Showing posts with label Raya Punye Citer. Show all posts
Showing posts with label Raya Punye Citer. Show all posts

25 July 2014

Penghujung Ramadhan 2014

Salam 27 Ramadhan 

Ok, nak dekat raya baru nak sibuk up story di bulan Ramadhan. Keciciran keretapi sikit =p

Sedikit cerita ringkas di sebalik tabir Ramadhan tahun ni

Tahun ni rajin nak menyulam baju anak dara sebab nak sedondon sama. Gigih ummi siang malam. Sangatttt. haha

Setiap tahun pun berazam taknak beli kueh raya banyak sebab selalu tak habis. Tapi still banyak lagi tahun ni. Bezanya tahun ni murah rezeki kueh raya. MIL je bagi 6 jenis kueh raya buatan sendiri. Terkedu menantu sebab keadaan dah terbalik. haha. Thanks Kak Izan tiap2 tahun xpernah lupa nak bagi kueh raya kat kita ngan mak kita =)

Iftar bersama opismate di Riverside Restaurant 


Iftar bersama family

en. Abg gigih cat rumah sebab nak tutup kesan degil mural Airis. Nak dapatkan semangat raya pun ye jugak. Sila abaikan contengan sebelum mengecat tu ye =p

Dah alang2 cat rumah tu, gantung gambar raya tahun lepas sekali. Sabar jelah, hampir setahun berlalu baru sekarang nak gantung. Gambar tahun ni kita gantung tahun depan la agaknya. 

Aktiviti wajib setiap tahun, shopping raya

So, sebelum berundur diri moh bagi ucapan raya sikit. Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin ye kawan2. Semoga selamat sampai ke destinasi dan kembali dengan selamat =)


p/s : Mode sibuk nak kemas rumah dan packing baju. Berapa beg pulak lak nak bawak balik tiga beranak ni. Raya kat kampung lama dek non oiiii

20 July 2012

Shopping Raya

Salam

Lunch tadi saya dan Kak Izan ke Jalan TAR. Cadangnya nak makan sate. Tapi disebabkan perut masih kenyang penangan roti jala dan kari ayam masakan Kak Izan pagi tadi, jadi kami tangguh dulu bab makan. Pergi la Sogo, saya nak cari baju raya untuk Airis.

Sogo macam biasalah, tetap ramai orang. Dan tetap ada sales. Kat hall bawah tu tengah buat sales. Saya pun pusing2 la, kot ada baju yang berkenan untuk Airis. Tapi nan hado. Size Airis takde, semuanya 2 thn dan ke atas.

Dah tengok kat bawah takde, saya pun pergi la tingkat atas. Ingat nak cari jeans untuk Airis sebab jeans Airis tu dah ngam2 sangat. Kalau raya ni pakai mesti nampak senteng je. Tapi puas cari yang berkenan, memang nan hado. Dapat sambar satu baju pink ni je


Pink dress untuk Kak Najwa. Hope Najwa suka pilihan aunt Nini ni ye :)



Lepas selesai agenda di Sogo, melangkah la ke Medan Mara. Orang yang nak berpindah teringin makan sate Samuri dengan ABC katanya. Tapi bukan rezeki, kedai Samuri tu tutup. Sebab solat Jumaat kot.

Sekali tengok ada orang jual kueh raya.Saya dan Kak Izan apalagi, menuju ke situlah. Tengok kueh2 tu semua menarik je. Bila rasa sedap pulak tu. Terus beli masa tu jugak. Yang Kak Izan siap order untuk raya lagi. Bukan merasa kosong je ye, kitorang beli tau =p


RM25 bagi setiap bekas. Agak mahal tapi berbaloi dengan rasanya yang sedap. Silap2 sebelum raya dah habis ni. hehe. Takpela, yang jual kueh tu pun kebetulan kawan ayah saya. Nak order nanti, sms je :)



p/s : Ramadhan menjelma. Moga2 Ramadhan ni dapat saya hayati sebaik mungkin. Selamat Berpuasa ye kawan2 :)

23 August 2011

Gerak Gempur Hari Raya

Salam


Wah... Kalau tengok tajuk macam hebat je kan. Tapi yang sebenarnya takdelah begitu. Cuma nak share keseronokan beraya tahun ni dengan sedikit persiapan yang tak dijangka.


Sejak kawen, saya dan en. Abg duduk berjauhan. Cuma sekali sekali je en. Abg pulang bercuti. Jadi keperluan rumah kitorang hanya tertumpu kepada keperluan asas. Ala, yang cukup2 utk hidup berdua.


Tapi, insyaAllah lepas ni akan jadi bertiga. Dan en. Abg pun akan menetap semula bersama saya di sini. Jadi, da sampai masa kami rasa teratak kecil ni harus dipenuhi serba sedikit dengan keperluan yang berasaskan kehendak. Rumahku syurgaku bukan :)


Jadi, semalam saya dan en. Abg pergi mencari sedikit keperluan yang berasaskan kehendak tersebut. Luckily kat Kinrara ni banyak kedai perabot yang harganya agak reasonable. So, awal2 pagi, operasi pencarian telah dimulakan.


Gud morning anak ummi. Jom kite jalan2 dgn ayah! :)



Semangat keterujaan sang isteri di pagi hari ^_^



Tengok set ni memang berkenan. Harga pun sangat berpatutan tapi memikirkan ruang rumah yang terhad, simpan sajalah hasrat.





Sesi pengukuran yang sangat penting utk elakkan terbeli barang yang terlebih saiz. Belajar dari pengalaman lepas.






Disebabkan kedai ni ada kilang sendiri, so barang2 kat sini harga dia sangat berpatutan. Kedai ni akan terus jadi pilihan utama kitorang kalau nak cari barang. Dan dekat dgn rumah, so takde charge delivery.



Cermin kat dinding tepi meja makan utk nampak view rumah lebih luas. Coming soon, dalam senarai.




Dan juga ini





Akhirnya bertemu jodoh kabinet tv dan meja makan di sini. Ada saya berkenan satu kitchen cabinet tapi stok da abis pulak. Yang display pun tunggu masa nak hantar kat orang. Kalau nak order makan masa 10 hari. Lama la pulak, so round2 kedai lain dulu kot jumpa yang berkenan di hati. Yang penting selaras dengan ketebalan poket. hehe


Btw, disebabkan awal2 pagi kami sudah terpacak depan kedai dan jadi 1st customer utk hari tu, so dapatla harga murah skit. Maka, lepas ni kalau nak cari barang silalah pergi awal pagi ye kawan2. Mana tau murah rezeki :)
Destinasi seterusnya ke Giant atas 2 tujuan. Satu, nak usha2 kedai perabot kat tingkat atas dan kedua nak beli barang dapur untuk masakan berbuka bersama keluarga nanti. At last berjumpa jugak kitchen cabinet kat sini. Disebabkan tengok wardrobe pun tgh murah gile, sambar sekali. Sekarang ni dengan space wardrobe yang ada memanglah tak setara dengan keperluan. Ini baru muatkan baju sedia ada, belum masuk baju dalam kargo en. Abg yang nak sampai esok. So, dengan adanya tambahan wardrobe ni, harap2nya dapatlah mengatasi masalah lambakan baju bersepah ni. Boleh juga simpan comforter2 dan benda2 yang patut. Tak semak mata memandang.


Lepas abis urusan bayar deposit, terus ke bahagian market. Masa ni memang rushing habis sebab dah terlambat. Kang tetamu dah sampai depan rumah, tuan rumah masih lagi tak kunjung tibe. Dalam nak beli apa yang perlu tu, hampir penuh jugakla troli ni. Takpela kalau lebih, boleh guna nanti2 kan.









Sampai je rumah terus lintang pukang kemas barang2 tadi. Maka bermulalah operasi berperang dengan dapur. hehe. Sedang2 elok je tetamu datang. Kire perang kat dapur tengah dalam fasa akhir la :)


Sambil tunggu berbuka tu, relax2 jap borak2. Layankan si kecil ni bermain dengan aktif.













Inilah hasilnya...Makan bersila saja. Ini yang tak sabar nak ada meja makan ni. hehe







Watermelon juice koktel yang sedap dan terhebat dari suamiku







Tapi budak ni pulak yang tersandar hebat. hehe







Lepas dorang semua pulang dan en. Abg keluar sebentar bertemu sahabat, maka bermula la operasi mengemas. Tak banyak yang perlu dikemas pun. Tiada pinggan kotor di sinki hasil basuhan kakak dan adik2 tersayang.


Tengok semua clear, teringat sarung kusyen yang dibeli di IOI siang hari. Bantalnya dah lama saya beli di Sogo, cume belum bertemu sarung yang sesuai. Bila jumpa di mana2 kedai, harga pulak cekik darah. Bila terjumpa yang berkenan di IOI Mall tadi, terus sambar 4 keping. Tapi bila diacu di sofa, rasa sedikit kekurangan. Harus tambah 2biji bantal lagi ni..Nak cari kaler yang terang, bagi kontra skit.







Paling tak sabar persiapan menjelang raya tahun ni... Nak tengok rumah berubah warna. en. Abg la ni, beriye nak mengecat rumah. Katanya nak amik feel baru. Layankan ajelah, dah dia rajin. Lagipun sejak beli rumah ni memang tak pernah bercat sebab rasa catnya masih ok.







Nak tau hasilnya? Bila dah siap nanti saya akan kongsikan view rumah sebelum dan selepas bertukar wajah. Saya sendiri dah tak sabar. Yahoooo....Raya sakan!!! ^_^






p/s : Sudah ketemu baju raya tambahan yang memikat hati. TQ en. Abg :)

05 August 2011

Semangat Raya

Salam

Tadi dah beli bahan2 utk buat kueh raya. InsyaAllah malam ni kalau berkesempatan, berjalanlah operasi. Mau buat biskut cornflakes, resepi turun temurun kegemaran sekeluarga. Nyum2 =)


Tak sabar nak buke pose. Sabar ye baby syg =)



20 August 2009

Baju Raya vs. Kueh Raya

Semalam petang aku n Ayoy ke Medan Mara, nak amik baju raya yang ditempah Jun lepas...Alhamdulillah, x ujan so plan berjalan lancar...Mula2 risau gak, takut ujan di tengah jalan...Yela, skrg kan musim ujan time petang...

Dalam kul 6 aku n ayoy da terpacak depan kedai Kak Azie...So after try baju2 tu, ada sdikit pembaikan..Baju ayoy agak besar,sama gak ngan baju aku..Jadi kitorang mintak Kak Azie kecikkan mana yang patot..Akhirnya, kami berpuas hati..Barulah duit bertukar tangan...

Bukan nak cerewet, tapi sbg customer kite kenalah tau hak kite..Make sure RM yang kite bayar tu berbaloi dgn apa yang kite patut dapat...Klu kebaya, haruslah dapat cutting kebaya.Kalau kurung moden, haruslah dapat cutting kurung moden..Dan kalau baju kurung biasa, haruslah sebegitu gak...

Ada orang cakap tempah baju kat Medan Mara agak mahal..Napa x pi cari tempat lain je..Sama je pun hasilnya..Napa nak bazirkan duit bayar yg mahal?Senang je jawapnya..Tempah di tempat yang kite selesa dgn hasilnya.Biar bayar lebih asal puas hati.Jangan tangkap muat je, asal murah.Pastu hasil dia cam hampeh..Dah la rugi kos kain n upah.Dapat lak sakit hati cuz xde hati nak pakai baju tu.Terpaksa pulak beli baju baru utk digantikan dgn baju yg rosak td.Paling menyampah bila tiap kali tengok baju rosak td bersantai rilex dalam gerobok.Aduuuhai...!!!

Bukan aku cakap kosong, tpi bnda tu mang terjadi kat aku dulu..Ingat nak save duit, tapi akhirnya duit n baju melayang..Kalu tiap kali mcm tu rugi la kan???

Tapi ada kes gak bila aku da biasa wat baju satu tempat, keadaan berubah sebaliknya...Dari sedap pakai, jadi nyampah nak pakai.Dari elok2 size baju, jadi besar gedabak semacam.Ni kire kes tailor wat tangkap muat je la..Amik banyak tempahan then bila rasa da xsempat kocoh2 wat ntah macam apa..Faham2 la skit, orang beli pakai duit, bukan pakai air liur..Nyampah!!!

Nak dekat puasa, timbullah bab order mengorder kueh raya.Sapa yang jual kueh raya mulalah bwk sample kueh masing2.Yg pembeli pun sibuk la merasa, termasuklah aku..Kueh yg sama dgn thn lepas aku beli..Aku mengharapkan hasil yang sm spt yg aku rasa n spt yg aku dapat thn lepas..

Aku penah gak dapat kueh raya yang hasilnya xsama ngan sample yg aku rasa..Sample kueh nampak cantik n sedap.Tapi bila buka2 nak makan pagi raya,cam hampeh je.Ngan hangit, mentah, terlebih manis n ntah ter"apa" lagi lah..Trus la menyumpah dalam hati..Lepas tu tobat thn depan xnak beli..

Aku rasa kes kueh raya yg xserupa kueh raya ni jadi sbb si penjual sibuk nak amik order bertimbun2..3 4 hari nak raya lagipun bz nak amik order padahal da tau awk tu xmampu nak trima.Mula la pakai tangkap muat amik org bekerja ngan awk nak siapkan tempahan tu..Ada plak yg paling teruk kerah suami n anak turut sama mengsiapkan tempahan...Klu si anak da besar xpe jugak..Tapi kalu yg kecik2 tu...Sendiri mau ingatlah..huhuhu

p/s : Baju raya aku utk thn ni da siap..2 pasang je cuz thn ni rasa cam banyak wat baju.So boleh la rotate2 je..Kueh raya lak aku dah order dgn org yg aku yakin tahap kebersihannya..Selebihnya akan aku buat sndiri..Kalau baju raya,mangla aku xdapat buat.Bakat n kebolehan menjahit xde pada aku n emak..

06 August 2009

Kueh Raya

Menjelang nak pose ni telah terpikir oleh aku utk membuat beberapa jenis kueh raya...Ingat cam nak wat lebih sket utk diletakkan di opis utk jadi kudap2an...Aku bercadang nak wat kueh2 ni...

Cornflakes


Cornflakes Madu



Sarang Semut


Chocolate Chip

Harap2 menjadi kenyataan =)