Salam
Hari ni genap usia Airis 6 bulan 1 minggu 3 hari. Besar dah rupanya puteri hati saya tu. Dalam sedar tak sedar, dah 6 bulan berlalu. Dari sekecil2 dia di dalam dakapan saya sehinggalah xboleh saya dakap sepenuhnya lagi. hehe
Alhamdulillah, sehingga ke saat ini saya masih mampu menyusu Airis sepenuhnya. Mudah2an terus murah rezeki Airis sehingga dia berumur 2 tahun. InsyaAllah dengan izinNya.
Akhirnya sampai masa Airis diperkenalkan dengan solid food. Yey! Masa yang ditunggu2 akhirnya tiba * terlebih excited suda =p *
Niat di hati nak sediakan sendiri makanan Airis. So saya survey2 resepi yang sesuai. Tak susah rupanya sediakan makanan si kecil ni. Kalau kena cara pasti menjilat jari si kecil. hehe. Macam2 resepi yang saya jumpa. Senang-senang semuanya. Mudah2an Airis makanlah hendaknya. Janganlah dia ikut perangai ummi dia yang tak suka makan masa kecil dulu =p
Akhirnya saya decide untuk buat bubur nasi kosong sahaja untuk Airis as a intro to solid food. Entah apalah rasanya ye dekat si bam-bam tu ^_^
Sempat saya snap beberapa pic Airis. Baru nak blaja mamam katanya :)
Dah ready dengan bib pinky dia tu. Nak beli bib ni pun saya ambil masa yang lama sebab semua bib comel2. Tak tau nak pilih yang mana satu. Boleh macam tu? =p
Airis pelik tengok Mak Lang yang dah ready nak snap gambar. Kitorang lak yang excited nak tengok bam-bam ni makan. hehe. Jom tengok reaksi Airis yang macam2 buat saya tersenyum :)
Dia sibuk pandang Mak Lang yang berada di depan. Fokus Airis fokus! =p
Bismillah...
Ee...apa ni ummi.. Tawar jek...?
Tak shedap la ummi. Nanak ah...
1st time makan Airis tak berapa nak. Dia buat2 main je di hujung bibir. Kasihan pulak kat dia makan bubur kosong je. Jadi petangnya saya tambahkan dengan kentang lenyek. Kali dia mula menunjukkan sedikit minat.
Menyedari mistake saya dalam penyediaan bubur nasi Airis, the next day skill sudah improve. Hasilnya si cantik manis ni makan dengan bersungguhnya.. Gud job sayang. Macam ni semangat ummi nak masak macam2 untuk Airis. Suka hati ummi tengok Airis selera makan :)
Hari kedua Airis dan solid food. Tersenyum2 dia tengok saya pegang bubur nasi dia tu. Tak sabarlah tu. hehe
Nyum2
Muka hepy kekenyangan
Sebagai hadiah atas semangat Airis belajar mamam, ayah beli lagi 2 bib untuk Airis. Comelkan? Tq ayah. Airis suka :)
No comments:
Post a Comment