13 February 2014

Makan2 Keluarga @ Atmosphere 360

Salam

Sebenarnya cerita ni dah lama. Bukan agak lama, tapi lama sangat lah. Dari Kak Mai tengah sarat menunggu hari, sampailah sekarang Ilman dah nak masuk sebulan pun. Baru sempat nak story kat sini.

Biasalah, akak memang selalu lambat. Selalu keciciran keretapi =p

Alhamdulillah, niat nak bawa keluarga makan di sini tercapai. Memang dah berhajat nak makan ramai2 kat Atmosphere 360 KL Tower ni, tapi tak plan lagi masa yang sesuai. Sampailah teringat yang dalam family kitorang ni ada mak buyong yang tengah sarat menanti hari. Kalau bertangguh, buatnya baby keluar awal memang tak sempatlah.

Kami ke sini hari Ahad. Sebelum tu, en. Abg book online dulu memandangkan rombongan kami ni agak ramai. Takut kalau pakai redah je, tak cukup seat. Jadi nak selamat kami book dulu. Tahu2 jelah weekend ni, mesti ramai orang.

Macam malas nak cerita lebih, kita layan gambar jelah ye







Baru nak makan dah sibuk suruh bayar bill. Cet! Potong mood betullah. Tak profesional betullah service kat sini 





Ramai jugak yang duduk santai tengok pemandangan





Memang susah nak bergambar dengan anak dara sorang ni. Nak2 tengah ada geng nak bermain

Muka Airis x boleh blah. hahaha




Sebab space kat sini pun tak berapa besar, so kena guna 2 meja. Kurang best sikitlah sebab kena jauh2























Overall, saya rasa ok lah makan kat sini. Tapi setakat sekali je kot, rasa nak berulang tu tak lah sebab dah jumpa satu tempat yang lagi best. Yang pilihan makan lebih banyak dan suasana yang lebih besar dan selesa. Cuma kat Atmosphere 360 ni, sambil makan sambil lihat pemandangan seluruh KL.

Next time saya story pasal tempat lagi satu tu. Kali ni kita beromnbongan dengan keluarga KL plak =)


p/s : Mudah2an plan cuti2 kali ni berjalan lancar. Hopefullly ummi ayah n Airis kekal sihat dan berstamina. Mudah2an ^_^