Salam
Saya pernah suarakan keinginan untuk menonton theater kpd en. Abg. Lama dulu sebelum adanya Airis di dalam rahim saya. Tapi keinginan tu berlalu begitu saja sementelah saya sibuk dengan pelbagai perkara.
Bila sudah dilupakan keinginan tu, tibe2 peluang datang bertandang. en. Abg dapat hadiah 2 tiket untuk Upin & Ipin The Musical dari company dia. Extra reward dari company. Sweet je kan. Lain dari yang lain. i loikeee ^_^
en. Abg dapat tiket untuk Hari Ahad slot malam pukul 8.30pm. Mula2 teringin juga nak pergi tapi selepas ditimbang tara semasak2nya, saya dan en. Abg decide untuk let go je tiket tu. Tak sampai hati nak ditinggalkan si bam-bam tu pada waktu malam. Kalau dah pukul 8.30pm start, pukul brapa pulak habisnya. Esoknya hari Isnin, harus keje. Baik saya dan en. Abg lepak santai depan tv tengok chanel free dari Astro sebelum ditarik balik free tu. hahaha
Takpelah, bukan rezeki kami. Mana tahu tahun depan berbalik semula rezeki ni? Amin.... :)
p/s : Congrates to en. Abg. Alhamdulillah rezeki anak. Mudah2an terus dimurahkan rezeki kami sekeluarga :)
No comments:
Post a Comment