31 May 2012

Mother & Baby Expo 2012 @ PWTC

Salam

Setiap kali nampak poster expo macam ni, mesti bulat mata. Terus save date dalam otak, takut lupa. Tapi bukan selalunya saya ingat, kadang2 terlupa jugak. Banyak makan semut kot ^_^

Ikutkan baru je saya ke expo baby @ Midvall. Tapi still nak pergi jugak expo ni. Yelah, siapa suruh buat dekat dgn office saya. Takke gatal je kaki ni nak melangkah ke sana. Cuci mata pun cukup la. hehe

Buat masa ni takde keperluan Airis yang kurang. Berlebih2 lagi adalah hasil pembelian di setiap expo yang saya pergi. So xde sebab nak jejak kaki ke expo tu.

Tapi......

Barang cantik
Harga murah


Sapa tak tertarik kan? =p



Jom gi ramai2 yok! :)

Manusia Berubah

Salam

Hari ni saya pakai baju kurung baru. Sebenarnya bukan baju baru tapi baru dipakai setelah diperam lebih kurang 2 tahun. Sebabnya saya kurang berkenan dengan hasil jahitan tailor.

Mula2 ingat nak let go je to cousin tapi bila kenangkan kain pasang ni termasuk dalam dulang hantaran tunang en. Abg kpd saya, saya batalkan hasrat tu. Sayang rasanya. Jadi nak taknak pagi tadi saya sarung baju ni.

Masa iron baju ni malam tadi, saya tak cari tudung yang sepadan. Pagi ni baru saya kelam kabut mencari dan ternampak satu tudung yang boleh dipadankan. Tapi hati saya tak yakin. Takut mata saya je nampak padan, tapi di mata orang lain tidak. Jadi saya minta kepastian dari en. Abg.

"Abg, tudung ni masuk x dgn baju ni?"

"Masuk"

Terus saya iron tudung tu dan pakai.

Akhirnya!

Kalau dulu saya seringkali tak yakin pada jawapan en. Abg malah saya akan tanya berkali-kali untuk kepastian. Tapi sekarang, sekali tanya saya sudah yakin. Betapa percayanya saya.

Kesimpulannya.... Manusia berubah :)


p/s : Sekadar mencukupi cantik di mata suami ^_^

Airis Dapat Duit Tabung

Salam

Hari ni anak dara saya tu dimurahkan rezeki. Dia dapat duit tabung lagi. hehe

Sebenarnya pagi tadi Airis dapat angpau lagi. Angpau ni sumbangan office saya sempena kelahiran puteri saya pada bulan Oktober tahun lepas. TQ BKPM :)



Nanti ummi masukkan dalam akaun Airis ye. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit ^_^


p/s : Ajar menabung dari kecil

30 May 2012

Jumpa Kawan-Kawan Ayah

Salam

Lately ni en. Abg kembali bermain futsal. Sejak saya dalam pantang lagi. Jadi semalam bila en. Abg kata kawan2 beliau ajak beliau turun padang join main futsal, en. Abg ajak saya ikut sekali. Mula2nya macam malas sebab sampai rumah pun dah lewat. Last minit saya ubah fikiran, rasa macam nak ikut en. Abg sekali. Terus cepat2 kemas barang Airis dan bersiap2 untuk keluar.

Dekat je tempat ni dengan rumah saya. Sports Arena milik hero badminton negara, Lee Chong Wei and Taufik Hidayat. Tempat besar dan selesa. Kemudahan parking pun banyak.



Airis khusyuk menonton. Sambil tu ummi berborak dengan kawan2 baru, wife kawan2 en. Abg yang turun padang sekali



Airis dah tak takut orang. Boleh senyum2 lagi bila kawan2 en. Abg mengagah dia. Bagus anak ummi :)



Seronok jugak tengok en. Abg join futsal ni. Lepas ni nak ikut lagi la :)

Lepas tu otw nak balik singgah KFC. Ingat nak drive thru je tapi alang2 makan sekali lah kat situ. KFC ni 24hours. Lepas ni kot2 la mengidam KFC tengah2 malam, lari ke sini jela. Gila hape makan KFC malam2 bute? hehe



p/s : Balik2 terus bf Airis. Mengantuk punya pasal, cepat itu budak tidur.

Thanks Aunt Hanan!

Salam

Semalam Airis dapat present lagi. Last week ibu Izan bagi kasut. Kali ni aunt hanan pulak bagi present. Buat raya katanya. Kalau muat lagilah ye Nan. hehe


Bila saya acu di badan Airis, sedang2 elok. Tak besar dan tak kecil. Airis pun macam faham je dapat present, tersengih2 dia. Sukalah tu.

p/s : TQ aunt Hanan. Sayang aunt :)


Tolak Stroller : Suami Atau Isteri?

Salam

Dulu masa masih berdua, kebanyakan masa saya akan mengepit handbag kalau jalan ke mana2. Kalau takde handbag, saya akan pegang purse. Atau apa saja asalkan tidak berjalan lenggang kangkung dengan tangan kosong. Saya rasa ganjil.

Tapi sejak ada Airis, saya jarang sekali menggunakan handbag. Di dalam beg Airis itulah saya sumbatkan keperluan saya sekali. No more handbag. Handbag hanya digunakan bila ke office ataupun menghadiri majlis2 rasmi.

Sebab itu bila bawa Airis berjalan2, saya akan offer diri untuk tolak stroller. Semua barang saya dah disumbat dalam beg Airis, tangan saya terasa kosong tanpa sebarang barang. Selalu en. Abg offer diri untuk bergilir2 tolak stroller Airis dengan saya, tapi saya menolak. Baik kan saya? =p

So pada sesiapa yang ternampak atau terselisih dengan saya di mana2 jua, jangan tersalah faham ye. Bukan suami saya x gentleman, keadaan kekok saya yang tak membenarkan :)


p/s : Tolak stroller tu pun kira senaman apa =p

29 May 2012

Hello Kitty!

Salam

Airis sekarang ni dah ada backpack sendiri. Ayah yang hadiahkan. Jom tengok reaksi Airis bila dapat beg Hello Kitty dia tu :)


Macam pelik je tengok beg tu. Nak2 lagi tengok ada anak patung comel dalam beg tu...



Dah telek2, terus masuk mulut. Habit Airis buat masa ni. Semua nak masuk mulut



Melentok2 badan dia bila saya sarungkan beg tu. Sebolehnya dia nak terus gigit2 beg tu =p



Ok, dah ready nak gi school. Nampak comel je Airis pakai beg ni. Ummi simpan dulu ye sayang. Dah besar skit nanti, ummi pakaikan ye :)



Fresh from Germany. TQ ayah. Sayang ayah sangat2 :)



Nasi Kerabu Oh Nasi Kerabu

Salam

Pertama kali saya belajar makan nasi kerabu ni ketika menuntut di UUM. Mula2 memang xde keinginan untuk mencuba nasi kerabu ni dek sebab budunya. Tapi satu hari bila rumate saya offer untuk rasa nasi kerabu yang dibelinya, hati terus terpaut. Masa tu tak ingat budu ke apa, yang saya tau nasi kerabu tu memang sedap. Budu pun saya xtau yang mana satu, yang saya tau makan je. hehe.

Nak dapatkan nasi kerabu tu memang adventure. Kena cepat. Kalau lambat, alamatnya kena beratur panjang la. Kadang2 saya layan jugak beratur tu, tapi kadang2 buat patah semangat je. Queue panjang sangat.

Mungkin pengalaman pertama saya makan nasi kerabu tu indah, jadi terus melekat di dalam hati sehingga sekarang. Antara menu kegemaran :)

Tapi nak dapatkan nasi kerabu kat KL ni selain dari bulan Ramadhan bukannya senang. Ada tu ada tapi kadangkala indah khabar dari rupa. Nampak cantik di luar tapi bila telan, alahai asal masuk tekak ajelah.

Sejak dua menjak ni acap kali tekak ni teringin nak menjamah nasi kerabu. Pagi ni pun sama. Jadi pagi tadi saya pun beli la nasi kerabu yang kat bawah office tu. Lauk macam biasa, ayam goreng.


Nasi kerabu yang dibeli area office. Kali pertama dan terakhir. Mungkin bagi orang lain sedap, tapi bagi saya biasa2 aje.



Nasi kerabu Old Klang Road Kopitiam. Best!



The best 4ver n ever. Nasi kerabu Palma Cafe @ SACC Mall



p/s : Find out ada Chili's @ Midval. Chili's sekali lagi yok! :)

Rutin Baru

Salam

Sekarang ni en. Abg ada satu rutin baru. Nak tau apa dia?
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


Menyiram pokok pandan ^_^



Pokok ni didatangkan khas dari Kluang. Buah tangan dari mak mertua saya untuk kemudahan anak menantu dia ni. Sedikit sebanyak berguna untuk mak2 saya yang bertandang ke rumah. Mana tau time nak masak tu tibe2 rasa nak guna daun pandan, potong aje daun pandan yang terletak elok di balkoni tu. Tu kata mak mertua saya la :)

Setakat ni saya belum sempat mencemar duli lagi menyiram pokok ni. Tiap kalinya mesti en. Abg yang buat. Rajin suami akak =p


"Airis, ni pokok pandan tau". Pembelajaran bersama Airis di suatu petang ketika duduk berdua :)



p/s : Lepas ni pokok cili boleh mak? Anak menantu mak ni suka sangat buat sambal kicap. Stok sambal kicap kaw2 punya yang mak kasi tu cepat sangat habis. Sedap sangatlah. Kat KL ni tak boleh nak lawan :)

28 May 2012

Happy 7 Months Old Airis!

Salam

Happy 7 months old Airis! Dah besar anak dara ummi ni :)

Nur Airis Afrina @ 7 bulan. Alhamdulillah membesar dgn sihat...




p/s : Airis kurang sihat hari ni. Sedikit batuk dan selsema. Orang tua2 kata nak beralih bulan :)

Harrison Club Preview

Salam

Emak saya pencinta Harrison. Asal beli baju je, mesti nak beli kat Harrison. Tak kisah la baju raya ke, baju nak pi kenduri kahwin ke. Sebolehnya mahu beli di Harrison. Jarang sekali beli di tempat lain. Ada tu ada la tapi kebanyakannya memang kat Harrison je.

Yang saya suka pasal Harrison ni tempat dia tenang je. Orang tak ramai, jadi rasa selesa nak memilih. Design dia pun lain dari yang lain. Memang puas hati la.

Baru2 ni Harrison ada buat sales untuk member. Up to 80%. Kalau bawak postcard ni tambah lagi 5% discount. Yabedabedu!!! ^_^




Dapat rembat 3 pasang kain. Satu untuk emak dan satu untuk diri sendiri.



Satu lagi untuk kakak manis seorang ni. Suka x? :)



23 May 2012

Sogo Sales

Salam

Tadi singgah sebentar di Sogo. Ada sales baju kanak-kanak la. Terus buntang mata. haha

Tapi tadi tak sempat berlama-lama sebab waktu rehat yang pendek. Dapat sambar baju tidur sepasang dan juga sehelai skirt pendek. Harus Jumaat ni ke sana lagi. hehe


p/s : Mentang-mentang baru dapat gaji ^_^

22 May 2012

Dating @ KLCC

Salam

Last week besday en. Abg. Jadi kitorang pakat cuti sama2 untuk spend time celebrate besday en. Abg. This time no Airis. Sory ye Airis ^_^

Just a small celebration @ KLCC. Makan2, tengok wayang dan balik. Kalau masa berdua dulu, panjang langkah kaki ni. Tapi bile teringat si kecil yang tak turut serta tu, buat yang wajib sudah. hehe

Jalan2 dulu sambil tunggu our turn. Hai, nak makan pun kena book. Hot place, sentiasa ramai orang. Tapi tak lama, dalam 20minit je. Sambil tu, jenguk dulu Pameran Kesulatanan Perak. Menjejak susur galur. Bajet keturunan diraja =p



Ok, biar orang yang dirai pilih menu dulu. Sila2 la pilih :)




View from our table



Tepek sekali gambar puan punya belog yang berbahagia berdating dengan si suami. Airis mana ha....? =p



Ok, saya sudah minum ais =p



Saya pilih Crispy Honey Chipotle Chicken Crispers. Super duper sedap



Dan en. Abg pilih New York Strip. Sangat sedap especially mashed potato tu. Yummy!



Lepas kenyang perut, menjamu mata dengan menonton Battleship setelah bercuti dari menjengah ke panggung selama setahun lebih




Saya tau pandangan di belakang en. Abg kurang menyenangkan mata. Tapi fokus hanya tertumpu pada jejaka berkemeja kotak yang sedang berbaris untuk membeli popcorn untuk isteri terchinta. haha



Sebelum balik, belikan cd ini untuk si kecil. Walau mana ummi pergi, ummi tak pernah lupakan Airis tau. Buah hati ummi dan ayah :)



14 May 2012

Mom & Baby Expo - Edisi Terjah

Salam

Seperti dirancang saya bersama en. Abg dan Airis ke Mom & Baby Expo @ Midval Ahad lepas. Saya tahu kalau pergi ekspo2 macam ni mesti ramai orang. Lagi2 kalau kat Midval tu. Kalau lambat skit alamatnya memang payah nak cari parking.

Jadi seawal 9 pagi kitorang dah gerak ke Midval. Airis pun macam tahu je nak dibawa berjalan, bangun ngam2 bila saya dah siap. Tinggal nak pakai tudung je. Jadi tak boleh mandikan Airis dengan hebat sebab takut baju basah. hehe

Saya dah buat list siap2 barang apa yang nak dibeli. Strategi saya cari apa yang diperlukan je. Sudah jumpa, bayar dan tinggalkan booth untuk cari barang di booth yang lain. Tapi kalau dah namanya perempuan, ada pula si dara kecil, hati ni memang mudah goyah. Ada saja barang yang bukan dalam list menarik hati. Mujur ada Airis mengingatkan saya. hehe. Yela, kesian dekat dia yang terpaksa bersesak-sesak tu. Jadinya setakat pusing2 begitu je. 1 jam dah siap membeli dan telahpun keluar dari zon yang sesak tu. Hebatkan. hehe

Tengah tunggu lif. Ingatkan sudah sehabis awal, padahal parking kereta pun dah hampir penuh




Booth pertama yang dikunjungi, Pigeon. Ingat nak cari baju tidur untuk Airis, tapi takde pulak. Yang tinggal hanya baju outing. Itu pun size yang kecil2 belaka. Memang tak termuat nak dipakai si bam-bam tu.

Tq to kakak2 Pigeon yang melayani saya. Sampai 5 orang u. Special customer kan. haha. But sorry kak, bukan taknak beli tapi takde size. Ikut hati mahu sgt beli sebab semuanya comel2, nak2 lagi harga durian runtuh.. Tapi kata pun last day, banyak la yang dah abis. Mana ada ajelah ye kak...



Airis dah pun tertido tunggu ummi habis beli barang. Singgah food court sekejap menjamu selera



Hasil terjah. TQ en. Abg :)



Lepas shopping dan makan, beli kek. Happy Mother's Day emak. Dari saya dan adik beradik. Sayang mak selalu :)



Lepas tu terus zasss ke Seremban. Nak menjenguk si kecil comel Nur Amani




Relax santai sambil bermain2 dgn Mak Lang



Lepas ni tak dapat jumpa Amani buat masa yang agak lama sebab Amani dan ibunya nak diterbangkan ke Kota Bharu. Gud bye Amani sayang. Hug n kiss for u from Mak Ngah sekeluarga :)




p/s : Awal bulan depan ada ekspo lagi @ PWTC. Harap dapat kawal diri =p

11 May 2012

Airis Dan Solid Food 2

Salam

Kebelakangan ni saya selalu google info tentang solid food. Banyak info berguna yang saya dapat. Salah satunya, digalakkan untuk memberi baby sesuatu makanan yang sama buat masa 3 or 4 hari supaya kalau baby kita alergi, kita dapat kesan dengan cepat. Kalau kita camput2 makan, susah skit nak kesan.

Minggu lepas saya bekalkan bubur nasi+kentang kepada bs Airis sepenuhnya. Dan minggu ni bekalkan bubur nasi+carrot. InsyaAllah next week saya bercadang nak bekalkan bubur nasi+brokoli.

Setakat ni Airis tak bermasalah untuk makan menu tersebut. Dia terima je, siap buka mulut siap2 bila tengok saya mula menyudu bubur untuk suapan seterusnya. Kadang2 dia pun sama sibuk nak pegang sudu. hehe

Mujur Airis tak ikut perangai ummi dia. Kata nenek ummi masa kecil2 dulu semua taknak makan. Sudahnya bagi makan kentang kfc. Airis jangan macam tu tau =p

Stok beras telah saya basuh dan kisar siap2. Stok puri pun saya dah siapkan awal2. Pagi2 tinggal masak beras yang dah dikisar tu kemudian campur dengan stok puri. 20 minit dah siap bubur Airis.

Ada yang kata bila anak da start makan, maka dah kurang minum susu. Buat masa ni Airis masih minum dengan anggaran kuantiti yang sama. Akan datang saya tak pasti. Tapi saya tetap teruskan kerja mengepam untuk bekalkan susu ibu buat si bam-bam manis ^_^

Doakan saya ye :)

Mom & Baby Expo

Salam

Hari ni sehingga Ahad nanti ada Mom & Baby Expo @ Midval.

BK 3 dengan Midval tu bukanlah jauh manakan...

Tunggu apa lagi? Kasi terjah la. Jom ^_^


p/s : Mesti rambang mata nanti. huhu



10 May 2012

Airis Nak Tumbuh Gigi?

Salam

Semalam petang saya sempat berborakdengan bs Airis.
"Gusi Airis macam ada kaler putih la kak. Nak tumbuh gigi ke ye kak?"
"Aha, akak pun perasan. Yela kot sebab sekarang ni pantang dapat benda semua dia nak masuk mulut gigit"

Memang saya dah perasan benda tu 3 4 hari lepas masa nak suapkan Airis makan. Sekali imbas je. Tapi xdapat nak pastikan sebab xde pengalaman. Nak tengok betul2 pun susah sebab Airis xnak bukak mulut. Kalau saya paksa jugak, ha nanti keluar suara lunak merdu nyaring dia tu. hehe

Memang Airis sekarang ni kuat sangat menggigit. Yeke menggigit? Sebab Airis belum Airis ada gigi pun. Kire mengetap gusi la ye..hehe. Kalau hujung2 bf tu bila dia dah kenyang, mula la aksi ganas dia tu.

Kalau dulu menjerit spontan jugak saya. Yela, sakit tu... Tapi sekarang dah terbiasa sgt dah. Siap gurau dengan Airis lagi suruh dia buat lagi. Bila dia mula gigit sambil ketawa saya cakap "Gigit la, tarik la. Ummi tak kisah pun. Tak sakit.. Dah biasa". Dia pun macam faham cakap saya terus sengih2 manja dan tak jadi nak teruskan aksi ganas dia tu ^_^

Oh, macam tu rupanya cara nak pujuk Airis kasi stop gigit2 ni.. Senang je =p

Tadi masa otw nak ke rumah bs, saya berikan teether kpd Airis. Sakan la dia mengetap2 benda alah tu. Kuat dia memegang teether tu. Kalau dulu dia layan sambil lewa je..Gatal gusi kot?

Apa2 pun, saya tak sabar nak tunggu gigi pertama Airis tumbuh. Harus saya mengintai dari tirai kamar mulut Airis hari2 sekarang. haha


p/s : Membayangkan rupa Airis bila dah pandai berjalan :)

08 May 2012

Congrates

Salam

Sabtu lepas dapat makan nasi minyak yang sedap. Boleh x intro macam tu? =p

Sebelum tu congrates to pasangan pengantin baru, Asbul dan isteri. Asbul ni ofismate ssaya, sama2 melapor diri masa tahun 2008 dulu. Alhamdulillah sudah selamat menjadi suami orang. To Asbul dan isteri, Selamat Pengantin Baru. Semoga terus dimurahkan rezeki dan berbahagia selalu :)

Ikut tentatif majlis pada kad kahwin, pengantin bersanding pukul 2ptg. Tapi disebabkan saya dan Kak Izan masing2 ada hal pada sebelah petangnya, jadi kitorang decide untuk pergi awal. Tak dapat tengok pengantin bersanding. Takpela, doa saya mengiringi kamu dan isteri ^_^


Otw ke majlis. Airis dengan hobi baru, jelir lidah. haha



Sangat seronok bergedik dengan anak dara sendiri di hadapan kamera =p





Handbag yang menjadi barang mainan Airis



Pelamin yang menarik hati



Ayah dan Airis yang sweet :)



Ibu dan kakak angkat Airis :)



Si anak dara ^_^



Sebelum berpisah dengan tujuan masing2. Airis pakat buat muka mengantuk je. huhu



We love u Airis :)



Kan dah kata. Masuk je kete, pekena susu ummi skit terus bantai tidur lena. Hai la anak ummi sayang, penat ye...



Lepas balik dari Selayang, satu arah je dituju. Nak ke Seremban, tengok baby girl baru. Yey!!!



Presenting si comel baru dalam keluarga saya... Nur Amani bt Mohd Syed Shamin. Alhamdulillah ibu dan baby kedua-duanya berada dalam keadaan sihat. Tambah seorang lagi chinta hati :)



Mak Ngah love u sayang. Muah! :)



Wajah kakakku yang bergelar ibu sekali lagi. Congrates Along n family :)



Haruslah ada pic Mak Ngah dgn Amani yang berpipi gebu ni. hehe. Alhamdulillah, bertambah seorang lagi ahli keluarga. Semoga keluarga saya terus membesar. hehe



Amani pada hari ke-4. Mengingatkan saya pada seseorang....



Sama kan? Dah kata pun adik beradik. hehe. Dua2 Mak Ngah sayang ^_^



p/s : Sambil menaip teringat bam-bam. Tak sabar nak balik. Winduuu!