

Sambutan Aidilfitri MAIWP 2011

Salam

Khamis lepas ada sambutan Hari Raya kat Darul Kifayah. Tema tahun ni Merdeka Raya. Malas nak citer lebih, layan gambar ajelah ye =)


Sehari sebelum majlis

Masa mula2 sampai, tengok ni je yang baru ada. Masa ni pun dah pukul 6.30 petang. Aiseh...sempat ke tak la ni...huhu




Bila big boss datang untuk meninjau, maka operasi semakin laju dan pantas




Utk support, big boss pun kena la turun padang




Lepas lebih kurang sejam, beginilah hasilnya




Di hari majlis

Di pagi hari sebelum majlis bermula. Proses touch di saat2 akhir.




Dan inilah hasilnya.. Apa2pun, mestilah kitorang tumpang posing dulu. Sementara masih wangi dan belum sibuk dengan misi melantak. hehe




Menu of da day, Nasi Tomato




We love Malaysia! ^_^












Sebelum berkemas seusai tamatnya majlis




Beraya sambil belajar sejarah =p




Sekitar majlis






Warung IKB. Menunya, bihun sup, mee sup & soto. Tak lupa jugak sup gear box special




Warung Dar Assaadah dengan aneka kueh raya. i like dorang punya biskut Snow Almond. Siap berulang 3 4 kali. hehe




Mak B @ 35W dengan 1Malaysia ^_^




BPP staff






Selamat Hari Raya! =)








Lepas habis majlis, maka proses berkemas pun bermula la. Rajinnye Cik Anan =p







Sekian saja story utk Sambutan Aildilfitri MAIWP 2011. Jumpa lagi tahun depan =)