31 July 2012

Sehari Bersama Airis

Salam

Semalam saya EL. Atas dua alasan. Satu, mahu menjaga si anak yang kurang sihat. Kedua, saya sendiri sakit. Sakit M. Kamu tahukan sakit M itu apa. Kalau tak tahu jugak, sila rujuk kamus DBP m/s 107 =p

Airis kurang sihat. Mulanya hanya batuk2 pada hari Jumaat. Tapi membawa ke semalam sudah bertambah kepada selsema. Siang Airis aktif macam biasa. Cuma kekadang datang masa batuknya. Tidak seteruk mana, cume terdengar di hujung batuk tu seolah-olah kahak berkumpul.

Tapi bila menjelang malam di waktu tidur, hampir setiap kali dia batuk akan disertai muntah susu. Kadang2 banyak, kadang sikit. Mungkin dia baru menyusu, kebetulan datang pulak batuk. Itu yang termuntah. Jadi tiap kali bila dengar Airis mula2 batuk, saya akan cepat2 bangun untuk iringkan badan Airis so that dia muntah takdelah kena semula ke badannya. Saya standby siap2 kain di tepi mulutnya. Lepas tu Airis akan tidur semula. Tapi pernah jugak dia menangis, mungkin tidak selesa. Lepas saya peluk2, usap2 kepala dan dodoikan dia, dia tertidur semula. Dan paginya, Airis akan bangun dengan muka ceria. Lega hati saya.

Keadaan batuk Airis ni dah berlarutan 2 hari. Alhamdulillah malam tadi, hanya sekali Airis batuk dan muntah. Ada sedikit kemajuan di situ. Mudah2an malam ni Airis dapat tidur nyenyak. Saya tak kisah berjaga untuk membersihkan Airis, tapi kesian melihat tidurnya yang terganggu. Rasa macam sakit bila dia batuk2 tu. Malam ni mahu bagi Airis minum air zam-zam lagi. Mudah2an semakin baik keadaan Airis.

Oh ye, semalam sepanjang hari saya berdua dengan Airis. Dengan erti kata lainnnya, selain dari waktu tidur, Airis tak pernah berenggang dari saya. Saya ke dapur mengemas stok susu, dia duduk sekali di pangkuan. Saya ke balkoni belakang membasuh dan menjemur baju, dia duduk menempel di hujung sudut washing machine. Saya ke bilik menggantung baju kurung, sebelah tangan mendukung dia. Sampai saya rasa saya dan Airis ni dah jadi kembar. Cumanya seorang muda, seorang tua. Boleh gitu? haha

Memang bersenam betol saya semalam. Ke mana saja saya mendukung Airis. Usah kata melangkah setapak, saya berdiri dan letak dia di bawah pun itu sudah boleh buat dia meraung. Yelah, mana saya larat kan. Nak buat keje sambil mendukung dia sebelah tangan. Sekejap2 boleh la, tapi kalau lama saya risau tangan saya tak cukup kuat. Takut dia terjatuh dari dukungan.

Mula2 saya biarkan je dia menangis. Dengan harapan bila penat nanti, berhentilah dia. Tapi makin dibiar, makin kuat tangisan dia. Air mata berlinang-linang, hidung merah dan berair. Bila lihat dia dalam keadaan macam tu, terbit rasa kasihan dalam hati. Dah la dia tak sihat, tengok pulak dia menangis macam tu, memang tak sampai hati. Terus duduk dan dukung dia. Sambil pujuk dan kesat muka dia. Sesekali saya cium pipi dia. Tak lama lepas tu dia dah boleh senyum dan ketawa kalau saya agah2 dia :)

Lagipun Airis sekarang kan tengah selsema. Kalau dia menangis sampai berair hidung, nanti dia susah nak bernafas. Rasa macam mendera anak sendiri pulak. hehe

Siang hari semalam dua kali je dia tidur. Itupun tiap kali tidur tak sampai setengah jam. Ingatkan nak tidurkan di dalam bilik, bolehla saya buat kerja mengemas di luar. Tapi bila fikir2, macam bahaya biarkan Airis tidur seorang di atas katil. Takut dia merangkak dan jatuh katil. Jadinya saya bentang toto di hall dan biarkan dia tidur di depan mata. Selamat.

Tapi bila dia tidur di hall, pergerakan saya dah macam pencuri. Terjengkit2 kaki bergerak ke sana sini. haha

Baru je saya ke bilik untuk mengemas baju, Airis terbangun dari tidur dan merengek sambil merangkak mencari saya.

Baru saja saya menghidupkan api, nak masak air panas untuk merendam botol2 susu, sekali lagi Airis merengek. Sudahnya saya matikan api dan duduk memanjakan Airis di hall.

Bila en. Abg balik, cepat2 saya minta maaf sebab tak dapat kemas rumah sampai habis. Dengan alasan Airis taknak berlekang dari saya. Cett! Alasan semata =p

Petangnya kami ke bazar. Pukul 5.30 keluar dari rumah. Sedang2 elok masanya. Tidak terlalu awal dan tidak terlalu lambat. Kalau terlalu awal, matahari sedang naik yang pastinya membuatkan Airis disimbah cahaya matahari. Kalau terlalu lambat pulak, banyak juadah yang sudah habis dijual.

Ketika berbuka pula, saya memangku Airis. Ok, memang kami perlu beli high chair untuk Airis. Amat perlu. Supaya tiada air yang tertumpah di meja makan. Supaya tiada mangkuk nasi atau lauk yang terbalik di meja makan. Dan juga supaya pinggan makan saya tidak jauh sebatu dari posisi mulut saya. Memang kami amat perlukan high chair sekarang. Tapi saya nak yang murah2 aje. Boleh? ^_^

Semalam ketika berbuka Airis menepis cawan saya. Mujurnya air suam, bukan air manis. Jadinya saya biarkan dulu dan sambung makan. Bukan banyak mana pun. Tapi sekali Airis main tepuk2, sudahnya terpercik air tu ke muka saya dan baju kami berdua. Terus en. Abg ke dapur untuk ambil kain lap. Hai la anak, kadang2 bila berada di meja makan dengan kamu, ummi tak tahu apa yang ummi makan. Tau2 je perut ummi sudah kenyang.

Dah en. Abg lap air tu, saya kembali makan. Tapi tengok mulut Airis terkumat kamit, saya carik2kan roti dan lumatkan. Pelan2 saya suapkan Airis. Mahu dia makan nampaknya. Hampir setengah keping jugak. Sambil tu saya berikan cawannya. Mula2 disedutnya air tu dan ditelan. Tapi lepas tu lebih banyak air yang keluar dari masuk ke mulut. Dia buat2 main, sampai basah baju. Dengan baju2 saya sekali basah. huhu

Menjelang pukul 11mlm, tiada tanda2 Airis nak tidur. Masih lagi aktif sedangkan saya dan en. Abg sudah menguap beberapa kali. Jadinya saya dan en.Abg berbaring dengan jarak di tengah sebagai ruang untuk Airis bermain antara kami. Bermainlah anak dara seorang tu dengan gembiranya. Sekejap dia mengacau saya, sekejap lagi dia mengacau ayahnya. Nak lain sikit dia memapah dan berdiri si sisi sofa. Ketuk2 sofa dan berpaling ke arah kami.

Kalau dia tengok saya senyap je, dia akan kacau saya untuk buat saya bermain dengan dia. Skill Airis sudah semakin hebat sekarang. Dah pandai cakar2 muka saya. Memanglah kuku dia tak panjang, tapi tajam. Sekali dia cakar, memang rasa nak menjerit. huhu. Dua tiga hari ni saya perasan dia suka tarik rambut saya. Sedang mengexplore rasanya. Dengan ayahnya pun begitu juga. Kadang2 keluar jugak jeritan macho ayah dia tu. haha

Pukul 11.40mlm, dalam keadaan mamai saya terasa dia datang kepada saya sambil menggosok2 mata. Mengantuklah tu. Saya ambil dan baringkan dia di sebelah. Tak lama lepas tu, kami sama2 tertidur. Sehari bersama Airis telahpun berlalu. Indah. :)


p/s : Betol2 sakit. Sakit tekak :(

Perjalanan Airis Balik Kampung

Salam

Weekend lepas saya sekeluarga pulang ke Kluang untuk menyambut Ramadhan bersama2 MIL. Bertolak balik Jumaat petang. Sejurus sampai di rumah mak, lepas duduk barang lima sepuluh minit, terus bergegas bertolak. Kata en. Abg mahu elakkan jem. Hai la, entah jem atau tidak saya pun xpasti. Selagi namanya KL, jem tu pastinya tidak dapat dipisahkan. Jadinya, ikut rezeki saja. Kalau jem, hadap sajalah. Kalau tidak jem, syukur Alhamdulillah moga2 perjalanan tidak memakan masa yang panjang. Lagi2 di bulan puasa ni, ibarat tenaga diserap entah ke mana.

Perjalanan yang pada mulanya memang best. Mana tidaknya, Airis tidur kepenatan. Saya pun apalagi, mestilah ambil peluang kan. Dalam hati doa mudah2an biarlah lena si kecil ni sehingga tiba ke destinasi. Paling tidak, 4/5 perjalanan seperti trip yang sebelum ini. Saya sudah dua tiga kali bangun, Airis masih lagi lena. Harapnya kali ini masih seperti dulu juga. Tapi harapan tinggal harapan saja. Sampai di RNR Ayer Keroh, ngam2 time berbuka mata Airis dah celik. Bukan celik sikit2 tau, ni celik besar punya. Celik yang disertai dengan keaktifan yang hebat seolah2 baru recharge bateri masa tidur tadi. huhuhu. Maka, berbuka la si suami isteri ni dalam keadaan kelam kabut. Nak2 bila si suami beli nasi lemak tapi tiada sudu untuk diguna. Kamu boleh bayangkan kalutnya macam mana kan =p

Selepas tu, Airis berterusan berjaga sehinggalah sampai di rumah FIL. Memang taknak duduk senyap dia. Sekejap berdiri di riba saya di tepi cermin pintu, sekejap bediri memeluk leher saya sambil menarik brooch, sekejap lagi sibuk nak mengacau ayahnya drive. Bila dia bosan, merengek gosok2 mata tanda mahu bf. Tapi bila bf, tak sampai seminit pun. Mula balik aktiviti2 dia tu. Layan jela, asalkan dia tak merengek. Kalau tidak, pening jugak kepala ni. Anggap je dia bosan sebab terlalu lama berada dalam kereta dalam keadaan gelap. hehe

Sampai rumah MIL, Airis tak ambil masa yang lama untuk warm up. Mula2 bila maktok dia mendukung, dia menangis. Tapi lepas dah lama sikit tu, dah boleh mesra. Tak takut2 lagi. Cuma, salah seorang antara saya dan en. Abg kena berada berdekatan. Kalau dia sedar antara kami berdua tiada bersama, apalagi melantun la nadi nyaring dia tu.

Kami sempat bermalam 2 malam je di rumah MIL. Tapi dalam 2 malam tu sempat juga merasa lontong masakan MIL. Ada nasi impit, kuah masak lodeh dan sambal tumis. Memang pakej complete lontong la. Pre-Syawal gitu. Boleh?

Sebab tahun ni raya pertama bersama keluarga saya di Perak, 2 minggu lagi saya akan balik semula ke Kluang. Kali ni en. Abg ajak pergi mencari kerepek2 untuk santapan tetamu yang berkunjung. Kot yelah untuk tetamu, entah2 tuan dan puan rumah yang beriye tibai. hehe. Bak kata en. Abg Johor ni kan champion kerepek2 ni. Cakap saja mahu kerepek apa, semuanya ada. Iyolah tu. Jadi kita ke Rengit ye? Borong sakan punya :)


27 July 2012

Tentang Airis

Salam

Mak dan ayah saya kata Airis ibarat saya sewaktu kecil. Dari segi rupa mahupun badan. Ibaratnya Airis ni klon saya sewaktu kecil la senang cerita. Kata mak dan ayah, kalau nak tahu rupa saya waktu kecil, tengoklah Airis. Macam mana Airis, macam itulah saya. Sebijik kata mereka.

Dan bukan dari segi luaran je, ada juga sifat yang sama. Tak suka makan. Yup! Airis juga tak suka makan. Macam saya ^_^

Dulu masa mula2 kenalkan Airis dengan solid food, Airis tidak pernah menolak. Pada mulanya yelah, mungkin dia nak sesuaikan diri. Tapi selepas dari itu apa yang saya masak, semua dimakannya. Sampailah satu masa, kuantiti yang dimakan Airis makin sedikit sehinggalah dia menolak untuk makan bubur sepenuhnya.

Saya gantikan dengan puree. Dari puree kentang ke puree buah2an. Semuanya tak jalan. Yang saya perasan, Airis suka menghisap buah2an. Tapi bila buah2 tu saya kisar buat puree, ditolaknya bulat2. Maybe dia tak suka tekstur puree tu kot. Tak memadan si kecil tu, macam da ada gigi je gayanya. hehe

Baru2 ni saya ada dapat sample nestum Cerelac perisa buah2an dan beras merah dari Drypers. Hati serba salah, mahu cuba atau tidak. Sebolehnya saya mahu elakkan Airis makan nestum sebab rasanya yang agak manis. Baby kan tak boleh makan benda manis or masin sehingga setahun, so saya berpegang pada fakta tu. Tapi setiap kali saya dan en. Abg menjamu selera, tengok Airis ketap2 mulut sambil pandang saya dengan mata yang membulat, hati rasa kasihan. Mungkin dia lapar :(

Jadi saya mulakan dengan nestum perisa buah2an untuk cubaan pertama. Kalau ikut direction pada paket nestum tu, nestum tu untuk sekali makan je. Tapi untuk Airis, kena sampai 4kali makan. Sekali buat tu pun saya rasa kalau Airis habis makan, satu pencapaian hebat buat Airis yang membuatkan saya lega.

Masih ditolak Airis apabila disuap dengan sudu. Dia hanya makan bila saya calitkan nestum tu pada jari dan suap padanya. Itupun hanya beberapa calitan sahaja.

Hati saya dipalit kerisauan mengenangkan peel Airis yang satu ni. Tapi mak saya kata tiada apa yang perlu dirisaukan selagi Airis bf seperti biasa. As long as dia masih mendapat susu dari saya, itu dah mencukupi. Badan Airis pun tidaklah turun sangat, lately ni semakin semangat saya rasa. Jadi saya abaikan je soal Airis mahu makan atau tidak. Yang penting dia sihat walafiat dan kekal cergas. Akan sampai masanya dia bersedia untuk makan semula. Maybe at that time saya yang tak sempat masak bubur untuk dia pulak. hehe

Makin usia bertambah, semakin Airis aktif. Memang penat jugak kadang2. Tapi senyuman dan aksi2 dia tu lah yang menggembirakan saya dan en. Abg. Tak berjumpa sehari, rasa rindu sangat. Bila di ofis terkenang2, rasa mahu cepat balik nak peluk cium si kecil tu :)


Sambung Tentang Airis kemudian ye. Got to go! Selamat Berbuka kawan2. Jangan lupa baca doa dulu tau :)


p/s : Menyambut Ramadhan di Kluang. Dapat makan masakan MIL yang sedap2 tu. Yey! :)

25 July 2012

Bahan DIY

Salam

Akhirnya gam UHU telah dibeli :)

Nampaknya dalam masa sehari dua ni boleh la saya mulakan kerja menDIY hair clip Airis tu. Setelah ditangguh buat sekian lama ^_^

DIY yang simple2 je pun. Nanti kita sama2 tengok hasilnya ye?


p/s : Semuanya untuk Airis :)

20 July 2012

Shopping Raya

Salam

Lunch tadi saya dan Kak Izan ke Jalan TAR. Cadangnya nak makan sate. Tapi disebabkan perut masih kenyang penangan roti jala dan kari ayam masakan Kak Izan pagi tadi, jadi kami tangguh dulu bab makan. Pergi la Sogo, saya nak cari baju raya untuk Airis.

Sogo macam biasalah, tetap ramai orang. Dan tetap ada sales. Kat hall bawah tu tengah buat sales. Saya pun pusing2 la, kot ada baju yang berkenan untuk Airis. Tapi nan hado. Size Airis takde, semuanya 2 thn dan ke atas.

Dah tengok kat bawah takde, saya pun pergi la tingkat atas. Ingat nak cari jeans untuk Airis sebab jeans Airis tu dah ngam2 sangat. Kalau raya ni pakai mesti nampak senteng je. Tapi puas cari yang berkenan, memang nan hado. Dapat sambar satu baju pink ni je


Pink dress untuk Kak Najwa. Hope Najwa suka pilihan aunt Nini ni ye :)



Lepas selesai agenda di Sogo, melangkah la ke Medan Mara. Orang yang nak berpindah teringin makan sate Samuri dengan ABC katanya. Tapi bukan rezeki, kedai Samuri tu tutup. Sebab solat Jumaat kot.

Sekali tengok ada orang jual kueh raya.Saya dan Kak Izan apalagi, menuju ke situlah. Tengok kueh2 tu semua menarik je. Bila rasa sedap pulak tu. Terus beli masa tu jugak. Yang Kak Izan siap order untuk raya lagi. Bukan merasa kosong je ye, kitorang beli tau =p


RM25 bagi setiap bekas. Agak mahal tapi berbaloi dengan rasanya yang sedap. Silap2 sebelum raya dah habis ni. hehe. Takpela, yang jual kueh tu pun kebetulan kawan ayah saya. Nak order nanti, sms je :)



p/s : Ramadhan menjelma. Moga2 Ramadhan ni dapat saya hayati sebaik mungkin. Selamat Berpuasa ye kawan2 :)

19 July 2012

Sayang Suami

Salam

Disebabkan tahun ni en. Abg punya baju raya lehernya cekak musang, jadi saya belikan dia butang baju ni. Butang baju lama yang saya beli di Sabah dulu, batunya sudah banyak yang tercabut.

Kebetulan semalam ternampak butang baju ni, terus saya beli. Beli dari officemate saya, Hadri.


Brooch untuk diri sendiri tak beli, tapi untuk suami beli. Akak sayang suami dik non =p


p/s : Tak boleh pakai brooch besar2 sekarang. Takut terkena Airis bila dia bermanja di bahu ummi

18 July 2012

Penangan Uncle Bob Fried Chicken

Salam

Pernah makan Uncle Bob Fried Chicken? Sesiapa yang mana satu Uncle Bob Fried Chicken tu, ni ha saya tepekkan sekali gambarnya :)


Nampak mengiurkan kan?

Pertama kali saya nampak menu ni masa 2 tahun lepas di bazar Ramadhan Bandar Tun Razak. Memang terliur dibuatnya. Saya tak tahulah ayam tu memang bawah francais Uncle Bob ke tak tapi rupanya memang macam ni la. Memang sedap. Lagi2 makan masa panas. Sedap tu...

Dua tiga minggu sudah masa saya berkunjung ke pasar malam sekitar rumah, saya ternampak orang menjual fried chicken ni. Orang yang menunggu untuk membeli memang ramai. Tapi disebabkan saya memang teringin sangat nak makan, sanggup saya tunggu. Kesian Airis, sampai mengantuk dia dalam dukungan saya ^_^

Rasanya masa dulu2 fried chicken ni harganya lebih kurang RM5. Tapi sekarang di pasar malam rumah saya sudah naik ke RM5.50. Kat pasar malam rumah mak saya pun macam tu.

Jumaat lepas ketika temankan Kak Izan ke Maybank, tiba2 saya ternampak orang jual fried chicken ni. Apalagi, belilah. Harga sudah menjadi RM6, tapi portion fried chicken tu memang besar. Sampai lelah la nak menghabiskan *sorry Kak Izan. u beli tapi i yang makan lebih. hehe*

Bila officmate saya Kak Ren bertanya mana saya beli fried chicken tu, saya pun bagitahulah lokasinya. Alih2 tau tengahari tadi dia mencari fried chicken tu. Tapi bukan rezeki, kedai tutup. Kalau bukan rezeki kan...

Biasalah, benda kalau dicari memang takda kan. Tiba waktu nak, tak ada pulak. Takpelah, mana tau dalam masa terdekat ni kalau2 saya lalu di sana dan kedai tu dibuka, saya usahakan beli untuk dia. Sharing is caring :)

Renungan bersama:
Banyak orang berkata: “Mengapa engkau diam padahal engkau dimusuhi ?” Aku katakan kepada mereka: suatu permusuhan sama dengan melakukan kejahatan. Bersikap diam dalam menghadapi orang bodoh atau orang yang gila merupakan kebaikan jiwa. Di dalam sikap diam juga terdapat penjagaan bagi kehormatan.

Tidakkah engkau lihat! harimau di hutan itu ditakuti dan disegani ketika mereka diam, sedangkan anjing di jalan raya banyak yang dilempari karena selalu menyalak. (imam Syafi'i)

17 July 2012

Dari KL Membawa Hajat

Salam

Kebelakangan ni saya asyik teringin makan durian je. Bila teringat durian, terus rasa teringin. Teringin sangatlah gamaknya. Boleh2 mintak en. Abg carikan durian. Sampai en. Abg dan family saya pun naik heran.

Yelah, sebelum ni saya memang anti durian. Bau dia pun kalau boleh tak mahu hidu. Ini tetiba je jadi hantu durian. Siang malam selagi tak dapat saya asyik sebut "Nak makan durian la". Apa ke halnya kan. Mengidam apa...

Kamu tahu ajelah, benda kalau kita cari memang payah nak dapat. Tapi kalau tak dicari, berlambak sana sini. Sampai tak larat nak dipandang.

Sabtu lepas selesai bergotong royong dengan family mencuci rumah baru Along saya di Senawang, saya pun suarakan keinginan yang kuat ni pada en. Abg. Kebetulan, ada pasar malam di sekitar rumah lama Along saya tu. Fikiran saya dan en. Abg mesti ada durian. Apalagi, pusing2 la kitorang sekitar pasar malam tu. Mula2 hampa sebab rasa macam dah tak jumpa, tapi rupa2nya jauh sikit lokasi jual durian tu. Senyum panjang saya. hehe

Maka en. Abg pun memborong la. Katanya alang2 dah beli. Makan lah orang yang mengidam ni dengan senang hati.

Tapi dah kata pun tengah gila durian sekarang, perasaan teringin tu ada lagi. Ok, pendam dulu keinginan.


Tiba2 pagi tadi dapat call dari ayah. Saya tau ayah saya cuti hari ni. Katanya ada urusan yang harus diselesaikan. Kamu tahu apa urusan tu?


Pergi ke Slim River mencari durian!

Ayah saya memang begitu. Takda angin, takda ribut sudah sampai ke sana. Steady la ayah :)


Melayan orang mengidam katanya ^_^


p/s : Ayah saya pesan makan sampai habis. Kalau tak habis jugak, dia suruh bawak balik rumah. Saaaaaaaayang ayah. Errr... sayang emak jugak. Sayang semua la :)

16 July 2012

Bila Si Kecil Dah Boleh Merangkak

Salam

Kali pertama Airis demam masa hari sepatutnya saya naik kerja lepas cuti bersalin. Tapi disebabkan Airis kurang sihat, jadi saya EL. Mungkin sebab dia dah tau nak ditinggalkan di rumah bs. Masa tu umur Airis nak masuk 3 bulan.

Baru-baru ni Airis demam buat kali kedua. Petang masa saya ambil di rumah bs, suhu badan Airis tak berapa panas. Takdalah saya bawa ke klinik, sebaliknya saya banyakkan bf Airis. Sebab saya yakin dengan izinNya susu ibu adalah yang terbaik.

Sebelum tidur saya pakaikan Airis koolfever. Dalam hati harap2 keesokannya Airis akan ok tapi sebaliknya berlaku. Tengah malam tiap kali saya berjaga untuk bf Airis, saya rasa badan Airis panas betul. Cuak jugak hati saya ni.

Pagi esoknya panas badan Airis berkurangan. Mujur cuti weekend, jadi saya dapat bf Airis the whole day. Alhamdulillah Airis kembali sihat. Makin ceria dan makin aktif. Anak ummi semangat juangnya tinggi, kan sayang :)


Airis dengan koolfever. Tapi pagi2nya koolfever tercabut entah ke mana. Sekali tengok melekat kat seluar Airis ^_^



Bak kata orang tua2 demam Airis membawa makna. Rupanya Airis nak dapat skill merangkak. hehe. Sebelum ni memang Airis dah merangkak tapi sikit2. Takat satu dua step je. Tapi kali ni tak terkira jauhnya dia merangkak. Pantang letak bawah, mula la dia merangkak ikut ke mana ayah dan ummi pergi. Sampai ke dapur dia mencari ayahnya :)


Cubaan Airis untuk bukak pintu setelah bosan menemani ummi lipat kain baju dalam bilik



Setelah lama berusaha, akhirnya dapat jugak bukak pintu tu. Yey! :)



Apalagi.... Bye2 la ummi. Airis jalan dulu ye ^_^



Confuse jalan mana harus diambil. hehe



Tak berapa lama lepas dapat skill merangkak, Airis dapat skill baru lagi. Dia dah mula memapah. Dipautnya apa yang ada berdekatan untuk membolehkan dia berdiri. Bila dapat berdiri tu, terus senyum2 pandang saya. Seolah2 nak kata "Tengok ni ummi. Airis dah boleh diri". Kadang2 saya dan en. Abg terlepas pandang jugak, tau2 je dia dah berdiri. Risau takut dia terjatuh sebab tak balance lagi.

Kabinet TV ni banyak membantu Airis untuk memapah. Kabinet ni jugaklah tempat dia nak menggodek itu ini. Nak tolong ummi kemas rumah eh sayang :)



Dalam seminggu, Airis dapat 2 skill. Lepas ni bila pulak nak berjalan ye. Kalau ikut cakap emak, saya dan adik beradik yang lain belum setahun dah boleh berjalan. Airis pun macam tu jugaklah ye? Senang, ummi dgn ayah tak payah dukung lagi. Sebab kadang2 semput jugak ummi dukung Airis lama2. hehe

Kata orang, perkembangan anak perempuan lebih pantas dari anak lelaki. Dan anak perempuan juga cepat matang mindanya dari anak lelaki. Tak kisah la lambat atau cepat. Selagi Airis sihat, tu dah memadai bagi ummi dan ayah :)


Nampaknya ummi dah boleh bungkus balik walker ni. Gud bye honey! =p



p/s : Sedang memikir harus ke beli baby chair untuk Airis

10 July 2012

Orang Mengidam

Salam

Hari ni saya nak cerita pasal durian. Kisah mengidam saya. hehe

Dulu masa saya kecik2, saya suka sangat makan durian. Memang hepy gila bila ayah ajak balik kampung sebab dah sampai musim durian. Masa tu sakan sangat makan. Nak2 lagi kalau dapat durian jenis kucing tido. Comel dilihat, sedap sehingga menjilat jari di makan ^_^

Tapi entah kenapa bila usia semakin meningkat, minat saya pada raja buah ni semakin pudar. Walaupun tengok orang di sekeliling makan dengan excited, saya sikit pun tak terliur. Ada jugak saya merasa, tapi sekadar seulas. Itu pun jarang sekali.

Mungkin saya kurang minat pada bau buah ni kot. Boleh bikin kepala pening....

Tapi dua tiga hari ni tetiba rasa nak makan buah durian. Bukan sikit punya teringin, tapi macam orang mengidam gamaknya. Bila en. abg cari di sekitar rumah, tiba2 kedai jual durian semuanya tutup. Hampa... huhu

Hampa hanya sejekap sahaja. Semalam hajat sudah tertunai :)


Sebijik RM30. Makan sampai licin. haha



Durian ni sangat sedap. Isinya tebal. Makan 3 4 ulas sudah cukup. Alhamdulillah...


p/s : Terharu melihat ayah kebasahan ketika pulang dari membeli buah ni. Terima kasih ayah. Terima kasih sangat. Kasihmu tiada galang ganti...

09 July 2012

Sambutan Kecil-Kecilan Harijadi Waiz

Salam

21 Jun lepas genap Waiz 2 tahun. Adalah buat sambutan kecil-kecilan buat si teruna kecil ni. Tapi agak terlewat dari yang sepatutnya memandangkan ibu Waiz masih lagi berpantang.

Sambutan hanya di antara keluarga kecil kami je di Restoran Cherana. Tiada perancangan, pakai redah je memandangkan semua free dan boleh berkumpul bersama. Tq ibu dan ayah Waiz :)


Disebabkan last mnt punya program, maka saya dan en. Abg pakai baju kerja je. Airis pun pakai baju tidur je



Kami dengan 2 anak dara. hehe



Ibu dan ayah Waiz



Keluarga kecil Waiz




Airis dgn Pak Long Shamin



Dengan si chomel baru dalam keluarga. Ada gaya tak? =p



Sesampainya di Cherana, tempat favourite saya sekeluarga untuk merai apa2 majlis



Besday boy




Sebelum mulakan majlis, atok bacakan doa dulu




Kek aiskrim comel from Baskin Robin



Happy Birthday Waiz! :)



Cucu2 atok yang pelbagai ragam





Sedap. Nyum2!



Senyuman manis menawan dari anak dara i. hehe



Sambil tunggu makanan sampai






Air kelapa for mak. Makku yang sentiasa berbeza :)



Jom makan! :)




p/s : Dah mula berfikir sambutan harijadi Airis yang pertama ^_^

05 July 2012

Random

Salam

Tadi masa saya nak transfer gambar besday Waiz, terlihat beberapa keping gambar dalam memori kad yang menyimpan seribu kenangan. Antara beberapa keping gambar yang menyimpan seribu satu kisah manis :)


Buku merah saya yang pertama



Untuk ulangtahun yang pertama - 16/01/2011. Bunga sampai dulu sebelum tuannya ^_^



Sewaktu pengajian. Cuba cari di mana saya =p



Kegembiraan menerima ahli baru dalam keluarga



Dua minggu sebelum bergelar ibu



Pekena teh tarik di Malaysian Hall



en. Abg merantau mencari rezeki



Mencuci mata di Harrods



Perasaan tidak sabar untuk cepat sampai ke tanah air selepas berbelas jam berada di dalam flight



Menghirup udara segar pagi hari di Paris



Kesanggupan untuk beratur untuk masuk kedai LV



Babymoon



Lokasi en. Abg berskype :)



Hari bersejarah adik



Dua budak comel



Katil bujang en. Abg di rantau orang



Sejurus dibotakkan



Antara pemberian yang diterima atas kelahiran Airis



Sebelum naik buai sewaktu cukur jambul



Inai pengantin baru :)



p/s : Dont try to have what u love, but try to love what u have