24 October 2011

P : Menghitung Hari

Salam


Tinggal berapa hari je lagi before due. Doc pun dah bagi MC 2hari, hari ni dan esok. Disebabkan risau berseorangan tinggal sendiri di rumah, saya pilih utk duduk di rumah emak 2 hari ni. Siang di rumah emak, malam balik ke Kinrara semula.


Perut semakin kerap mengeras tapi berdasarkan check up Sabtu lepas, belum ada sebarang bukaan. Jadi sekarang ni, hanya menunggu detik dan waktu wujud sebarang tanda sebelum keluarnya si kecil ni.


Cepatlah keluar anakku. Ummi dan ayah tak sabar nak jumpa dan peluk cium kamu :)

21 October 2011

P : 39W & 2D - Antara Diri Dan Keinginan

Anak ummi @ 39W





Muka sembab bakal ummi @ 39W





Akhirnya dapat jugak melepas ngidam ayam spicy McD. TQ kakakku open table untuk i. Licin i bedal ^_^



17 October 2011

Terima Kasih Ayah

Terima kasih ayah. Pandai ayah pilih. Cantik2 semuanya =)





Sweet pinky








Awww seksi! =p




p/s : Kalau keluar Adam bagaimana ye? hehe. Semuanya rezeki ^_^

P : 38W & 4D

Salam

Khamis minggu lepas sehari selepas kepulangan en. Abg, kitorang ke Pusrawi utk weekly check up dengan doc Norkedah. Kali ni lama skit sebab kena buat CTG scan yang makan masa 45minit.

Urine dan BP semuanya ok. Berat pun ok, mana taknya dah tambah lagi 1.2kg. Kejap naik, kejap turun. hehe. Lepas tu terus pegi makmal darah utk buat HB test seterusnya buat CTG scan.

Sementara tunggu CTG habis






Ummi dan ayah =)



Hasil CTG sepanjang 45 minit. Nurse bagitau graf baris atas tu gerakan baby, yang bawah tu kalau nak tengok ada contraction ke tak. Nampak tak graf gerakan baby saya yang mula2 tu tak ada sebarang kenaikan. 1st nurse cakap baby kurang aktif, but 2nd nurse cakap maybe baby tengah tido. Mana taknya, ummi dia dah bantai nasi lemak sepinggan pagi tu. Sampai anak dalam perut pun mengantuk jugak. hehe. Tepuk2 perut, baby pun terus bangun ^_^

Yang graf bawah tu tunjukkan ada contraction yang agak kerap walaupun tak kuat. 15 minit terawal, memang graf mendatar je tapi lepas tu kadang2 graf naik. Sebenarnya, mula2 saya sendiri pun tak tau contraction tu macam mana. Tapi apa yang pasti, tiap kali perut mengeras, graf terus naik. Oh, itu kot contraction.. Tapi takde rasa sakit pun, so relax2 je =)



Selesai buat CTG, terus jumpa doc. Disebabkan tadi masa CTG saya dah terlentang utk masa yang lama, jadi bila bangun tu badan terasa sedikit sengal dan keletihan. Sebab tu dalam bilik doc saya tak banyak bertanya sebaliknya hanya mengiyakan apa yang diperkatakan doc. Sampai saya terlupa tanya berat terkini baby. Dan paling tak best, kali ni xdapat gambar scan baby. en. Abg pun xdapat duduk dekat2 dgn scan tengok buah hati kitorang sebab ada 2 orang budak praktikal yang menghimpit saya dan doc. huhu

Semuanya alhamdulillah ok. Air ketuban pun ok. Rasanya berat baby pun ok sebab doc tak komen apa2 pun. Kalau baby besar mesti doc cakapkan. Hasil CTG doc kata dah ada contraction skit but still under control. So next appointment 22 Okt depan. Tapi kalau sudah keluar apa2 tanda haruslah segera ke hospital.

Hari Khamis tu memang sengaja saya ambil cuti. Mau berehat2 dengan en. Abg. Lepas balik dari Pusrawi tu, singgah Giant. Nak melepaskan hajat pekena ABC dan bihun sup yang menjadi igauan sepanjang perjalanan pulang. Dah kenyang baru boleh pulang dengan senang hati. hehe




p/s : Agak2 sempat tak menunggu utk appoinment next check up ^_^

16 October 2011

P : 38W & 3D

Salam

Hari ni 16 Okt 2011. Maknanya sudah 38 minggu dan 3 hari baby berada dalam rahim. Kalau ikutkan EDD awal yang diberikan doc ketika mula2 membuka buku pink iaitu 27 Okt 2011, maknanya tinggal 11 hari je lagi sebelum keluarnya si kecil ni.

Sekarang ni terasa kerap sangat perut menegang. Saya kurang pasti istilah apa yang sesuai, mungkin boleh dikata baby sedang meregang atau mengeras di dalam perut kerana kesempitan ruang yang ada. Bila menatap diri di hadapan cermin, terasa tumbesaran diri yang semakin mendadak di sana sini. Jalan pun sudah semakin sama dengan penguin. hehe

Dengan beberapa hari yang ada ni, saya dirisik oleh en. Abg dengan pertanyaan makanan yang saya idamkan sebelum dikuarantin dalam tempoh berpantang yang panjang. Rasanya tiada apa yang diidamkan, sekadar ingin merasa Chicken Chop. Kalau tercapai hajat, maka memang menjadi rezeki saya. Tapi kalau tiada, anggap saja tiada rezeki. Lepas berpantang nanti, boleh dicari jua =)

Akhirnya ketemu jua nama yang sesuai utk diberikan kepada si kecil ni. Nampaknya perancangan asal sedikit lari dari landasan atas permintaan en. Abg. Dari pendek bertambah sedikit panjang. Tapi masih cuba diringkaskan dalam sebutan yang indah dengan makna yang tersendiri.

Rasanya keperluan baby sudah lengkap semuanya. Baru saja tadi mendobi cadar baby cot si kecil. Dan juga beberapa helai pakaian yang ditambah pada saat2 akhir sebab selalu rambang mata bila ternampak baju2 cute yang sangat menggoda hati ^_^

Bilik utk nenek menginap ketika menjaga ummi semasa berpantang pun sudah siap dikemas. Terima kasih en. Abg yang yang bertungkus lumus malam tadi sedangkan saya duduk santai memerhati. Bukan culas, tapi keadaan diri yang kurang membenarkan. Sambil2 tu ambil peluang =p


p/s : Esok en. Abg dah mula bekerja seperti biasa.

07 October 2011

P : 37W & 2D

Salam


Khamis lepas seperti biasa ke Pusrawi sempena check up baby yang dah pun masuk 37 minggu. Ramai betul orang di Pusrawi kali ni. Biasanya saya menjadi orang yang kedua atau ketiga yang berjumpa doc, tapi kali ni terus ditendang ke tempat 11. Hampir 2 jam juga saya menunggu. Sambil ditemani si kecil yang aktif di dalam perut seolah-olah cube menggantikan ayahnya menjadi peneman yang setia. Terima Kasih anakku =)


Check up kali ni buat saya sedikit terkejut sebab penurunan badan hampir 1kg. Hairan. Sedangkan nafsu makan bukan main tinggi, makanan yang diambil pun bukan calang2 kuantitinya. Sampai doc pun terkejut. Siap tanya kurang selera makan ke. Walaupun hati ni nervous memikirkan tempoh yang ada ni tak berapa lama je lagi, namun takdelah sampai saya tak lalu makan doc. Masih berselera seperti biasa.hehe


Berat baby pulak nak menjangkau 2.7kg. Bagus anak ummi, membesarlah kamu bagai juara seperti ayahmu =p


Doc cakap kedudukan baby sudah ke bawah, ada harapan utk si kecil ni menjengah dunia lebih awal dari tempoh yang dijangka. Jadi, minggu depan sekali lagi saya akan ke Pusrawi utk buat CTG scan utk lihat keadaan baby, dah ada contraction ke belum. Kalau belum, maka sempat lagi saya menikmati pelbagai makanan yang enak2. Tapi kalau sudah ada, maka mungkin detik pertemuan antara kami sudah semakin dekat.


Baby sayang, tunggu ayah balik dulu ye. Ummi perlukan ayah kamu utk menjadi penyokong ketika berjuang melahirkan kamu nanti =)


Keluar bilik doc, terus diserbu pelbagai perasaan. Bila kenangkan apa yang diberitahu doc, hati diulit resah... Hmmm, takpelah.. Bak kata seorang kawan rapat, sampai masa akan keluar juga si kecil ni. Lambat atau cepat. Yang penting biarlah keluarnya zuriat ni dengan sihat. Amin.



Perutku @ 37w. Tepat je lepas snap pic ni, si kecil beri tendangan padu terus buat ummi berlari ke toilet. haha




Keadaan semasa menunggu giliran. Dari mula ramai orang sampai dah makin surut...




Ni gambar muka bosan sebab menjadi antara orang yang terakhir berjumpa doc. huhu




Bahan pembacaan kini yang dipinjam dari seorang kawan





Persiapan baby pulak, rasanya almost complete cume ada beberapa benda yang xbeli lagi. Maybe next week pas en. Abg balik boleh ajak beliau cari. Ni barang utk ummi dan baby yang saya baru beli. Minyak telon, tungku baby dan minyak berurut utk kegunaan saya sendiri. Beli secara online saja di sini sebab minyak Nona Roguy tu dapat harga murah. hehe. Lagipun malas nak berjalan sana sini mencari. Yang penting tungku baby tu sebab kandungan herba dia. Saiz dia pun comel je.




Air tangan emak yang menjadi keinginan di minggu2 terakhir. Kali terakhir sekali saya menjamah kueh ni 15 tahun yang lalu. Entah kenapa, seminggu dua ni timbul keinginan utk merasa. Terima kasih bunda =)





p/s: CTG Scan bersama si bakal ayah.