23 August 2011

Gerak Gempur Hari Raya

Salam


Wah... Kalau tengok tajuk macam hebat je kan. Tapi yang sebenarnya takdelah begitu. Cuma nak share keseronokan beraya tahun ni dengan sedikit persiapan yang tak dijangka.


Sejak kawen, saya dan en. Abg duduk berjauhan. Cuma sekali sekali je en. Abg pulang bercuti. Jadi keperluan rumah kitorang hanya tertumpu kepada keperluan asas. Ala, yang cukup2 utk hidup berdua.


Tapi, insyaAllah lepas ni akan jadi bertiga. Dan en. Abg pun akan menetap semula bersama saya di sini. Jadi, da sampai masa kami rasa teratak kecil ni harus dipenuhi serba sedikit dengan keperluan yang berasaskan kehendak. Rumahku syurgaku bukan :)


Jadi, semalam saya dan en. Abg pergi mencari sedikit keperluan yang berasaskan kehendak tersebut. Luckily kat Kinrara ni banyak kedai perabot yang harganya agak reasonable. So, awal2 pagi, operasi pencarian telah dimulakan.


Gud morning anak ummi. Jom kite jalan2 dgn ayah! :)



Semangat keterujaan sang isteri di pagi hari ^_^



Tengok set ni memang berkenan. Harga pun sangat berpatutan tapi memikirkan ruang rumah yang terhad, simpan sajalah hasrat.





Sesi pengukuran yang sangat penting utk elakkan terbeli barang yang terlebih saiz. Belajar dari pengalaman lepas.






Disebabkan kedai ni ada kilang sendiri, so barang2 kat sini harga dia sangat berpatutan. Kedai ni akan terus jadi pilihan utama kitorang kalau nak cari barang. Dan dekat dgn rumah, so takde charge delivery.



Cermin kat dinding tepi meja makan utk nampak view rumah lebih luas. Coming soon, dalam senarai.




Dan juga ini





Akhirnya bertemu jodoh kabinet tv dan meja makan di sini. Ada saya berkenan satu kitchen cabinet tapi stok da abis pulak. Yang display pun tunggu masa nak hantar kat orang. Kalau nak order makan masa 10 hari. Lama la pulak, so round2 kedai lain dulu kot jumpa yang berkenan di hati. Yang penting selaras dengan ketebalan poket. hehe


Btw, disebabkan awal2 pagi kami sudah terpacak depan kedai dan jadi 1st customer utk hari tu, so dapatla harga murah skit. Maka, lepas ni kalau nak cari barang silalah pergi awal pagi ye kawan2. Mana tau murah rezeki :)
Destinasi seterusnya ke Giant atas 2 tujuan. Satu, nak usha2 kedai perabot kat tingkat atas dan kedua nak beli barang dapur untuk masakan berbuka bersama keluarga nanti. At last berjumpa jugak kitchen cabinet kat sini. Disebabkan tengok wardrobe pun tgh murah gile, sambar sekali. Sekarang ni dengan space wardrobe yang ada memanglah tak setara dengan keperluan. Ini baru muatkan baju sedia ada, belum masuk baju dalam kargo en. Abg yang nak sampai esok. So, dengan adanya tambahan wardrobe ni, harap2nya dapatlah mengatasi masalah lambakan baju bersepah ni. Boleh juga simpan comforter2 dan benda2 yang patut. Tak semak mata memandang.


Lepas abis urusan bayar deposit, terus ke bahagian market. Masa ni memang rushing habis sebab dah terlambat. Kang tetamu dah sampai depan rumah, tuan rumah masih lagi tak kunjung tibe. Dalam nak beli apa yang perlu tu, hampir penuh jugakla troli ni. Takpela kalau lebih, boleh guna nanti2 kan.









Sampai je rumah terus lintang pukang kemas barang2 tadi. Maka bermulalah operasi berperang dengan dapur. hehe. Sedang2 elok je tetamu datang. Kire perang kat dapur tengah dalam fasa akhir la :)


Sambil tunggu berbuka tu, relax2 jap borak2. Layankan si kecil ni bermain dengan aktif.













Inilah hasilnya...Makan bersila saja. Ini yang tak sabar nak ada meja makan ni. hehe







Watermelon juice koktel yang sedap dan terhebat dari suamiku







Tapi budak ni pulak yang tersandar hebat. hehe







Lepas dorang semua pulang dan en. Abg keluar sebentar bertemu sahabat, maka bermula la operasi mengemas. Tak banyak yang perlu dikemas pun. Tiada pinggan kotor di sinki hasil basuhan kakak dan adik2 tersayang.


Tengok semua clear, teringat sarung kusyen yang dibeli di IOI siang hari. Bantalnya dah lama saya beli di Sogo, cume belum bertemu sarung yang sesuai. Bila jumpa di mana2 kedai, harga pulak cekik darah. Bila terjumpa yang berkenan di IOI Mall tadi, terus sambar 4 keping. Tapi bila diacu di sofa, rasa sedikit kekurangan. Harus tambah 2biji bantal lagi ni..Nak cari kaler yang terang, bagi kontra skit.







Paling tak sabar persiapan menjelang raya tahun ni... Nak tengok rumah berubah warna. en. Abg la ni, beriye nak mengecat rumah. Katanya nak amik feel baru. Layankan ajelah, dah dia rajin. Lagipun sejak beli rumah ni memang tak pernah bercat sebab rasa catnya masih ok.







Nak tau hasilnya? Bila dah siap nanti saya akan kongsikan view rumah sebelum dan selepas bertukar wajah. Saya sendiri dah tak sabar. Yahoooo....Raya sakan!!! ^_^






p/s : Sudah ketemu baju raya tambahan yang memikat hati. TQ en. Abg :)

1 comment:

  1. Alhamdulillah suami lek gak..rezeki si kecil. lau tak,taktahulah bila nak duk sama,kan?..
    lehlah jlnkan tanggungjawab suami jaga isteri & anak..
    senang dah atuk ngan nenek pas ni..

    selamat menempuh alam rumahtangga dlm erti sbenar..

    -ana-

    ReplyDelete