07 October 2011

P : 37W & 2D

Salam


Khamis lepas seperti biasa ke Pusrawi sempena check up baby yang dah pun masuk 37 minggu. Ramai betul orang di Pusrawi kali ni. Biasanya saya menjadi orang yang kedua atau ketiga yang berjumpa doc, tapi kali ni terus ditendang ke tempat 11. Hampir 2 jam juga saya menunggu. Sambil ditemani si kecil yang aktif di dalam perut seolah-olah cube menggantikan ayahnya menjadi peneman yang setia. Terima Kasih anakku =)


Check up kali ni buat saya sedikit terkejut sebab penurunan badan hampir 1kg. Hairan. Sedangkan nafsu makan bukan main tinggi, makanan yang diambil pun bukan calang2 kuantitinya. Sampai doc pun terkejut. Siap tanya kurang selera makan ke. Walaupun hati ni nervous memikirkan tempoh yang ada ni tak berapa lama je lagi, namun takdelah sampai saya tak lalu makan doc. Masih berselera seperti biasa.hehe


Berat baby pulak nak menjangkau 2.7kg. Bagus anak ummi, membesarlah kamu bagai juara seperti ayahmu =p


Doc cakap kedudukan baby sudah ke bawah, ada harapan utk si kecil ni menjengah dunia lebih awal dari tempoh yang dijangka. Jadi, minggu depan sekali lagi saya akan ke Pusrawi utk buat CTG scan utk lihat keadaan baby, dah ada contraction ke belum. Kalau belum, maka sempat lagi saya menikmati pelbagai makanan yang enak2. Tapi kalau sudah ada, maka mungkin detik pertemuan antara kami sudah semakin dekat.


Baby sayang, tunggu ayah balik dulu ye. Ummi perlukan ayah kamu utk menjadi penyokong ketika berjuang melahirkan kamu nanti =)


Keluar bilik doc, terus diserbu pelbagai perasaan. Bila kenangkan apa yang diberitahu doc, hati diulit resah... Hmmm, takpelah.. Bak kata seorang kawan rapat, sampai masa akan keluar juga si kecil ni. Lambat atau cepat. Yang penting biarlah keluarnya zuriat ni dengan sihat. Amin.



Perutku @ 37w. Tepat je lepas snap pic ni, si kecil beri tendangan padu terus buat ummi berlari ke toilet. haha




Keadaan semasa menunggu giliran. Dari mula ramai orang sampai dah makin surut...




Ni gambar muka bosan sebab menjadi antara orang yang terakhir berjumpa doc. huhu




Bahan pembacaan kini yang dipinjam dari seorang kawan





Persiapan baby pulak, rasanya almost complete cume ada beberapa benda yang xbeli lagi. Maybe next week pas en. Abg balik boleh ajak beliau cari. Ni barang utk ummi dan baby yang saya baru beli. Minyak telon, tungku baby dan minyak berurut utk kegunaan saya sendiri. Beli secara online saja di sini sebab minyak Nona Roguy tu dapat harga murah. hehe. Lagipun malas nak berjalan sana sini mencari. Yang penting tungku baby tu sebab kandungan herba dia. Saiz dia pun comel je.




Air tangan emak yang menjadi keinginan di minggu2 terakhir. Kali terakhir sekali saya menjamah kueh ni 15 tahun yang lalu. Entah kenapa, seminggu dua ni timbul keinginan utk merasa. Terima kasih bunda =)





p/s: CTG Scan bersama si bakal ayah.

No comments:

Post a Comment