16 October 2011

P : 38W & 3D

Salam

Hari ni 16 Okt 2011. Maknanya sudah 38 minggu dan 3 hari baby berada dalam rahim. Kalau ikutkan EDD awal yang diberikan doc ketika mula2 membuka buku pink iaitu 27 Okt 2011, maknanya tinggal 11 hari je lagi sebelum keluarnya si kecil ni.

Sekarang ni terasa kerap sangat perut menegang. Saya kurang pasti istilah apa yang sesuai, mungkin boleh dikata baby sedang meregang atau mengeras di dalam perut kerana kesempitan ruang yang ada. Bila menatap diri di hadapan cermin, terasa tumbesaran diri yang semakin mendadak di sana sini. Jalan pun sudah semakin sama dengan penguin. hehe

Dengan beberapa hari yang ada ni, saya dirisik oleh en. Abg dengan pertanyaan makanan yang saya idamkan sebelum dikuarantin dalam tempoh berpantang yang panjang. Rasanya tiada apa yang diidamkan, sekadar ingin merasa Chicken Chop. Kalau tercapai hajat, maka memang menjadi rezeki saya. Tapi kalau tiada, anggap saja tiada rezeki. Lepas berpantang nanti, boleh dicari jua =)

Akhirnya ketemu jua nama yang sesuai utk diberikan kepada si kecil ni. Nampaknya perancangan asal sedikit lari dari landasan atas permintaan en. Abg. Dari pendek bertambah sedikit panjang. Tapi masih cuba diringkaskan dalam sebutan yang indah dengan makna yang tersendiri.

Rasanya keperluan baby sudah lengkap semuanya. Baru saja tadi mendobi cadar baby cot si kecil. Dan juga beberapa helai pakaian yang ditambah pada saat2 akhir sebab selalu rambang mata bila ternampak baju2 cute yang sangat menggoda hati ^_^

Bilik utk nenek menginap ketika menjaga ummi semasa berpantang pun sudah siap dikemas. Terima kasih en. Abg yang yang bertungkus lumus malam tadi sedangkan saya duduk santai memerhati. Bukan culas, tapi keadaan diri yang kurang membenarkan. Sambil2 tu ambil peluang =p


p/s : Esok en. Abg dah mula bekerja seperti biasa.

1 comment: